Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 23

"Assalamualaikum."


"Waalaikumusalam." Jawab Yana serentak dengan anak-anaknya. Mereka pantas menoleh ke arah pintu.


"Yeah-yeah, papa dah balik..." Sofea teruja melihat kepulangan papanya tu. Dia segera berlari anak mendekati papanya. Anak manja papa ler katakan...


Yana yang masih dalam mood merajuk, terus menonong ke tingkat atas. Hilang terus moodnya nak menonton TV bersama anak-anak. Huh!


Imran memerhati isterinya yang sedang meniti anak tangga dengan pelbagai rasa yang bersarang di hati. Hmm...


"Anak manja papa ni dah makan ke belum?" Tanya Imran kepada anak bongsunya itu.


"Adik dah makan tadi, pa." Jawab Sofea sambil tersenyum senang.


Imran memimpin anak bongsunya menuju ke ruang tamu. Suhaila dan Haikal terus bersalaman dengan papanya. "Papa dah makan?" Tanya Suhaila, ingin tahu.


Imran mengelengkan kepala. "Mama dah makan belum?"


"Belum. Mama kata tak lapar lagilah, pa." Jawab Suhaila.


Imran mengangguk tanda mengerti. "Papa naik atas dulu. Kakak, abang dengan adik tengoklah TV ni dulu yea."


"Okay, pa." Jawab mereka serentak.


Tak berlengah lagi, Imran terus berlalu pergi. Satu persatu anak tangga dinaiki dengan debaran di hati. Dup dap dup dap...


Sampai sahaja di hadapan muka pintu kamarnya, dia mulai menarik nafas sepanjang yang boleh lalu dihembuskan dengan perlahan. Pintu di ketuk dan dengan segera dia memulaskan tombol pintu dan daun pintu di kuak dengan penuh perlahan. Dia menjengah ke dalam kamar. Hmm... Tiada bayangan isterinya di situ. Mungkin isterinya berada di dalam bilik air. Dia segera melangkah masuk ke dalam kamar. Briefcase yang di jinjing terus diletakkan di atas meja kerjanya tu. Tali leher dan baju kemejanya segera di buka. Melekit rasa badan ni haa...


Dia segera membuka pintu almari dan mencari baju t-shirt dan seluar pendek kesukaannya tu. Selalunya si isteri yang menyediakan keperluannya tu tapi hari ni, hmm... faham-faham sendirilah kan. Tuala yang berada di tempat penyidai segera di ambil dan diselimpangkan di atas bahunya. Punggungnya di labuhkan di atas katil. Dia menunggu si isteri yang masih berada di dalam bilik air tu.


Kriukkk

Bunyi pintu di buka.


Imran cepat menoleh ke arah pintu bilik air.


Yana yang baru keluar dari bilik air segera menonong ke arah meja solek tanpa menghiraukan pandangan encik suaminya. Sikat di ambil dan dia mulai merapikan rambutnya yang sudah panjang melepasi bahu tu. Di dalam cermin, Yana nampak encik suaminya masih memandang ke arahnya tapi dia masih buat don't know jer. Malas nak tegur. Sakit hati tau...


Imran melihat isterinya sedang memakai losyen di tangan dan di kaki juga tanpa menghiraukannya. Hmm... Tak boleh jadi ni. Imran segera bangun dan mendekati isterinya. "Sayanggg..." tegurnya sambil memegang kedua belah bahu isterinya tu.


Tangan encik suami di tepis perlahan, tanda protes. Dia bergegas bangun dari duduknya lalu dia ingin beredar keluar dari kamar tapi dikejutkan dengan pelukkan hangat encik suaminya dari arah belakang.


"Sayang janganlah macam ni. Pleaseee..." rayu Imran sambil mendaratkan dagunya di bahu kanan si isteri tercinta.


Yana masih membeku. Raut wajahnya masih masam mencuka. Dia mengeraskan tubuh badannya. Biar encik suaminya rasa macam tengah peluk tiang letrik. Huh!


"Sayanggg..." Panggil Imran dengan nada yang cukup lunak. Saja nak memikat hati isterinya balik. Dia berharap sangat agar hati si isteri terpujuk dengan kata-katanya ni.


Yana masih berkeras walaupun hatinya sudah hampir cair dengan panggilan encik suaminya tu. Haish! Tak bolehlah kita nak merajuk lelama. Hati ni pun satu tau. Cepat sangat nak cairnya. Huh! Dia cuba tekadkan hatinya. Merajuk tetap merajuk. Biar encik suaminya tahu betapa sakitnya hati ni kan.


"Sayang cuba dengar ni yea..." kata Imran sambil mengeratkan pelukkannya. Dia berdehem seketika. Satu... Dua... Tiga...


Wahai sayangku mengapa membisu

Engkau membuat hatiku terharu

Janganlah begitu wahai sayangku

Ku pujuk ku rayu kepadamu...


Dengan suara yang cukup lunak, Imran menyanyikan sebuah lagu di tepi telinga si isteri.


GULP!

Yana telan air liurnya. Dia masih kaku tidak berkutik. Saja nak tunjuk keras hatinya tu.


Imran melepaskan pelukkan. Dia berjalan ke hadapan untuk menatap wajah si isteri yang sedang merajuk. Yana menoleh ke arah lain. Tak sanggup nak bertentang mata dengan encik suami. Imran yang melihat terus memegang dagu si isteri lalu dia  kalihkan wajah si isteri ke arahnya agar dia bisa melihat raut wajah kesayangannya tu.


Yana terpaksa akur tapi matanya masih tak nak memandang encik suaminya yang tidak berbaju tu. Auchhh! Seksinya cik abang aku ni...


Buang yang keruh dan ambil yang jernih

Itu tandanya rukun dan damai

Cintaku padamu tak akan beralih

Oh sayang dengarkan lagu ini...


Imran menyanyi dengan penuh tulus. Pipi mulus si isteri di usap dengan penuh rasa kasih dan sayang. Cintanya terhadap si isteri tiada berbelah bagi. Hanya nama isterinya yang bertakhta di hati. Tiada yang lain. Hanya isteri tercintanya sahaja.


Wahai sayangku janganlah cemburu

Engkaulah segalanya untukku...


Oh sayangku

Ku rindu padamu

Ku cinta padamu

Sepenuh hati...


Oh kasihku

Hanyalah padamu

Dekatlah padaku

Wahai kasihku...


Hei hei hei... wahai sayangku

Hahaha... dekat padaku

Lalalala... marilah bersama

Bersama menari bergembira


Terus Imran menarik tubuh kecil isterinya tu ke dalam pelukkan.


Yana terkedu. Dia tidak membalas pelukkan encik suami walaupun hatinya dah cair lebur dengan pujukkan tu.


Oh sayangku

Ku rindu padamu

Ku cinta padamu

Sepenuh hati...


Oh kasihku

Hanyalah padamu

Dekatlah padaku

Wahai kasihku...


Pelukkan semakin dieratkan. "I love you. I love you. I love you so much, sayang." Imran membisikkan kalimah cinta itu sambil mengucup pipi isterinya.


Hati perempuan mana yang tak cair apabila mendengarkan ungkapan cinta yang terucap dengan penuh keikhlasan tu. Huh! Pandai betul encik suaminya ni tau... Tak bolehlah kita nak merajuk lelama kan. I love you too abangggg..., jeritnya sekadar di dalam hati sahaja.


Setelah pelukkan terlerai, Yana cepat-cepat melarikan diri dengan melangkah keluar daripada kamar tidur mereka tu.


Imran tersenyum senang. Dia tahu yang hati isterinya sudah terpujuk. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah...


Di luar, Yana segera memegang dadanya. Semakin kencang debaran di dada. Cair terus hatinya ni dengan nyanyian dan bisikkan cinta yang terucap oleh encik suaminya. Haish! Senyuman manis terus terukir di bibirnya yang merah bak delima tu. Terharu hokey... Hilang terus rajuk di hati. Sebelum encik suaminya keluar dari kamar, lebih baik dia turun ke bawah. Join anak-anak tengok TV lagi bagus daripada dia berada di dalam bilik. Takut terlajak nanti mahu dapat seorang lagi oiii... Ops! Anugerah terindah tu. Kalau dapat, alhamdulillah rezeki kan. Yana tertawa halus sebelum beredar pergi.


"Lawa tak bini dia tu, beb?" Tanya Safura penuh minat. Alang-alang kawan dah buka cerita pasal ex-boyfriend, haruslah dia tahu semuanya kan.


"Aku ni lagi lawa daripada dia tu, beb. Huh! Perempuan macam tu si Imran jadikan bini. Memalukan betullah..." omel Katy sambil mencemik.


Safura tertawa kecil. Lucu agaknya... "Buruk sangat ke bini dia tu?"


"Lebih kurang macam Betty La Fea jugaklah. Aku yang hot and sexy ni pun si Imran buat tak nampak jer. Sakit hati aku ni, beb." Kutuk Katy dengan lagak bersahaja.


Hot and sexy pun tak guna jugak kalau hati banyak busuk. Ada ke patut laki orang yang kau kejarkan. Huh! Desis hati kecil Safura.


"Kau nak tahu, beb..." kata Katy sambil bersandar di sofa empuk.


Safura menanti Katy membuka cerita selanjutnya. Ni mesti nak mengutuk bini ex-boyfriend dia tu kan. Sabar jer lah!


"Masa aku panggil laki dia 'Darling', terus terbeliak biji mata dia weiii... Aku yakin sekarang ni mesti dia orang laki bini tengah bergaduh besar. Masa nilah aku nak kena tunjukkan rasa simpati aku kat Imran tu. Lepas tu, pandai-pandailah aku goda dia tu kan. Alaa, kucing kalau nampak anak ikan mesti dia terkam jugak nanti kan." Ujar Katy dengan senyuman sinis terukir di bibirnya.


"Jangan yakin sangat, beb. Ada jugak kucing yang tak makan ikan tau." Safura saja bikin kawannya tak tentu arah.


"Aku yakin sangat, beb. Dulu, si Imran tu lah yang terhegeh-hegeh dengan aku ni tau. Dia pikat aku bagai tak mau. Yang penting dia siap cakap yang dia dah cinta mati sama aku, beb. Cinta mati? Kau rasa? Sampai bila-bila dia akan cintakan aku, kan? Cinta pertama ni sukar nak dilupakan. Betul tak?" Penuh confident dia berkata-kata.


"Cinta mati atau cinta dia dah mati untuk kau, beb?" Soal Safura separuh berbisik, seakan menanyakan pada diri sendiri aja.


"Apa??? Aku tak dengarlah oiii..." tanya Katy yang seakan mendengar sesuatu.


"Tak ada apalah. Beb, malam ni kita keluar nak tak?" Ajak Safura penuh teruja.


Katy berfikir seketika sebelum menganggukan kepalanya. "Okay jugak tu. Malam ni kita raikan kemenangan aku yea. Imran tak lama lagik akan jadi milik aku buat selamanya." Dia terus bangun dan menonong pergi ke kamar untuk membersihkan badan yang melekit tu.


Safura mengelengkan kepala. "Katy... Katy... Ada ramai lagi laki yang masih bujang trang tang tang kat luar sana tu. Hmm... Laki orang jugak yang kau berkenan. Haish! Kena ganyang dengan bini dia, baru kau tau tinggi rendahnya langit tu kan." Monolognya dengan suara yang penuh berbisik.


"Hey, kau orang. Aku lupalah..." jerit Lisa dengan tiba-tiba.


Kawan-kawannya yang tengah leka berlatih terus menoleh ke arahnya.


"Apa dia?" Tanya Rita, ingin tahu.


"Aku nak call akak sekejap. Nak report pasal budak-budak Tiger tadi tu." Lisa terus mendail nombor telefon bossnya tu.


Kawan-kawannya hanya mengelengkan kepala. Tu pun boleh lupa ke? Aduhai! Mereka kembali menyambung latihan mereka yang tergendala tadi.


Yana yang sedang menonton TV bersama anak-anak terus merengus kecil apabila telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Haish! Siapa pulak yang telefon ni? Tak bolehlah kita nak duduk senang sikit kan. Ada jer yang nak mengacaunya. Huh!


"Lisa?" Terbeliak mata Yana melihat nama di skrin.


"Kak Lisa call ke?" Tanya Suhaila penuh teruja.


Yana terkedu.


"Siapa kak Lisa tu kak?" Tanya Haikal dengan dahi berkerut. Dia menagih jawapan daripada kakaknya tu.


Yana mengelengkan kepala ke arah anak sulungnya. Janganlah kantoi...


Ops! Suhaila baru teringat. Err... Itu adalah rahsia dia dengan mamanya ni. Mana boleh bocorkan rahsia kan. Nanti mama tak nak ajar dia seni pertahankan diri lagi. Hmm...


"Siapa kak?" Tanya Haikal lagi.


"Kawan mama lah. Apalah abang ni. Tu pun tak kenal kan." Jawab Suhaila sambil tergelak kecil. Luculah kononnya...


"Mama jawab call sekejap." Kata Yana sambil berlalu pergi menjauhi anak-anaknya tu.


Butang hijau di tekan. "Hello!" Sapanya.


"Akakkkkk..." jerit Lisa di hujung talian.


Yana menjauhkan sedikit telefon bimbitnya dari telinga. Ish! Budak ni... "Tak payahlah jerit. Sakit telinga akak ni haa. Kenapa? Ada masalah ke?" Tanyanya derek tanpa basa-basi.


Lisa tertawa kecil di hujung talian. "Sorry-sorry. Tak sengaja ler kak."


"Ada apa ni?" Ulang Yana.


"Tadi lepas akak blah jer, terus budak Tiger datang serang kami kak. Dia nak kawasan kita tu jugak. Kalau tak nak bagi, Tiger akan bunuh kita satu persatu. Nak buat macam mana ni kak?" Panjang lebar dia bercerita.


Yana merengus kasar. Tak guna punya Tiger. Kau ingat aku takut ke? Kau suruh budak-budak kau ugut budak-budak aku, semata-mata nak kan kawasan tu. Memang tak lah... Aku dengan budak-budak aku bukan pengecut macam kaulah, setan. Sikit-sikit hantar budak. Kalau kau berani, meh datang jumpa aku sendiri. Huh! Geram pulak hatinya ni. "Kau orang okay tak?" Tanyanya ingin tahu. Hatinya risau pulak memikirkan keselamatan budak-budaknya tu. Dia kena carik jalan penyelesaian jugak ni. Tiger akan menganggu mereka selagi tak dapat kawasan yang dia nak tu. Yana kena mintak tolong Achong dengan budak-budaknya ni. Hmm...


"Kita orang okay kak. Don't worry be happy yea." Kata Lisa sambil tersengih.


"Okaylah. Apa-apa hal, call akak tau. Cepat dan pantas. Faham?"


"Faham, kak." Akur Lisa.


Talian segera dimatikan.


Nombor telefon Achong di dail pulak.


"Hello! Kakak kawasan telepon waa meh?" sapa Achong di hujung talian.


Yana malas nak layan lelucon si Achong tu. Dia terus menceritakan apa yang terjadi dan dia perlukan pertolongan Achong dan budak-budaknya tu untuk turut menjaga kawasan-kawasannya. Tiger takkan berdiam diri. Itu dia sangat pasti. Huh!


"Okay! Roger and out." Achong terus mematikan talian.


Yana merenung telefon bimbitnya tu. Hatinya di landa kebimbangan. Dia berharap sangat budak-budak Achong bisa membantu dan bisa bekerjasama dengan budak-budaknya tu.


Dia terus menekan aplikasi whatsApp. Nama 'Lisa' dicarinya dan dia segera menaipkan sesuatu.


Lisa

Esok budak-budak Achong datang. Harap kau orang semua boleh bekerjasama dengan mereka. Misi kita hanya satu iaitu hapuskan Tiger and the geng...


Ingat tu!


Achong dan budak-budaknya dah jadi geng kita. Mereka akan bekap kau orang nanti. Ok! Bye.


SEND.


Tak sampai beberapa minit kemudian, telefon bimbitnya berbunyi tanda pesanan ringkas whatsApp sudah masuk.


Lisa

OK, kak!


Peti whatsApp di atas nama 'Lisa' segera di-delete-kan, agar tidak terkantoi dengan encik suami dan anak-anaknya.


Telefon bimbit disimpankan di dalam poket seluar tracksuitnya tu. Langkah kaki di atur menuju ke ruang tamu untuk menyambung kembali aktiviti beriadah bersama anak-anak.


Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.