Home Novelet Komedi/Romantik Komedi ANTARA CINTA
ANTARA CINTA
MaMoSa
21/11/2017 18:37:34
41,869
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 24

Sudah seminggu Adriana pulang ke tanahair dan selama itu jugalah dia masih mencari kepastian akan pengakuan yang diluahkan oleh Adam. Hatinya masih meragui samada Adam benar-benar telah menikahi wanita tersebut ataupun itu cuma alasan untuk menjauhkan diri darinya. Walau apapun,Adriana mengambil keputusan untuk bersemuka dengan Natalia. 

Selama seminggu itu jugalah dia cuba menyelidik, mencari maklumat tentang Natalia. Dia harus bersemuka dengannya untuk mengetahui perkara sebenar. Adakah benar Adam menikahinya? Tidak mungkin Adam mencintai Natalia kerana dia dapat membaca hat idan perasaan Adam terhadap dirinya. Tetapi jika benar Natalia adalah isteri yang sah, apakah yang perlu dilakukan? Adakah dia akan melarikan diri lagi, dan meninggalkan keluarga dan kekasih hatinya? Atau adakah dia akan meneruskan perhubungannya dengan Adam? Persoalan itu terus bermain-main dikepala,sambil menanti kehadiran Natalia.

 Tanpa disedari seorang wanita yang sedang sarat mengandung berdiri dihadapannya. Cantik, desisnya. Berwajah ayu, berkulit putih kemerah-merahan amat cantik dipadankan dengan tudung berona lembut. Tangan yang dihulur, disambut oleh Adriana sambil menjawab salam.

 

“I’m Natalia, you must be Adriana.... Apa khabar?”dia tersenyum sambil melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Adriana.Seolah kehilangan punca, Adriana cuba bertenang. Tidak disangka, inilah Natalia. Lain benar penampilannya berbanding kali pertama ia melihatnya.

 

“Adriana, kenapa you mahu berjumpa dengan saya sendirian tanpa Adam?” dia memulakan bicara. Sejak menerima panggilan daripada Adriana, hatinya tertanya-tanya akan tujuan pertemuan tersebut. Dia merasa bersalah menyembunyikan pertemuan itu daripada Adam, tetapi bagi menghormati permintaan Adriana, digagahi jua. Melihatkankeadaan Natalia yang sedang sarat mengandung, lidah Adriana menjadi kelu.

 

Segala kata-kata yang telah diolah untuk dilemparkan kepada Natalia bagaikan hilang di angin lalu. Matanya mula berkaca,memikirkan betapa dia tidak sanggup untuk menyakiti hati dan perasaan wanita itu yang ternyata sedang mengandungkan anak Adam. Terlalu rapuhnya perasaan Adriana ketika itu.

 

“Bagaimana......” ia tidak dapat melahirkankata-kata untuk mengetahui lebih lanjut tentang perhubungan Natalia dan Adam.Ia terus menangis teresak-esak dihadapan Natalia. Bagaikan ada kuasa yang memberi keberanian pada Natalia untuk beralih menghampiri Adriana, gadis yang mencintai suaminya.

 

I love him Adriana. Always have and always will. Dia adalah insan terbaik yang Allah hadiahkan padaku after what I have done and gone through. Menyayanginya sepenuh hati adalah cara aku mensyukurinya. I am very sorry dengan apa yang telah aku lakukan dulu, am not proud of it. I hope you understand.”

 

Esakkan Adriana masih bersisa. Dia seolah-olah tidak mengendahkan orang sekeliling yang sesekali menoleh memerhatikan mereka .Dia menyeka airmata yang masih bersisa.

 

“Natalia..” dia memulakan bicara.

 

“I masih sayangkan dia..... I tak sanggup hidup tanpanya..” bagaikan halilintar membelah dunia dirasakan gelap. Kata-kata itulah yang paling ditakuti oleh seorang yang bergelar isteri. Dia masih mendiamkan diri, memberi ruang kepada Adriana untuk terus berkata-kata.

 

I tahu,tidak adil untukku membuat permintaan sebegini diwaktu kamu sedang sarat menanti kelahiran zuriat Adam, tapi I tidak sanggup untuk berpisah dengannya dan I takut kiranya perkara yang tidak baik berlaku kiranya kami tidak disatukan...” kini giliran Natalia pula untuk mengalirkan airmata. Biarlah setinggi manapun ilmu didada, tiada wanita yang sanggup dimadu. Adriana membiarkan dia menangis sepuas-puasnya. Walaupun pahit, harus diluahkan juga,untuk kebaikan semua. Dia sanggup menerima Adam, Natalia dan anak yang dikandungnya sebagai ahli keluarganya hanya kerana cinta.

 

“Adam setuju?” dia bertanya dihujung tangis.Adriana hanya menggelengkan kepala.


‘Dia tidak tahu. Ini keputusan aku.”

 

“Adriana, I am not perfect, dan kiranya itulah pilihan Adam, I tidak mahu menghalangnya. Moga Allah memberi petunjuk kepada kita semua...” Natalia bangun seraya menghulur tangan untuk pergi.

 

Tiba di rumah dilihatnya Adam bersantai di halaman rumah sambil menghirup minum petang. Natalia cuba bersegera keluar dari kenderaannya. Diakhir-akhir trimester ini, pergerakkannya agak terbatas. Adam telah beberapa kali mengingatkannya agar tidak memandu tapi selagi keadaan mengizinkan, Natalia terus memandu.

Sambil tersenyum, dia menghampiri Adam. Menyedari isterinya yang baru tiba, Adam menghulurkan tangan, menyambutnya untuk bersama menikmati minum petang. Sungguh romantik suamiku, fikirnya. Inilah salah satu sifat Adam yang membuatkan dia amat menyanjungi lelaki ini. Ia sedar, perkahwinan antara Adam dengan dirinya hanya suatu tanggungjawab sedangkan pada masa yang sama, Adam masih mencintai Adriana. 

Natalia meramas tangan suaminya sambil tersenyum. Pahit.

 

“Do you still love her?” dia melemparkan soalan kepada suaminya. Perkara begini harus diselesaikan segera.

 

“Siapa?!” Adam berpura-pura tidak mengerti.

 

Honey, I really tak ada mood untuk your jokes,ok?” Natalia masih berlembut. Sungguh berbeza dengan sikapnya yang terdahulu, keras kepala. Adam bersyukur dengan perubahan isterinya yang benar-benar mendalami ilmu pengetahuannya tentang Islam. Apa lagi yang diingini daripada seorang isteri?

 

“Natalia, I dah beritahu you dahulu, dan I ulangilagi, you are my wife. I love you,ok?”

 

But she still loves you....”

 

Adam tertawa. Pasti pembawakan budak, fikirnya.Semenjak berbadan dua, Natalia memang agak moody, tapi hari ini berlainan sekali sikapnya. Sejak dia menerangkan perjumpaanya dengan Adriana dia tidak pernah membangkitkan perkara tersebut lagi, sehingga hari ini.

 

“Siapa?” soalnya lagi.

 

“Adriana.... dia masih mencintai you” Adam tertawa.

 

“Biarlah.... I cannot control how she feels about me ... dia bukan my isteri” dia masih cuba berjenaka sambil merangkul pinggang isterinya yang dahulunya ramping.

 

That’s the thing.. she wants to be you wife” Natalia meleraikan pelukan Adam sambil menghadapnya. Diperhatikan wajah Adam berubah, ibarat ditoreh tidak berdarah.

 

“I pergi jumpa dia tadi, maaf, dia minta supaya dirahsiakan” dia melihat suaminya terduduk, tidak berdaya berkata-kata.

 

Adam tidak menyangka yang Adriana sanggup bertemu dengan Natalia, lebih-lebih lagi disaat-saat dia hampir melahirkan. Dia sedar yang hati isterinya terguris dengan kenyataan itu walaupun bibirnya mengukir senyuman. Wanita mana yang mahu mendengar suaminya dicintai insan lain,lebih-lebih lagi insan yang pernah bertahta dihati suaminya. Walaupun dia menyintai Adriana, dia tidak harus bertemu Natalia tanpa pengetahuan Adam.

 

“Jangan risau sayang, I’ll talk to her..” jelas Adam sampai mencapai telefon bimbitnya.

 

Adam,don’t! Lets face it. I am you wife, but it is she whom you really love,”bagaikan duri yang menusuk ke jantung, Adam terdiam. Tidak mampu dia untuk menafikannya. Menafikan cintanya pada Adriana akan lebih melukakan isterinya dan dia tidak sanggup untuk berbohong lagi, tidak pada isterinya, tidak pada diri sendiri.

 

“Adam, I love you with all my heart dan boleh dapatkan apa saja yang di inginkan didunia ini kecuali satu. Cinta you...” begitu sayu ia bersuara. Bergetar jua jiwa lelaki Adam melihat isterinya bersedih. Titik demi titik jatuh membasahi bumi mendengarkan pengakuan ikhlas dari isterinya. Tergamakkah ia untuk menduakan isterinya itu?Amanah yang telah diterimanya sewaktu mereka diakadkan. Akad untuk menangung segala kebaikan dan kekurangan jodohnya itu? Adam mendakap serta mencium dahi isterinya. Inilah jodoh terbaik yang telah Allah pilihkan untuknya. Insan yang tidak sempurna tetapi serba melengkapi hidupnya. Insan yang menyintainya kerana Allah, meminta untuk dibimbing dan disayangi. Adam beristigfar, memohon keampunan diatas kealpaannya. 

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh MaMoSa