Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 35

"Masuklah..." pelawa isteri Achong dalam bahasa cinanya.


"Terima kasih." Ucap Ai Lin dalam bahasa cinanya juga. Mereka bergegas masuk ke dalam kediaman Achong dan isteri.


"Duduklah dulu. Saya nak pergi buat air sekejap." Kata isteri Achong sebelum beredar ke dapur.


Mata Ai Lin meliar memandang sekeliling. Begitu juga dengan Mona dan Nani.


"Call akaklah weii..." suruh Mona.


"Lupa pulak..." Kata Ai Lin sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor bosnya di dail dengan kadar segera.


Sambil menunggu panggilan berjawab, sambil mereka menjengah ke arah dapur untuk mengawasi gerak-geri isteri si Achong tu.


"Hello!" Sapa Yana di hujung talian.


"Hello, kak. Kami sudah berada di rumah Achong sekarang ni." Beritahunya dalam slang cinanya tu.


"Syyy..." Mona dan Nani menyuruh kawannya tu memperlahankan volume suara.


Ops!

Ai Lin menekup mulutnya dengan telapak tangan.


Tiba-tiba mereka di sapa oleh budak  kecik.


"Hello!" Sapa budak kecik tu.


Ai Lin, Mona dan Nani terkejut.


"Hello, handsome boy..." sapa Mona sambil mengamit tanganya ke arah budak kecik itu.


Ai Lin dan Nani saling berpandangan. Mungkin ini anaknya Achong..., desis hati mereka serentak.


Budak kecik tu tersenyum manis sebelum mendekat.


Yana sudah tersenyum sinis di hujung talian. Dia menghampiri Achong yang berada di sisi amoi cantik lagi seksi tu. "Hey! Kau patut dengar ni..." katanya sambil menekan butang pembesar suara.


"What's your name?" Soal Mona ingin tahu. Pipi tembam budak kecik itu dipegangnya. Eeeiii, geramnya dengan pipi pau budak kecik ni...


"Allant." Jawab budak kecik tu, sepatah.


"Allant?" Achong kaget dengan mata yang terbeliak. Dia kenal dengan pemilik suara cilik tu. Nama si cilik pun tersangatlah dia kenal. Hmm...


Yana tertawa kecil melihat wajah cemas Achong tu. "Sekarang ni budak-budak aku ada dekat rumah kau. Bila-bila masa jer aku boleh bagi arahan tuk musnahkan keluarga kau. Amacam, bro? Takut ke? Alaa, bro... Takkan takut kut? Amoi cantik ni kan ada. Hilang sorang, ramai mari lorr..." sinis sekali kata-katanya tu.


Achong merengus kasar. "Lu jangan berani sentuh anak waa..."


"Aku peduli apa?" Balas Yana sambil tertawa sinis. Butang pembesar suara ditekan lagi dan telefon kembali dilekapkan di cuping telinganya. "Aku nak kau orang belasa..."


"Okay-okay. Waa bagitahu dekat mana Tiger bawak anak lu..." pintas Achong. Dia mengalah jugak akhirnya. 


Yana menoleh.


Achong merengus kecil.


Yana menunggu Achong bersuara.


"Sorry, lambat. Jemputlah minum." Pelawa isteri Achong sambil menatang dulang kecil yang berisi empat cawan teh 'o' panas.


Ai Lin, Mona dan Nani hanya sekadar tersenyum sahaja.


"Nanti I call akak lagi yea..." kata Ai Lin lalu segera memutuskan talian.


"Allant, sini..." panggil isteri Achong.


Si budak kecil yang comel itu segera mendekati mommynya.


Isteri Achong mengangkat si anak lalu diletakkan di atas pehanya. "You ni kawan Achong ke?" Tanyanya dalam bahasa cina.


Ai Lin mengangguk sambil tersenyum.


"Dia tak pernah cerita dengan I pun pasal you." Beritahu isteri Achong dengan dahi berkerut.


"Kalau dia cerita, nanti you jeles pulak." Jawab Ai Lin sambil tertawa kecil.


Isteri Achong tersenyum, kelat. "Betul ke apa yang you cakap kat WhatsApp tadi? Suami I ada perempuan lain?" Soalnya, inginkan kepastian. Apa yang dia dengar tadi belum cukup memuaskan hatinya.


Ai Lin terdiam sesaat sebelum menganggukkan kepala, tanda mengiyakannya. Kemudian, dia segera menceritakan segala-galanya. Cerita rekaan semata-mata.


Airmata isteri Achong sudah bertakung di tubir mata.


Tuttt Tuttt

WhatsApp masuk.


Ai Lin mengambil telefonnya lalu dibuka peti WhatsApp. Ema hantar image lah... Wow! Ai Lin terkedu. "I tak bermaksud nak musnahkan rumahtangga you tapi you patut tengok ni..." katanya sambil menghulurkan telefonnya tu kepada isteri Achong.


Isteri Achong tergamam. Sedar tak sedar, airmata sudah menitis di pipi. Dia betul-betul tak sangka yang suaminya curang dibelakangnya. Gambar suaminya berpelukkan dengan perempuan lain tu dah cukup membuktikan segala-galanya. Cepat-cepat dia serahkan telefon itu kepada Ai Lin. Matanya dah tak sanggup nak tengoknya lagi.


"You cantik tapi tu lah. Lelaki kan... Tak pernah puas dengan seorang. Ish!" Omel Ai Lin.


Isteri Achong sudah menunduk sambil menyeka airmatanya.


Mona merampas telefon itu daripada Ai Lin. Dia dengan Nani nak tengok jugak. Ops! Mata mereka sudah terbeliak melihatnya. Bodoh betul si apek tua tu. Bini punyalah cantik, kau bantai cari amoi lain. Sengal punya orang. Huh! Desis hati mereka.


Yana sudah tertawa puas. "Thank you atas infonya." Ucapnya, ikhlas.


Achong mendengus sambil melepaskan pelukan lalu tubuh kecik skandalnya tu segera di tolak. Dia masih tak berpuas hati dengan Yana. "Lu jangan sentuh anak waa..." pesannya.


Yana tertawa lagi. "Aku bukan macam kaulah, bodoh. Bini dengan anak kau selamat tapi perkahwinan kau yang tak selamatnya."


Huh!

Achong merengus kasar.


Yana tertawa sinis. "Telefon kau ni..." Dia mengambil telefon itu daripada pegangan Lisa lalu dia segera membalingkan telefon tu tepat ke dinding. Bersepai...


"Haiyaaa..." jerit Achong sambil menepuk dahi.


"Kau jangan sesekali tunjuk muka kau depan aku lagi. Kalau kau rasa nak mati cepat, silakan. Aku takkan larang... Huh!" Pesan Yana dan untuk yang terakhir kalinya, dia menghadiahkan satu tamparan padu di pipi kanan Achong.


"Hey!!!" Jerit amoi cantik lagi seksi tu.


Yana kaget lalu dia menoleh ke arah amoi cantik lagi seksi tu.


"How dare you?" Marah amoi cantik lagi seksi tu sambil memegang pipi Achong yang kena tampar tu.


Yana merengus kecil. "Hey! Jantan ni dah ada bini tau. Takkan you masih nak dekat dia. Oh! Pleaselah... Macam tak ada jantan lain. Si apek bodoh ni jugak yang you nak, kan. Huh!"


"I sayangkan dia. You apa tahu?" Marah amoi cantik lagi seksi tu.


"You sayang sama dia tapi dia ada sayang sama you ka? Come on lah... Si apek bodoh ni cuma mau ratah you aja. Dia pergunakan you untuk kepuasan dia lorrr... Takkan you masih tak sedar lagi. You tak bermakna langsung dekat dia. Bagi dia you hanyalah sekadar perempuan simpanan. You ada faham ka?" Ujar Yana dengan panjang lebar.


Amoi cantik lagi seksi tu sudah tergamam manakala Achong sudah menundukkan kepalanya. "Betul ke?" Soalnya dalam bahasa cina.


Achong tidak menjawab. Dia hanya menunduk memandang lantai.


"See?" Yana tersenyum sinis.


Amoi cantik lagi seksi tu sudah menekup mulutnya dengan kedua belah tangannya. Dia betul-betul tak sangka yang dirinya telah dipergunakan. Selama ni, dia serahkan tubuh badannya pada lelaki yang salah. Cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. Airmata yang bertakung laju mengalir di pipi. "You tipu I... How dare you?" Marahnya sambil menampar pipi Achong bertalu-talu.


Achong hanya menerima tanpa sebarang penolakkan.


"Selama ni you ucap kata sayang, kata cinta semata-mata you nak tubuh I aja. Huh! You memang jantan tak guna. I kill you... I nak you mati di tangan I sendiri." Marah amoi cantik lagi seksi tu sambil mencekik leher Achong dengan sekuat hatinya. "Mati you. Jantan tak guna..." Dia cekik Achong bagai tak mahu.


Terbeliak biji mata Achong ketika tu. Dia meronta-ronta minta dilepaskan.


Yana yang melihat terpaksa meleraikannya. Dia menarik amoi cantik lagi seksi tu agar menjauhi Achong yang sudah nampak lemah tak berdaya tu.


"Lepaskan I..." pinta amoi cantik lagi seksi tu.


"No! Tak ada gunanya you bunuh dia. You yang ke dalam nanti. You nak ke tidur sambil peluk tiang besi? Jail tu menanti jer..." kata Yana.


Amoi cantik lagi seksi tu merengus lemah. Airmatanya yang masih mengalir diseka dengan penuh kasar. Matanya mencerlung tajam ke arah Achong yang masih menunduk tu. "You jangan cari I lagi. Kita putus." Katanya sambil mengambil handbagnya lalu menonong menuju ke muka pintu.


Ema masih setia di hadapan pintu.


"Hey! Tepilah..." marahnya.


Ema tak berganjak walau sedikit pun.


"Hey!" Jeritnya, lantang.


"Kalau nak keluar pun, tukarlah baju tu dulu. You keluar, you kena terkam. Tu jer..." kata Ema dengan lagak bersahaja.


Amoi cantik lagi seksi tu terus menilik tubuh badannya. Ops! Terus dia berlari ke bilik air untuk menukar bajunya semula.


Lisa dan Thia sudah tertawa halus.


Yana menoleh ke arah Achong. Dia mendekatinya lalu tumbukkan padu dilepaskan di perut si apek tua tu.


Achong mengaduh, sakit.


Amoi cantik lagi seksi tu keluar dari bilik air dengan pakaian lengkapnya. Sebelum dia beredar pergi, dia sempat hadiahkan tamparan wanitanya tu kepada Achong.


Selepas amoi cantik lagi seksi tu pergi, Yana terus membelasah Achong semahu-mahunya sehinggalah Achong tidak sedarkan diri.


Lisa, Ema dan Thia tak sempat nak menghalanginya.


Setelah Yana puas, barulah mereka beredar pergi. Misi mereka kini adalah berdepan dengan Tiger and the geng...


"You janganlah sedih. Sekurang-kurangnya you tahu suami you macam mana, kan? Apa-apa pun, jaga diri. Hati-hati dengan lelaki. Jangan cepat menyerah apabila dirayu. I harap you dan anak baik-baik saja. Okaylah. Kami minta diri dulu. Bye-bye handsome boy..." pamit Mona sambil melambai ke arah Allant.


"Bye-bye..." Allant turut melambai ke arah Mona.


Isteri Achong sekadar menganggukan kepala.


Ai Lin, Mona dan Nani segera beredar pergi meninggalkan kawasan halaman rumah kediaman Achong sekeluarga.


Suhaila dan Haikal sudah masuk ke dalam kamar masing-masing. Mereka masih tidak tahu akan kehilangan adik bongsu mereka tu. Imran tak tahu nak bagitahu macam mana? Dia tak nak anak-anaknya bimbang dan pasti pelajarannya akan terganggu nanti. Haish!


"Sofea ada dekat mana sayang? Papa rindu dekat Sofea. I miss you so much..." rintih Imran sambil melabuhkan punggung di birai katil. Rambutnya diramas bagai tak mahu. Dia buntu. Tak tahu nak carik dekat mana anak bongsunya tu. Ya Allah, sungguh berat dugaan yang engkau berikan kepada aku dan isteri... Hmm...


Tuttt Tuttt

WhatsApp masuk.


Telefon bimbitnya di ambil lalu pesanan yang dihantar segera dibuka dan dibaca.


My Beloved Wife

Hari ni Yana balik lambat tau. Mungkin malam baru balik. Abang jaga anak baik-baik yea. Dont worry about me, abang... Yana nak settlekan semuanya malam ni jugak. Yana dah tau adik ada dekat mana. Achong dah bagitahu segalanya. Abang doakan Yana dan semuanya selamat yea... By the way, I love you so much abang ❤ Muahhhhh


Gulp!

Imran meneguk airliur. YA ALLAH...


Cepat-cepat dia mendail nombor telefon isterinya tu.


Panggilan bersambung tapi tiada  jawapan daripada si isteri. Itu membuatkan hati Imran menjadi gundah-gulana. Semakin dia berfikir semakin cemas dia rasakan. Si isteri nak berhadapan dengan si penculik anaknya. Ya Allah... Takkan dia nak duduk diam dekat rumah kut. Mana boleh? Isterinya mungkin dalam bahaya nanti. Fikir punya fikir dan akhirnya dia memutuskan untuk bersama si isteri dalam misi menyelamatkan anak bongsu mereka tu. Sebelum dia berlalu, dia sempat membalas pesanan si isteri.


Abang ikut sekali. Muktamad! Sayang jangan degil. Abang tak nak terjadi apa-apa dekat sayang, okay. So please... Tunggu abang dekat tempat sayang tu. Abang on the way ke sana.


SEND.


Imran tergesa-gesa menuruni anak tangga dan dia terserempak pulak dengan pembantu rumahnya tu di ruang tamu. "Bik..." panggilnya.


"Iya, Tuan." Sahut bibik Riyanti.


"Kamu jaga anak-anak ya. Saya mahu keluar dan mungkin balik tengah malam nanti. Pintu rumah sentiasa kunci tau. Kalau ada yang ketuk pintu atau apa aja, jangan buka. Bahaya. Faham?" Pesan Imran, tegas.


"Baik, Tuan. Hati-hati ya."


Tak berlengah lagi, Inran terus beredar pergi.


Keluar sahaja majikannya tu, bibik Riyanti terus menutup daun pintu dan menguncinya seperti yang diarahkan kepadanya tadi.


"Jeff, mana budak tu?" Tanya seorang perempuan yang baru muncul.


Jeff yang tengah leka main games POKER terus menoleh ke samping. Senyuman manis terus terukir di bibirnya. "Baru sampai ke? Duduklah dulu. Nak minum tak?" Soalnya sambil menuangkan air arak ke dalam gelas yang masih kosong tu. "Nah..." Dia menghulurkan gelas tersebut kepada perempuan yang dicintai dalam diam tu.


Perempuan tu mendengus kecil. "Mana budak tu?" Ulangnya lagi.


Jeff tersenyum-senyum sendirian. "Budak tu ada jer. Tak lari kemana-mana pun. Duduklah dulu. Minum sikit."


Perempuan tu akur dan gelas yang dihulurkan segera diambil lalu diteguknya air setan tu sehingga licin. 


Jeff tersenyum senang melihatnya. "Good job, Katy. Disebabkan you, kita berjaya culik anak Yana. I bangga dengan you..." pujinya sambil menepuk tangan.


Katy tersenyum bangga. Air setan tu diteguknya lagi. Dahaga betul dia hari ni tau... Padan muka kau perempuan. Anak kau ada dalam genggaman aku. Aku akan pastikan hidup kau musnahlah, setan. Huh! Desis hati kecilnya.


"Katy, bila sampai? Tegur Tiger yang baru muncul.


"Baru jer. Amacam, bro? Pandai tak adik lu buat kerja?" Soal Katy sambil mengangkat keningnya.


"Good job, dik." Ucap Tiger sambil mengangkat ibu jarinya.


Katy semakin bangga diri.


Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.