Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 19

"Boleh saya berjumpa dengan pengetua?" Yana bertanya kepada salah seorang yang berada di pejabat tu. Mungkin kerani di situ.


"Sorry. Hari ni pengetua tak ada sebab ada meeting dekat luar. Kenapa ya?" Tanya Miss Liu tanpa sebarang sleng chinesenya.


"Tak ada apa-apa. Terima kasih." Yana terus keluar dari pejabat. Dia menoleh ke arah anaknya pulak. "Bilik cikgu disiplin dekat mana?" Tanyanya dengan nada serius.


Suhaila meneguk air liurnya. Dia semakin cuak melihat raut wajah mamanya yang serius itu. "Bilik cikgu disiplin ada dekat..."


"Assalamualaikum." Sapa seseorang.


Yana dan Suhaila serentak menoleh.


"Waalaikumusalam." Jawab mereka berdua, serentak.


"Puan cari saya ke?" Tanyanya, ingin tahu.


Yana pelik. "Pengetua ke?"


"Saya cikgu Erni. Guru disiplin di sini. Puan cari saya ke? Maaflah. Saya ada terdengar puan cakap pasal cikgu disiplin tadi. Itu yang saya datang menyapa ni."


"Macam ni cikgu..." Yana terus bercerita dari awal sampai penghujungnya. Tiada satu cerita pun yang tertinggal manakala Suhaila hanya mampu berdiam diri. Dia akan bersuara sekali sekala sahaja. Itu pun, kalau ada yang bertanya kepadanya.


Tergeleng-geleng kepala cikgu Erni mendengarnya. Raut wajahnya yang manis sebentar tadi sudah pun bertukar keruh.


"Jadi, saya nak berjumpa dengan mereka bertiga. Boleh tak cikgu?" Tanya Yana.


Suhaila sudah ketap bibir. Takut punya pasal...


Cikgu Erni menganggukkan kepalanya. Matanya mulai meliar memandang sekeliling dan terus ternampak dua orang anak muridnya tu. Tak berlengah lagi, dia terus memanggil anak muridnya tu dan mengamitkan tangannya agar anak muridnya tu datang mendekati mereka.


"Ada apa cikgu?" Tanya anak muridnya.


"Kamu pergi kelas 4 Cempaka, kamu panggilkan si Niza, Nemah dan Noni tu. Suruh dia jumpa saya di bilik, sekarang juga." Suruh cikgu Erni dengan nada penuh tegas.


"Baik, cikgu." Anak muridnya menurut perintah. Mereka segera beredar.


Cikgu Erni membawa Yana dan anaknya, Suhaila ke biliknya. Mereka berbincang seketika. Kadang kala Yana menganggukkan kepala tanda mengerti. Suhaila pulak duduk memencilkan diri. Dia tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Habislah...


Tukk Tukkk

Tukk Tukkk


"Masuk." Suruh cikgu Erni, separuh menjerit.


Pintu segera terbuka dari arah luar. Niza, Nemah dan Noni melangkah masuk dengan penuh sopan santunnya dan ketika itu juga, mereka agak terkejut sekali dengan kehadiran Suhaila di situ dan siapa pulak yang berada di samping Suhaila tu? Kakak dia ke? Gulp! Masing-masing telan air liur apabila mereka terpandangkan mata perempuan itu yang sedang galak memandang ke arah mereka.


Mereka bertiga sudah pun berdiri tegak di hadapan meja guru disiplin yang sangat, sangat, sangat garang tu. Salam diberikan dan di sambut dengan penuh tegas oleh cikgu Erni.


"Ada apa cikgu panggil kami, ya?" Tanya Noni, separuh gugup.


Cikgu Erni memandang raut wajah mereka satu persatu. "Saya nak tanya, hari ni kamu bertiga ada buat apa-apa tak?" Soalnya, serius.


Gulp!

Semakin laju mereka meneguk air liur.


Noni pandang Nemah dan Nemah pandang Niza. Tak lama kemudian, dia menundukkan kepalanya kerana tak sanggup nak melihat jegilan mata si Niza tu.


"Buat apa, cikgu?" Tanya Niza, bersahaja.


Cikgu Erni merenung tajam ke arah mereka bertiga. "Kamu buat apa kat toilet tadi?"


Niza ketawa kecil, cuba menutup rasa gugupnya itu.


Semakin tajam renungan cikgu Erni kepada mereka bertiga. "Kenapa kamu gelak, Niza? Saya tak buat lawak pun." Tegas sungguh suaranya kali ni.


"Saya buang air kecillah cikgu. Dah tak tahan kan. Itu jer lah yang saya buatnya." Jawabnya dengan masih ada sisa tawanya itu.


Huh! Cikgu Erni merengus kecil.


Yana yang mendengar sudah mendidih hatinya. Buat-buat tak tahu pulak yea. Memang nak kena budak-budak ni tau...


Nemah dan Noni cuba menahan tawanya agar tidak terhambur keluar.


Cikgu Erni menyoal mereka satu persatu tapi mereka bertiga masih berdegil. Masih tidak mahu mengaku dan ada saja yang hendak dijawabnya.


Yana yang mendengarnya sudah mengetap bibir manakala Suhaila sudah menundukkan kepala sambil meramas jari-jemarinya.


"Memandangkan kamu bertiga masih tak nak mengaku, jadi saya akan serahkan kes ni kepada pihak POLIS. Kamu bertiga jawablah dengan pihak polis nanti, ya." Cikgu Erni cuba bermain kata. Dia ingin menakut-nakutkan mereka bertiga.


Gulp!

Niza, Nemah dan Noni meneguk air liur dengan begitu payah sekali. Terbeliak biji mata mereka apabila melihat guru disiplin itu sudah mengeluarkan telefon bimbit.


"Masih tak nak mengaku lagi?" Soal cikgu Erni sekali lagi. Matanya merenung tajam ke arah mereka bertiga.


"Cikgu telefonlah. Kami memang tak bersalah pun. Kan Suhaila kan?" Dia terus memandang Suhaila sambil tersenyum manis.


Suhaila terkedu. Dia mendonggakan kepalanya apabila namanya disebutkan. Automatik matanya terus terarah kepada Niza. Dia nak cakap sesuatu tapi lidahnya jadi kelu lah pulak. Nampak sangat dia takut dengan Niza kan. Hmm...


Yana tahu bahawa anak daranya ni masih takut dengan mereka. Tak boleh jadi ni...


"Suhaila, cuba kamu bagitahu apa yang mereka dah buat dekat kamu tadi." Suruh cikgu Erni pulak.


Lagi Suhaila rasa tak tentu arah. Semakin dia kuat meramas jari-jemarinya itu.


Niza sudah tersenyum sinis. Begitu juga dengan kawannya.


Yana perasan akan senyuman itu. Membuatkan hatinya semakin terbakar. Nak kena ni...


"Macam nilah cikgu..." Yana sudah bersuara. Semua mata terus tertumpu ke arahnya pulak. "Saya tak nak kes ni sampai ke pihak polis. Sebab mereka ni masih belajar lagi. Saya tak nak rosakkan masa depan mereka. Jadi, izinkan saya bercakap dengan mereka secara personal. Lagi satu, saya nak bawak anak saya balik sekejap lagi. Kondisi anak saya masih tidak stabil. Masih takut-takut dengan mereka ni." Terus dia  jegilkan matanya ke arah mereka bertiga.


Mereka bertiga kaget. Anak? Jadi perempuan ni adalah ibu kepada Suhaila. Matilah...


Cikgu Erni berfikir seketika sebelum membuat kata putus.


"Baiklah. Saya izinkan dan pasal nak bawak Suhaila balik tu, biar saya yang uruskan di office nanti. So, sekarang ni saya mintak diri dululah. Saya ada kelas ni dan saya harap puan tidak mengapa-apakan merekalah, ya." Cikgu Erni sempat bersalaman dengan Yana sebelum beredar pergi.


Setelah pintu di tutup, Yana sudah pun berdiri tegak menghadap mereka bertiga yang seakan sedang menunggu hukuman mati tu. Tak berkutik langsung.


Suhaila terkedu di tempatnya.


"Kenapa senyap? Tadi kemain lagi bersuara." Tanya Yana dengan nada bersahaja.


Mereka masih berdiam diri. Tiada seorang pun yang berani angkat muka.


"Kenapa? Takut ke? Buat kerja mencuri tak takut pulak?" Sindir Yana, berbisa.


Niza merengus kecil.


"Apa makcik ni? Mana ada kami mencuri. Jangan nak main tuduh jer." Niza melenting.


Nemah dan Noni terkejut. Terus terangkat kepalanya melihat Niza dan ibunya Suhaila itu.


Yana tersenyum sinis. "Kamu ambil duit Suhaila tu, tak kira mencuri ke?"


"Makcik ada bukti ke saya ambil duit anak makcik ni?" Lantang sekali suaranya.


Yana tersenyum sinis. "Makcik tak ada bukti..."


Niza tersenyum bangga lalu menoleh ke arah kawan-kawannya.


"Tapi makcik mampu buat kamu mengaku dengan sendirinya." Yana terus menarik pergelangan tangan kanan Niza dan dengan begitu pantasnya, dia terus memulas tangan murid itu ke belakang.


"Auwwww..." Niza kesakitan.


Suhaila terkejut lalu terus menjerit memanggil mamanya tu.


Nemah dan Noni sudah melopong.


"Kakak jangan masuk campur. Duduk situ dediam." Suruhnya, tegas.


Terkebil-kebil mata Suhaila dibuatnya. Akhirnya, dia akur. Dia kembali duduk di tempatnya tadi. Matanya masih tidak berganjak. Masih kekal melihat ke arah mamanya  itu.


"Sakitlah..." Niza meronta mintak dilepaskan tetapi Yana tidak mempedulikannya lalu dia terus mencapai sebelah tangan murid itu dan dipulaskan ke arah belakang seperti tadi. Semakin kuat Niza menjerit gara-gara cengkaman di pergelangan tangannya itu.


"Kamu buat apa kat Suhaila tadi? Kamu buli dia, kan? Kenapa kamu buli dia?" Bertalu-talu soalan yang keluar daripada mulut Yana tu.


Niza merengus kasar. "Saya tak buat apa-apa pun lah." Jawabnya, kasar. Dia masih meronta-ronta.


Yana bengang. Degilnya budak ni...


Tak berlengah lagi terus Yana tolak Niza ke dinding. Tak adalah kuat mana pun. Kemudian, dia himpit Niza dari belakang supaya murid itu tidak boleh larik ke mana-mana lagik.


Niza mengaduh sakit. Tangannya masih di genggam kemas dari arah belakang.


"Makcik..." panggil Noni sambil cuba mendekati tetapi dia cepat berundur  setapak dua ke belakang apabila ibu Suhaila menghayunkan tendangan padu ke arahnya. Fuh! Nasib baik dia sempat berundur. Kalau tidak, konpem dah kena...


"Jangan berani masuk campur." Yana memberi amaran pertama kepada murid tersebut.


Suhaila sudah melopong melihatnya. Betul ke ni mama aku??? Itu yang terlintas di fikirannya...


"Kamu ngaku cepat." Suruh Yana sambil memulas pergelangan tangan murid itu. Saja nak bagi pengajaran.


Niza sudah menjerit nyaring tapi mulutnya cepat-cepat di tutup oleh Yana.


"Kamu buli Suhaila kan?" Tanya Yana sambil melepaskan tangannya daripada terus menutup mulut murid tu.


Kali ini, tiada jawapan yang keluar daripada mulut Niza. Hanya esakkan yang kedengaran.


Nemah dan Noni tak tahu nak buat apa. Mereka takut dengan ibunya Suhaila. Nampak sopan santun tetapi di sebaliknya... Wow!!!


Suhaila kesian melihatnya.


"Kamu ingat kamu nangis, makcik nak kesiankan ke? Baik kamu ngaku cepat." Sergahnya, kasar.


Nemah dan Noni terkejut.


"Iya. Kami buli Suhaila. Kami ambil duit dia. Kami tolak dia sampai jatuh. Kami... Kami..." Akhirnya Niza mengaku juga.


Yana tersenyum sinis lalu terus melepaskan pegangan di tangan murid itu. "Kami... Kami... Kami apa?" Sergahnya lagi.


"Kami minta maaf, makcik. Kami takkan buat lagi." Niza memohon maaf sambil teresak-esak. Airmatanya yang deras mengalir di sapu dengan hujung lengan baju kurungnya tu.


Yana memandang mereka satu persatu. Tiada seorang pun yang terlepas daripada pandangan matanya ni.


"Kami minta maaf, makcik. Kami takkan buat lagi." Nemah memohon maaf begitu juga dengan Noni.


Yana hanya mengelengkan kepala. Inilah tabiat manusia. Dah buat salah, lepas tu mudahnya dia minta maaf. Lepas tu, buat balik kan. Huh! Tapi dengan aku jangan haraplah... Tiada maaf bagimu. TITIK. NOKTAH. MUKTAMAD. Budak-budak ni memang nak kena ajar tau. Kalau tak di ajar, makin menjadi-jadilah nanti.


Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.