Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 37

"Hey, budak. Siapa nama kau?" Tanya Katy sambil memegang dagu budak kecil yang sudah terikat di kerusi tu.


Sofea takut. Airmatanya kembali bertakung di tubir mata.


"Hey! Aku tanya ni, jawablah..." jerkah Katy dengan raut wajah bengisnya tu.


"Mamaaa..." Sofea teresak sambil memanggil mamanya. Suaranya sudah serak gara-gara terlalu banyak menangis. Airmatanya deras mengalir membasahi pipi tembamnya tu.


Katy merengus kasar. "Hoi! Siapa suruh kau menangis ni? Aku nak kau diam sekarang. Kalau tak, aku tampar kau nanti." Ugutnya.


Semakin kuat Sofea menangis. Dia betul-betul takut dengan perempuan di hadapannya ni. Badannya meronta-ronta minta dilepaskan. Dia nak lari daripada sini. Lagipun, dia rindu sangat dengan mama, papa, kakak dan abangnya tu. "Mamaaa..." teriaknya.


PANG!


Katy yang dah tak tahan terus melepaskan tamparannya di pipi budak kecil tu.


Lagi nyaring Sofea menangis.


Katy merengus kasar lalu ingin melayangkan tangannya sekali lagi tapi di tahan oleh abangnya tu.


"Kau nak bunuh dia ke dik?" Tanya Tiger yang baru muncul.


Katy mendengus.


Tiger mengelengkan kepala sebelum menarik adiknya tu jauh daripada anak bongsu Yana.


Ehem-Ehem!

Mereka berdehem serentak.


Yana tersedar yang dirinya kini menjadi perhatian mereka yang turut berada di situ. Apa lagi, cepat-cepat dia menolak tubuh sasa encik suami yang masih melekap di tubuhnya tu.


Imran tak mempedulikan tolakkan si isteri. Malah, dirangkulnya dengan lebih erat lagi.


Aduh! Malunyaaa...

Pipi Yana sudah memerah.


"Aaabang." Panggil Yana separuh gugup.


"Hmm..." sahut Imran.


"Lepaslah." Pintanya.


Imran mengelengkan kepalanya.


Yana mengeluh lemah.


Mereka yang melihat sudah tersenyum simpul.


"Lama lagi ke sesi peluk-memeluk ni?" Tanya Rozy, memecahkan kesunyian.


Gulp!

Yana meneguk airliur. Ish! Malunyaaa... Terus dia menolak tubuh sasa encik suami tu.


Akhirnya, pelukkan terlerai jua.


Tapi, encik suaminya tu mana reti duduk diam. Kejap-kejap tangannya naik ke pipi si isteri. Diusapnya pipi si isteri dengan penuh kasih dan sayang. Tak cukup dengan itu, pinggang si isteri pulak yang dirangkulnya. Haish! Makin tak tentu arah Yana dibuatnya... "Abang, malulah..." tegur Yana sambil menepis tangan encik suami.


"Ada abang kesah?" Jawab Imran, acuh tak acuh.


Yana mengetap bibir. Geram ler tu...


Mereka yang berada di situ sudah tertawa halus melihat gelagat dia dan encik suami.


"Untung oiii... Kita dapat tengok wayang free. Bukan beshe-beshe ni..." sakat Lisa.


Yana yang mendengar sudah menjegilkan matanya. Bertuah punya budak... Wayang freelah sangat, kan. Eeeiiii...


Melihatkan reaksi itu, membuatkan mereka semakin sakan mentertawakan Yana.


Yana berdecit.


Imran buat muka bersahaja, seperti tiada apa-apa yang berlaku.


"Kau orang tak payah nak gelak sangatlah..." omel Yana sebelum menarik pergelangan tangan encik suami menuju ke arah satu sudut yang jauh daripada pandangan mata mereka semua tu.


Imran membuntuti langkah kaki si isteri tercinta.


Rozy mengelengkan kepala melihat gelagat kakak kawasan tu manakala budak-budak mereka masih tertawa halus. Macam tu rupanya ragam suami isteri. Haish! Sweet sangat...


Setelah dia yakin tiada mata-mata yang memandang, terus dia melepaskan pegangan di pergelangan tangan encik suaminya tu. "Abang buat apa dekat sini?" Tanyanya, ingin tahu.


"Abang dah bagitahu dekat WhatsApp tadi, kan." Jawab Imran bersahaja. Matanya ralit memandang tingkah si isteri yang sedang mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya tu. Jari-jemari si isteri ligat bermenari di skrin.


Yana mengeluh lemah apabila membaca pesanan yang dihantarkan. Hmm... Telefonnya tu kembali disimpankan ke dalam kocek seluar. "Kalau abang ikut, siapa nak jaga anak?" Tanyanya, lagi.


Mereka bertentangan mata.


"Bibik kan ada. Sayang jangan risaulah." Jawab Imran.


Yana mengeluh sekali lagi.


"Sayanggg..." panggil Imran sambil memegang kedua belah pipi si isteri.


Yana hanya membiarkannya sahaja.


"Dont worry, honey. Abang dah pesan dekat bibik. Jangan buka pintu kalau ada orang datang. Sekarang ni, apa plan sayang?" Tanyanya dengan penuh minat.


"Abang tak kenal Tiger. Dia boleh buat apa saja tau, asalkan hati dia puas. Sekarang ni, Sofea dah pun berada dalam tangan dia dan Suhaila pulak hampir di culik tengahari tadi tau. Abang ni..." omel Yana dengan hati yang mulai risau akan keselamatan anak-anaknya di rumah.


Imran terdiam. Betul juga apa yang dikatakan si isteri. Anak-anak mereka dalam bahaya sekarang ni. Ya Allah...


"Abang baliklah. Jaga anak-anak tu." Suruh Yana. Hanya itu yang dia mampu fikirkan.


"No!" Bantah Imran.


Yana merengus. "Abang jangan risau pasal Yana. Pandailah Yana jaga diri. Abang pergi balik sana..."


"Tapi..."


"Tak ada tapi-tapi bang." Yana terpaksa bertegas.


Kali ini, giliran Imran pulak yang mengeluh.


"Sorry. Yana cuma risaukan anak-anak jer. Abang baliklah yea..." Yana separuh merayu.


Imran memandang si isteri tercinta sebelum melepaskan keluhan kecil. "Iyalah. Abang balik tapi sayang kena janji dengan abang yang sayang akan..."


"Yana janji." Pintas Yana.


Dahi Imran berkerut seribu. "Janji apa?"


"Yana janji akan jaga diri baik-baik. Abang jangan risaulah. Isteri abang ni bukan calang-calang orang tau." Jawabnya sambil sengaja mengangkat kedua belah keningnya tu.


Imran tersenyum melihat gelagat si isteri lalu pipi si isteri dicubitnya. Gerammm...


"Auwww..." jerit Yana, acah-acah sakit.


"Isteriku, kakak kawasan? Hmm... Kena cubit sikit takkan dah menjerit kut. Nampak sangat menipunya." Usik Imran walaupun hatinya masih bimbang akan keselamatan si isteri.


Terjegil mata Yana mendengarnya lalu secara tak langsung, dia terus mengutil perut encik suaminya tu.


"Auwww..." jerit Imran pulak sambil menggosok perutnya tu.


"Harap badan jer sado tapi bila kena cubit sikit dah menjerit. Ish! Buat malu sungguh abang ni tau..." balas Yana sambil tertawa kecil.


Imran dah ketap gigi. "Sayang balas balik eh. Nak kena ni..." Dia segera mendekatkan jarak di antara mereka.


Yana yang melihat pantas berundur setapak. "Abang tak payah nak lebih-lebih yea. Pergi balik, cepat. Kesian anak dekat rumah tu." Suruhnya sambil menahan dada bidang encik suami yang semakin hampir tu.


"Abang cuma nak peluk jer lah." Terus dia rangkul tubuh kecil si isteri.


Yana membiarkannya. Malah, pelukkan encik suami turut dibalas dengan penuh erat.


"Tahu cuak yea sayang..." usik Imran sambil tersenyum.


Sempat lagi encik suami duk mengusik. Haish! Kalau dibiarkan, makin lama lah scene peluk-memeluk ni, kan? Nak tak nak, Yana terpaksa mendorong tubuh sasa encik suami agar menjauhi dirinya ni. "Dah-dah. Abang pergi balik cepat..." arahnya, tegas.


"Amboi! Menghalau nampak..." Imran masih ingin menyakat.


Yana mengeluh kecil. Dia tak bermaksud macam tu pun. Eeiii... Laki aku ni kan. Memang nak kena tau, gumamnya sekadar di dalam hati.


"Sayang..." panggil Imran, sayu.


Mula daa...

Yana terpaksa bertegas.


"Sorry. Kali ni, Yana terpaksa halau abang. Abang pergilah balik. Anak-anak perlukan abang tu. Pasal Yana, abang jangan risau. Yana tahulah jaga diri. Baliklah, cepat!" Suruh Yana sambil menolak-nolak tubuh sasa encik suaminya tu.


"Sayang..." panggil Imran lagi tanpa terasa dengan perbuatan si isteri yang seakan menghalaunya tu.


"Tak payah nak sayang-sayang. Balik!" Yana bertegas.


"Tapi sayan..."


"No sayang-sayang,  kan."


"Okay-okay. Darling..."


"Abang!"


Imran tertawa kecil. "Garang betul isteri abang ni, kan?"


Yana sudah mengecilkan matanya.


"Iyalah-iyalah. Abang nak baliklah ni. Sayang hati-hati tau. Jaga diri tu. Kalau ada apa-apa, sayang call abang. Jangan lupa tau. I love you so much, sayang." Ucap Imran, penuh sayu. Hatinya masih bimbangkan keselamatan si isteri tercinta.


Yana tahu yang encik suaminya tu risaukan keselamatannya tapi apa lagi yang boleh di buat, kan? Dia terpaksa berdepan dengan Tiger and the geng demi menyelamatkan anak bongsunya tu. Dia memandang encik suami buat kali terakhir sebelum nafas berat dilepaskan. "Hati-hati drive tu. Yana sayang abang sangat. Abanglah suami yang terbaik dalam dunia ni. I love you so so so much, abang." Ucapnya, tulus ikhlas dari dalam hati.


Imran terharu. Dadanya terasa sebak apabila mendengar luahan hati si isteri. Ya Allah, engkau lindungilah isteriku dan kawan-kawannya. Semoga mereka berada di dalam keadaan baik-baik sahaja. Aamiin...


Untuk kali terakhir, dia memeluk si isteri tercinta sebelum dia beredar meninggalkan kawasan tu.


Setelah bayangan encik suami hilang dari ruangan mata, dia segera menghampiri budak-budaknya.


"Seorang jer ke? Encik hubby, mana?" Tegur Rozy sedikit hairan apabila melihat Yana muncul seorang diri. Aik? Pergi berdua, balik sendirian. Hmm...


"Dah balik. Errr... Ai Lin. Lashmi." Panggilnya sambil memandang ke arah kedua-dua budaknya tu.


"Iya!" Sahut mereka, serentak.


"Akak ada tugas untuk kamu berdua. Akak nak kamu berdua jaga keselamatan suami dan anak-anak akak kat rumah. Itu aja..." Arahnya, tegas.


Rozy pelik. Begitu jugak dengan budak-budak mereka.


"Apa maksud you, kak?" Tanya Ai Lin yang bingung dengan arahan yang diterima.


"Akak risaukan keselamatan mereka. Si Tiger ni bukan boleh percaya sangat. Akak takut dia hantar budak-budak dia ke rumah akak pulak. Kamu berdua boleh tolong akak, kan? Tolong jaga suami dan anak-anak akak? Kamu awasi mereka dari luar rumah? Kalau ada yang mencurigai, kamu kasi habis jer. Faham?" Arahnya, tegas.


"Faham, kak." Jawab mereka, serentak lagi.


"Terima kasih sebab sudi..."


"Eh! Sekejap." Pintas Rozy.


Mata Yana segera berkalih ke arah Rozy.


"Zack. Joe." Panggilnya sambil memandang ke arah budaknya tu.


Zack dan Joe terus maju ke hadapan setelah namanya dipanggil oleh cik bos.


"Kau berdua ikut sekali. Awasi rumah Yana daripada budak-budak Tiger. Faham?" Arahnya, tegas.


Mereka berdua mengangguk secara serentak.


Yana terharu. "Thanks."


Rozy mendekat. Bahu Yana dipeluk erat. "Jangan risau. Semuanya akan baik-baik sahaja."


Yana mengangguk.


Ai Lin, Lashmi, Zack dan Joe segera beredar. Mereka akan berkerjasama dan mereka jugak takkan biarkan budak-budak Tiger datang menganggu keluarga Yana lagi. Kalau dia orang datang jugak, memang carik nahaslah...


Air alcohol yang menjadi kegemarannya diteguk sehingga licin. Hatinya tak tenang memikirkannya. Haish! Bimbang, risau, itu dah semestinya. Selagi dia tak terima khabar berita daripada mereka, selagi itu hidupnya takkan tenteram.


"Mana dia orang ni? Takkan benda senang pun tak dapat nak buat." Monolognya, perlahan.


Takkan gagal kut?

Err...

Mati aku, kalau gagal oii...


Semakin dia fikirkan, semakin dia tak tenteram. Kini, daripada duduk dia sudah pun berjalan berulang-alik sambil tangan kanannya mengusap dahinya yang sedang berkerut seribu tu. Apabila dah penat berjalan, dia kembali duduk sendirian di luar gedung kosong yang dah lama terbengkalai tu.


"Apa hal lu mau jumpa sama wa?" Tanya lelaki cina tu, ingin tahu.


"Aku ada tugas untuk kau." Jawab Taha, tegas.


"Tugas?" Tanya lelaki cina tu dengan dahi yang sudah berkerut.


"Aku nak kau culik anak sulung Yana. Boleh?" Tanya Taha, ingin tahu.


Lelaki cina tu terus berfikir seketika.


"Boleh ke tak ni?" Tanya Taha lagi.


"Tak rak boleh maa..." Jawab lelaki cina tu dengan raut wajah bersahajanya.


Lelaki itu merengus kasar.


"Kau kenal Tiger, kan?" Taha sudah tersenyum sinis.


Dengar sahaja nama Tiger, lelaki cina itu terus meneguk airliur. Raut wajahnya serta-merta berubah. "Okay!" Jawabnya, sepatah.


"Ini macamlah, Chong." Katanya sambil mengangkat ibu jari.


Tak berlengah lagi, Taha terus membincangkan apa yang patut si Achong lakukan. Achong mendengar tanpa sebarang bantahan.


"Okay! Wa akan suruh budak-budak wa culik itu budak. Lu tunggu sana aja. Nanti budak wa bawak anak Yana tu ke tempat lu." Kata Achong bersahaja.


"Kalau kau dan budak kau tak nak mati, jangan kasi gagal. Faham?"


"Lu jangan bimbang..."


"Kau boleh pergi sekarang." Suruhnya.


Achong terus beredar pergi manakala Taha sudah tersenyum senang. Kalau anak sulung Yana di culik, pasti Yana akan lebih sengsara dan Tiger pasti bangga dengan aku. Iyalah! Aku yang rancang penculikan anak sulung Yana tu kut. Pasti Tiger bangga punyalah... Aku kena rahsiakan ni dulu. Kalau budak tu dah ada di depan mata, baru aku bagitahu Tiger. Dua orang anak Yana akan berada di dalam genggaman tangan mereka dan Yana akan melutut merayu meminta mereka melepaskan anak-anaknya tu. Kini, di mindanya sudah terbayang-bayangkan aksi kakak kawasan tu sedang merayu kepada mereka. HAHAHA... tawanya. 


"Hoi, bro. Termenung jauh nampak. Apa cer?" Tegur Daud yang entah bila munculnya tu.


Taha tersentak.


"Kau tengah fikir apa tu? Ada masalah ke, bro?" Tanya Daud sambil melabuhkan punggung di kerusi kosong yang berada di hadapan kawannya ni.


Pantas Taha mengeleng.


"Dah tu? Kau kenapa?" Tanyanya lagi. Air arak yang masih berbaki di dalam botol kecil itu segera di ambil lalu diteguk dengan penuh rakus.


"Tu air aku lah, bro." Katanya cuba menukar topik perbualan.


Daud mencemik. "Ada aku kesah?"


"Ceh!" Taha berdecit.


Raut wajah Sofea kelihatan lemah sekali. Tenaganya banyak habis apabila dia asyik menangis sahaja manakala mulutnya tidak henti-henti memanggil mamanya tu.


Budak-budak Tiger yang mendengar, hanya buat endah tak endah jer. Dia biarkan budak kecil tu menangis, meraung macam tu sekali. Mereka tak berniat langsung nak memujuk budak kecil tersebut. Huh!


Disebabkan terlalu banyak menangis, akhirnya Sofea terlena dalam keadaan yang begitu menyayat hati.


Previous: Bab 36
Next: Bab 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.