Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 40

"Mata bengkak nampak? Apa cerita? Takkan kakak kawasan menangis kut? Malu weiii..." provok Katy sambil tersenyum sinis.


Yana mencerlung tajam.


"Kalau kau nak tahu, aku yang rancang penculikkan ni. Aku yang suruh..."


"Siapa kau sebenarnya?" Pintas Yana dengan nada tegas.


Katy tertawa sinis.


Yana bengang.


"Kau tak perlu tahu siapa..."


"Siapa kau?" Ulang Yana.


"Aku adik Tigerlah, bodoh." Jawab Katy separuh mengherdik.


Tanpa sepatah kata, Yana terus melepaskan tumbukkan padunya di perut Katy.


ERGHHH!


Menyembur darah pekat keluar dari mulut Katy.


"Anak kau akan mati!" Katy masih ingin bersuara walaupun dalam keadaan sakit. Darah yang mengalir di celah bibir, diseka dengan kasar.


Sekali lagi Katy menerima habuannya. Perutnya ditumbuk sekuat hati. Dia mengerang kecil sambil merengkut memegang perutnya yang sakit.


"Hahaha..." tawanya, sinis. Sangat menyakitkan hati orang yang mendengarnya. "Anak kau akan..."


Yana bengang lalu dia segera mengeluarkan sebilah pisau yang dibawa dan dengan sekelip mata dia sudah pun memeluk Katy dari arah belakang. Dia mengunci pergerakkan Katy. Pisau yang bermata tajam itu dihunuskan di leher Katy.


Katy tergamam. Air liur ditelan, payau. Kedua belah tangannya cuba melepaskan rangkulan Yana itu tetapi tidak berjaya.


"Kau yang akan mati dulu." Bisik Yana tepat di cuping telinga Katy.


Semakin rancak Katy meneguk air liurnya. Takut ler tuuu...


"Bunuhlah aku kalau kau nak tengok anak kau mati depan mata kau sendiri. Cepatlah! Apa yang kau tunggu lagi, setan?" Provok Katy dengan penuh berani.


"Jangan cabar akulah, perempuan." Marah Yana.


"Aku cabar kau. Bunuhlah!" Sakan Katy memprovok.


Yana merengus kasar sebelum menghiris leher Katy dengan penuh bersahaja. Mengalir sudah darah manisnya tu.


"Auwww..." jerit Katy, nyaring. Terasa ngilu di bahagian lehernya.


"Hahaha..." Yana tertawa sinis.


Katy mulai cuak. Dia ingatkan Yana tak berani melakukannya tapi dia silap sama sekali.


"Kau masih tak kenal aku lagi rupanya. Aku ni pantang dicabarlah, bodoh." Yana tertawa lagi. Puas hatinya apabila melihat Katy yang sedang dilanda ketakutan tu.


Setelah mereka menyerang secara serentak, akhirnya kemenangan itu menjadi milik mereka apabila Zen, budak Tiger tu jatuh menyembah bumi.


"Kecik-kecik tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang aja. Huh!" Omel Rita sambil menghadiahkan tendangan padunya tepat ke perut Zen.


ERGHHH!


Zen mengerang, sakit.


"Dasar samseng tahi kucing. Puihhh!" Ema meludah di hadapan Zen.


Melihatkan keadaan Zen yang lemah tidak bermaya tu, membuatkan mereka berfikir bahawa Zen tidak akan menyerang mereka lagi. Jadi, mereka segera ingin beredar pergi tetapi Ema dikejutkan dengan pegangan di pergelangan kakinya tu.


Tanpa berfikir panjang, Ema terus berpusing sambil melakukan libasan tepat di bahagian kepala Zen.


Pegangan di pergelangan kakinya terus terlepas dengan serta-merta.


Zen pengsan, tidak sedarkan diri.


"Kan dah mendapat..." desis Ema, geram.


Kayu batang hoki itu dilibas ke arah Rozy dan nasib baik Rozy sudah bersiap sedia. Serta-merta dia menggelak. Kalau dia leka sedikit, kayu batang hoki tu pasti akan singgah di tubuh badannya ni.


Ram cuba menyerang tetapi Jeff pantas menghayunkan kayu batang hoki tu tepat ke arah kepalanya.


ARGHHH!


Jeritan Ram bergema sambil memegang kepalanya yang bergegar akibat pukulan tersebut.


Mona merengus kasar sebelum menyerang. Dia menyasarkan tumbukkan padunya tu tepat ke arah muka Jeff tetapi dia segera menggelak apabila kayu batang hoki tu dihayunkan ke arahnya. Huh!


"Kau mara sedikit, kau mati." Ugut Jeff sambil mengacukan kayu batang hoki tu tepat di hadapan muka Mona.


"Aku tak takut matilah, setan." Jerkah Mona sambil menyerang.


Rozy terkejut mendengarkan jerkahan tersebut.


Jeff cuak tapi dia sentiasa berjaya menggelakkan diri daripada serangan Mona itu.


Rozy merengus kecil. Liat jugak jantan ni... Tak berlengah lagi, dia terus menyerang secara berturut-turut.


Terbeliak mata Jeff melihat perempuan-perempuan di hadapannya ni. Mereka berdua kelihatan terlalu agresif semasa sedang bertarung dengannya.


"Aku takkan kalah dengan kau oranglah, bodoh." Herdik Jeff sambil membuat serangan balas. Rozy yang sedang melayangkan tendangan, cepat sahaja dipatahkan dengan satu  pukulan padu di kaki Rozy tu.


ARGHHH!


Rozy meraung sambil memegang kakinya yang sakit.


Mona tidak berdiam diri, dia menyerang kembali tapi kayu batang  hoki tu tepat mengena di pinggangnya.


Mona mengerang, sakit. Dahinya berkerut seribu.


Jeff tersenyum sinis sambil cuba mendekati Mona tetapi malang baginya apabila Rozy menghadiahkan tendangan padunya di belakang badan Jeff sehingga Jeff terdorong ke hadapan.


ERGH!


Mona yang melihat tidak akan melepaskan peluang lalu dia  berpusing sambil melayangkan penumbuknya.


DUSH!


Tumbukkannya tu tepat mengena di bahagian muka Jeff.


Rozy turut memberikan tumbukkan padunya di bahagian perut Jeff.


Cecair merah menyembur keluar daripada mulut Jeff manakala kedua belah tangannya sedang menekan perut yang sakit akibat serangan Rozy tu.


Ram yang melihat segera berlari mendekati musuhnya tu lalu dirempuhnya tubuh Jeff sekuat hati sehingga tubuh sasa lelaki itu terhentak ke dinding gedung tersebut.


ERGH!


Jeff mengaduh.


Kayu batang hoki yang dipegang serta-merta jatuh ke tanah.


Tak cukup dengan tu, Ram terus menekan lengan gempalnya tu di leher Jeff.


Terkapai-kapai Jeff dibuatnya. Sesak nafas tu dah semestinya...


Rozy mengambil kayu batang hoki yang jatuh tadi lalu dilibaskan di kaki Jeff.


ARGHHH!


Jeff menjerit lantang.


Tak cukup satu kali, Rozy bantai kaki Jeff berkali-kali sehingga Jeff tidak mampu berdiri lagi.


Mona tersenyum sinis.


Setelah melihat Jeff lembik tidak bermaya, Ram terus melepaskannya.


Satu libasan padu dihadiahkan di kepala Jeff pulak. Terus budak Tiger tu tidak sedarkan diri. Pengsan ler tu... Huh!


Fad jatuh tersungkur ke tanah apabila Fadil membuat satu flying kick di bahagian kakinya.


"Macam nangka busuk. HAHAHA..." kutuk Fadil.


Bad cuba back up kawannya tu. Dia melayangkan penumbuk sulungnya tepat ke muka Fadil tetapi penumbuk sulung Fadil yang sampai ke perutnya dahulu.


ERGHH!


Bad mengerang, sakit.


Fad tangkas berdiri. Dia tidak berpuas hati dengan Fadil lalu menyerangnya bertalu-talu.


Setiap serangannya ditepis dengan begitu bersahaja. Hebat jugak si Fadil ni...


"Hoi!" Sergah Ram yang baru muncul.


Fadil terkejut lalu menoleh.


Bad dan Fad serentak melepaskan tumbukkan padunya tu.


BUK!


Padu, beb!


Berpinar mata Fadil dibuatnya.


Rozy, Ram dan Mona sudah tersenyum sinis.


Fadil ingin menyerang tetapi langkahnya terhenti apabila Bad, Fad, Rozy, Ram dan Mona sudah bersiap siaga untuk menentangnya. Matilah...


Fikir punya fikir, akhirnya Fadil membuat keputusan untuk melarikan diri ke belakang gedung.


Bad, Fad dan Ram sudah berdecit, geram. Bab lari ni yang mereka lemah sikit. Almaklumlah, saiz tubuh badan mereka bukannya kecik belaka. Huh! Manakala Rozy dan Mona sudah pun mengejar Fadil dari belakang. Sakit tak sakit, belakang kira. Asalkan mereka tak hilang jejak budak Tiger tu. 


Setelah semakin hampir, Mona memperlajukan lariannya lalu tubuh Fadil dirempuh dari belakang sehingga Fadil jatuh tertiarap ke hadapan.


Fadil menyingai, sakit. Dia cuba berdiri tetapi Rozy pantas melayangkan tendangan padunya pulak.


Fadil mengerang. Dia merengus kasar sebelum menyerang Rozy dan Mona secara serentak.


Rozy dan Mona begitu tangkas menepis setiap serangan yang diberikan kepada mereka.


KRIKKK !!!


Pintu gedung bahagian belakang terbuka dari arah dalam.


"Tiger?" Rozy terkejut dengan kemunculan Tiger dan disebabkan itu dia telah menerima habuannya. Mukanya ditumbuk dengan begitu padu sekali.


Rozy menyingai sambil memegang mukanya.


Mona pulak masih bertungkus lumus melawan musuhnya tu. Dia cuba dengan sedaya upayanya.


"Mamaaa... Mamaaa..." Sofea sudah teresak-esak sambil meronta minta dilepaskan.


Rozy dan Mona yang mendengar sudah berpaling ke arah Tiger yang masih berada di pintu gedung.


Mona alpa dan disebabkan itu, perutnya telah menerima tendangan padu daripada Fadil. Sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu.


Rozy cuba menyerang Fadil.


Di masa yang sama, Tiger sudah pun mengacukan pistol ke arah Rozy.


Mona yang melihat terus terbeliak biji matanya. "Hati-hati..." jeritnya sambil berlari ke arah Rozy.


PENG!


Mona jatuh melorot ke tanah.


Rozy segera mendapatkan Mona yang sudah menyeringai, menahan sakit tu. Hatinya dilanda gelisah apabila melihatkan cecair merah yang mengalir.


Di kesempatan itu, Fadil segera melarikan diri tetapi di halang oleh Bad, Fad dan Ram.


Air liur diteguk rakus. Nak tak nak, Fadil terpaksa menyerang. Dia  mencuba melayangkan tendangan  padunya ke arah Bad tetapi malang baginya apabila kakinya berada di dalam genggaman perempuan gemuk itu. Begitu mudah perempuan itu menangkap kakinya. Huh! Dia ingin menarik kakinya tu tetapi Fad dan Ram sudah menghampirinya. Tak dapat guna kaki, tangan pun jadi. Terkapai-kapai tangannya ingin menyerang.


Fad dan Ram tersenyum sinis sebelum kedua-duanya menyerang secara serentak.


Penumbuk sulung mereka singgah tepat di muka dan perut Fadil.


ERGHHH!


Fadil merengkut, kesakitan.


Bad yang melihat terus menolak Fadil sekuat hati ke dinding gedung tersebut.


Fadil melorot ke bawah.


Bad, Fad dan Ram mengambil kesempatan itu dengan menendang perut Fadil bertalu-talu. Rasakan...


Tiger tersenyum sinis sebelum mengacukan pistol itu ke arah Rozy yang sedang memangku Mona itu.


Ema yang baru muncul agak terkejut melihat pistol yang diacukan ke arah Rozy itu. Tanpa berfikir panjang, dia terus melibas tangan tersebut.


PENG!


Tembakan tersasar, jauh.


Rozy memandang ke arah Tiger yang jelas tidak berpuas hati tu.


"Setan kau!" Jerkah Tiger sebelum dia mengacukan pistol itu ke arah Ema yang berada di luar, di sebalik pintu gedung tersebut.


Ema tak cepat melatah lalu dengan pantas dia menendang pintu gedung tersebut dan pintu itu berdentum, akibat terkena Tiger yang berada di muka pintu itu.


Tiger merengus kasar sebelum melarikan diri ke dalam gedung. Tak guna betullah..., rengusnya.


Ema mengejar. Pintu gedung dibuka selepas ditutup kasar oleh Tiger tadi.


PENG!


Ema pantas menggelak di sebalik dinding di sisi pintu tersebut. Dia merengus kasar sebelum mendekati Rozy yang sedang memangku kawannya yang sudah tercedera tu.


"Mona..." jerit Rita yang terkejut melihat Mona yang sudah terbaring lemah tu. Dia mendekat lalu melutut disisi kawannya tu.


"Lepaslah!" Ronta Katy.


Yana tersenyum sinis. Dia takkan lepaskan Katy semudah tu jer...


"Hoi!" Jerkah Malik sambil melayangkan tendangan padunya ke arah belakang Yana.


Tubuh Yana dan Katy terhumban ke pintu gedung sehingga pintu itu terbuka dengan sendirinya.


ERGH!


Katy mengerang, sakit gara-gara tubuhnya dahulu yang merempuh pintu tersebut.


Malik ingin menyerang Yana tetapi dia dihalang oleh Lisa yang baru muncul.


Malik merenung tajam ke arah Lisa.


"Aku tahu aku cantik. Jadi, tak payah nak tengok la..." Ayatnya tergendala apabila Malik mulai menyerangnya. Setiap serangan yang diberikan, dia dapat patahkan dengan penuh bergaya. Ini Lisalah oiii...


Yana bengang dengan Malik tetapi nasib baik Lisa ada. Jadi, dia menyerahkan jantan tak guna tu kepada Lisa. 


"Tolong aku, bang!" Jerit Katy yang melihat kelibat abangnya tu.


Yana yang mendengar, pantas menoleh.


"Mamaaa..." jerit Sofea dengan suara seraknya. Dia masih teresak-esak menangis.


Ya Allah! Sayanggg..., desis hati kecil Yana. Hatinya tersayat pilu melihat tangisan si kecil.


Yana merengus kasar sebelum matanya mencerlung tajam ke arah Tiger. "Lepaskan anak aku kalau kau tak nak tengok adik kau ni mati!" Arahnya sambil menekan mata pisau yang tajam itu ke leher Katy.


"Abanggg..." jerit Katy.


Tiger tertawa sinis. "Aku rasa kau mesti tak nak tengok anak kau mati, kan?" Katanya sambil mengacukan pistol itu tepat ke arah kepala Sofea.


Yana terkejut.


"Mamaaa... Mamaaa..." Sofea teresak-esak.


Yana tak sanggup melihat keadaan anaknya tu. Ya Allah...


Akhirnya, dia terpaksa mengalah. Katy dilepaskan dan pisau yang dipegang segera diletakkan di atas lantai. Setelah itu, dia mengangkat kedua belah tangannya ke atas seakan mengaku kalah.


Tiger tertawa puas. Begitu juga dengan Katy.


Yana bengang tapi dia kena bersabar demi anaknya tu.


Dari jauh dia melihat Tiger sedang mengheret anaknya tu. Semakin lama semakin hampir dengannya. Matanya ni tak lepas memandang anaknya tu. Ya Allah, kesiannya anak aku... Sabar ya, sayang. Mama janji, mama akan selamatkan adik daripada manusia setan ni! Sabar ya, desis hati kecilnya.


Tiger menyerahkan Sofea kepada Katy. Kemudian, dia berdepan pulak dengan Yana. Pistol diacu tepat di hadapan mata Yana. "Sebelum aku bunuh kau, aku akan pastikan kau melutut dekat depan aku dulu."


Puihh!


Yana meludah di hadapan muka Tiger. "Jangan harap." 


BUK!


Pipi kanan Yana ditumbuk tanpa rasa bersalah. Tak cukup dengan itu, perutnya turut ditumbuk dengan begitu padu sekali.


Yana merengkut sambil memegang perutnya yang sakit.


Sekali lagi muka Yana menerima habuannya. Cecair merah mengalir di celah bibirnya. Darahnya sudah mendidih dan membuatkan suhu badannya membahang panas. Dia mengepal kedua belah tangannya tu. Hanya tunggu masa sahaja untuk melampiaskannya.


Tiger tertawa sinis sebelum mengacukan pistol itu di hadapan mata Yana untuk sekian kalinya.


"Jangan pukul mama lahhh..." jerit Sofea sambil meraung.


Tiger yang mendengar, pantas menoleh.


Yana tersenyum sinis sebelum dia bertindak mengilas tangan Tiger yang sedang memegang pistol itu ke belakang lalu dengan tangkasnya dia berjaya membuatkan pistol itu terjatuh daripada genggaman Tiger. Kemudian, barulah dia melepaskan Tiger dan pistol yang terjatuh itu segera ditendang jauh daripada mereka.


Tiger merengus kasar.


Yana sudah membuka langkah kekudanya.


Dengan muka bengisnya, Tiger memulakan serangan. Dia  menyerang Yana dari pelbagai sudut tetapi setiap serangannya itu berjaya ditepis. Tak guna punya perempuan! Marahnya.


Tiger berterusan menyerang Yana.


Serangan Tiger itu dapat dipatahkan dengan begitu bersahaja.


Tiger bengang kerana serangannya  dapat dipatahkan. Matanya mencerlung tajam ke arah Yana.


Mata Yana asyik terarah ke arah pisaunya yang terletak elok di belakang Tiger tu manakala otaknya pulak ligat berfikir.


Berombak dada Tiger menahan amarah lalu dia berlari ke arah Yana sambil melayangkan penumbuknya.


Begitu juga dengan Yana. Dia turut berlari ke arah Tiger dan setelah dia semakin hampir dengan Tiger, dia segera melutut dan membuat slide dengan lajunya dan aksinya itu membuatkan Tiger terkejut.


Kini, pisau yang diletakkannya tadi sudah pun berada di hadapan mata lalu dengan pantas diambilnya.


Tiger berpusing ke belakang.


Katy sudah tergamam melihat aksi kakak kawasan itu.


Yana tersenyum sinis sambil menayangkan pisau ditangannya.


Tiger bengang. Dia kena berhati-hati dalam membuat serangan kerana Yana ada senjata walaupun hanya sekadar pisau sahaja.


Yana mendekat sambil menayangkan aksinya dalam bermain dengan senjata.


Setelah hampir, Yana memulakan serangan balasnya. Pisau yang bermata tajam itu dihunuskan ke rusuk kanan Tiger tetapi Tiger berjaya menggelaknya.


Serangan kedua diberikan. Yana cuba menumbuk Tiger tetapi tangannya dikilaskan ke belakang. Yana tak mengalah lalu sebelah tangannya dihayunkan ke belakang dan terus menyiku perut Tiger dengan padunya.


ERGH!


Pegangan Tiger terlepas.


Yana tangkas bertindak dengan membuat satu libasan di betis Tiger.


Tiger jatuh melutut.


Tak cukup dengan itu, Yana cuba menendang kepala Tiger tetapi kaki kanannya dipegang oleh Tiger dan sepantas kilat Tiger menariknya kasar. Itu membuatkan Yana hilang keseimbangan diri lalu dia segera melompat dan membuat satu libasan di kepala Tiger menggunakan kaki kirinya.


ARGHHH!


Jerit Tiger.


"Bangun!" Arah Yana, tegas.


Tiger semakin bengang. Dia kembali gagah berdiri. Kepalanya yang sakit tidak dihiraukan. Dia kembali menyerang Yana. Tumbukkan dan tendangannya berjaya dielak dengan penuh bergaya. Tiada satu pun yang menggena. Itu membuatkan dia semakin berang. Dengan penuh amarah, dia terus menyerang secara bertalu-talu.


Yana berusaha menepis setiap serangan tersebut.


"Cakitlahhh..." jerit Sofea.


Yana yang mendengar pantas menoleh dan matanya terjegil apabila melihat Katy yang sedang menampar pipi anak bongsunya tu.


Disebabkan itu juga, dia menerima habuannya. Tendangan padu Tiger terkena di bahagian perutnya sehinggalah dia terjatuh terduduk di hadapan Tiger.


Dahi Yana berkerut menahan sakit.


Tiger menghampirinya lalu dia cuba membuat satu libasan di kepala Yana tetapi malang baginya apabila Yana pantas bertindak dengan membaling pisau itu tepat ke arahnya.


ARGHHH!


Jeritan Tiger bergema sekali lagi. Pisau yang dibaling tepat mengena di bahagian perutnya.


Yana bergegas mendekati Tiger yang sedang kesakitan tu lalu pisau yang berada di perut Tiger segera dicabut dengan kasar dan mengakibatkan Tiger menjerit, nyaring dengan dahi yang berkerut seribu. Darah merah menyembur keluar daripada perutnya tu.


"Ini untuk anak aku yang kau sakiti." Katanya, tegas sebelum menghayunkan penumbuk sulungnya itu tepat ke muka Tiger.


Menyembur cecair merah daripada mulut Tiger tu sebelum jatuh terduduk. Keadaannya lemah akibat tusukkan pisau tadi.


"Abanggg..." jerit Katy.


Yana pantas menoleh. Matanya mencerlung tajam.


Katy cuak apabila Yana menghampirinya dan dengan penuh rasa takut dia segera menolak Sofea hingga jatuh budak kecil tu lalu dia cuba melarikan diri tetapi malang baginya apabila dia menerima tumbukkan padu daripada seseorang dari arah hadapannya.


Katy jatuh terduduk sambil menyeringai, menahan sakit. Cecair merah mengalir di celahan bibirnya.


Yana yang melihat sudah berbalas senyum dengan Lisa yang baru muncul. Nampaknya, Malik sudah pun tewas ditangan Lisa. Yana berbangga dengan budaknya tu.


"Mamaaa..." Sofea berlari mendapatkan mamanya.


Yana yang melihat terus melutut dan pisau yang berlumuran darah tu terus dihumban jauh daripadanya. Tubuh kecil anaknya dirangkul penuh erat sebelum mengucup kedua belah pipi gebu anaknya tu. Tak cukup dengan itu, dahi anaknya turut dikucup bagai tak mahu. Airmata kegembiraan jatuh berderai membasahi pipi. Terima kasih, ya Allah... Ucapnya penuh kesyukuran.


"Mamaaa..." Sofea teresak di dalam pelukkan mamanya.


Yana mengusap belakang anaknya tu. "Mama minta maaf. Disebabkan mama adik yang jadi mangsa. Maafkan mama, ya sayang?" Mohonnya sambil mengeratkan lagi pelukkannya tu.


"Adik rindu mamaaa..." ucap anak kecil itu sambil mengongoi di dada mamanya.


Ya Allah ya Tuhanku...


Semakin deras airmata Yana mengalir.


"Jom kita balik!" Ajak Yana dan ajakkannya itu mendapat anggukkan daripada anaknya tu. Tubuh kecil anaknya didukung dan menghampiri Katy yang sudah tertunduk merenung lantai tu.


"Ini untuk anak aku yang kau berani tampar tu." Kata Yana sambil melayangkan penampar sulungnya tepat ke pipi Katy.


Katy terbaring kaku setelah menerima habuannya. Pengsanlah tu... Huh!


Previous: Bab 39
Next: Bab 41

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.