Home Novelet Komedi/Romantik Komedi ANTARA CINTA
ANTARA CINTA
MaMoSa
21/11/2017 18:37:34
41,833
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 23

Pak Rahman dan Mak Piah telah sedia menanti ketibaan Adriana di KLIA. Jam 8 pagi barulah kelihatan kelibat Adriana, melambai-lambai ke arah mereka berdua. Mak Piah yang tidak sabar terus saja menerpa memeluk Adriana. Airmatanya mengalir deras melihat perubahan anaknya yang semakin ceria, berbeza dengan dahulu, yang mana ia kelihatan murung dan agak pucat. Mak Piah tidak sudah-sudah mengucapkan syukur kehadrat Ilahi. Sungguh dia tidak menyangka yang Adriana kembali riang seperti dahulu, seolah-olah peristiwa hitam yang menghantuinya tidak pernah terjadi.

 

Dalam perjalanan Adriana tidak putus-putus bercerita tentang perniagaan yang dijalankan di Dubai. Pak Rahman hanya tersenyum melihat anaknya beriya-iya bercerita. Sesungguhnya biarlah dia berjaya dalam karier yang dipilih bisik hati Pak Rahman. Mungkin dia tiada rezeki untuk berumahtangga buat masa sekarang tapi berjaya dalam kariernya. Sesungguhnya Allah maha pengurus yang agung dan maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

 

 “Aunty Aina kirim salam pada Mama dah Ayah”

 

“Waalaikumusalam... apa khabar dia di sana?  Dah lama ayah tidak berjumpa dia” Adriana  menceritakan keadaan makciknya yang banyak memberi sokongan moral pada dirinya selama dia berada disana.

 

Setibanya mereka di rumah,  Pak Rahman meninggalkan kedua beranak dirumah. Adriana melepaskan lelah setelah hampir tujuh jam berada di perut kapalterbang. Mak Piah keluar dari dapur menatang sedulang minuman dan nasik lemak bungkus yang telah dibeli semenjak dari pagi tadi.

 

“Ini nasi lemak bungkus, kegemaran kamu. Ayah belikan balik dari solat subuh tadi.” Ujar ibunya. Ia mencapai sebungkus dan terus menyuap. Terlalu lama tidak makan nasik lemak bungkus. Mak Piah hanya memerhatikannya. Hatinya bagai digaru-garu ingin berbual panjang tentang kisah terbaru diantaranya dan Adam tetapi ia bersabar. Sebelum pulang, Adriana ada menelefon dan menceritakan perhubungan dengan Adam yang terjalin semula. Biarlah Adriana mengambil masa untuk berehat dan melepaskan lelah dahulu, fikirnya.

 

“Mama....” Adriana memulakan bicara sesudah saja menjamah makanan yang disediakan.

 

“Hmmm...” Mak Piah pura-pura sibuk menyusun majalah sedangkan dihatinya bagaikan digaru-garu untuk mendengar lebih lanjut.

 

“Ma...... apa khabar dengan Adam dan keluarga?” Mak Piah memandang anaknya, tidak menyangka akan persoalan yang timbul dari Adriana. 

 

“Sihat agaknya.... Adam tidak datang ke sini semenjak peristiwa hari itu....” terang Mak Piah. Walaupun sedih dengan kejadian tersebut, dia masih berharap yang Adam masih dapat berkunjung seperti peristiwa itu tidak pernah belaku. Walaupun tempoh hubungan Adriana dan Adam hanyalah seketika, dia menganggap Adam seperti keluarganya sendiri. Kehadiran Adam sering memeriahkan suasana dan kehilangannya ternyata amat dirasai. Mungkin jodoh mereka bukan bersama tapi biarlah silaturahim diteruskan, fikirnya.

 

“Ma, saya mahu kembali kepada Adam......” hampir terlepas cawan yang baru di capainya. Kembali kepada Adam? Mak Piah serba salah. Suka, duka, gembira, marah bercampur baur. Walaupan dia amat menyenangi Adam hatinya amat terguris dengan apa yang telah dilalui oleh anaknya. Siapa yang tak sayang anak? Kalau boleh, segala kemahuan anak ingin diikuti, tapi kalau ikutkan hati mau mati dibuatnya.   

 

 “Kenapa? Disebabkan kamu bertemu kembali dengannya, hati kamu jadi cair? Sudahlah,lupakan dia. Masih ramai lelaki diluar sana tu. Si Haikal pulak asyik bertanyakan tentang kamu; bila kamu hendak pulang kemari, dia pun ada juga beritahu mama yang dia mahu berkawan lebih rapat dengan kamu....... lagipun kamu pun dahulu memang suka dengannya bukan?” panjang lebar Mak Piah bersyarah pada Adriana. Kalau boleh dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Biarlah yang lepas menjadi kenangan silam yang terlipat dalam lipatan sejarah.

 

“Mama, bukan hanya satu pertemuan sahaja. Saya masih sayangkan Adam, dan saya mengambil keputusan untuk melupakan apa yang terjadi dahulu, dan juga segala sejarah silamnya. Jangan tanya kenapa tapi itulah keputusan saya. Saya minta agar mama dan ayah faham dan setuju dengan keputusan ini....” ujarnya.

 

Mak Piah terdiam. Sukar untuknya menerima berit aini tapi jika inilah kehendak anaknya, akan diturutkan jua.

 

“Terserahlah pada kamu bagaimana kamu mahu selesaikannya. Mama akan bincangkan dengan ayah kamu.” Mak Piah mengalah. Orang kalau bercinta, tiada apa yang dapat mengubah pendirian mereka. Biarlah masa yang menentukan halatuju perhubungan mereka.

 

---------------------------------------------

 

Telefon bimbit Adam berbunyi sewaktu dia melangkah keluar daripada pejabat. Dilihat nama Adriana terpapar di skrin telefonnya. Dia serba-salah untuk menerima pangilan tersebut atau kelewatan untuk temujanji dengan isterinya untuk makan tengahari bersama. Tiba-tiba terdengar sayup-sayup namanya dipangil. Suara yang amat-amat dikenalinya – Adriana.

 

Kelihatan Adriana melambai-lambai, cuba menarik perhatiannya. Terkejut dengan kepulangan beliau, dia melangkah kearah gadisitu. Adriana menantinya dengan senyuman manis. Pastinya gembira apabila berjaya melakukan kejutan kepada dirinya. Ah, ini harus diselesaikan hari ini, bisik Adam. Segera dia menelefon isterinya untuk membatalkan janji-temu mereka.

 

Kereta Adam laju meluncur ke Genting Highland, tempat yang banyak menyaksikan segala peristiwa antara dia dan Adriana. Hari ini suatu lagi sejarah akan terukir yang mana airmata gadis itu pasti tumpah untuk kesekalian kalinya. 

 

“Kenapa tidak beritahu yang you akan pulang masa you telefon minggu lalu?”

 

“Saja nak surprisekanyou..... Surprise...” sikap Adriana berjenaka seolah-olah tiada apa-apa yang pernah terjadi antara mereka berdua. Begitulah sikapnya setiap kali mereka berhubungan melalui telefon. Adam sedar perbuatannya melayan kerenah Adriana akan menjerat diri sendiri tapi untuk memberitahunya perkara sebenar, biarlah dia bersemuka, secara gentlemen. Tidak sanggup untuk memberitahu perkara sebenar tentang perkahwinan dia dan Natalia melalui telefon.

Adam hanya tersenyum. Rasa bersalah kepada isterinya dan juga kepada Adriana. Ah, biarlah hari ini menjadi penentuan.

 

“Adriana, ada sesuatu yang perlu I jelaskan kepadamu sebelum.....”kata-katanya mati disitu. Susah benar untuk menyusun kata agar gadis yang dipujanya tidak merana. Merana? Membiarkan harapannya menggunung akan lebih membuatnya merana, kiranya dia mengetahui perkara sebenar dikemudian hari.

 

“Hei, mengapa nampak macam tak gembira lihat I disini? Its been 6 months semenjak you datang ke Dubai, bila I balik sini macam tak happy pulak.....” katanya dengan nada merajuk dengan harapan dapat mengundang keceriaan di wajah Adam. Wajah ceria seperti masa lalu yang amat dirindui, juga seceria suaranya setiap waktu mereka berhubung melalui telefon. Selama berjauhan dia dapat merasakan yang jauh disudut hati masih ada ruang untuk mengisi kekosong yang sememangnya milik mereka berdua.

 

“Adriana, I’m married!” bagaikan halilintar terpacul dari mulut Adam. Keadaan sekeliling tiba-tiba menjadi sunyi. Adriana terpegun. Adam merenung wajah gadis yang berjaya mencuri hatinya itu. Bait-bait keresahan mula kelihatan pada wajahnya dan segera ditutupi dengan senyuman manis seraya memandang Adam.

 

“Of course you sudah kahwin. Dahulu! Cerita zaman kita masih muda remaja lagi. Hmm... tak mengapa, I dah lupakan pun cerita itu. Buka buka lembaran baru, okey?”

 

“Stop it! Tolong faham, I am married.  Kita tidak boleh selamanya begini...” Adriana merenung Adam dengan pandangan yang sukar dimengertikan.

 

“Bohong!”

 

“Untuk apa I berbohong pada you. Ini hakikat, Adriana. I sudah bernikah”

 

“Kalau benar kenapa you beri harapan pada I? Enam bulan kita berhubungan, tak pernah sekali pun you memberitahu yang you sudah berkahwin?” ia tidak dapat menahan perasaannya lagi. Air mata tidak dapat lagi ditahan.

 

Adam hanya mendiamkan diri sambil menundukkan wajah. Tiada apapun yang diperkatakan lagi. Dia berjaya berterus terang dan sekaligus berjaya mengguris hati dan perasaan gadis yang dicintai.

 

“Begitu mudah cinta you beralih arah. Siapakah yang berjaya merampas kasih sayangmu, Adam?”

 

“Natalia”

 

Adriana tersentak.

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh MaMoSa