Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 29

"Betul ke ni tempat dia bang?" Tanya Yana sekadar inginkan kepastian.


Imran menilik telefonnya sekali lagi. Di lihat kembali location yang diberikan kepadanya tu. "Betullah ni sayang." Jawabnya sambil memerhati kawasan sekeliling. Sunyi sepi. Kiri kanan mereka hanya ada bangunan terbiar sahaja.


Dahi Yana berkerut seribu. Tiba-tiba hatinya rasa tak sedap pulak. Macam ada something yang tak kena dekat sini. Hmm... "Kita balik jer lah bang. Si gedik tu saja nak main-mainkan kita ni."


Imran penasaran. Dia memandu ke arah bangunan kosong yang sudah usang tu. Matanya meliar memandang sekeliling.


"Berhenti, bang." Suruh Yana sambil matanya tertera ke arah belakang bangunan tersebut.


"Kenapa, yang?" Tanya Imran setelah keretanya berhenti secara mendadak.


Baru Yana nak jawab, telefon bimbit encik suaminya berbunyi nyaring. Imran melihat sekilas nama si  pemanggil sebelum menekan butang hijau. "Hello! I dah sampai ni. You ada dekat mana?"


Yana tak berbunyi tapi jari telunjuknya menunjukkan ke arah Katy yang sedang berdiri di hadapan keretanya tu.


Imran melirik ke arah yang ditunjukkan. Bayangan Katy terlihat di ruangan matanya. "Okay! I dah nampak you. Tunggu sekejap." Tak berlengah lagi, dia segera membuka tali pinggang keledar dan sebelum dia keluar dia sempat berpesan kepada si isteri agar duduk saja di dalam kereta. Jangan keluar selagi dia tak suruh tapi baru saja dia mengangkat punggung, lengannya di tarik si isteri. Dia menoleh.


"Tak payahlah. Yana rasa tak sedap hati ni." Luahnya dengan riak wajah penuh kerisauan.


Imran mengeluh lemah sebelum mengusap pipi si isteri. "Jangan risau. Abang hanya jumpa dia sekejap jer. Sayang tunggu dekat sini yea. Jangan pergi mana-mana. Dengar tak ni?"


Yana terpaksa akur. Dia mengangguk lemah dan matanya hanya mampu melihat encik suami sendirian berjumpa dengan minah gedik tu. Haish!


Suasana di kawasan itu semakin riuh dengan celoteh ibu bapa yang sedang menunggu di luar gate untuk menjemput kepulangan anak mereka. Taha menoleh ke arah sebelahnya. Jeff mengangguk tanda mengerti. Dia dah tak sabar nak laksanakan tugasnya tu dan dia jugak amat yakin sekali bahawa dia akan berjaya melakukannya kerana dia tidak nampak langsung akan kelibat budak-budak Yana di situ.


Akhirnya, apa yang dinanti telah pun tiba. Pintu gate sekolah tadika kemas itu sudah pun terbuka dengan begitu luas sekali. Budak-budak berpusu-pusu keluar dan mendekati ibu bapa mereka yang datang menjemput kepulangan mereka tu.


Mata mereka mencerlung tajam ke hadapan, mencari budak yang seiras dengan gambar yang dihantarkan oleh bos mereka tu. Huh! Senyuman sinis mulai terukir di bibir apabila mata mereka sudah pun terpandangkan seorang budak yang sedang berdiri di hadapan gate sambil memerhati di sekeliling. Mata mereka tekun menilik budak tersebut dengan gambar yang dihantarkan kepada mereka tu. Sama atau tidak? Kalau sama, apa lagi yang ditunggu kan? Terjahlah...


"Hai, darling." Sapa Katy dengan nada suara manjanya tu.


"Apa yang wife I dah buat dekat you? Bagitahu I sikit." Soal Imran dengan riak wajah ketatnya tu.


Katy datang menghampiri Imran. "Relaxlah, darling." Katanya sambil mengusap dada Imran. Kononnya ingin mengurangkan rasa amarah yang tengah bermukim di hati lelaki tu.


Imran terkejut lalu dia pantas menepis tangan halus Katy tu.


Katy tidak terkejut tetapi dia sudah agak itu yang akan dilakukan. "Kenapa you garang sangat ni? Macam tak suka jumpa I jer."


Imran merengus kecil. Apa tujuan sebenar si Katy ni? Saja nak main-main dengan dia ke apa ni? Hmm...


Darah Yana sudah mendidih melihat aksi mengeletis Katy tu. Tak guna punya perempuan. Apa motif kau suruh laki aku datang sini ha? Kau nak goda laki aku ke apa? Jangan harap aku nak biarkan laki aku jatuh ke tangan perempuan macam kau ni lah oii... monolog hati kecilnya tu.


Katy cuba mengelus pipi lelaki macho di hadapannya ni tapi malang baginya apabila Imran melayangkan penampar sulung tepat ke arah pipinya tu.


"Auwww..." jerit Katy sambil memegang pipinya.


"Kau jangan nak main-main dengan aku Katy. Apa tujuan kau sebenarnya ni?" Tengking Imran dengan mata yang melotot ke arah Katy.


Katy merengus kasar. Matanya merenung tajam ke dalam anak mata Imran yang sedang memandangnya ni. Dengan penuh amarah, dia terus mengangkat tangan kanannya dan mengamit seakan sedang memanggil seseorang.


Dahi Imran berkerut seribu apabila melihat dua orang lelaki berbadan sado keluar daripada kereta hitam di hadapannya ni. Dia terpaksa berundur beberapa tapak ke belakang.


Katy tersenyum sinis sambil masih memegang pipinya.


Yana terkejut. Dari jauh dia melihat ada dua orang lelaki berbadan sado yang bengis raut wajahnya, sedang datang mendekati encik suaminya. Huh! Tak boleh jadi ni. Takkan aku nak biarkan laki aku kena belasah kut? Ya Allah, apa yang perlu aku lakukan ni? Kalau aku pergi, bermakna terbongkarlah semuanya. Errr... Yana ligat berfikir tetapi tiada cara lain yang terlintas di fikirannya ketika ni. Hanya satu cara sahaja iaitu berdepan dengan mereka semua. Hmm... Kata putus telah dibuat. Dia akan berdepan dengan mereka. Kantoi pun kantoilah. Dia redha dengan apa yang akan diperkatakan oleh encik suaminya nanti. Nak marah ke apa ke, silakan... Yang penting, nyawa encik suaminya tu. Lagipun, dia tak kenal dengan lelaki berbadan sado tu? Dia tak pernah jumpa lagi dengan mereka berdua ni. Huh!


"Siapa kau?" Tanya Imran penuh berani.


Lelaki berbadan sado tu hanya mampu tersenyum sinis. Dia datang mendekati dan semakin laju Imran berundur.


"Aku nak kau orang berdua belasah jantan ni cukup-cukup. Jangan sampai dia mati." Arah Katy, tegas.


Imran meneguk air liur.


Lelaki berbadan sado mengangguk tanda mengerti.


"Hoi!" Jerkah Yana yang baru keluar dari dalam perut kereta encik suaminya tu.


Imran menoleh ke belakang dan tumpuan lelaki berbadan sado tu pun turut beralih arah. Begitu juga dengan Katy.


Kini, Yana menjadi tontonan semua.


Dengan langkah penuh bergaya, Yana menghampiri encik suami yang tercinta.


"Sayang." Panggil Imran penuh cemas. Hatinya mulai dilanda kebimbangan apabila si isteri datang mendekat.


Sofea masih setia menunggu mamanya di hadapan gate manakala semua kawannya sudah pun pulang ke rumah. Hanya tinggal dia dan cikgu sahaja. Hmm...


"Mana mama ni?" Tanyanya. Matanya meliar memandang sekeliling mencari bayangan mamanya tu.


"Sofea belum balik lagi?" Tanya cikgu Hayati yang berdiri di muka pintu kelas.


Sofea yang mendengar pantas menoleh ke belakang. Kepala digelengkan sebagai jawapan daripada pertanyaan cikgunya tu.


"Sekejap lagi mama Sofea sampailah tu. Meh sini. Tunggu mama Sofea dekat dalam. Dekat luar tu panaslah sayang oii." Suruh cikgu Hayati sambil mengamitkan tangannya memanggil anak muridnya tu.


Sofea mengangguk dan baru saja dia hendak melangkah, tiba-tiba mulutnya ditekup dengan kain dari arah belakang. Pada awalnya dia meronta minta dilepaskan tetapi lama-kelamaan rontaannya menjadi semakin lemah dan akhirnya dia mulai tidak sedarkan diri. Tubuh kecilnya yang ringan begitu mudah dicempung dan di bawak pergi.


"Sofeaaa..." jerit cikgu Hayati, cemas. Dia berlari anak menuju ke gate tapi malangnya Sofea sudah selamat di bawak pergi oleh mereka yang tidak dikenali.


Nani menilik jam di skrin telefon. Aduh! Dah lewat ni. Kesian Sofea kena tunggu lama. Ni semua gara-gara jalan jem. Haish! 


Vrooommmmmmmmm

Berdesup kereta tu memecut di jalan sebelah, berlawanan arah dengannya.


"Kat sini pun nak bawak laju. Ish!" Omel Nani sendirian. Dia kembali menumpukan perhatiannya di hadapan dan signboard tadika kemas kelihatan di ruangan matanya tu. Yes! Sampai jugak...


SRETTTTTT

Kereta kancilnya berhenti betul-betul di hadapan gate. Cermin tingkap di bahagian sebelah pemandu di turunkan. "Assalamualaikum. Cikgu ke?" Sapanya kepada seorang perempuan yang berdiri di hadapan gate tu.


"Iya saya. Ada apa yea, puan?" Tanya cikgu Hayati walaupun hatinya masih cemas.


"Saya kawan Puan Yana, mamanya Sofea. So, mana Sofea? Saya nak bawak dia balik ni. Mama dia tak dapat nak ambil sebab ada emergency case." Beritahu Nani tanpa berselindung.


"Sofea???" Tanya cikgu Hayati, terkejut.


Nani menganggukan kepalanya.


"Puan kena buat report polis sekarang jugak." Suruh cikgu Hayati dengan raut wajah cemasnya tu.


Berkerut dahi Nani mendengarnya. "Saya tak faham. Cikgu cakap apa ni?"


Cikgu Hayati meneguk air liur dengan begitu payah sekali. Dia mengumpulkan semangatnya  sebelum memberitahukan perkara sebenar. Nafas di tarik dengan begitu panjang dan dihembuskan dengan begitu perlahan. "Sofea... Sofea... Errr..."


"Kenapa dengan Sofea?" Nani pulak yang berdebar. Ya Allah, harap-harap tak ada apa yang berlaku. Aamiin, doa hati kecilnya.


"Sofea kena culik." Beritahu cikgu Hayati.


"Apa???" Mata Nani melotot memandang cikgu Hayati.


"Sofea di culik, puan."


"Cikgu nampak muka penculik tu?" Soal Nani ingin tahu.


Cikgu Hayati mengeleng. "Lelaki tu dia tutup muka. Hmm..."


"Dia naik kereta apa?" Soal Nani lagi.


"Kereta hitam. Cermin tingkap tinted. Nombor plat tak dapat sebab dia bawak kereta laju sangat." Terang cikgu Hayati lagi.


Nani berdecit, geram. "Okay, terima kasih cikgu dan saya harap cikgu boleh bekerjasama dengan pihak polis nanti. Cikgu adalah saksi kejadian. Saya pergi dulu. Assalamualaikum."


"Waalaikumusalam." Cikgu Hayati kembali melangkah ke arah kelasnya.


Nani terus memecut dengan kereta kancilnya. Otaknya ligat mencerna apa yang diperkatakan oleh cikgu tadi. Hmm... Kereta hitam, cermin tingkap tinted? Bawak laju? Cit! Stereng kereta di hentak dengan kuat apabila dia terkenangkan kereta hitam yang di pandu laju di sebelahnya tadi. "Tak guna betullah." Rengusnya, tak puas hati. "Aku kena call kak Yana ni." Monolognya sendirian. Telefon bimbit di ambil dan nombor bosnya di dail. Talian bersambung tapi tak berjawablah pulak. Dia cuba sekali lagi, tetap sama. Huh! Mana kak Yana ni? Aduhai! Kepalanya mulai kusut memikirkan Sofea yang sudah di bawak lari entah ke mana tu. Nak tak nak, dia terpaksa meminta bantuan kawan-kawannya yang lain. Mereka harus berpecah dalam misi mencari Sofea. Hmm... Nak cari ke mana? Itu dia tidak pasti. Yang penting, dia kena cari jugak sebelum report polis dibuat. Kalau buat report sekarang pun, tak ada gunanya sebab belum 24jam lagi. Haish!


"Akhirnya, kau keluar jugak, kan." Kata Katy sambil tersenyum sinis.


Yana tertawa kecil. "Kau tunggu aku ke?" Soal Yana pulak.


Imran dah tak sedap hati. Hatinya semakin bimbang dengan kemunculan si isteri. Bimbang kalau si isteri di apa-apakan oleh mereka semua.


"Sayang, pergi tunggu abang dalam kereta. Jangan keluar selagi semua ni tak settle." Suruh Imran sambil menarik lengan si isteri.


"No! Yana takkan pergi mana-mana. Yana akan berada di sini sampai semua ni settle." Yana berdegil.


Imran merengus kecil. "Sayang, jangan degil. Pergi masuk kereta cepat." Arahnya, tegas.


Yana tak bergerak langsung. Dia tetap akan berada di situ walau apa pun yang terjadi.


Imran mengeluh lemah. Si isteri dah buat perangai. Kalau dia dah kata A, janganlah kita kata B, kan. Memang taklah dia nak ikutnya. Hmm...


Katy merengus kasar. Sakit matanya melihat drama melayu di hadapannya ni. "Hoiii..." Panggilnya separuh menjerit.


Imran dan Yana terus menoleh ke arah empunya suara.


"Dah habis buat drama?" Sindir Katy.


"Eleh! Jeles ler tu..." ejek Yana sambil menjelir lidah.


Imran tepuk dahi.


Katy bengang. "Hoi! Apa kau tunggu lagi? Belasahlah." Suruhnya sambil menolak badan sado lelaki tersebut.


Imran dan Yana berundur ke belakang apabila dua orang lelaki berbadan sado datang mendekat. "Sayang jangan pergi mana-mana. Stay aja dekat belakang abang ni. Faham?" Imran sudah maju di hadapan manakala Yana berada di belakangnya.


Dua orang lelaki berbadan sado tu sudah berhenti di hadapan mereka. Tidak begitu jauh dengannya. Huh!


"Jangan kau berani sentuh isteri aku." Imran memberikan amaran lisan. Matanya tajam merenung mereka berdua.


"Cakap banyak tak ada gunanya, bro. Siapa menang, dia dapatlah. HAHAHA..."


Imran merengus kasar. Tanpa di suruh, dia segera membuka langkah kekuda dan mempersembahkan bunga silat yang dipelajarinya sewaktu ketika dahulu.


Yana terkedu. Wow! Encik suami aku ke ni? Silat tu... Dahsyatlah! Dia tak sangka pulak yang encik suaminya ni pandai dalam ilmu silat. Sebelum ni tak pernah pun dia tunjukkan bakat terpendamnya tu. Hmm...


"Bob, kasi habis sama dia..." suruh lelaki berbadan sado tu.


Bob sudah mara ke hadapan.


Imran sudah bersiap siaga. Dengan penuh berani, dia mengamitkan tangannya memanggil Bob agar memulakan serangannya tu.


Bob tersenyum sinis lalu dengan penuh bersemangat dia terus menghayunkan penumbuknya tepat di bahagian muka musuhnya tu tapi dengan penuh tangkas, Imran berjaya mengelakkan diri.


Yana tersenyum bangga melihatnya. Sangat mengagumkan. Wow!


Bob merengus kecil sebelum mendekat ke arah Imran.


Kali ini, Imran cuba menghantar serangan. Tumbukkan padu dilepaskan tepat di bahagian perut Bob tapi pergelangan tangannya berjaya di tangkap dan di cengkam sekuat hati lalu di pulaskan ke belakang. Itu membuatkan Imran menyingai menahan sakit.


Yana berdecit.


Katy tersenyum puas. Itu baru sikit, desis hati kecilnya. Manakala seorang lagi lelaki berbadan sado sudah tersenyum bangga melihat kawannya berjaya mengunci pergerakkan lelaki berlagak hebat tu.


Imran meronta minta dilepaskan tetapi pegangan Bob masih kukuh. Almaklumlah, orang berbadan sadolah katakan.


Yana bengang. Dia tak boleh biarkan tu semua berlaku di hadapannya. "Lepaskan laki akulah, bodoh." Jerkah nya kasar.


Bob menoleh. Begitu jugak dengan lelaki berbadan sado tadi.


Katy tersenyum sinis.


Bob terus melepaskan Imran. Tumpuannya kini sudah beralih arah. Dia cuba mendekati Yana tapi di halang oleh Imran. Bob merengus kecil sebelum menghayunkan penumbuknya tepat di bahagian muka Imran.


Yana yang melihat terus berlari dengan pantasnya menuju ke arah encik suami lalu tubuh badan encik suaminya segera di tolak ke tepi dan penumbuk padu Bob juga berjaya di elakkannya.


Bob merengus kasar kerana dia masih tidak berjaya menumpaskan musuhnya yang bertubuh kecil itu. Dia mendekati Yana sekali lagi dan kali ini dia cuba melayangkan tendangan padunya pulak.


Yana tersenyum sinis manakala Imran cuba menarik si isteri tetapi dia terlambat apabila tendangan padu lelaki berbadan sado tu sudah hampir dengan isterinya.


Bob terkejut apabila kakinya berjaya di tangkap oleh perempuan kecil itu. Kini, tubuh badannya kurang seimbang kerana dia berdiri di atas satu kaki sahaja.


Yana tertawa halus sebelum tangkas membuat serangan dengan menarik kaki Bob sehingga menyebabkan Bob maju setapak ke hadapan dan dengan pantas Yana melepaskan pegangan kaki Bob lalu dia terus melompat dan berpaut di leher Bob dan segera menghayunkan lutut kanannya tepat di bahagian perut Bob.


Padu!


Bob menyingai kesakitan sambil memegang perutnya.


Lelaki berbadan sado dan Katy agak terkejut melihat aksinya manakala Imran sudah tercengang dengan mata yang terbeliak.


"Sayang..." panggil Imran.


Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.