Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 31

"Bawak dia masuk ke dalam..." suruh Tiger sambil tersenyum sinis.


Taha dan Jeff menurut perintah.


Sofea yang masih tidak sedarkan diri itu dicempung dan diletakkan di atas kerusi plastik yang berada di situ.


"Ikat tangan dengan kaki dia tu." Arah Tiger lagi. Tali yang dipegangnya dicampakkan ke arah budak-budaknya tu.


Taha dan Jeff menurut tanpa banyak songeh. Tangan Sofea diikatkan di belakang kerusi dan kakinya pun turut diikat.


Tiger tersenyum sinis melihat budak kecil yang terlentok di kerusi tu. "HAHAHA..." tawanya dengan penuh sinis.


Dahi Imran berkerut seribu. Matanya silih berganti memandang si isteri dan bangunan usang yang berada di hadapannya ni. 


Tanpa membuang masa, Yana terus mengatur melangkah tapi pergelangan tangannya di tarik oleh encik suami. Dia menoleh dan mata mereka bertentangan buat seketika.


"Sayang, kita buat apa dekat sini?" Tanya Imran, gusar. Tiba-tiba hatinya jadi tak sedap bila melihat suasana di sekeliling mereka ni.


"Jom!" Yana terus menarik tangan encik suami. Imran menurut tanpa sepatah kata.


"Kak Yana dah sampaiii..." jerit Thia yang baru nak sambung latihannya.


Mona, Lisa, Ema, Nani, Rita, Ai Lin, Lashmi, Lynn dan Sherry terus bangun daripada duduknya. Kepala di tundukkan, tanda hormat. Masing-masing diam membisu. Serta-merta lidah jadi kelu untuk berbicara. Mata mereka silih berganti memandang Yana dan lelaki disisinya tu dan mereka jugak hairan melihat keadaan kedua-duanya. Pelik ni...


"Kenapa ni kak?" Tanya Lisa was-was. Sebenarnya mereka agak terkejut melihat kesan lebam di pipi bos mereka tu. Pakaian bosnya pun agak berlainan. Kenapa kotor? Macam baru lepas bergelut jer? Rambut tu pun macam tak terurus. Hmm... Lelaki yang berada di sisi bos mereka tu pun sama jer. Ada sesuatu yang dah terjadi ke ni?


"Nani..." panggil Yana tanpa menghiraukan soalan Lisa tu. Lagipun, dia tak ada masa nak terangkan tu semua.


Nani terus maju ke hadapan.


"Mana kamu tahu Sofea kena culik?" Tanya Yana, tegas. Dia ingin dengar semuanya sekali lagi.


Nani mengulangi ceritanya. Tak ada satu cerita pun yang tertinggal.


Yana merengus. "Tak guna betullah kau ni..." Tempiknya sambil menolak kedua belah bahu Nani dengan kasar.


Mona, Lisa, Ema, Thia, Rita, Ai Lin, Lashmi, Lynn dan Sherry terkejut melihat perubahan bosnya tu.


Nani menunduk merenung lantai.


"Kalau kau tak lambat, anak aku takkan kena culiklah, bodoh." Jerkah Yana. Dia cuba melayangkan tumbukkan padunya tu tetapi encik suami pantas menahannya dari belakang. Tubuhnya dirangkul dengan penuh erat.


"Maafkan saya, kak." Nani memohon maaf sambil menunduk. Dia tak sanggup nak tengok kemarahan bosnya tu. Ini semua salahnya. Kalau dia tak lambat, benda ni mesti takkan terjadi. Sofea pasti selamat. Airmata yang cuba di tahan akhirnya tumpah jugak.


Mona yang melihat segera mendekat dan bahu kawannya diusap dengan perlahan. Niatnya sekadar ingin menenangkan perasaan kawannya tu.


Yana yang melihat terus jatuh terduduk. Dia meraup wajahnya yang kelihatan berserabut tu dan tak semena-mena dia menangis di situ juga. Imran semakin mengeratkan pelukkannya tu. "Sabar sayang..." ucapnya, perlahan.


Lisa, Ema, Thia, Rita, Ai Lin, Lashmi, Lynn dan Sherry terkejut. Begitu juga dengan Mona dan Nani. Mereka tak sangka yang bos mereka akan menangis di hadapan mereka ketika ni. Itu membuatkan Nani semakin merasa bersalah.


"Adik kena culik, bang. Ya Allah..." Semakin laju airmatanya mengalir.


Imran hanya mampu memeluk tubuh kecil isterinya tu. Hatinya turut merasa bimbang akan keselamatan anak bongsunya.


"Thia..."

"Ema..."

"Rita..."

"Sherry..."


Keempat-empat mereka menoleh serentak ke arah Lisa. Begitu juga dengan kawan-kawannya yang lain.


"Jom ikut aku." Ajak Lisa sambil mengatur langkah.


Tanpa banyak bunyi, Ema, Thia, Rita dan Sherry segera membuntuti langkah Lisa dari belakang.


STOPPPP!!!


Jerit Yana. Airmata yang masih mengalir terus di seka dan dia segera berdiri dengan di bantu oleh encik suami. Dia menoleh ke arah budak-budaknya tu. "Kau orang nak pergi mana?" Tanyanya.


Lisa, Ema, Thia, Rita dan Sherry hanya berdiam diri.


"Aku tanya kau orang nak pergi mana ni?" Tengkingnya dengan mata yang melotot.


Ema, Thia, Rita dan Sherry sudah menoleh ke arah Lisa.


"Nak pergi cari budak Tiger. Ni mesti angkara Tiger tak berguna tu. Huh!" Jawab Lisa penuh berani. Dadanya semakin berombak menahan amarah.


Yana merengus kecil. "Kau orang ni dah cukup kuat ke? Dah cukup hebat? Tak takut mati?" Tanyanya bertalu-talu dengan matanya mencerlung tajam memandang budak-budaknya  tu.


Lisa, Ema, Thia, Rita dan Sherry hanya menunduk. Tak mampu nak bertentang mata dengan bos mereka tu.


"Selagi akak tak suruh, kau orang jangan nak memandai. Budak-budak Tiger tu bukan boleh di buat main. Kau orang nak ke kena kenduri berjemaah? Nak?" Tanya Yana sambil memandang budak-budaknya satu-persatu.


Lisa, Ema, Thia, Rita dan Sherry mengelengkan kepala secara serentak.


"Tahu takut. Jadi, jangan nak macam-macam. Sini!" Panggilnya, tegas.


Lisa, Ema, Thia, Rita dan Sherry akur dengan arahan big bos. Mereka kembali bersama kawan-kawan mereka tadi.


Imran kebingungan. Siapa mereka ni? Kenapa mereka semua nampak takut dengan isterinya?


Airmata yang masih tersisa segera dihapuskan. Nafas di tarik panjang dan dihembuskan perlahan sebelum datang mendekati Nani yang masih menunduk tu.


Mona yang melihat segera berundur ke belakang.


Bahu Nani dipeluknya. "Sorry. Akak tak patut marahkan kamu. Apa yang dah terjadi bukannya salah kamu. Akak minta maaf."


"Sorry, kak..." Nani masih merasa bersalah. Airmatanya laju mengalir membasahi pipi.


Yana mengeluh lemah. Ya Allah... "Kamu tak salah. Janganlah nangis lagi." Pujuknya sambil menyeka airmata Nani yang masih mengalir tu.


"Tapi kak..."


"Kalau kamu tak nak tengok akak menangis, lebih baik kamu berhenti menangis sekarang jugak. Akak kalau menangis, buruk tahu tak? Ish!" Omel Yana sambil mengusap bahu Nani.


Terhambur tawa Lisa mendengarnya. Apabila dia sedar akan ketelanjurannya tu, terus dia tutup mulut.


Yana memicingkan matanya ke arah Lisa yang sudah menyorok di belakang Ema tu. "Tahu takut..."


"Tak takut cuma cuak jer..." jawab Lisa.


Erk? Bertuah punya budak. Sempat lagi dia menjawab kan. Nak kena ni...


"Sekarang ni, macam mana kak?" Tanya Lynn, ingin tahu. Begitu juga dengan yang lain.


Semua mata tertumpu ke arah Yana.


Yana mengeluh lemah. "Nak buat report polis, belum 24jam lagi. Hmm... Akak buntu. Akak tak dapat nak fikir buat masa ni."


"Macam ni kak..." Lisa memulakan saranan. Setiap saranannya dipersetujui oleh kawan-kawannya tu dan Yana terpaksa mempertimbangkan satu-persatu. Yang pastinya, target utama mereka semua adalah Tiger and the geng. Hmm...


Imran hanya sekadar memasang telinga. Lidahnya masih kelu untuk berbicara.


Yana mengurut dahi gara-gara kepalanya yang mulai sakit tu. Fikir punya fikir, akhirnya dia membuat keputusan untuk meminta pertolongan daripada Rozy dan Achong. Dia terus meraba poket seluarnya tapi telefon bimbitnya tiada di situ. Haish! Tertinggal dalam keretalah ni... "Thia, tolong ambilkan telefon akak dekat dalam kereta. Dekat seat depan tau." Pintanya.


"Kunci kereta kak." Mintanya sambil menadah tangan.


Yana terus menoleh ke arah encik suami. "Abang kunci kereta ke?"


Imran terkejut. Dia memandang si isteri manakala mereka yang berada di situ turut memandang ke arahnya. Itu membuatkannya merasa gugup.


Yana mengelengkan kepala sambil tersenyum. Dia mendekati encik suaminya lalu dengan selamba dia mengusap pipi encik suaminya tu, membuatkan Imran gelabah semacam. Manakala budak-budaknya sudah tersenyum simpul dan ada jugak di antara mereka yang buat-buat pandang ke tempat lain.


"Abang kunci kereta ke?" Tanya Yana sekali lagi.


Hah? Imran kaget.


"Abang kunci kereta ke?" Ulang Yana sekali lagi.


Pantas Imran mengelengkan kepala. Tiada sepatah kata yang keluar daripada mulutnya tu.


Yana tertawa kecil sebelum menoleh ke arah Thia. "Kereta tak berkunci. Telefon akak ada kat seat depan. Thank you."


Thia mengangguk sebelum berlari anak menuju ke arah kereta Imran yang terparking di hadapan sana.


"Kau orang tak payahlah nak mengata akak eh..." kata Yana sambil memandang budak-budaknya tu.


"Mana ada kak." Sanggah Lisa, sepantas kilat. Ops!


"Macam akak tak tahu kau orang tu. Huh! Apa-apa pun, akak nak kenalkan ni encik suami kesayangan akak." Kata Yana sambil memeluk lengan encik suaminya tu.


Budak-budaknya hanya mengangguk, tanda mengerti.


"Siapa mereka ni sayang?" Akhirnya terkeluar jugak soalan yang dah lama berlegar di akal fikirannya ni.


Yana menoleh ke sisi. Mereka bertentangan mata buat seketika. 


Yana tekad untuk memberitahukan segala-galanya kepada Encik Suaminya tu. Rasanya dia dah tak perlu nak sembunyikan kebenaran kerana semuanya sudah terbongkar. "Budak-budak Yana, bang. Merekalah yang Yana jumpa selama ni." Beritahunya tanpa sebarang rasa takut.


Berkerut dahi Imran mendengarnya. Budak-budak? "Siapa sayang sebenarnya???" Tanyanya, ingin tahu.


"Kak Yana bos kami dan kak Yana juga adalah KAKAK KAWASAN yang digeruni." Laju Lisa bersuara.


Mona, Ema, Thia, Nani, Rita, Ai Lin, Lashmi, Lynn dan Sherry sudah menoleh ke arah Lisa.


OPS!

Lisa menutup mulutnya sekali lagi. Haish! Mulut aku ni kan. Tak reti nak diam langsung. Grrr...


"Kakak kawasan???" Tanya Imran sambil mengangkat keningnya.


Yana menganggukkan kepala, tanda mengiyakannya. Tiada apa yang perlu disembunyikannya lagi.


"Isteriku, kakak kawasan?" tanya Imran lagi. Raut wajahnya seakan terkejut.


Yana mengangguk sekali lagi.


"WOWWW!!!" Jerit Imran dengan raut wajah terujanya.


Yana tertawa kecil. Begitu juga dengan budak-budaknya.


Thia kembali dengan membawa telefon bimbit bosnya tu. "Nah, kak..." katanya sambil menghulurkan telefon  tu.


"Thanks." Ucap Yana sambil menyambut huluran tersebut. Jari jemarinya ligat mendail nombor telefon Rozy dan Achong. Buat masa ni, dia sangat memerlukan pertolongan daripada mereka. Harap mereka sudi membantunya. Hmm...


Air mineral yang dibeli segera direnjiskan ke muka budak yang masih tidak sedarkan diri tu. Dua tiga kali dia mengulangi perbuatan tersebut sehinggalah budak itu sedar daripada pengsan.


Celik sahaja mata, Sofea terus terkejut melihat orang yang tidak dikenalinya tu. Dia cuba bergerak tetapi tidak bisa kerana tangan dan kakinya sudah terikat. Raut wajahnya sudah mencemik. Tunggu masa nak meraung aja ni...


"Tak payah nak menangislah budak kecik." Zen tersenyum sinis.


HUWAAA...

Sofea meraung semahunya. Dia meronta-ronta minta dilepaskan.


Zen dan Malik sudah merengus kasar. Bingit telinganya mendengarkan tangisan budak kecil tu. "Hoi! Diamlah." Tengking Zen.


Tersentak Sofea dibuatnya. Raungannya terus terhenti mendadak gara-gara takut dengan orang yang berada di hadapannya ni. Hanya kedengaran sendunya sahaja. Raut wajah jangan cakaplah. Mencemik terus...


"Aku dengar kau menangis lagi, siaplah. Memang aku tampar kau kejap lagi. Huh!" Ugut Zen sambil meneguk air mineral.


Sofea menelan air liur. Tekaknya dahaga. Dia nak minum jugak...


Zen yang melihat sudah tersenyum sinis. "Kau nak air ke?"


Cepat-cepat Sofea mengangguk.


Zen mendekat lalu botol air mineral tu disuakan di hadapan mulut comel Sofea.


Baru Sofea nak buka mulut, hujung botol mineral tu sengaja dilarikan daripada mulutnya.


Zen meneguk air mineral tu dengan rakusnya.


"Nak air..." renggek Sofea.


Huh! Rengus Zen. Nak tak nak dia terpaksa juga bagi budak kecil tu minum air. Kalau tak, mahu bising si Tiger nanti.


Talian segera dimatikan. Yana memandang budak-budaknya satu-persatu. "Rozy akan tolong kita tapi si Achong tak dapat dihubungi. Mana pulak dia perginya? Haish!"


Sebelum Yana pulang, dia sempat berbincang dengan budak-budaknya tu. Saranan Lisa tak dapat dilaksanakan kerana terlalu bahaya buat mereka. Ada ke patut dia nak mengayat budak-budak Tiger tu? Agak-agak lerr... Nanti tak pasal-pasal dia yang kena kenduri berjemaah. Ish! Budak ni... Entah apa-apa ideanya  tu tau. Eeeiii...


Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.