Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 24

"Alamak!" Safura menepuk dahinya.


"Kau dah kenapa, beb?" Tanya Katy dengan dahi yang berkerut.


"Handphone aku tertinggal dalam kereta ler. Kau masuklah dulu. Aku nak pergi ambil handphone sekejap." Suruh Safura sebelum beredar pergi ke tempat parking.


Katy merengus kecil sebelum melangkah masuk ke dalam mall yang tersergam indah di hadapannya ni.


Setelah puas di pujuk rayu, akhirnya Yana mengalah juga dan kini mereka sudah pun berada di dalam sebuah mall. Encik suami ajak dating-lah pulak. Hanya mereka berdua sahaja manakala anak-anak tinggal di rumah bersama bibik mereka. Senyuman manis terukir dibibirnya apabila fikirannya teringatkan kembali sesi pujuk-memujuk, rayu-merayu tadi. So sweet...


"Sayang, malam nanti kita keluar, yea." Ajak Imran sambil memandang tepat ke raut wajah isterinya yang masih tertumpu di skrin TV tu.


Yana buat dengar tak dengar jer. Ajakkan encik suaminya tu dibiarkan sepi tanpa sebarang balasan daripadanya.


"Yeahhh-yeahhh nak pergi jalan..." sorak Sofea begitu teruja.


Erk?

Imran terkedu. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.


"Kita nak pergi mana, pa?" Tanya Sofea penuh semangat.


Err...


Yana malas nak masuk campur lalu dia segera bangun dan menonong menuju ke ruang dapur. Saat ni tekaknya terasa dahaga sangat.


"NO! Kali ni, adik tak boleh ikut. Bagilah can kat papa dengan mama pulak, sayang. Boleh?" Pinta Imran, lembut.


Suhaila dan Haikal sudah tersenyum simpul. Papa nak dating dengan mama ler tu... Perkataan itulah yang terlintas di fikiran mereka berdua.


"Alaaa..." Sofea dah memuncung.


Imran garu kepala yang tak gatal. "Boleh yea, sayang? Pleasee..." rayu Imran sambil buat muka comelnya.


Sofea mengetuk hujung bibirnya dengan jari telunjuk. Gayanya seakan sedang berfikir gitu. "Bolehlah." Jawabnya, perlahan.


Yes! Hati Imran melonjak senang. Dia terus mengomol pipi anak bongsunya tu, sampaikan anak bongsunya tu naik lemas.


Suhaila dan Haikal tertawa kecil melihat ragam papanya tu.


Tak berlengah lagi, Imran terus ke ruang dapur mencari si isteri tercinta. Di situ, dia melihat isterinya sedang duduk membelakanginya sambil asyik menikmati juice orange kegemarannya tu. Dengan langkah penuh berhati-hati, dia datang mendekati. "Hai, sayang..." sapanya sambil merangkul tubuh isterinya dari belakang. Ubun isterinya di cium penuh kasih.


Yana tersentak. Nasib baik tak tersedak. Allahu! Buat terkejut orang jer tau... Bila masa pulak encik suaminya datang ke dapur ni? Boleh pulak dia tak sedar kan. Ish!


"Malam ni kita keluar yea sayang." Beritahunya sambil memejam mata menikmati haruman mewangi di tubuh badan si isteri.


Yana masih membisu seribu bahasa.


"Sayangggg..." panggil Imran cukup lunak di tepi telinga isterinya.


Yana cuba bertahan.


"Dengar tak ni? Ke sayang nak... errr..." kata-katanya termati di situ tetapi bibirnya mulai beroperasi di pipi si isteri dan semakin menjalar ke leher dan...


"Okay!" Itu membuatkan Yana kaget dan terus bersetuju dengan ajakkan encik suaminya tu. 


Imran tersenyum senang. Dia terus meleraikan rangkulan dan itu membuatkan Yana cepat-cepat ingin melarikan diri tetapi encik suaminya lagi cepat bertindak dengan memaut lengannya ni. Huh! Yana mati kutu. Debaran di dada semakin kencang.


Apabila melihat si isteri kaku tak berkutik, terus Imran menarik lengan isterinya tu agar mendekatinya. Kali ini, pinggang isterinya di rangkul penuh erat. Imran tersenyum sumbing melihat isterinya yang sudah tak tentu arah tu. "Sayang nak pergi mana?" Tanyanya sambil mengangkat kedua belah keningnya.


Aduh!

Kenapa buat muka comel sangat ni? Eeeii... geramnya kita tengok muka tu. Rasa macam nak... errr... nak... errr... nak gomol jer tau.


"Sayang nak pergi mana?" Ulangnya lagi, sambil menarik pinggang isterinya agar semakin mendekatinya ni.


Semakin laju debaran di dada. "Errr... Nak pergi atas lah." Jawab Yana, gugup.


Dahi Imran berkerut. "Belum malam lagi sayang oii... Ke dah tak sabar nak keluar dengan abang ni?" Usik Imran sambil mencuit hidung isterinya tu.


Erk?


"Mana ada." Laju dia menidakkannya.


Imran tergelak kecil.


"Betullah. Tak ada pun. Nak naik atas sebab nak sediakan baju anak-anak. Kata nak keluar malam ni, kan? Ke tak jadi keluar?" Jawab Yana.


"Anak-anak tak ikut sayang. Malam ni kita keluar berdua jer. Abang nak ajak sayang dating malam ni. Hanya kita berdua sahaja, sayang." Imran menekan suaranya di bahagian akhir ayatnya itu.


Gulp!

Yana terkedu.


Imran tersenyum melihat ragam si isteri lalu dia segera mendekatkan mukanya ke muka isterinya tu. Dahi isteri tercinta dikucup dengan penuh sayang. Kemudian turun pulak di bahagian hidung dan akhir sekali kucupannya itu singgah di...


"Sayang, kita dah sampai ni." Tegur Imran.


Yana tersentak. Aduh! Jauh sangat melamunnya tu. Terbeliak matanya melihat apa yang berada di hadapannya ni. Bintang Idols? Biar betul encik suami aku ni?


"Sayang, jomlah masuk." Ajak Imran sambil menarik tangan isterinya.


Yana mengeraskan badannya.


Imran menoleh. "Kenapa ni sayang?"


"Abang serius ke nak masuk sini?" Tanya Yana, inginkan kepastian.


Imran tertawa kecil mendengarnya. "Hari ni abang teringin nak karaoke lah sayang. Abang nak berduet bersama isteri tercinta abang ni. Alaa, saja nak mengimbau zaman bercinta dulu. Bukan selalu, kan? Alang-alang anak tak ikut ni, boleh ler sayang. Jomlah..."


Yana mengeluh kecil. Dah lama sangat dia tak masuk Bintang Idols ni. Lama jugaklah dia tak test vokal. Confirm hancur nyanyiannya nanti tau. Haish!


"Jomlah sayanggg..." ajak Imran separuh merengek.


Nak tak nak, Yana terpaksa akur jugak. Lagipun mereka dah sampai kat hadapan pintu Bintang Idols pun kan.


Imran tersenyum senang lalu mereka berjalan beriringan menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran.


"Hai, Encik Imran." Sapa seseorang dari arah belakang mereka.


Imran dan Yana menoleh serentak.


Huh! Rengus Yana sekadar di dalam hati sahaja. Minah ni lagi... Tak ada orang lain ke? Bosan betullah.


"Cik Katy?" Imran kaget.


Katy tayang senyum manisnya tanpa menghiraukan Yana di sisi lelaki pujaannya tu. "You buat apa kat sini?" Tanyanya dengan lenggok manjanya tu.


Imran memandang si isteri yang membeku mengalahkan patung cendana tu. Hmm... Daripada isterinya merajuk lagi, lebih baik mereka beredar saja.


"Alang-alang you dah ada dekat sini, bolehlah kita discuss sikit pasal bisnes kita tu. Boleh, kan? Sambil bekerja sambil berhibur. Tak salah rasanya. Betul tak?" Cadang Katy sambil tersenyum manis.


Amboi! Tak mengagak nak discuss-nya, kan. Tak kena pada tempat langsung. Ni pusat hiburan bukannya office nak discuss bagai. Huh! Desis hati kecil Yana.


Imran menoleh ke sisi. Isterinya masih sama seperti tadi. Tak berkutik langsung. Hmm... "Tak apalah. Kita discuss dekat offi..."


"Boleh jer. Jomlah." Sampuk Yana bersahaja.


Imran kaget manakala Katy sudah tersenyum bangga. Banggalah sebab dapat peluang nak mengeletis dengan laki orang, kan...


"Are you sure, sayang?" Tanya Imran, inginkan kepastian.


"Yes! Jom." Ajak Yana sambil menoleh ke arah budak kaunter.


"Akak nak berapa jam?" Soal budak kaunter tu.


Yana menoleh ke arah encik suami dan jugak minah yang bernama Katy tu. Huh! Katy ke Khatijah? Ceh! "You all nak discuss kan, so I ambil dua jam lah. Baru puas nak discuss-nya, kan. Kalau sejam, mana cukup nak discuss. Nak berduet lagi. Nak discuss lagi. Mana cukup tu." Dia memandang mereka silih berganti.


"Satu jam jer, dik." Pinta Imran kepada budak kaunter tersebut.


Setelah pembayaran di buat, budak kaunter tu segera memberikan bilik 13 untuk mereka bertiga. Tak berlengah lagi, Yana terus beredar menuju ke arah yang ditunjukkan oleh budak kaunter tadi.


Nak discuss yea. Silakan... desis Yana di dalam hati sahaja.


Imran mengeluh lemah. Dia tahu isterinya tu sedang menahan rasa manakala Katy sudah tersenyum sinis. Dia tahu yang isteri Imran tu sudah mulai cemburu dengan kehadirannya. Nak dating berdua konon. Boleh blah lah...


Sampai sahaja di bilik, Yana terus melabuhkan punggung di atas sofa yang disediakan. Imran terus ON switch lampu dan aircond sebelum melabuhkan punggung di sisi isterinya. Katy terus memilih lagu dan segera mengambil mikrofon yang terletak di atas kabinet. "Jom duet, darling. Ops! Encik Imran." Dia buat-buat betulkan kesilapannya tu. Mikrofon dihulurkan kepada Imran.


Imran terkedu. Semuanya jadi serba tak kena. Kenapalah boleh jumpa dengan minah ni? Ish! Hal bisnes boleh bincang kat office kut. Kacau daun betullah. Huh!


"Pergi jerlah, bang. Tak payah malu." Suruh Yana dengan riak wajah bersahaja.


Imran menoleh ke arah isterinya. Yana menolak-nolak bahu encik suami agar menerima ajakkan client tu.


Imran mengeluh lemah sebelum akur. Lagu Memori Berkasih menjadi pilihan. Yana tukang menyaksikan gelagat mereka. Sakit hati tu sudah pasti. Tak guna punya minah. Kau nak main-main dengan aku yea. Siap kau...


Imran jadi tak selesa apabila clientnya itu sudah berkelakuan melebihi batas. Ada ke patut dia duk bergesel-gesel dengan dirinya ni di hadapan isteri tercinta. Berapa kali Imran mengelak, berapa kali dia bergesel kembali. Huh!


Yana menahan hati melihatnya. Darahnya sudah mendidih melihat aksi mengeletis minah dihadapannya ni. Ni bukan nak discuss bisnes tapi nak mencaras laki aku. Grrr... Yana terasa berbahang walaupun berada di dalam bilik yang begitu sejuk.


Lagu Memori Berkasih tapi bergesel mengalahkan lagu dangdut. Huh!


Imran bengang dengan Katy lalu dia terus meletakkan mikrofon dan meminta izin untuk ke toilet sebentar. Yana hanya melihat sehingga bayangan encik suaminya hilang daripada pandangan.


Katy tersenyum sinis sebelum meletakkan mikrofon. Dia terus melabuhkan punggungnya di sisi Yana.


Masing-masing duk diam membisu.


Tiba-tiba...


"Aku nak Imran." Pinta Katy tanpa rasa malu.


Walaupun muzik terlalu kuat tapi permintaan itu masih boleh didengari dengan begitu jelas sekali. Yana tersenyum sinis. "Imran tu suami aku." Jawab Yana bersahaja. Matanya masih tertumpu ke arah skrin dihadapannya ni.


"Suami? So what? Aku tetap nak Imran." Katy berkeras dengan keinginannya tu.


Yana tertawa kecil. Permintaan tu terlalu lucu baginya manakala Katy sudah merenungnya tajam.


"Kenapa kau gelak?" Tanya Katy, bengang.


"Aku cakap kau bangang kang, kau marah tapi kau ni memang bangang pun, kan?" Kata Yana tanpa menoleh ke arah minah tu. Bukan kerana dia takut tapi malas nak hadap muka perempuan tak tahu malu ni.


"What???" Jerkahnya dengan renungan mata yang mencerlung. "Kurang ajar kau ni, kan?" Marahnya, pulak.


"Aku atau kau yang kurang ajar? Imran tu suami aku. Hak aku. Kau, siapa?" Yana masih mampu bersabar. Nada suaranya pun masih cool lagi.


"Aku peduli apa. Imran milik aku bukan kaulah, bodoh." Tengking Katy sambil menunjal kepala Yana dari tepi.


"Main kasar, nampak?" Kata Yana sambil menoleh ke arah Katy. Matanya tajam merenung Katy yang sudah tersenyum sinis tu.


"Kenapa? Kau takut?" Tanya Katy sambil tertawa sinis.


"Aku tak perlu takut dengan orang macam kaulah." Kata Yana sambil memandang ke hadapan kembali. Haish! Mati jugak anak orang ni kang... desis hati Yana.


Katy tertawa sinis. "Takut ler tu. Hey, betina. Kau dengar sini baik-baik. Aku nak kau pergi jauh daripada hidup Imran. Bawak anak-anak kau sekali. Kalau tak kau dengan anak-anak kau mati aku kerjakan." Ugutnya.


Yana buat don't know jer...


Katy merengus kasar. "Hey, setan. Kau dengar tak ni?" Jerkahnya sambil ingin menunjal kepala Yana sekali lagi tapi malang baginya apabila Yana bertindak dengan menepis tangannya tu. "Berani kau melawan aku yea." Marahnya sambil menolak bahu Yana dengan kasar. Matanya mencerlung tajam.


Yana bengang. Tahap kesabarannya semakin menipis. Minah tu masih sakan menolak-nolak bahunya ni. Haish! Tak berlengah lagi, Yana terus menangkap pergelangan tangan kanan Katy lalu dia pulaskan ke belakang. Tindakkannya tu begitu pantas sehingga Katy menjerit nyaring gara-gara terkejut.


Fuh! Nasib baik muzik lagu ni kuat kan. Tak adalah kantoi dengan pekerja-pekerja dekat sini.


"Lepaslah..." Katy meronta.


Yana tersenyum sinis. Pegangan tangannya itu dilepaskan. Yana meraup wajahnya, cuba mengawal emosinya tu. Dia berdiri dengan membelakangi Katy.


Katy yang sudah diamuk kemarahan, terus mengambil mikrofon lalu dihayunkan tepat di belakang kepala Yana tapi Yana lagi pantas berpusing 90 darjah ke belakang, sambil menghayunkan tendangan padunya tepat di bahagian tangan Katy yang sedang memegang mikrofon tu.


Mikrofon yang dipegang terus terpelanting jatuh manakala Katy sudah mengibas tangannya sambil melompat seperti anak kecil. Sakit ler tu...


"Itu baru sikit aku bagi." Kata Yana sambil tersenyum sinis.


KRIUKKK

Bunyi pintu di buka.


Imran kaget melihat Katy yang terlompat macam anak kecil sambil mengibas tangannya tu. "Kenapa ni?" Tanyanya, ingin tahu.


"I pergi toilet sekejap." Katy mohon pamit sebelum berlalu pergi.


Imran memandang isterinya, menagih jawapan.


"Tangan dia berdarah, bang. Yana pergi tengok sekejap yea." Jawabnya sambil berlalu pergi.


Perhitungan belum selesai. Yana membuntuti langkah Katy dari belakang. Perempuan macam tu harus diajar supaya tak menggatal lagi dengan laki orang. Kalau tak, nanti jadi kebiasaan dia pulak, kan. Dari jauh dia melihat Katy sudah pun meloloskan diri ke dalam toilet. Yana melihat disekelilingnya ni. Tiada sesiapa kecuali dirinya. Cctv pun tak ada di sekitar situ. Apa lagi, terus Yana berlari anak menuju ke toilet. Pintu toilet di buka dan dia segera meloloskan dirinya.


Katy terkejut melihat kehadiran Yana di situ.


Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.