Home Novelet Komedi/Romantik Komedi ANTARA CINTA
ANTARA CINTA
MaMoSa
21/11/2017 18:37:34
41,854
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 11

 

Adam pulang dengan perasaan gusar. Dia mengingati semula sewatu dia mula mengenali Haikal. Setelah selamat menamatkan pengajian ijazah pertama di United State, Adam meneruskan usahanya untuk menamatkan pengajian pascasiswazah di United Kingdom. Di situlah dia bertemu Haikal yang merupakan teman sepengajian sewaktu dia meneruskan pengajian dan juga teman serumah. Datang dari latarbelakang yang berbeza darinya Adam merasa keserasian berkawan dengan Haikal. Anak sulung kepada pasangan suami isteri Zahid dan Amirah yang bertugas sebagai guru di selatan tanahair. Kali pertama bertemu Haikal kelihatan ibarat rusa masuk kampung, mungkin kali pertama menjejakan kaki keluar negara. Merasakan yang mereka berdua mempunyai keserasian bersama,Adam mempelawa Haikal untuk tinggal bersama. Segala tanggungjawab dipikul bersama; memasak, membasuh pakaian semuanya dilakukan secara bergilir-gilir.Dari semasa ke semasa Adam juga membawa Haikal untuk bermalam di rumah ibu saudaranya dimana dia bersekolah diwaktu zaman remajanya.

 

 Bulan demi bulan dia melihat perubahan yang ketara pada diri temannya itu. Saban hari tahap keyakinan dirinya semakin meningkat. Setelah hampir beberapa bulan, Adam melihat cara pemakaian dan persahabatan Haikal semakin berubah. Benarlah seperti kata pepatah, sekali air bah sekali pantai berubah. Setiap hari ada sahaja teman-teman wanita yang menelefon atau menemaninya ke kuliah. Kejutan budaya, mungkin. Adam hanya tersenyum memahami keadaan Haikal. Kali pertama berjauhan dari kaum keluarga, pastinya menikmati kebebasan yang baru dirasai itu.

 

Namun, perubahan demi perubahan menjadikan dia sering meninggalkan kuliah. Lebih banyak masa dihabiskan untuk berpoya-poya dengan teman-teman wanitanya dan dia semakin lewat pulang kerumah. Adam merasakan Haikal hampir terjerumus ke arah kehancuran sepertimana yang ia pernah lalui dahulu dan dia cuba untuk menasihatinya. Ternyata sia-sia. Haikal kian hanyut dengan keindahan dunia kepura-puraan yang dilalui hinggakan keputusan semester kedua yang tidak memberangsangkan menyebabkan dia terpaksa mengambil kursus musim panas. Sedar dengan kesilapan itu dia segera bangkit untuk menamatkan pengajiannya dengan jayanya. Namun sikapnya yang suka keluar dengan ramai wanita masih tidak berubah hinggakan terbawa-bawa bila pulang ketanahair.  

 

Melihatnya bersama Adriana tadi menimbulkan rasasangsi sejauh manakah perhubungan mereka?

 

 

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh MaMoSa