Home Novelet Komedi/Romantik Komedi ANTARA CINTA
ANTARA CINTA
MaMoSa
21/11/2017 18:37:34
41,872
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 21

Perjumpaan pagi itu membuatkan Adam mengenang kembali detik-detik indah diantara dia dan Adriana. Dia masih ayu, seperti waktu pertama Adam menemuinya. Bezanya, Adriana yang dahulu sentiasa menghiasi dirinya dengan senyuman sedangkan sekarang wajahnya agak lebih serius. Namun begitu pertemuan antara kedua mereka ternyata berjaya menjalinkan kembali hubungan persahabatan yang telah terputus.

 

Adam amat bersyukur bila Adriana kelihatan seolah-olah telah melupakan peristiwa lama. Dia kelihatan riang, bercerita kisah-kisah selama dia berada di Dubai. Menceritakan segala dugaan yang dihadapi untuk mendapatkan lesen perniagaan hinggalah kisah-kisah perjumpaanya dengan pelbagai kerenah pelanggan yang lucu dan juga yang menjengkelkan. Tiada diantara mereka menyebut tentang kisah sedih yang memisahkan mereka,seolah-olah ada perjanjian diantara mereka untuk menguburkan perkara tersebut. Mereka berpisah seketika setelah berjanji untuk berjumpa semula untuk makan malam bersama.

 

 

Adriana kembali kekamarnya dengan senyuman teruki rdi bibir. Tidak disangka pertemuan empat mata dengan Adam dapat mengembirakannya. Mungkinkah kegembiraannya menyelesaikan tugasan pertama menyebabkan dia bersikap positif terhadap Adam? Atau adakah hatinya memang tidak pernah memadamkan perasaan sayangnya terhadap jejaka itu sehinggakan ia terlupa dengan kisah silam. Jauh di sudut hatinya masih ada bunga-bunga cinta. Terhibur untuk seketika.....

Adriana segera selongkar beg pakaiannya mencari sesuatu yang sesuai buat pertemuannya dengan Adam malam nanti. Satu persatu pakaian digayakan dihadapan cermin. Apa yang terpancar diwajahnya amat payah digambarkan, gembira, serba salah, sayu, bercampur baur. Perasaan apakah ini yang dirasanya? Dimanakah amarah, dimana kebenciannya terhadap apa yang berlaku dahulu. Pertemuan sebentar tadi seolah-olah melenyapkan segala rasa sedih dan kebenciannya terhadap Adam. Perasaan marah yang telah berakar selama setahun seolah-olah hilang dipertemuan tadi.

 

Adriana melabuhkan punggung ke birai katil. Dia masih cuba mencari cebisan kebencian dihatinya agar apa yang dirasainya sekarang dapat dihindari. Adriana segera mencapai telefon bimbit dan mendail nombor Zuria

 

“Apa? Dia disana?” Adriana menjauhkan telefon daritelinganya pabila Zuria menjerit sebaik sahaja mengetahui yang Adam berada dihotel yang sama.

 

“Iya dia disini..... dan... aku baru sahaja bersarapan dengannya tadi...” jelas Adriana.

 

 Tidak sabar untuk menceritakan apa yang terbuku dihatinya ketika itu.

 

Please tell me yang kau tak akan bertemu dengannya lagi..... Rina, kau dah lupa apa yang berlaku ke? Perlu aku ingatkan?” bertubi-tubi Zuria menyoalnya. Dia masih tidak percaya yang Adriana seolah-olah telah memaafkan segala kesilapan jejaka yang pernah menghancurkan hati dan masa depannya.

 

“Yaya, aku dah maafkan dia dari dulu lagi tapi akufikir aku tidak mungkin dapat melupakan apa yang terjadi. Ternyata aku salah.Bila saja berbual dengannya tadi, aku sedar yang aku tidak dapat membohongi hati sendiri; aku masih sayangkan dia.....” 

 

Kedua mereka terdiam seketika.

 

“Aku tak tahu nak bercerita pada siapa tentang perasaanku selain daripada engkau. Kita berkawan dah lama, aku harap kau faham...”Air matanya tidak dapat dibendung lagi. Adriana menangis teresak-esak setelah lama memendam perasaan. Jika dulu tangisannya penuh kebencian, kini tangisannya penuh harapan. Harapan agar masih ada bait-bait perasaan yang dapat menyatukan mereka kembali.

 

Zuria kehilangan kata-kata. Dia terpegun dengan pengakuan Adriana. Patutlah ramai berkata, hati dan perasaan tidak dapat dijangkakan.

 

“Engkau pasti yang engkau boleh menerima sejarah lamanya?” Zuria bersuara tanpa ingin menyebut nama wanita yang terbabit dalam kehidupan Adam yang dahulu.

 

“Setiap orang ada sejarah silam dan melakukan kesilapan. Kita dijadikan tidak sempurna. Aku akui hati ini hanya miliknya danaku sanggup melupakan segala kisah yang telah lalu...”

 

“Bagaimana dengan Haikal?” soal Zuria.

 

“Kenapa dengan Haikal?”  

 

“Kau tidak memberi peluang kepadanya. Aku tahu yang dia amat mengambil berat tentang dirimu...”

 

“Entahlah, sebelum Adam, aku memang mengambil berat tentang Haikal tetapi aku hanya menganggapya sebagai teman yang amat rapat dan memahami diri aku.... tidak lebih dari itu.”

 

Terdengar keluhan Zuria dihujung talian. Apa lagiyang boleh dikatakan kiranya Adriana tekad dengan keputusannya. Perbualan mereka terhenti disitu.

 

Adriana memilih untuk mengenakan blaus biru dan celana putih untuk pertemuan dengan Adam. Lipstik di oles nipis, menambah keayuan yang tidak luntur. Jam menunjukkan sudah pukul lapan, segera dia turun ke lobi untuk bertemu dengan Adam, yang dilihat sudah menunggu. Secara automatik Adriana menyerahkan kunci keretanya kepada Adam terbiasa dengan tabiat lama. Adam menyambutnya sambil tersenyum dan memandu membelah malam. Mereka menuju ke restaurant makanan laut yang terletak berhampiran pantai. Selesai makan malam, Adam mengajak Adriana berjalan menyusuri pantai. Seperti gadisyang masih mabukkan cinta, Adriana terus mengikut. Angin malam di musin dingin ternyata semakin menusuk ke tulang. Mujur dia sempai mencapai shawl untuk dibawa bersama bagi melindungi daripada kedinginan malam.

 

“Adriana....” Adam memulakan bicara. “Ada sesuatu yang perlu kita bincangkan...”

 

Adriana menghentikan langkah dan mengadap jejaka itu.  “Tiada apa yang perlu kita bicarakan lagi, yang lepas biarlah lepas....” Dia memutuskan untuk tidak mengetahui lebih lanjut kisah silam Adam. Biarlah ia terkubur menjadi sejarah hitam yang tidak akan dikenang kembali.....

 

“Tapi......”

 

Adriana melekapkan jarinya ke bibir Adam, meminta ia agar tidak berkata-kata. Adam hanya mampu merenung mata Adriana yang redup seolah-olah mengandungi seribu suatu kisah.

 

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh MaMoSa