Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 42

Matanya berat sekali apabila hendak dibuka. Banyak kali dia mencuba, banyak kalilah dia gagal tapi percubaan yang kali ke berapa entah, akhirnya matanya berjaya dicelikkan. Tapi, alangkah terkejutnya dia apabila...


"Kami polis dan encik telah di tahan." Beritahu inspektor muda itu sambil menunjukkan ID polisnya.


Tiger terkedu.


Dia ingin bangun tapi sakit di bahagian perutnya bagaikan dicucuk-cucuk.


Inspektor muda itu membantunya untuk berdiri.


Budak-budaknya pun agak terkejut apabila melihat lelaki berseragam biru muncul setelah mereka mencelikkan mata selepas beberapa minit pengsan, tidak sedarkan diri gara-gara dibelasah oleh budak-budak Yana tu. Huh!


Ada diantara mereka ingin melarikan diri tetapi malangnya, mereka telah dikepung.


Akhirnya, Tiger and the geng berjaya ditumpaskan. Pergelangan tangan mereka telah pun digari dan mereka terus di bawa ke balai yang berdekatan kecuali Tiger yang tercedera. Dia di bawa ke hospital untuk menerima rawatan yang secukupnya.


"Kau nak pergi mana, beb?" Soal Safura apabila melihat Katy yang sedang tergesa-gesa mengemaskan  kain bajunya dan dimasukkan ke dalam bagasi tu.


"Err... Aku kena pergi outstation lah, beb. Ada kerja yang perlu disettlekan." Bohong Katy.


"Dah malam ni, takkan nak pergi jugak?" Soal Safura lagi.


"Apa boleh buat, beb? Dah kerja kan. Projek penting tu. Nak tak nak, aku kena pergi jugak." Jawab Katy sambil menutup bagasinya yang telah dipenuhkan dengan kelengkapan hariannya tu. Kemudian, bagasinya diheret sehingga ke muka pintu rumah mereka.


"Iyalah. Hati-hati, beb." Pesan Safura.


"Okay! Kau pun jaga diri tau. Aku pergi dulu, beb." Pesan Katy jugak.


"Iya." Jawabnya sambil berlaga pipi dengan Katy sebelum mereka saling berpelukkan.


Ai Lin, Lashmi, Zack dan Joe hanya menjadi pemerhati sahaja.


Tak lama kemudian, Katy mendekat. Bagasinya diletakkan di dalam bonet dan dia segera memboloskan diri ke dalam perut kereta. Ai Lin, Lashmi, Zack dan Joe akan menghantarnya ke lapangan terbang KLIA. Mereka akan pergi setelah Katy berlepas.


"Alhamdulillah. Akhirnya, isteri dan anak abang kembali di sisi abang jugak." Ucap Imran sambil mengucup dahi si isteri yang sedang berbaring mengereng menghadapnya tu.


"Ish! Abang ni... Bunyi macam Yana dengan anak-anak tinggalkan abang pulak, kan." Omel Yana, tidak berpuas hati. Dia memusingkan badannya, ingin berbaring telentang tetapi tindakkannya tu di larang oleh encik suami. Pinggangnya telah disauk oleh tangan sasa encik suami lalu ditarik ke dalam pelukkan.


Imran mengucup ubun-ubun si isteri berkali-kali untuk melampiaskan kerinduannya ni.


Pelukkan encik suami dibalas dengan cukup erat sekali.


"Abang dekat rumah ni dah separuh gila duk risaukan sayang dengan adik, tahu tak? Dalam kepala abang ni asyik fikir macam-macam aja. Selamat tak isteri aku ni? Adik macam mana pulak? Ish! Hanya Allah aja yang tahu perasaan abang ketika tu tau." Imran meluahkan rasa hatinya.


Yana meleraikan pelukkannya lalu dia mendonggak sedikit untuk melihat raut wajah encik suaminya tu.


Mereka bertentangan mata sebelum jari jemari Yana hinggap di pipi encik suami yang tercinta. Diusap pipi itu dengan penuh rasa kasih dan sayang. Imran pulak sekadar merelakan.


"Yana sayang abang. Sayang sangat. Love you abang." Ucapnya separuh  berbisik.


Imran terharu. Jemari si isteri yang masih berada dipipinya diusap lalu digenggam dengan penuh erat sebelum dibawakan ke bibirnya. Kucupan hangat dihadiahkan di kekura tangan si isteri. "Kasih dan sayang abang kepada sayang tiada tarikh luputnya. Begitu jugak dengan cinta abang kepada sayang tau. Sayang dan anak-anak umpama nyawa abang sendiri. Kalau sayang dengan anak-anak tak ada, abang tak tahulah. Mungkin abang dah mati kut..."


"No! Kenapa cakap pasal mati pulak ni? Potong mood betul lah abang ni tau..." rungut Yana sambil menayang muncung sedepanya tu.


Imran tersenyum melihat gelagat kakak kawasan ni. "I love you so much sayang. Hanya sayang yang abang cintai. Sayanglah isteri abang di dunia dan akhirat. Imran cintakan Liyana seperti Adam mencintai Hawanya. Love you sayang..." ucapnya dengan penuh kelembutan.


Yana terharu sambil jemarinya kembali melekap di pipi encik suami. "So sweet..." ucapnya dengan senyuman manis terukir di bibir.


Imran tertawa halus. Matanya masih tak ralat merenung si isteri tercinta. Dari mata turun ke bibir isterinya yang ranum itu. Gulp! Air liur ditelan dengan rakusnya.


Yana memahami akan maksud renungan encik suaminya tu lalu dia segera mendekatkan lagi jarak di antara mereka. Mata terpejam rapat saat encik suami ingin mengucup bibirnya itu.


Tukk Tukkk

Tukk Tukkk


"Mamaaa oh mamaaa..." panggil Sofea, separuh menjerit.


Yana kaget lalu terus menoleh ke arah pintu.


"Mamaaa..." panggil Sofea lagi.


Yana sudah tersenyum sebelum memandang encik suami yang nampak sedikit hampa itu. "Sabar jerlah cik abang oiii..." katanya sambil menepuk-nepuk pipi encik suami.


"Mamaaa... bukalah pintu ni. Adik nak macuk." Pinta Sofea.


"Iya, sayang. Sekejap, ya." Sahut Yana sambil tergesa-gesa ingin bangun tetapi dihalang oleh encik suami tercinta.


Terkebil-kebil Yana memandang encik suaminya  tu.


"Sayang baring jer. Biar abang yang bukakan pintu tu." Kata Imran sebelum bangun dan menuju ke arah pintu kamar. Tombol pintu di pulas dan daun pintu di kuak dengan seluasnya. Tak berlengah lagi, si comel yang sedang memeluk teddy bear itu segera meluru masuk tanpa meminta izin mama dan papanya tu.


"Mamaaa..." jerit Sofea sambil merangkak naik ke atas katil.


"Sayang, hati-hati. Mama tengah sakit tu kan." Tegur Imran kepada anak bongsunya tu.


"Mama cakit ke?" Tanya Sofea, ingin tahu.


Yana tersenyum mendengarnya. "Tak adalah. Mama tak sakit pun. Sini..." Dia mengamitkan jemarinya supaya anak bongsunya tu datang mendekat.


Sofea akur.


Setelah Sofea mendekat, Yana terus merangkul tubuh kecil itu. "Mama rindu sangat dekat adik..." ucapnya separuh tertahan.


Imran yang baru melabuhkan punggungnya terus mengusap belakang si isteri. Terima kasih, ya Allah kerana isteri dan anakku kembali dengan selamat.


Bahunya ditepuk dari belakang.


"Apa?" Jerit Lisa.


"Kita dah jauh sangat ni, beb." Kata Thia separuh menjerit kerana takut kawannya tu tak dengar pulak. Almaklumlah, mereka masih dalam perjalanan menuju ke suatu tempat ni.


"Sekejap lagi sampailah." Beritahunya sambil menambahkan lagi tahap kelajuan motosikalnya tu.


Thia terkedu. Airliur di teguk dengan begitu payah sekali. Haish! Takutlah pulak... Terpaksalah dia memeluk kawannya tu. Ni baru betul PELESIT KOTA...


Selama satu jam lebih perjalanan, akhirnya mereka tiba juga ke destinasi yang dimaksudkan. Berkerut dahi Thia apabila melihat sekelilingnya ni, yang penuh dengan pokok-pokok yang setinggi alam dan disekitar mereka jugak penuh dengan semak samun.


"Kita dekat mana ni, beb?" Tanya Thia, ingin tahu.


"Aku pun tak tahu." Jawab Lisa, acuh tak acuh.


"Hah?" Thia terkejut. Matanya tajam merenung kawannya tu.


Terhambur tawa Lisa dibuatnya. "Don't worry lah, beb. Aku tahu tempat ni cuma aku ingat-ingat lupa jer." Jawabnya bersahaja sambil mengambil segala bahan bukti yang telah dibungkuskan dengan kertas surat khabar tu.


Thia berasa was-was dengan kawannya ni. Apabila melihat kawannya tu sudah bergerak, dia terus berlari anak mendekati kawannya. Lengan kawannya tu di peluk tak lepas sambil matanya meliar memandang sekeliling.


"Kau ni dah kenapa? Tiba-tiba menempel macam belangkas pulak. Kenapa?" Soal Lisa yang hairan dengan peel kawannya tu.


"Aku mana biasa dengan tempat ni. So, kita tak boleh berjauhan eh." Jawab Thia dengan lagak bersahaja.


"Eleh! Kan senang kalau cakap PENAKUT jer." Perli Lisa sambil mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya. Butang flashlight ditekan. Kawasan yang gelap pada awalnya, kini telah pun disinari dengan cahaya telefon bimbitnya.


"Tahu tak apa." Jawabnya sepatah.


Lisa memulakan langkahnya sambil  diapit oleh Thia. Semakin lama berjalan, semakin mereka ke dalam hutan. Mungkin? Errr...


Thia mulai terasa cuak apabila mereka sudah semakin jauh ke dalam. Matanya semakin meliar memandang sana dan sini. Tiba-tiba telinganya menangkap sesuatu bunyi yang mencurigakan. Terus terhenti langkah kakinya manakala Lisa tersentak apabila lengannya ditarik kasar oleh kawannya tu.


"Kenapa?" Tanya Lisa dengan dahi berkerut seribu.


"Bu... bun... bunyi apa tu, beb?" Soal Thia, separuh gagap.


Lisa yang mendengar sudah menutup mulutnya, cuba menahan tawa yang hampir terhambur tu.


"Bu... bun... bunyi apa tu?" Tanyanya sekali lagi. Matanya meliar memandang sekeliling.


"Bunyi hantulah." Jawab Lisa sambil menyuluh flashlight tu ke arah mukanya.


"Arghhhh..." jerit Thia, gara-gara terkejut ketika matanya terarah dekat kawannya tu.


Berdekah-dekah Lisa menghamburkan tawanya tu. Kelakar betullah kawannya ni.


"Ish! Kau ni... Tak payahlah main-main. Datang betul-betul nanti, kau jugak yang lari dulu kan. Eeeiii..." rungut Thia, tak berpuas hati.


"Penakut jugak kau ni, kan? Dengan samseng tak ada pulak kau takut sampai macam ni sekali tapi kalau dengan hantu, kemain kau..." mulut Lisa ditekup dengan telapak tangannya. Terjegil mata Thia memandang kawannya tu.


"Tak payahlah cakap pasal han-han tu. Ish! Jalanlah cepat. Dah nak larut malam ni. Kat mana tempat tu?" Omel Thia.


Lisa tertawa kecil sebelum kembali mengatur langkah kakinya. "Dekat depan sana ada sungai." Beritahunya.


Daripada sampai hinggalah mereka jauh ke dalam hutan, Thia masih setia menempel dengan kawannya tu. "Jauh lagi ke, beb?" Soalnya, ingin tahu.


"Yeah! Dah sampai..." beritahu Lisa  dengan penuh riang.


Mata Thia meliar ke sana sini. "Cepatlah buang benda tu." Arahnya.


Tak berlengah lagi, Lisa terus membalingkan segala bahan bukti tu ke dalam sungai yang begitu dalam paras airnya. Thia menjadi saksi pada kejadian itu. "Dah!" Ujar Lisa.


"Okay! Jom balik." Ajak Thia sambil menarik pergelangan tangan kawannya tu.


Lisa akur dengan ajakkan kawannya.


"Mana kau tahu dekat sini ada sungai, beb?" Soal Thia sekadar ingin tahu. Kali ini, matanya hanya fokus ke hadapan sahaja. Tak sanggup nak toleh kiri, kanan, depan, belakang lagi  daaa...


Huh! Lisa melepaskan keluhan  lemah. "Dulu, aku dengan arwah abah aku selalu datang sini. Aku selalu ikut arwah abah aku memancing dekat sini tau." Terangnya dan segala memori terindah itu kembali terimbau di ruangan mindanya ni.


Thia rasa bersalah pulak. "Sorry, beb. Aku tak tahu yang tempat ni..."


"Alaa... tak apalah, beb. Aku okay jer. Tempat ni banyak kenangan aku dengan arwah abah aku. Kau nak tahu, kat sungai tu banyak ikan ooo..." cerita Lisa dengan penuh teruja.


Terus terhenti langkah Thia. "Serius?" Soalnya dengan mata yang bersinar. Teruja ler tu...


Lisa mengangguk dan kembali meneruskan perjalanannya.


"Tapi, tak apa ke kita buang tu semua kat sini? Nanti kalau ada orang yang jumpa, nanye kita weiii..." Thia dilanda kerisauan.


"Jangan risaulah. Orang tak tahu pun  pasal tempat ni. Jauh dalam hutan kut. So, kita semua akan selamat, okay! Percayalah..." ujar Lisa dengan penuh keyakinan.


Thia mengeluh lemah sebelum menganggukkan kepalanya.


Mereka bergegas keluar dari hutan tersebut. Sebelum pulang ke rumah, mereka sempat singgah di kedai mamak untuk menghilangkan rasa penat mereka ni. Lagipun, perut mereka dah berentak hip hop derrr... Lapar!


Tubuh anaknya yang sedikit susut itu dirangkul dengan penuh erat. Tak cukup dengan itu, dahi anaknya pulak dikucup dengan bertalu-talu untuk melepaskan segala kerinduan yang bersarang dihatinya ni.


Sebak Imran melihatnya.


"Mama rindu sangat dekat adik tau." Ucap Yana, sayu. Airmatanya kembali bergenang di tubir mata.


Sofea hanya tersenyum. Comel. Dia kembali bermain dengan anak patung kesayangannya tu.


Tanpa dapat ditahannya lagi, airmatanya terus laju mengalir di pipi.


Imran yang melihat segera menyeka airmata si isteri.


Yana memandang encik suami dengan seribu satu rasa.


Imran yang memahami segera merangkul tubuh si isteri dan si anaknya tu. Dahi si isteri di cium, lama. "Abang bersyukur sangat. Isteri dengan anak abang pulang dalam keadaan selamat. Terima kasih, ya Allah..." ucapnya, sayu.


Yana terharu. Semakin deras airmatanya mengalir.


"Mamaaa..." panggil Sofea.


"Iya, sayang." Sahut Yana sambil mengesat airmatanya.


Imran turut menyeka airmata si isteri.


"Adik nak tido dekat cini, boleh?" Tanya Sofea sambil memandang mamanya sekali imbas, sebelum dia kembali bermain dengan anak patungnya tu.


Imran terkejut manakala Yana sudah memandang encik suaminya tu. Mereka bertetapan mata buat seketika.


Keluhan lemah terkeluar dari mulut Imran sebelum menganggukkan kepalanya.


Yana tersenyum senang.


"Boleh sayang." Jawab Yana.


Sofea melonjak suka lalu dia terus memeluk erat tubuh mamanya tu.


Yana membalas rangkulan tersebut sambil matanya kembali merenung encik suami yang tercinta. "Love you, abang..." ucapnya separuh berbisik.


"Love you too, honey." Balas Imran, perlahan.


SREETTT...


Keretanya di halang dari arah hadapan secara tiba-tiba dan menyebabkan dia terpaksa menekan brek kecemasan.


"Kenapa?" Tanya Lashmi, terkejut.


"Siapa tu, bro?" Tanya Joe sambil memandang ke arah lelaki-lelaki sado yang baru keluar dari dalam perut kereta hitam di hadapannya ni.


Zack mengangkat bahu, tanda tidak tahu.


Ai Lin dan Lashmi sudah saling berpandangan.


Kawasan yang mereka jalan ni terlalu lengang tanpa kenderaan lain.


"Siapa tu?" Tanya Katy pulak. Tiba-tiba jer dia rasa tak sedap hati.


Tukk Tukkk

Tukk Tukkk


Cermin kereta di bahagian penumpang bersebelahan Ai Lin di ketuk dengan penuh bersahaja.


Ai Lin berasa was-was. Nak buka ke tak nak? Ish!


Tukk Tukkk

Tukk Tukkk


Semakin kuat cermin kereta diketuknya.


Nak tak nak, Ai Lin terpaksa menurunkan cermin kereta tu. "Ada apa, ya?" Soalnya, penuh berani.


"Keluar!" Arahnya, tegas.


Zack, Joe dan Lashmi sudah bersiap sedia.


Ai Lin akur lalu segera membuka pintu.


Lelaki sado tu terus menarik tangan Ai Lin dengan kasar.


"Hey!" Jerit Lashmi sebelum keluar. Begitu juga dengan Zack dan Joe.


"Ada apa ni, bro?" Tanya Zack sambil berdiri di hadapan Ai Lin dan Lashmi.


Lelaki sado tu tidak mempedulikan Zack, lalu dia kembali mendekati kereta tersebut. "Keluar!" Arahnya kepada Katy yang masih kaku di dalam perut kereta.


Raut wajah Katy nampak cemas sekali.


"Keluarlah." Arah lelaki sado tu sambil menarik pergelangan tangan Katy.


"Kau nak apa?" Soal Katy, takut-takut.


Zack, Joe, Ai Lin dan Lashmi sekadar memerhati sahaja. Mereka telah dikepung oleh kawan-kawan lelaki sado tu.


ARGHHH!


Jeritan Katy bergema.


Lelaki-lelaki berbadan sado itu terus berlalu pergi, meninggalkan mereka yang terpinga.


Dalam sekelip mata, Katy sudah jatuh tersebam di atas jalan. Cecair merah mengalir bagaikan air dan membasahi jalan.


Zack, Joe, Ai Lin dan Lashmi sudah saling berpandangan.


"To... to... tolong!" Pinta Katy, lemah.


Zack cuba ingin menolong tetapi di halang oleh Joe.


"To... to... too..." Katy pengsan, tidak sedarkan diri.


Lashmi sudah memeluk lengan Ai Lin. Dia terkejut dengan apa yang terjadi di hadapan matanya ni.


Joe mulai merasa takut lalu terus menuju ke arah tempat pemandu. Kunci kereta ditarik dan dia segera menuju ke arah bonet. Bagasi milik Katy dikeluarkan lalu dicampakkan di jalan bersebelahan Katy yang sudah pengsan tu. Mungkin? Pengsan atau mati, itu mereka tidak pasti. "Jom blah dari sini weiii..." ajaknya sambil menolak belakang Zack menuju ke arah tempat pemandu manakala Lashmi sudah menarik pergelangan tangan Ai Lin. Mereka bergegas pergi meninggalkan kawasan tersebut sebelum ada kenderaan lain yang muncul.


Previous: Bab 41
Next: Bab 43

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.