Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA ADALAH JAWAPANNYA
CINTA ADALAH JAWAPANNYA
MaMoSa
5/2/2018 20:43:22
2,208
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 1

Setiba dilapangan terbang Antarabangsa Langkawi agak lengang berbanding dengan kesibukan di KLIA2. Walaupun berstatus ‘international’, fasiliti yang ada masih kelihatan seperti mana-mana lapangan terbang domestik yang ada di negeri-negeri di Malaysia. Sambil menanti untuk mengambil beg, ia memandang sekeliling. Dari tingkap-tingkap ejen pelancongan, para ejen melambai-lambai penumpang yang baru turun agar memilih perkhidmatan mereka selama berada di Pulau Lagenda tersebut. Ada yang menawarkan pakej penuh ada juga yang sewa kenderaan sahaja. Mahsuri mencapai beg merah miliknya sambil melemparkan keatas troli yang ada. 

 

“Kereta cik?”Satu suara menyapa dari belakang. Ia berpaling dan melihat seorang gadis tersenyum manis sambil memandangnya.

 

“Cik nak sewa kereta?” ulang gadis itu lagi bila dilihat Mahsuri masih terpinga-pinga seolah-olah fikirannya melayang jauh.

 

“Errr…. Sini takada teksi atau uber ke?” soalnya semula bila dia melihat gadis itu masih menanti jawapan darinya. Pada tanda nama tertera nama Amira.

 

“Ada, tapi lebih mudah untuk Cik bergerak kemana-mana kiranya sewa kereta. Tapi kalau nak teksi,ada banyak yang boleh bawak Cik ke hotel” terang Amira dengan sabar.

 

Senyuman masih di bibir. Dari raut wajah, dilihat gadis yang baru tiba ini bukan sebagai pelancong tapi mencari ketenangan. Mukanya masih kelihatan sembab bagaikan baru sudah menangis. Bergaduh dengan teman lelaki? Ataupun baru kehilangan ahli keluarga? Walau apapun yang terjadi dia tidak sepatutnya lari dari permasalahan yang menimpa. Lari bererti kecundang; kerana masalah yang tidak selesai, akan sentiasa membayangi kehidupan yang mendatang. Dia tahu benar. Bukankan dia sering melalui keadaan yang sedemikian?

 

Mahsuri mengambil keputusan untuk menyewa kereta daripada gadis tersebut walaupun tidak pasti yang dia akan meninggalkan kamar hotel. Tiada salah jika dia menyewa kenderaan, bila-bila sahaja terasa bosan, dia boleh bersiar-siar


“Hotel mana yang bagus Cik Amira?” dia bertanyakan pendapat gadis yang baru saja dikenalinya itu. Entah kenapa gadis bernama Amira itu amat senang untuk didekati. Dia merasakan mudah untuk rapat dengan gadis itu. Amira menyarankan beberapa hotel yang sering menjadi pilihan pelancong.

 

Hari masih pagi lagi. Hotel masih belum membolehkan ia register masuk. Ia berkira-kira samada untuk terus menanti di hotel atau bersiar-siar sambil menikmati angin pulau. Mahsuri mengambil keputusan untuk bersiar-siar.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh MaMoSa