Home Novelet Komedi/Romantik Komedi ANTARA CINTA
ANTARA CINTA
MaMoSa
21/11/2017 18:37:34
41,842
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 13

Adriana merenung kepulan-kepulan awan yang memutih disimbahi panahan matahari disebalik cermin tingkap disebelah kirinya. Sengaja dia memilih untuk duduk ditepi tingkap, agar dapat melemparkan pandangannya keluar.

 

Masih terbayang disaat ketibaan pengantin lelaki sewaktu tiba waktu untuk dinikahkan. Zuria mengiringi dia keluar kamar untuk upacara pernikahan. Adam dengan tenang bersila di lapik bantal pernikahan bertekad, yang ditempah khas oleh ibunya. Beriya-iya ibunya mencari tukang tekad, seni yang diambang kepupusan. Bantal baldu biru berbenang emas kelihatan amat indah, menandakan budaya dan adat yang tidak luput dek zaman.  Di luar terdengar riuh rendah suara Mak Lang sibuk mengerah penanggah membersihkan meja-meja untuk tetamu yang datang. Ceria suara sungguh suara-suara tetamu yang hadir, maklumlah, kali pertama keluarganya mengadakan majlis perkahwinan.


Suara Zuria menyedarkan dia.

 

Sewaktu imam menghampirinya untuk meminta persetujuannya untuk dinikahkan, debaran jantungnya semakin laju. Hampir saja tangannya tidak mampu menandatangani surat nikah yang dihulurkan.  Mengeletar tangannya sewaktu menyambut pena yang dihulurkan. Diwaktu yang sama matanya sempat menyorot wajah Adam yang kelihatan tenang. Sewaktu pandangan mereka bertembung, Adriana terasa bagaikan ada suatu kuasa yang memberinya kekuatan dengan apa yang berlaku sekarang. Namun, hatinya bagai tidak dapat mengelak dari menyedari, terdapat bait-baik kesayuan disebalik pandangan Adam terhadapnya.

 

Bagaikan tersedar dari lamunan, tiba-tiba matanya tertumpu pada seseorang yang bersebelahan dengan Adam. Bagaikan hililintar yang menyambar, Adriana terkedu melihatkan pengapit Adam. Sepasang mata yang redup merenungnya sambil tersenyum hambar.


Haikal!! 

Sejak bila mereka saling mengenali antara satu sama lain? Adamkah teman baik yang dimaksudkannya? Ia melihat Haikal membisikkan sesuatu ke telinga pengantin lelaki. Kelihatan Adam mengangguk-angguk sambilter senyum.

 

Sewaktu Adam menggengam tangan imam untuk dinikahkan, dadanya berombak kencang, seolah-olah ada badai yang melanda,sedangkan Adam terus tenang. Ishk, kenapa pula hati ini berdebar ya, getusnya.

 

Tiba-tiba terdengar suatu suara memberi salam dan serentak dengan itu juga semua mata tertumpu kearah suara yang melemparkan salam tersebut. Sesusuk tubuh tinggi lampai tercegat di pintu seraya membetulkan selendang yang dipakainya. Seorang wanita Ingeris berambut perang berdiri tegak diruangan pintu sambil memandang Adam. Ibu Adriana segara bangun dan mempersilakannya masuk. Berseluar jeans dan berblaus ungu, wanita itu kelihatan sangat menarik apabila mengenakan selendang berwarna lilac. Tanpa sepatah bicara, wanita tersebut masuk dan terus melabuhkan punggungnya disebelah Adam. Semua yang hadir seolah-olah terkunci mulut mereka. Drama apakah yang akan terjadi ini? Masing-masing menanti dengan penuh debaran.

 

“Adam” wanita tersebut memulakan bicara sambil menatap wajah Adam.

 

Perlahan-lahan Adam melepaskan tangannya daripada genggaman, dan terus menatap wajah wanita itu.

 

“Adam,please don’t do this.”Adam hanya tertunduk diam, membisu seribu bahasa. Begitu juga dengan semua yang hadir.

 

“I am a different person now. I know what we had was something that is so precious, but I was so blind not to see that...”

 

Adriana memandang diantara Adam dan wanita tersebut silih berganti. Ia mengharapkan yang Adam akan berkata-kata untuk meleraikan segala kekusutan yang timbul ini. Sungguh-sungguh is berharap!

 

“Adam,please listen to me. Do not marry this girl. Do not make her life miserable,you’re mine, Adam!”begitu angkuhnya dia mengeluarkan kenyataan tersebut. Mahu saja Adriana menjerit-jerit melepaskan geram terhadap wanita tersebut.

 

“Who do you think you are??!!” tapi ayat-ayat tersebut terus terkubur didalam hatinya sahaja. Tidak sanggup rasanya dia memalukan dirinya sendiri. Biarlah masa menentukan jawabannya.

 

“Adam...” wanita itu terus merayu sedangkan Adam masih tunduk seribu bahasa. Seluruh hadirin sunyi sepi menantikan pengakhiran drama itu. Ayah Adriana tidak dapat menahan perasaan ingin tahu, dan meleraikan kekeliruan yang timbul.

 

Excuse us,miss. Can we know who are you and your relationship with Adam?”

 

Seraya memandang wajah Pak Rahman gadis itu berkata “Saya Natalia; isterinya!”

 

Seluruh depan ibarat dilanggar garuda. Sekiranya sebatang jarum terjatuh, pasti dentingannya memenuhi seluruh ruang. Ramai yang terlopong mendengar jawapan wanita itu, tidak kurang juga yang menggeleng-gelengkan kepala seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengari.

Tan Sri Samad memecah kesunyian apabila dia menghadap Adam dan bertanyakan keadaan yang sebenar. Adam masih tunduk membisu seribu bahasa. Perlahan-lahandia mengangkat wajahnya untuk menatap wajah kedua ibubapanya. Tidak sanggup Adriana mendengar jawaban daripada Adam lantas dia bingkas bangun dan meluru kebiliknya lantas menguncinya dari dalam. Panggilan dari ibu serta Zuria tidak lagi didengari. Puas ibunya mengetuk-ngetuk pintu kamarnya, tidak diendahkan. Dia menyembamkan wajahnya ke bantal pengantin yang ditempah khas oleh ibunya. Dia terus menangis sehingga terlelap...

 

Suasana terasa sunyi dan gelap sewaktu dia tersedar dari lenanya. Terasa mukanya yang sembab akibat tangis yang berpanjangan. Perlahan-lahan in bangun dari katil pengantin. Katil yang seharusnya menyimpan seribu satu rahsia antara dia dan Adam, namun kini itu hanyalah impian semata-mata. Perlahan-lahan dia menanggalkan pakaian pengantin yang dipakai sejak acara pernikahannya tadi. Airmatanya berguguran lagi tanpa diminta-minta buat kesekalian kalinya.

 

Terdengar ketukan halus di pintu kamarnya. Pasti ibu. Dibiarkan saja. Hatinya masih belum tenang untuk menghadapi sesiapa. Malu,marah sedih masih menyelubungi dirinya.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh MaMoSa