Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 20

"Kami bertiga minta maaf, makcik." Noni memohon maaf sekali lagi. Dia cuba memandang ibunya Suhaila tetapi tidak sampai seminit dia kembali menunduk. Takut ler tu...


"Kamu bertiga ada buat salah dengan makcik ke?" Soal Yana sambil berpeluk tubuh. Matanya tak lepas daripada memandang mereka bertiga.


Mereka mengelengkan kepala dengan lajunya.


"Keluarga kamu bertiga kena tahu pasal kelakuan kamu ni. So, bagi makcik nombor telefon mereka. Cepat." Desak Yana sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.


Terus terangkat kepala mereka apabila mendengarnya. Air liur di teguk berkali-kali.


"Janganlah, makcik. Kami dah minta maaf kan. Takkan sampai nak bagitahu keluarga kut. Apa ni?" Niza merengus kasar.


"Kamu minta maaf dekat siapa?" Tanya Yana sambil mencekak pinggang.


"Kat makciklah. Takkan dekat pakcik guard pulak. Huh!" Niza menjawab dengan bengangnya.


"Yang kamu buli tu, siapa?" Tanya Yana lagi.


"Suhaila." Jawabnya, sepatah.


"Jadi?" Yana menjegilkan biji matanya.


Niza yang melihat terus tertunduk merenung lantai simen bilik guru disiplinnya tu.


Yana merengus kecil.


"Kalau kamu bertiga kacau Suhaila lagi, tahulah nasib kamu nanti. Makcik buat report polis jer. Senang sikit. Biar kamu bertiga di buang sekolah dan belajarlah kamu kat sekolah budak-budak jahat tu. Baru kamu bertiga bertemu buku dengan luas kan." Omel Yana sambil berpeluk tubuh.


"Errr..." terkelu lidah Noni dibuatnya.


Niza tak berani nak bersuara daa...


"Suhaila, aku minta maaf." Nemah memohon maaf.


Suhaila tercengang seketika.


Niza dan Nemah turut memohon maaf. Mereka takut kalau kes ini di bawa ke muka pengadilan. Tak pasal-pasal keluarga mereka tahu nanti. Buat nanye jer...


Yana tak nak cakap apa-apa. Biarlah anaknya yang settlekan.


Suhaila masih terkedu. Dia tak tahu nak buat apa. Biar betul ni? Macam tak percaya je?


"Kau maafkan kami ke tak ni?" Tanya Niza.


Masih tiada respon daripada Suhaila.


Yana mengelengkan kepala. "Kakak..." panggilnya.


Pantas Suhaila menoleh ke arah mamanya. Melihatkan renungan mamanya tu, barulah dia hendak bersuara. "Saya maafkan." Jawabnya sepatah.


Niza, Nemah dan Noni sudah menghembuskan nafas lega. "Terima kasih, Suhaila." Ucap mereka serentak.


Suhaila mengangguk sambil tersenyum.


Yana pun begitu juga. "Ingat pesan makcik ni. Datang sekolah untuk menuntut ilmu bukannya jadi gangster. Kamu buli sana, sini, kamu dapat apa jer? Bangga? Sebab ramai budak takut dengan kamu kan? Itu yang kamu banggakan sangat. Kamu rasa kamu dah cukup kuat ke? Takat tumbuk, tampar macam tu jer, kamu rasa hebat sangat ke? Kalau ikutkan hati makcik ni, memang habis kamu makcik kerjakan. Biar kamu tahu macam mana rasanya kena belasah." Mata Yana melotot memandang mereka bertiga.


Niza, Nemah dan Noni menunduk. Tak berani nak bertentangan mata dengan ibunya Suhaila tu.


"Lepas ni, kalau kamu buli Suhaila lagi, tahulah nasib kamu nanti. Makcik sendiri yang akan ajar kamu cukup-cukup. Faham?" Tegas Yana.


Mereka bertiga menganggukkan kepala.


"Datang sekolah untuk apa?" Tanya Yana sambil mencekak pinggang.


"Belajar." Jawab mereka sepatah. Serentak pulak tu...


"Tahu tak apa. Sekolah memang tempat belajar pun, bukannya tempat untuk tunjuk samseng." Sindir Yana.


Kan dah terkena..


"Cukuplah untuk hari ni. Kalau kamu buat lagi, lebih daripada yang ni makcik bagi. Biar bernanah telinga kamu dengar makcik membebel. Huh! Sekarang, kamu bertiga dah boleh balik ke kelas. Pergi." Arah Yana  lagi.


Tanpa sepatah kata, mereka bertiga terus berlalu pergi.


Yana mengelengkan kepala. Budak-budak baru nak UP, macam nilah, desis hati kecilnya.


"Maaa..." panggil Suhaila, takut-takut.


Gulp! Air liur ditelan. Otaknya ligat berfikir. Pandai-pandailah cover Yana oii...


"Maaa..." panggil Suhaila lagi.


"Jom!" Ajak Yana sambil berlalu ke muka pintu.


Tak berlengah lagi, Suhaila pantas membuntuti langkah mamanya. Kalau tak ikut kang, takut dia pulak yang kena. Lagipun, ni lah first time dia tengok mamanya marah sampai macam tu sekali.


Mereka jalan beriringan menuju ke tapak parking kereta.


Yana jerling anak daranya di sisi. Masih senyap membisu. Hmm... Lebih baik senyap daripada banyak tanya kan.


Ibu dan anak bergegas masuk ke dalam kereta. Di sepanjang perjalanan, mereka hanya diam membisu.


Tiba-tiba...


"Maaa..." panggil Suhaila.


"Hmm..." sahut Yana tanpa menoleh.


"Ajar akak maa." Pinta Suhaila bersahaja.


Dahi Yana berkerut. Dia menoleh sekilas ke arah anak daranya itu sebelum dia kembali fokus terhadap pemanduannya. "Balik rumah nanti, mama ajar akak buat kerja sekolah ya."


"Bukan."


Semakin berkerut dahi Yana dibuatnya. "Dah tu?" Tanyanya.


Suhaila meramas jari-jemarinya.


"Kakak..." panggil Yana, lembut.


"Errr... Ajar akak karate maa." Pintanya, takut-takut.


"Hah???" Yana terkejut. Nasib baik dia tak tekan brek emergency. Ish! Bahaya betullah...


"Ajarlah maa..." Suhaila bersungguh-sungguh nak belajar dengan mamanya itu.


Yana mengeluh lemah. Signal di beri dan kereta terus berhenti di tepi. Kemudian, dia terus menoleh ke arah anak daranya tu. "Serius akak nak belajar?" Tanyanya ingin tahu.


Suhaila menganggukkan kepalanya dengan laju.


Yana mengeluh lagi. "Kenapa kakak nak belajar? Kalau sebab nak balas dendam dengan budak yang buli akak tu, mama rasakan... Lebih baik akak tak payah belajar." Yana bersuara dengan tegasnya.


Suhaila mengelengkan kepalanya. Bukan itu niatnya. "Taklah, maa... Akak dah maafkan dia orang tau. Akak nak belajar sebab nak... nak... errr..."


"Nak apa sayang oiii?" Tanya Yana tidak sabar lagi.


"Nak jadi kuat macam mama lah." Jawabnya laju.


"Ekk???"


Yana tak tahu nak kata apa lagi daa... Otaknya ligat berfikir tetapi bunyi nada dering telefonnya menganggu pikirannya pulak. Haish! Cepat-cepat dia mengambil telefon bimbitnya itu. "Papa call." Beritahunya tanpa ditanya.


Suhaila kaget. Raut wajahnya serta-merta bertukar cemas. "Maa, jangan bagitahu papa tau. Pleaseee..." rayunya.


Yana terus menjawab panggilan. "Assalamualaikum, bang." Sapanya, lembut.


"Waalaikumusalam isteriku yang tercinta." Jawab Imran, meleret.


Yana tersenyum manis manakala Suhaila di sisi sudah resah dan gelisah.


"Sayang abang yang cantik ni tengah buat apa tu? Busy ke sayang?" Tanya Imran, ingin tahu.


"Yana dekat luar ni bang." Jawab Yana tanpa berselindung.


"Kat luar? Buat apa? Sayang dengan siapa tu?" Bertalu-talu Imran bertanya.


Yana sudah tergelak kecil. Amboi, cik abang... Banyak pulak soalan dia kan.


"Sayanggg..." panggil Imran.


Tukk Tukkk...

Cermin keretanya diketuk.


Yana menoleh. Dahinya berkerut apabila melihat seorang pemuda berbadan sado yang sedang memerhatinya daripada luar. Tak berlengah lagi, dia terus turunkan cermin sisinya.


"Awak OK ke???" Tanya pemuda itu dengan suara machonya.


Imran di talian sudah tak tentu arah. Suara siapa pulak tu? Ish, sayang aku ni... Takkan keluar dengan lelaki kut? Biar betul? Kalau betul, siapa lelaki tu? Aku kenal ke tak lelaki tu? Grrr... Imran merengus kecil.


"Alhamdulillah, saya OK jer. Kenapa awak?" Tanya Yana pulak.


"Tak adalah. Saya ingatkan kereta awak rosak. Tu yang saya berhenti tadi." Beritahunya sambil tersenyum manis.


Yana turut tersenyum sambil menutup skrin telefon bimbitnya dengan telapak tangannya itu. Saja nak bagi cik abang saspen sikit. HAHAHA, gelaknya. "Tak adalah. Saya berhenti sebab mengantuk tadi. Sorrylah. Buat susahkan awak aja..." katanya, perlahan.


Suhaila hanya pasang telinga manakala Imran hanya dengar samar-samar sahaja. Itu yang bikin hatinya gundah-gulana a.k.a cemburulah...


Tiga minit kemudian...


Sakan pulak pemuda tu ajak dia berbual sampai dia terlupa akan sesuatu. Alamak? Encik suami tercintalah... Pantas dia menilik telefon bimbitnya tu. Ooohooo! Cik abang masih di talian. Habislah. "Hello." Sapanya, perlahan.


"Baru teringat kat abang ke?" Tanya Imran dengan nada penuh cemburu.


Gulp! Telan airliur Yana dibuatnya. Daripada nada suara sahaja dia sudah tahu yang encik suaminya itu sedang dilanda cemburu. "Yana hari-hari duk ingat kat abang tau..." katanya sambil tergelak kecil. Saja dia buat tak tahu.


Imran merengus kecil. "Iyalah tu? Tapi bila ada lelaki lain, terus abang dilupakan. Huh!"


"Apa abang cakap ni? Lelaki mana pulak ni cik abang oii?" Yana saja nak menguji encik suaminya tu.


"Macam abang tak dengar kan? Sayang keluar dengan siapa? Kawan yang mana? Lelaki kan? Jangan nak tipu suami ya..." omel Imran.


Yana tersenyum sambil mengelengkan kepalanya manakala anaknya Suhaila hanya buat hal sendiri jer. Malas nak masuk campur hal mama papanya itu.


"Abang cemburu ke?" Tanya Yana, derek.


"Tak. Jeles jer..." jawab Imran dalam intonasi geramnya.


Terhambur tawa Yana akhirnya. Tercuit hatinya dengan gelagat encik suami yang tengah cemburu tu. Dia saja nak mengusik. Sekali-sekala kan. Bukannya selalu...


"Sama jer lah tu..." kata Yana masih dengan sisa tawanya.


Imran merengus kecil. Geramnyaaaa...


"Suka hati sayanglah. Abang ada kerja nak buat ni. Assalamualaikum." Imran merajuk. Terus panggilan diletak sebelum sempat salamnya dijawab oleh isteri tercinta.


Yana tahu encik suaminya sudah merajuk. Nantilah dia pujuk. Sekarang ni, kasi settle dulu hal anaknya ni. Hmm... "Kakak..." panggilnya.


Suhaila menoleh.


"Mama boleh ajar akak tapi akak kena rahsiakan hal ni tau. Abang, adik dengan papa tak boleh tahu pasal ni. Hanya akak sahaja yang tahu. Okay?" Ujar Yana, tegas.


Bersinar mata Suhaila apabila mendengarnya. Pantas dia mengangguk.


Sebenarnya Yana tak yakin dengan anak daranya ni. Dia takut anak daranya ni akan terlepas cakap. Bukan boleh percaya sangat tu. Haish!


"Janji dengan mama yang akak takkan bagitahu sesiapa pasal ni..." kata Yana sambil menunjukkan jari kelingkingnya.


"Akak janji maa. Rahsia kita-kita aje..." Suhaila berjanji dengan jari kelingkingnya bertaut dengan jari kelingking mamanya itu.


"Janji harus ditepati bukan dicapati ya..." kata Yana lagi.


Suhaila mengangguk tanda mengerti.


Walaupun hatinya berbelah bagi, dia tetap juga bawak anak daranya itu ke markasnya. Kat situ jer yang selamat. Kalau ajar kat rumah nanti, kantoi pulak dengan bibik. Bibik tu pulak suka sangat tersasul. Nanti terlepas cakap, dah jadi satu hal. Dia masih belum bersedia lagi nak bagitahu semua orang termasuk encik suaminya tu.


Yana kembali memandu menuju ke markas, tempat perkumpulan mereka.


"Kenapa nak kena rahsiakannya maa?" Soal Suhaila ingin tahu.


Yana terkedu tapi dijawabkannya jugak. "Sebab papa tak suka. Nanti kalau papa tahu, habislah kita..." tipunya. Alaa... Tak salah duk tipu sunat kan. Hadoi!


"Seni pertahankan diri kut. Takkan papa nak marah maa." Kata Suhaila dengan dahi yang berkerut.


Otak Yana ligat berfikir. "Papa tak suka perempuan jenis lasak-lasak ni walaupun hanya untuk pertahankan diri. Itu yang mama minta akak rahsiakan."


Suhaila mengangguk tanda mengerti. "OK, maa. Akak janji akak akan tutup mulut. Rahsia kita-kita aja tau."


Yana tersenyum walaupun hatinya risau. Dia terpaksa ajar anak daranya tu supaya anaknya dapat pertahankan diri daripada di buli nanti. Dia jugak tak yakin yang budak bertiga tu akan duduk diam lepas ni. Hmm... Pasti mereka akan balas balik. Budak-budaklah katakan... Hati budak muda ni cepat jer panas. Lambat pulak sejuknya. Huh!


Di pejabat, Imran tak senang duduk. Fikirannya asyik terbayangkan si isteri dengan lelaki lain. "Astaghfirullahalazim..." istighfarnya. Otaknya mulai fikir bukan-bukan. Dia cuba mengawal emosinya. Takkan isterinya nak curang pulak. Tapi.... siapa pulak lelaki tu??? Imran ketap bibir. Emosinya sudah terganggu. Nak buat kerja pun dah tak ada mood. Moodnya dah kelaut dalam sekarang ni...


"Encik Imran..." panggil setiausahanya.


Imran kaget. Dia terus menoleh ke arah pintu. Dia melihat setiausahanya tu sudah menjengahkan kepalanya di muka pintu. "Awak ni Mel, terkejut saya tau. Lain kali ketuk pintu dulu." Omelnya.


"Saya dah ketuk banyak kali boss. Sampai sakit tangan saya ni tau. Boss tu jer yang tak dengar." Melina bela diri.


Imran garu kepala yang tak gatal. "So?"


"Client dah sampai. Boleh saya suruh dia masuk?" Tanya Melina lagi.


Imran sekadar mengangguk dan Melina faham akan maksud anggukkan tersebut. Dia terus membuka pintu seluas-luasnya sambil mempelawa client itu masuk ke dalam pejabat bossnya itu.


"Hai Imran..." sapa Katy, manja.


Imran terpana melihat perempuan di hadapannya ni. Tak ku duga, tak ku sangka... Mereka dipertemukan kembali. "Hai, Katy." Balasnya, gugup.


Tanpa di suruh, Katy terus melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Imran tu.


"Boss, nak saya buatkan air tak?" Tanya Melina.


"No, thanks." Tolak Katy dengan langgok manjanya.


Melina mengangguk sebelum beredar keluar. Bibirnya mencemik melihat cara perempuan tu. Nampak sangat gediknya tau. Ish!


"Makin hansem you sekarang ni kan." Puji Katy sambil tersenyum menggoda.


Imran meneguk airliurnya. Terasa kelat di hujung anak tekaknya tu. Matanya hanya memandang fail yang berada di atas meja sahaja. Dia tak mahu tengok senyuman menggoda tu. Dah kenapa duk senyum macam tu kan? Grrr...


Dia cuba bersikap biasa. Hal kerja, hal kerjalah. Jangan nak masuk campurkan hal peribadi. Lagipun, kisah mereka dah jadi kenangan. Sekarang ni dia dah pun bahagia bersama isteri tercinta dan anak-anak. Kisah mereka dah lama jadi sejarah.


Ketika Katy cuba buka kisah lama, Imran cepat-cepat menukarkan topik. Kerja lagi penting daripada kenangan lama tu. Katy atau nama sebenarnya Khadijah itu sudah luput di ingatannya ni. Cerita cinta mereka sudah lama terkubur... Kini, hanya ada nama Liyana sahaja di ingatan. Nama itu yang akan kekal bersamanya hingga ke Jannah. Aamiin...


Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.