Home Novelet Komedi/Romantik Komedi ANTARA CINTA
ANTARA CINTA
MaMoSa
21/11/2017 18:37:34
41,870
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 19

Kedinginan hawa dingin di cafe tempat Adam dan Natalia bertemu seolah-olah tidak terasa. Seorang pelayan wanita menghampiri mereka, sambil meletakkan minuman dingin diatas meja.

 

I’m glad you called Adam...... I sungguh gembira...” Natalia mencapai tangan Adam sambil tersenyum.

 

Hatinya berbunga gembira melihat Adam hadir dihadapannya. Kiranya masih ada ruang di hati Adam untuk memaafkan segala kesilapan yang lalu. Adam menarik pantas tangannya seraya memohon maaf bila dilihatnya perubahan di wajah Natalia. Ada bait-bait kekesalan bila Adam bertindak begitu.

 

“Kenapa you kemari, Nat? Kita pernah bertemu,berkahwin dan berpisah. Kita tiada apa-apa lagi hubungan sekarang ini......”Adam memulakan bicara. Natalia meneguk minuman.

 

“I cari you Adam. I percaya yang antara kita masih ada rasa sayang..... I sayangkan you...” tersekat-sekat dia meluahkan kata-kata keramat itu.

 

“Sayang?”

 

“Iya, sayang. I sayangkan you... dan tidak pernah melupakan hubungan kita”

 

Please stopNat. What we had last time was a fling.... it was never love....

 

“Adam, bila kita tamat pengajian dan membawa haluan masing-masing, I berkerja dengan organisasi ayahku sebagai as one of the director di food chain miliknya. Kurang setahun,kedua ibubapaku terlibat dalam kemalangan maut, meninggalkan I sebagai waris tunggal kepada empayar perniagaannya.” Ia terhenti sambil melemparkan pandangan keluar.

 

I kehilangan arahtuju sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ini I found ketenangan sejati.......”

 

Adam merenung Natalia. “Apa maksudmu?”

 

I found Islam!” Adam merenung wajahnya. Apakah yang dimaksudkan oleh wanita ini?

 

“Benar Adam, when we’re married Islamku hanyalah pada nama sahaja. Cukuplah setakat itu sahaja, you pun tahu sejarah itu but now I am fully revert. Biarlah Islam be my way of life.. selamanya.”

 

Adam terpaku mendengar pengakuan Natalia. Betapadia gagal untuk membimbing wanita ini sebagai isteri yang solehah, akhirnya Natalia mendapat keimanan tanpa dia disisi. Adam menukup wajahnya dengan tangan. Sungguh tidah disangka gadis liar yang dikenalinya dulu telah berubah. Memang benar, hikmah itu milik Allah.....

 

“Alhamdulillah” hanya itu yang mampu diucapkannya.Natalia tersenyum. Ada sinar harapan terpancar dari wajahnya..........

 

--------------------------------------------

 

  

Tan Sri Samad menjamah kuih yang dihidangkan oleh isterinya sambil membelek majalah Golf Digest keluaran terbaru. Kedengaran enjin kereta Adam memasuki perkarangan rumah.

 

Telah hampir sebulan berlalu sejak tragedi pembatalan perkahwinan Adam dan Adriana. Berminggu Adam berkurung di kamar akhirnya dia berubah dan mula menjalini kehidupan sehariah seperti biasa. TanSri Samad agak kagum dengan kekuatan mental anaknya itu, tetapi masih belum mampu untuk bertanya lebih lanjut. Biarlah masa menentukannya.

 

Adam melangkah masuk dan melabuhkan punggung disofa bersebelahan ayahnya.

 

“Ayah, ada perkara penting yang ingin saya bincangkan dengan ayah”  Tan Sri Samad menanti apa yang ingin disampaikan dengan sabar. “Saya ingin meminta izin untuk memperisterikan Natalia sebagai isteri saya yang sah” seraya itu terdengar kaca pecah dari arah dapur....

 

“Kenapa nak cari masalah lagi Adam? Bukankah lebih baik kalau kamu pujuk Adriana agar terima kamu semula” Tetiba sahaja Puan Sri Zakiah menyampuk dari dapur. Pastinya sedari tadi memasang telinga untuk mengetahui perkembangan terkini berkenaan anaknya.

 

“Mama, Natalia telah memilih Islam sebagai agamanya dan saya rasa bertanggungjawab untuk membimbingnya kejalan yang benar. Jika dahulu saya gagal, biarlah sekarang kami berdua belajar dari kesilapan lalu......”

 

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

  

Majlis pernikahan Adam berlangsung dengan amat sederhana, tiada pelamin tiada khemah untuk menyambut para jemputan yang ramai. Cuma saudara mara dan jiran tetangga yang dijemput untuk menyaksikan hari yang bersejarah untuk kedua mempelai tersebut.

 

Natalia kelihatan ayu mengenakan busana kurung moden berwarna lilac sedondon dengan baju melayu Adam. Keayuannya makin terserlah apabila dia memilih untuk menutup aurat sepenuhnya, tanpa paksaan.

Dengan sekali lafaz, Natalia telah sah menjadi isterinya. Serentak dengan itu, para hadirin menadah tangan berdoa memohon kesejahteraan kedua mempelai.

 

“Para penumpang yang dihormati sekalian, tanda pakaikan tali pinggan anda telah dinyalakan, sila pastikan anda berada ditempat duduk.......” Adam tersedar dari lena sebaik sahaja pramugari membuat pengumuman di pembesar suara. Hmmm lama juga tidur kata hati kecilnya. Ia menoleh ke sebelah kirinya, di lihat Natalia masih memejamkan matanya. Dia mengambil peluang tersebut untuk menatap wajah isteri yang baru dinikahi sepuas-puasnya. Percayakah aku padanya sehingga sanggup menerimanya sebagai isteri buat kedua kalinya?  Isteri.....bukan untuk disakiti tetapi untuk dibimbing fikirnya sambil tersenyum. Biarlah cintaku terhadap Adriana terkubur tetapi cintaku pada Allah dibajai dengan menyintai isteri yang dipilih oleh Dia. 

 

 

 

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh MaMoSa