Home Novelet Komedi/Romantik Komedi ANTARA CINTA
ANTARA CINTA
MaMoSa
21/11/2017 18:37:34
41,839
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 1

 

“Adriana, I tunggu di luar okay…” Zuria  berlalu sambil berpaling kepada Adriana.Dilihatnya Adriana masih mengemas-ngemaskan kertas kerja yang berselerak diatas meja.  Sesekali tangannya menguis rambut yang jatuh lembut menutupi wajahnya yang bujur sirih.

 

“Adriana” sergah Zuria lagi, apabila dilihat gadis itu seolah-olah tidak mengindahkannya.

 

Tersentak apabila disergah begita, kertas-kertas yang di pegangnya bertaburan ke atas lantai. Gadis yang bernama Adriana menarik nafas yang panjang sambil memandang temannya itu. Zuria hanya tersengih menampakkan baris-baris gigi yang tersusun rapi hasil daripada bertahun memakai pendakap gigi.

 

“Aku ingatkan kau tak dengar aku panggil tadi...”celah Zuria perlahan sambil melangkah pergi sambil. Derapan langkahnya semakin menjauh langsung menghilang.

 

Adriana kembali membongkok  untuk mengutip kertas-kertas yang bertaburan. Disusunnya sehelai demi sehelai mengikut susunan yang seharusnya.  Ah, susah pula membongkok begini, dengusnya,lalu dibukanya kasut setinggi 2 inci yang dipakainya, dan tanpa segan duduk bersimpuh untuk menyusun helaian-helaian yang masih berterabur. Untungnya dia memakai seluar dan blaus longgar untuk program hari ini, mudah bergerak dan selesa untuk duduk di lantai. Tiba-tiba terdengar daun pintu dikuak. Angin yang merembas masuk membuai- buai  rambut yang jatuh menutupi wajahnya.

 

“Yaya.... lagi kau sergah aku, selagi itulah akuakan lambat berkemas. Tunggu saja di kereta. Sekejap lagi aku sampai” Adriana berkata tanpa mengangkat wajahnya. Tangannya pantas menyusun lembaran-lembaran yang bertabur tadi.

Terdengar daun pintu tersebut ditutup kembali. Adriana menoleh kebelakangnya, sambil mengumpulkan kertas-kertas yang masih banyak. Apabila dia memandang kehadapan, tiba-tiba sepasang kaki  terpacul didepannya.

 

Tersentak! menyangkakan dirinya bersendirian, Adriana mengurut dada, melihat tetamu yang tidak diundang.

 

Segera dia mengangkat muka, melurut sekujur tubuh yang berdiri dengan begitu hampir kewajahnya. Seorang jejaka berbaju T biru laut dan berseluar pendek paras lutut berdiri betul-betul didepannya, membelakangkan cahaya lampu, menyebabkan wajahnya tidak kelihatan. Adriana terkebil-kebil memerhatikan wajah yang berdiri dihadapannya. Apabila dia masih tidak dapat melihat wajah yang dimiliki oleh kaki tersebut, dia bingkas bangun. Hampir saja kepalanya terhantuk dengan dagu jejaka tersebut.

 

“Err, may Ihelp you? Are you lost?” Adriana menegur jejaka tersebut. Berambut panjang separas bahu, berkulit cerah kemerah-merahan, Adriana segara meneka yang jejaka tersebut berbangsa asing yang kehilangan arah.

Melihatkan raut wajah jejaka tersebut, hidungnyayang mancung, seulas bibir yang menawan membuatkan Adriana berpendapat yang jejaka tersebut pasti dari Eropah, ataupun bumi Amerika desis hatinya. Yang pasti, dia bukan dari Australia bisik hatinya lagi. Fikirannya terus berputar,bermain dengan kata-kata nakal, meneka asal usul jejaka yang berdiri tegak dihadapannya, tanpa sebaris jawapan pun diterima dari jejaka tersebut.

 

Haruskan aku bertanya menggunakan bahasa lain? Bahasa French, mungkin? Adriana masih meneka dalam kesamaran. Oh! Mungkinkah dia dari timur tengah? Arab? Dubai, mungkin? Hmm... dia cuba mengingati semula pelajaran Bahasa Arab yang pernah dipelajarinya dahulu. Itulah, dulu selalu ponteng kelas Bahasa Arab, keluhnya hampa, apabila satu pun tidak dapat di ingatinya kecuali ana dan anta.

 

“Er...  anta ......anta.....” tergagap-gagap diacuba mencari perkataan yang telah hampir lupus dari ingatannya.

 

Sekuntum senyuman terbentuk oleh seulas bibir yangmenawan tersebut. Hmm.... sah, orang Arab kot, dia dah senyum tu....desis hatinya lagi. Adriana semakin galak untuk mengingati bahasa Arab yang pernah dipelajarinya dulu sewaktu di sekolah berasrama penuh.

 

“Boleh saya bantu?” satu demi satu dituturkan olehjejaka tersebut. Senyumannya masih lekat dibibir.

 

Adriana menarik nafas yang panjang dan terhentidisitu seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Arab boleh berbahasa melayu? Hatinya kembali berkata-kata. Hmm.. tapi biasalah, ramai yang semakin meminati bahasa ibunda kita sekarang ini.

 

“Cik, lepaskan nafas tu... nanti awak pengsan..”tegur jejaka itu lagi. Slang Eropahnya masih kedengaran walaupun dia fasih berbahasa Melayu.

 

“Awak faham Melayu!” tergagap-gagap Adriana menegurnya sambil menuding jari kearahnya. “Maksud saya..... awak boleh berbahasa melayu?”

 

Jejaka tersebut tersenyum lebar, membariskan gigi yang putih.

 

“Saya ni orang apa ya?” dia bertanya nakal. Gelisungguh hatinya melihat gadis yang tadinya bersimpuh diatas lantai tergagap-gagapcuba berbicara menggunakan pelbagai bahasa asing dengannya.

 

Wajah gadis itu berubah warna daripada kuning langsat kepada kemerah-merahan. Cantik, desis hatinya nakal. Tapi sayang.......fikirannya terhenti di situ.

 

“Encik sesatkah? Tolong pergi jumpa pengawal keselamatan diluar, mungkin dia boleh bantu tunjukan arah.” Adriana cuba melawan gelojak malu sebentar tadi. Di cuba berbicara secara profesional untuk menutup perasaan malu.

 

“Hm.... tiba-tiba sahaja hilang kelembutan suara.Kenapa? Adakah sukar untuk melembutkan kata-kata apabila berbahasa ibunda?Atau... kita hanya berbudi bahasa dengan mereka yang berbangsa asing?” lembut jejaka itu berkata-kata tetapi terlalu sinis hingga menusuk ke jiwa.

 

Adriana hanya merenung jejaka itu dengan suatu renungan yang tajam, geram dengan penilaian yang dilemparkan terhadapnya. Malas melayan jejaka itu, tangannya laju mengumpulkan kertas kerja serta fail-fail yang masih berselerak. Segalanya disumbat masuk kedalam briefcase kulit berwarna hitam miliknya. Dicuba menutup butang briefcasenya berkali-kali tapi tidak berjaya. Isinya terlalu penuh hingga menyukarkan untuk menutupnya. Tanpa menunggu, Adriana terus mengepit briefcasenya.Dia harus pergi segera, jauh dari jejaka itu. Malu dan geram tetapi dia juga mahu ketawa, tapi pastinya bukan dihadapan lelaki tersebut. Tanpa mengangkat muka, dia bersuara sambil melangkah pergi.

 

“Maaf, saya harus pergi segera. Kawan dah tunggu dilu....aduh!!” tercampak briefcase yang dikepitnya, tersembur segala isikandungannya, berselerak dilantai. Hampir saja wajahnya tersembam ke karpet berwarna kelabu, namun mujur tangannya sempat menahan dirinya daripada terus terjalar ke lantai.


Adriana mengertap bibir sambil melelapkan mata.Aahh.... malu lagi desis hatinya. Mujur dia berseluar hari itu dan tidak memakai skirt labuh seperti kebiasaannya setiap hari.

 

Adriana membuka sebelah matanya, harapannya hanya satu, semoga lelaki itu hilang dari pandangan. Namun harapan hanya tinggal harapan; terdengar tawa halus dari lelaki itu. Tangan dihulur untuk membantu untuk berdiri. Adriana tidak mengindahkan tangan yang dihulur. Dia lebih rela untuk bangun sendiri. Sambil mengibas-ngibas habuk di pakaiannya, Adriana terus tunduk untuk mengumpulkan kertas yang bertabur semula.  Dia kemudiannya terus melangkah dengan laju.Malunya bukan kepalang terhadap jejaka yang tidak dikenali itu. Dia harus pergi seberapa segera, jauh dari situ. Adriana terasa jejaka tersebut masih memandangnya yang terkocoh-kocoh berjalan keluar.

 

Tawa sinis jejaka tersebut masih terngiang-ngiang ditelinganya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh MaMoSa