Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 21

"Hey! Mana lu olang punya boss maa? Aiyaa... Sudah manyak lama waa tunggu lor."


"Lu tunggu aja lah apek oii... Jangan manyak bising." Omel Lisa dengan slang cinanya.


Achong merengus kecil. "Wa bukan apek tapi taiko ooo..."


"Kalau lu taiko, apa pasal mata lu lebam? Apa pasal tangan lu berbolot macam mummia meh?" Sindir Lisa, pedas.


Achong bengang. "Lu ni manyak langsilah amoi..." Huh!


"Hah! Itu pun dia. Boss kami sudah mari..." kata Ema sambil memandang ke arah Yana yang sedang memarkingkan kereta tu.


Achong menoleh ke arah yang dimaksudkan.


Enjin kereta segera dimatikan. Tali pinggang keledar dibuka. "Jom." Ajak Yana, bersahaja.


Suhaila kaget. Melopong mulutnya melihat kawasan tersebut. Errr... Biar betul mama aku ni? Bangunan terbiar mana pulak ni? Macam seram jer... Rasa-rasalah kan, ada hantu tak? Hmm... Takkan mama nak ajar kat sini kut? Biar betul? Suhaila merasa was-was. Takut pun ada jugak ni.


"Cepatlah kakak..." suruh Yana yang sudah pun keluar.


Nak tak nak, Suhaila terpaksa mengekori mamanya tu. Matanya melingas ke setiap pelosok yang ada. Sunyi sepi. Takutnya...


"Akhirnya, lu mari jugak." Sapa Achong.


Yana kaget. Hah! Sudah...


Suhaila pelik.


"Kak, budak baru ke tu?" Tanya Lisa ingin tahu.


Yana segera mendekati Lisa.


Budak baru??? Makin pelik Suhaila mendengarnya. Dia tak sangka ada orang di kawasan terbiar macam ni. Kawan mamanya ke tu? Hmm...


"Ni anak akak. Suhaila namanya. Akak nak mintak tolong ni..."


"Tolong apa kak?" Tanya Lisa dengan dahi berkerut.


"Tolong ajar anak akak seni pertahankan diri. Yang basic sahaja. Boleh?" Pinta Yana.


"Boleh jer..." jawab Lisa, bersahaja.


Yana tersenyum senang. Dia kembali mendekati anaknya dan meminta anaknya mengekori Lisa, Ema dan Thia manakala dirinya harus berdepan dengan Achong.


"Lu dengan budak lu kasi ikut sama waa sekarang..." arah Yana sambil bergerak jauh daripada situ. Dia tak mahu anaknya nampak akan pergelutannya nanti.


Setelah mereka sudah jauh daripada anaknya, Yana terus berpeluk tubuh menghadap Achong. "Lu mau apa? Mau gaduh ka?"


Achong mengeluh kecil. "Waa datang bukan mau gaduh. Waa datang sebab mahu kawtim sama lu maa..."


Yana terkejut. Macam ada udang di sebalik kuew teow jer ni...


Tanpa di pinta, Achong terus bercerita...


"Achong haa, ini kawasan sudah jadi milik waa lor. Lu sama budak lu, boleh berambus lah..." kata lelaki berbadan tegap tu.


"Mana boleh ini macam, Tiger. Lu sudah ada banyak kawasan, takkan kawasan waa pun lu mahu kebas." Achong sudah tidak tentu arah apabila Tiger merenung tajam ke arahnya.


"Waa mahu kawasan tu jugak. Kalau tak, lu nahas lorr..." ugut Tiger, sinis.


Achong telan airliur. Payau.


"Tapi, waa..."


"Lu ni manyak langsi meh..." Tiger mendekati Achong dengan mata yang mencerlung tajam.


Achong berundur setapak, dua tapak dan tiba-tiba dia terlanggar sesuatu di belakangnya ni. Pantas dia menoleh. Ceh! Dia sudah pun terkepung dengan budak-budak si Tiger.


Tiba-tiba...


"Seranggggg..." Achong menjerit nyaring.


Tiger terkejut apabila budak-budak Achong sudah mari. Masing-masing duk pegang senjata seperti kayu baseball, kayu hoki dan pisau.


Achong tersenyum sinis apabila budak-budak Tiger sudah berundur. Dia bergegas berjalan menuju ke arah budak-budaknya dan dia berdiri di hadapan budak-budaknya itu.


"Apa pasal lu olang berundur? Lu olang takut ka?" Achong mulai berlagak hebat.


Tiger tersenyum sinis. Tak berlengah lagi, dia dan budak-budaknya segera mengeluarkan senjata api, pistol daripada poket seluar jeans masing-masing. Diacukan pistol tersebut ke arah Achong dan budak-budaknya tu.


Achong dan budak-budaknya terus tergamam.


"Lebih baik lu olang kasi letak itu senjata sebelum waa kasi lu olang mampus." Suruh Tiger, tegas.


Achong dan budak-budaknya sudah tak tahu nak buat apa. Kalau mereka mara ke hadapan sikit, mahu nyawa mereka melayang nanti. Tiger dan budak-budaknya mana boleh dibuat main. Huh!


Tiger bengang apabila Achong dan budak-budaknya tidak meletakkan senjata lalu tanpa berfikir panjang, dia terus melepaskan tembakkan.


Perghhh !!!

Lagi sikit mau kena ooo...


Serta-merta terus jatuh senjata yang dipegang.


Tiger tersenyum sinis. Begitu juga dengan budak-budaknya tu. Mereka mendekati Achong lalu dengan penuh berlagaknya, mereka terus membelasah Achong dan budak-budaknya tanpa belas kasihan.


"Kawasan lu sudah kena rembatlah ni?" Tanya Yana sambil tersenyum sinis.


Achong menunduk, malu.


"Kalau lu datang sini semata-mata nak waa rembat balik kawasan lu tu, waa rasa lebih baik lu balik saja lah. Waa tak nak masuk campur urusan lu sama itu Tiger lorr..." kata Yana tanpa berfikir panjang. Dia malas nak terlibat dalam hal ni.


Achong mendonggak memandang Yana. "Waa tak rak peduli sama kawasan waa tu tapi waa mahu bergabung sama lu aja. Waa mau jadi rakan kongsi lu. Waa mau kita jadi..."


"Stop!" Suruh Yana sambil mengangkat tangannya, mematikan bicara Achong tu. "Lu mau jadi rakan kongsi waa? Oh my god..." Dia sudah menggaru kepalanya yang tak gatal.


"Bolehlah. Waa betul-betul mau jadi rakan kongsi lu, Yana. Kita bergabung dan kasi hapuskan itu Tiger sama budak-budaknya itu." Achong bersungguh-sungguh ingin bergabung.


Yana buntu.


"Bolehlah?" Achong menagih jawapan.


Yana mengeluh kecil.


"Lu jangan bimbang lorrr... Waa takkan bikin lu susah. Waa akan ikut segala arahan lu. Waa mau kita hapuskan Tiger dan budak-budaknya. Itu aja." Achong cuba menyakinkan Yana.


"Betul lu mau bergabung sama waa? Betul lu mau ikut arahan waa? Kalau lu manyak langsi, waa kasi habis sama lu..." Yana memandang Achong dengan mata yang semakin dikecilkan. 


Achong mengangguk.


Akhirnya, mereka bergabung juga. Kata sepakat telah dibuat. Achong tetap jaga kawasannya yang lain manakala Yana dengan kawasannya. Mereka saling berkerjasama. Kalau kumpulan Achong diserang, Yana akan back up. Begitu juga dengan Achong. Kalau Yana perlukan bantuan, dia akan datang membantu. Misi mereka hanya satu iaitu hapuskan team TIGER. Kawasan yang di rampas akan di ambil kembali. Itu yang Yana katakan...


Selepas kata sepakat dibuat, Achong dan budak-budaknya terus beredar pergi. Dia masih ada kawasan yang perlu di jaga dan dengan adanya Yana, dia tidak perlu lagi takut dengan Tiger. Baginya, Yana dan Tiger sama-sama hebat. Tiada tandingannya...


Hilangnya bayangan Achong dan budak-budaknya, Yana segera mencari kelibat anak daranya yang ditinggalkan bersama budak-budaknya tu. Dari jauh dia sudah nampak yang anaknya sedang diasah bakatnya.


"Sekarang, akak nak Ila tumbuk dengan penuh semangat. Cepat. Keluarkan segala tenaga yang Ila ada." Suruh Lisa sambil memegang punching bag yang tergantung tu.


Suhaila menurut lalu dia terus menumbuk punching bag tu dengan penuh bersemangat. Berkali-kali dia memberikan tumbukkan padunya itu. Apa yang membuatkan dia bersemangat sampai macam tu sekali? Mesti budak-budak Yana punya kerja ni...


Ketika Yana dan Achong sedang berbicara, Lisa segera memulakan sesi soal selidiknya tu.


"Siapa nama adik tadi? Akak lupalah pulak." Tanya Lisa sebagai permulaan.


"Suhaila." Jawab Suhaila, bersahaja.


Lisa mengangguk. Begitu juga dengan Ema dan Thia.


"Akak panggil Ila jer yea." Kata Lisa lagi.


Suhaila mengangguk tanda mengizinkan.


"Kenapa Ila nak belajar seni pertahankan diri ni?" Lisa derek ke persoalannya.


Suhaila mengeluh lemah sebelum menceritakan kejadian sebenar yang menimpa dirinya ni.


Lisa, Ema dan Thia mengeleng kepala mendengarnya. Kecik-kecik dah pandai membuli.  Ish!


"Sebab tu Ila suruh mama ajarkan Ila tapi mama ada hal pulak dengan apek tu." Sayu suaranya.


Tak semena-mena Lisa, Ema dan Thia menghamburkan tawanya. Kelakarlah pulak bila dengar Suhaila panggil Achong, apek kan.


Suhaila pelik melihatnya. "Kenapa akak gelak?" Tanyanya dengan dahi berkerut.


"Tak ada apalah. Meh sini akak ajar Ila. Akak ajar yang simple dulu tau." Kata Lisa sambil tersenyum manis.


Suhaila mengangguk, tanda mengerti.


"Ila pakai boxing glove ni." Lisa menghulurkan boxing glove kepada anak ketuanya tu.


"WOW!!!" Suhaila mengambilnya lalu disarungkan ke tangannya.


Lisa turut membantu anak ketuanya itu memakai boxing glove.


Sesudah pakai boxing glove, raut wajah Suhaila kelihatan agak teruja sekali. Mungkin ini pertama kali dia belajar seni pertahankan diri.


"Sekarang, akak nak tengok Ila tumbuk punching bag ni. Cepat." Arah Lisa, bersahaja.


Suhaila memandang Lisa yang sudah berpeluk tubuh dihadapannya ni.


Lisa, Ema dan Thia menganggukkan kepala, serentak.


Tak berlengah lagi, Suhaila melepaskan tumbukannya kearah punching bag tu.


Punching bag tu tak bergerak langsung. Masih setia ditempatnya. Hmm...


"Lagi." Suruh Lisa.


Suhaila menurut tapi masih sama. Tumbukkannya masih nampak lemah sekali.


Lisa mengeluh kecil manakala Ema dan Thia sudah mengeleng kepala.


"Sekali lagi." Suruh Lisa, tegas.


Suhaila mengeluh kecil. Penat juga walaupun hanya sekadar menumbuk punching bag sahaja. Nak tak nak dia kena turuti jugak. Lagipun, dia yang nak belajarkan. Chaiyok-chaiyok, Suhaila.. 


Tumbukkan dilepaskan untuk sekian kalinya.


Lisa sudah menunduk. Tak sanggup nak tengoknya.


"Sayang oiii... Kalau macam nilah gaya awok tumbuk punching bag, akak rasa lebih baik awok tumbuk sambal belacan kat rumah jer tau. Ish!" Sindir Thia, pedas.


Suhaila sudah tertunduk merenung lantai. Malu agaknya...


"Meh sini akak ajar kan." Ema menawarkan diri. Dia sudah mara ke hadapan manakala Lisa sudah pun berundur ke belakang untuk memberi ruang kepadanya.


"Tunjuk skill tu sikit, ma." Suruh Thia.


Ema sudah siap sedia. Dia kini sudah bertentangan dengan Suhaila. Punching bag yang berada di tengah menjadi penghalang di antara mereka berdua.


"Pertama, Ila kena fokus. Kena tenangkan diri Ila tu dulu. Kedua, Ila fokus kat punching bag ni. Ila anggap punching bag ni macam orang. Bahagian atas sekali adalah kepala, bahagian tengah pulak adalah perut dan bahagian bawah ni adalah kaki. Terakhir sekali, barulah Ila buka step kaki. Lepas tu, angkat kedua belah tangan macam ni. Kiranya dah standby untuk bertumbuk. Nampak tak?" Ema dah start buat demo.


Suhaila mengangguk, tanda mengerti. Matanya fokus pada pergerakkan Ema.


"Sekarang ni, target akak kat bahagian kepala punching bag ni. Ila tengok akak buat macam mana." Ema memulakan sesi pembelajarannya tu. Dengan penuh bersemangat, Ema terus menumbuk punching bag tu sehingga punching bag tu beralun bagaikan boyan.


Suhaila kaget apabila punching bag tu hampir terkena muka dan badannya ni. Dia tak bersedia apa-apa pun...


Lisa yang melihat terus bertindak dengan pantas. Cepat-cepat dia mendekati Suhaila lalu di tarik ke sisinya. Fuh! Nasib baik tak kena tau...


"Fokus, Ila. Jangan leka. Kalau Ila leka, habislah..." tegur Lisa sambil memaut bahu anak ketuanya tu.


Suhaila mengangguk bagaikan burung belatuk. Dia kembali fokus kearah Ema yang sedang memberikan tunjuk ajar tu.


"Kalau Ila nak tumbuk di kepala, Ila hanya perlu fokus di kepala sahaja. Kalau di perut, Ila fokus di perut jer tau. Macam ni haa..." Ema terus menunjukkan demo yang seterusnya.


Suhaila memberi tumpuan sepenuhnya kearah Ema yang sedang menumbuk punching bag tu.


"Kalau bahagian kaki, Ila kena pakai kaki. Macam ni... Tapi, itu nanti akak ajar Ila yea. Sekarang ni, Ila praktis tumbuk dengan cara yang betul. Itu aje buat masa ni tau." Kata Ema lagi dan dipersetujui oleh Lisa dan Thia.


Suhaila mengangguk. Tiba-tiba dia jadi bersemangat pulak nak berlatih.


"Sekarang ni, akak nak tengok Ila pulak. Akak nak Ila bayangkan punching bag ni macam muka orang yang buli Ila tu. Ila lepaskan segala-galanya yang Ila rasakan. Jangan pendam-pendamkan lagi yea. Cepat. You can do it, honey. " Lisa memberikan semangat kepada anak ketuanya tu.


Semakin bersemangat Suhaila mendengarnya. Kini, tiba gilirannya pulak. Dia segera bergerak ke hadapan dan menggantikan tempat Ema tadi. 


"Go Ila go..." sorak Lisa, Ema dan Thia.


Suhaila sudah menghadap punching bag tu. Nafas di tarik agak panjang dan dilepaskan dengan begitu perlahan. 'Kau pasti boleh, Ila...' monolognya sekadar di dalam hati sahaja.


Lisa, Ema dan Thia hanya menanti dengan penuh debaran di hati.


Satu...

Dua...

Tiga...


DUSHHHH!

Suhaila melayangkan tumbukkan padunya.


Bergoyang punching bag tersebut.


Bukan sekali tapi berkali-kali dia lepaskan tumbukkannya tu.


"WOWWW!!!" Jerit Thia.


Lisa dan Ema bangga melihatnya. Tepukkan gemuruh diberikan buat anak ketuanya itu.


"Good job, darling." Puji Lisa apabila Suhaila sudah pun berhenti. Ema dan Thia tidak melepaskan peluang. Dia turut memuji anak ketuanya yang disangkakan lembik itu.


"Terima kasih akak..." ucap Suhaila, bangga dengan dirinya.


"Sama-sama." Jawab Lisa, Ema dan Thia serentak.


Yana yang melihat sudah tersenyum, bangga. Jam di tangan, di lirik seketika. Dia segera mendekati mereka. "Kakak..." panggilnya.


Suhaila menoleh. Begitu juga dengan Lisa, Ema dan Thia.


"Jom balik. Mama nak kena ambil adik pulak ni." Kata Yana, bersahaja.


"Alaaa..."


"Jomlah." Ajak Yana lagi.


"Tapi akak baru nak belajar ni, maa." Jawab Suhaila pulak.


"Ila baliklah dulu. Praktis kat rumah apa yang akak ajarkan tadi tu. Esok, akak nak tengok. Kalau dah OK, esok juga akak ajar yang lain pulak..." ujar Lisa sambil tersenyum manis.


"Janji?" Suhaila menagih janji.


"Iya. Akak-akak janji." Jawab Lisa mengikat janji.


"OK. Jom balik, maa." Ajaknya, sambil mendekati Lisa, Ema dan Thia. Sebelum pulang, dia bersalaman dengan mereka bertiga. Tok gurunya itu...


"Akak balik dulu. Apa-apa hal kau orang roger akak yea." Ujar Yana sebelum berlalu pergi.


"Hati-hati kak." Jerit Lisa, lantang.


Yana hanya sekadar mengangkat tamgan sahaja.


Di dalam kereta, Suhaila sakan bercerita itu dan ini. Teruja sungguh dia nak belajar seni pertahankan diri tu. Yana tersenyum puas. Yana akan latihkan anak daranya ni, supaya anak daranya ni boleh lindungi keluarganya bila dah dewasa nanti. Bukan Suhaila sahaja. Dia akan latihkan adik-adik Suhaila jugak. Itu tekadnya. Yana akan latih anak-anaknya tu sendiri.


"Kakak..." panggil Yana, lembut.


Suhaila menoleh. "Iya, maa..."


"Kakak kena janji dengan mama tau. Jangan bagitahu abang, adik dengan papa yea. Ini rahsia kita aja." Ujar Yana dengan nada suara yang tegas.


"Tapi kenapa, maa?" Tanya Suhaila, ingin tahu.


"Papa tak suka. Jadi, kakak kena janji dengan mama yea. Janji?"


"Akak janji, maa. Akak takkan bocorkan rahsia kita ni. Yang penting, maa kena bawak akak kat situ lagi yea. Akak nak belajar lagilah, maa. Best. Akak suka belajar dengan kawan mama tu tau." Teruja sungguh Suhaila bercerita.


"Iyalah. Esok kita datang lagik. Tapi kalau ada tuisyen blah petang, tak dapatlah yea. Kita pergi hari lain pulak. Nanti mama bawakkan baju spare untuk kakak. Senang sikit. Tak adalah akak berlatih dengan baju sekolah kan." Kata Yana lagi.


Suhaila mengangguk sambil tersenyum senang.


Yana memandu ke destinasi seterusnya. Dia ingin mengambil anak bongsunya pulak. Selepas itu, dia akan fikirkan apa yang perlu dia lakukan untuk menentang Tiger and the geng. Huh!


Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.