Home Novelet Komedi/Romantik Komedi ANTARA CINTA
ANTARA CINTA
MaMoSa
21/11/2017 18:37:34
41,887
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 20

Setahun telah berlalu dan kenangan bersama Adam semakin samar. Adriana semakin ceria seolah-olah telah melupakan perhubungannya dengan Adam. Kehidupan di Dubai ternyata banyak memberi kesedaran kepadanya, betapa dunia ini luas dan peluang sentiasa menanti untuk mereka yang sanggup merebut peluang yang datang.

 

Setahun yang lalu, semenjak dia menumpang rumah ibu saudaranya untuk bertenang, dia juga telah mengembangkan kerjayanya. Syarikat Jatidiri yang didirikan bersama Zuria sewaktu di Kuala Lumpur, masih diteruskan dan di uruskan sepenuhnya oleh Zuria. Untuk melupakan kesedihan yang melanda Adriana mengambil keputusan untuk mengembangkan syarikatnya di sini.

Menubuhkan perniagaan di tempat baru bukanlah sesuatu yang mudah. Selain daripada memerlukan modal yang banyak, dia juga harus melepasi segala birokrasi yang amat ketat. Dubai merupakan pusat dagangan antarabangsa dan melebarkan sayap perniagaan disini adalah suatu langkah yang tidak pernah difikirkan sama sekali. Selama 6 bulan dia berulang alik kepejabat pendaftaran perniagaan, diarah kesana sini, berjumpa dengan agensi untuk membuka perniagaan, segalanya adalah berbeza daripada negara sendiri. Disini, untuk pendaftaran perniagaan sahaja dia harus mempunyai pejabat yang mana sewanya adalah teramat mahal dan harus dibayar sewa pendahuluan untuk tempoh setahun.

 

Segala kerja keras untuk penubuhan syarikatakhirnya tercapai bila dia berjaya mendaftarkan perniagaannya disitu, dan tiga bulan yang lalu, dia berjaya mendapatkan satu akaun pelanggan baru bagi syarikatnya, dan semenjak itu dia tidak pernah menoleh kebelakang lagi. Biarlah sejarah lama menjadi suatu titik hitam yang menghantui hidupnya.

 

Bagi meraikan kejayaannya selesainya tugasan pertama sebagai konsultan, Adriana telah memilih untuk berehat di sebuah hotel di Ras Al Khaimah. Beristirehat sambil menghirup minuman dingin di salah satu gazebo yang disediakan di tepi pantai adalah suatu nikmat setelah berhempas pulas menubuhkan syarikatnya di sini. Santai. Walaupun matahari memancar terangdi pagi hari dibulan November, suasana terasa dingin. Suatu perubahan cuacayang memang dinantikan. Daripada suhu melampau mencecah 50o C kini hanya 20o C.

Kelihatan anak-anak kecil berlari-lari riang sesama mereka. Kedinginan angin pantai seolah-olah tidak terasa oleh mereka. Adriana menarik shawl agar melindungi diri dari kedinginan tersebut.

 

Sambil melayan perasaan Adriana terasa seolah-olah ada yang memerhatikan dirinya dari jauh. Segera dia memandang sekeliling seolah-olah mencari siapakan gerangan yang memerhatikan dirinya. Mata bertentang mata dan Adriana seperti tidak mempercayai apa yang dilihatnya. Aahhh... terlalu kecilkan dunia ini hinggakan sini juga dia harus menghadapi semua ini? Atau adakan ini suatu suratan yang telah ditentukan Allah agar segala persoalan terungkai? Terungkai? Segalanya telah dibincangkan di Genting Highland dahulu sebelum dia berangkat meninggalkan bumi Malaysia, tiada apa lagi yang perlu dibicarakan tapi hakikatnya lelaki itu berada disini sekarang. Ditempat yang tidak mungkin di lawati oleh pelawat-pelawat biasa dari Malaysia.

Kedua-dua mereka terpegun apabila mata bertentang mata. Adriana kelihatan serba-salah. Ketenangannya tereasa dicerobohi. Segera dia menarik tas tangannya untuk beredar. Secepat itu pula Adam telah berada disisinya.

 

“Adriana....” Langkahnya terhenti. Ahh suara yangamat-amat dirindui dan juga dibenci.

 

Dirindui kerana suara itulah yang pertama dapat menerobos perasaan kasih dan sayangnya, dibenci kerana suara itu jugalah yang menghancurkan segala impian dan harapannya untuk hidup bersama.

 

“Apa khabar Adriana?” Adam memulakan bicara. Dia masih terasa bersalah selagi tidak menjelaskan perkara yang sebenar kepada gadis pujaan hatinya. Segalanya harus dileraikan agar tidak ada lagi kekusutan di masa hadapan.

 

“Alhamdulillah, baik” Adriana tesenyum untuk mengaburi perasaan yang serba salah.

 

Adriana menyangkakan hidup lelaki itu akan gundah gulana tanpanya ternyata meleset. Apa yang terlihat diwajahnya adalah seorang yang lebih matang dan tenang. Masih memikirkan tentangnya? Adriana melepaskan keluhan kecil. Sememangnya dia berharap agar hidup Adam tidak terurus, menyesali segala kejadian yang terjadi setahun yang lalu, tetapi apa yang dilihat adalah sebaliknya. Adam kelihatan semakin kacak, masih hebat seperti dahulu malah lebih hebat daripada Adam yang dikenali dahulu. 

 

“Ayuh, kita bersarapan dulu” tanpa menanti jawapanAdam menunjuk ke arah meja yang berhampiran.

 

Adriana hanya mengikut. Hilang kekuatan diri untuk melarikan diri. Ternyata kehadiran Adam di sisi masih mempengaruhi dirinya.

 

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh MaMoSa