Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 39

Semua tin air setan yang berada di hadapan matanya ni diteguk tapi semuanya sudah kosong. "Tak guna betullah..." marahnya sambil menghempaskan satu-persatu tin air setan yang berada di situ.


Yana mendekat lalu tangan kanannya pantas merangkul leher Taha dari belakang sehingga menyukarkan Taha untuk bernafas.


Taha meronta-ronta minta dilepaskan tetapi nasibnya malang apabila Yana telah memulaskan kepalanya sehingga...


CRACK!


Taha sudah tidak sedarkan diri.


Lagipun, dia sudah berada di bawah kawalan alkohol, jadi mudahlah untuk dihapuskan.


Yana memberi isyarat kepada Thia dan Rita agar bersembunyi di sebalik dinding di kedua belah penjuru gedung tersebut manakala dia dan Ema menunggu di hadapan pintu gedung.


Thia dan Rita berlari anak menuju ke penjuru gedung tetapi malang nasib Rita apabila dia bertembung dengan Zen, budak Tiger.


"Hoi!" Jerkah Zen dengan mata terbeliak.


Rita terkejut, sampai terjatuh kayu baseball yang berada di dalam genggamannya tu.


Yana dan Ema pantas menoleh.


Yana berdecit sebelum mengarahkan Ema ke sana. "Kasi habis..." suruhnya dengan nada separuh berbisik.


Ema akur dengan arahan yang diterima.


Dengan raut wajah yang bengis, Zen segera menghantar serangan. Tumbukkannya tersasar apabila Rita berjaya mengelak. Dia merengus kasar lalu dia cuba menendang di bahagian perut Rita tetapi dia dikejutkan dengan aksi Ema yang sudah berlari kencang ke arahnya dan setelah hampir, Ema segera melompat sambil menhulurkan kaki kanannya ke hadapan.


ARGHHH!


Tendangan Ema tepat mengena di bahagian rusuk kanan musuhnya tu sehingga menyebabkan musuhnya tu jatuh ke tanah.


Ema dan Rita saling berpandangan sebelum menganggukan kepala.


Kali ini, giliran Rita pulak untuk membuat serangan balas. Bertalu-talu dia menyerang tetapi serangannya dapat ditepis dengan begitu bersahaja.


Huh! Ema merengus kecil.


Dia menyerang dari sudut lain dan itu sudah cukup membuatkan Zen mengelabah sedikit. Kesempatan yang ada takkan dipersiakan dengan begitu sahaja.


Rozy, Adib, Bad, Fad, Ram, Mona dan Lynn sudah bergerak menuju ke arah belakang gedung. Dalam perjalanan, tiba-tiba mereka terserempak pulak dengan Daud, Fadil dan Jeff yang cuba ingin melarikan diri tu.


"Kau nak lari mana, bro?" Tanya Rozy sambil tersenyum sinis.


Daud, Fadil dan Jeff merengus kasar sebelum berpecah.


Rozy dan Adib mengikut gerak geri Daud manakala Bad dan Fad sudah bersiap sedia untuk menentang Fadil. Jeff pulak akan berhadapan dengan Ram dan Mona.


Semuanya sudah mengambil bahagian kecuali dirinya ni. Maka, Lynn mengambil keputusan untuk bergerak sendirian menuju ke arah belakang gedung.


Baru berapa tapak melangkah, tiba-tiba tubuh kecilnya dirempuh oleh seseorang.


GEDEBUK!


Lynn jatuh terduduk.


Bob merengus kasar sebelum berlari meninggalkan Lynn begitu sahaja.


"Hey!" Jerit Lynn, geram.


Bob buat tak dengar akan jeritan tersebut.


Lynn berdecit sebelum bergegas bangkit daripada duduknya lalu dia mengejar budak Tiger yang sudah melarikan diri tu.


Setiap serangan yang diberikan dapat ditepis dengan begitu bergaya. Daud takkan mudah mengalah dan takkan biarkan dirinya kalah dengan perempuan.


Rozy berdecit, geram. Dia segera menyerang dari sudut kiri manakala Adib menyerang di belah kanan. Tendangan padu cuba dihadiahkan di rusuk kiri Daud tapi malang tak berbau apabila pergelangan kakinya ditangkap dengan begitu mudah. Dia cuba menarik kakinya tetapi pegangan itu tetap kukuh.


Daud tersenyum sinis sebelum dia menarik kaki Rozy supaya mendekatinya lalu dengan mudahnya dia menghadiahkan tendang padunya di bahagian perut Rozy.


ARGHHH!


Jerit Rozy yang sudah terduduk menahan sakit.


Adib merengus kecil. Dia cuba menyerang tetapi dia yang dapat habuannya. Perutnya yang berlemak tu ditendang dengan begitu padu sekali.


"Kau orang bukan lawan aku." Kata Daud dengan penuh sinis. Dia ingin berlalu pergi tetapi Rozy pantas bertindak dengan memeluk pergelangan kaki kanan Daud dan ditarik sekuat hati sehingga menyebabkan Daud jatuh tertiarap.


Kesempatan yang ada tidak akan dilepaskan oleh Adib. Dia segera mendekati Daud yang sedang meronta minta dilepaskan tu. Tanpa berfikir panjang, Adib terus menghenyakkan punggungnya yang gempal itu di belakang Daud dan itu sudah cukup membuatkan Daud menjerit kesakitan. Mana taknya, tubuh badan Adib tu bukannya kecik molek pun. Memang sedaplah kalau kena hempap kan...


"Hey, gemuk! Bangunlah. Sakit, bodoh!" Marahnya dengan suara tersekat-sekat. Tengah sakitlah katakan...


"Sakit? Ada aku kesah?" Jawab Adib sambil tergelak sinis. Sengaja nak menyakitkan hati budak Tiger ni.


ARGHHH!


Jeritan Mona bergema.


Rozy yang mendengar, pantas menoleh.


Matanya terbeliak apabila melihat kepala budaknya, Ram dilibas dengan begitu bersahaja. "Tak guna..." desisnya.


"Bodoh punya perempuan!" Herdik Jeff sebelum melarikan diri.


"Adib, kasi settle budak Tiger ni. Aku nak back up yang lain." Arah Rozy.


Adib mengangguk, tanda mengerti.


Pergelangan kaki Daud segera dilepaskan dan dengan tangkas dia berdiri. Dia cuba menghalangi Jeff yang ingin melepaskan diri tu.


Jeff terkejut.


"Mana kau nak larik, ha?" Tanya Rozy.


Jeff ingin berpatah balik tetapi dia telah pun dikepung. Ram dan Mona sudah bersiap sedia dibelakangnya.


Matanya meliar memandang sekeliling. Tiba-tiba matanya ternampak kayu batang hoki yang tidak berapa jauh daripadanya tu. Dengan sepantas kilat, dia mengambil kayu batang hoki tu.


"Kau orang dekat, kau orang mati." Ugutnya sambil mengacukan kayu batang hoki tu tepat ke arah muka perempuan-perempuan tersebut.


Mata Mona tajam merenung Jeff. Darah yang mengalir di celah bibirnya, diseka dengan jemari manakala Ram sudah menayangkan muka bengisnya. Kepalanya yang masih sakit, dibiarkan dahulu.


"Wacha!" Laung Fadil sambil menghadiahkan tendangan padunya tepat ke arah pinggang Bad.


ERGH!


Bad memegang pinggangnya.


Fad merengus kasar. Dia cuba menyerang. Tumbukkan padunya dilepaskan tepat ke muka Fadil.


BUK!


Fadil menyingai sambil memegang mukanya. Dia diserang ketika dia masih belum bersedia. Huh! Tak guna betullah... Dengan penuh emosi, dia menyerang secara bertalu-talu. Sekejap serang Bad dan sekejap lagi dia menyerang Fad pulak.


Semua serangannya tu dapat ditepis oleh mereka berdua. Bad dan Fad bertungkus lumus untuk menjatuhkan pihak lawan tetapi masih tidak berjaya. Handal jugak budak Tiger ni...


Lynn memperlajukan lariannya. Setelah dia semakin hampir, dia segera membuat lompatan sambil menghulurkan kaki kanannya ke hadapan.


PUK!


Bob jatuh tertiarap gara-gara terkena tendangan padu daripada Lynn.


Huh! Bob merengus kasar.


Lynn mendekat tetapi nasibnya begitu malang apabila Bob tangkas membuat tendangan di bahagian kakinya dan menyebabkan dia jatuh terduduk untuk kali kedua.


Bob tersenyum sinis sebelum menyambung lariannya.


"Tak guna betullah..." desis Lynn sambil menyingai kesakitan. Dia memegang kakinya yang ditendang tadi tu.


Thia yang melihat Bob sedang berlari ke arahnya, cuba menghalangi tetapi tubuh kecilnya dirempuh begitu sahaja.


ADUH!


Tubuh kecil Thia terhentak ke dinding.


Lynn merengus kasar. Dia cuba kuatkan dirinya lalu tanpa menghiraukan rasa sakit di kakinya tu, dia tangkas berdiri dan kembali mengejar walaupun terdengkut-dengkut.


Begitu juga dengan Thia. Dia takkan lepaskan budak Tiger macam tu jer. Pembalasan harus diberikan.


Yana ingin melangkah masuk ke dalam gedung tetapi langkahnya terhenti apabila pintu gedung terbuka dari arah dalam. Dia sudah bersiap siaga. Kalah atau menang itu ketentuannya. Dia lakukan ni semua untuk menyelamatkan anak bongsunya tu.


"Cepat, bang!" Arah Katy sambil melangkah keluar.


Yana yang berada di sebalik dinding bersebelahan pintu tu terus melayangkan tendangan padunya ke arah manusia yang baru keluar daripada gedung tu.


ARGHHH! 


Katy yang tak bersedia terus terpelanting jatuh ke tanah.


Dahi Yana berkerut melihatnya. Katy? Kenapa perempuan ni ada dekat sini? Apa hubungan dia dengan Tiger? Grrr... Tanpa menghiraukan Katy, dia segera menjenggahkan kepalanya ke dalam gedung. "Adikkkk..." jeritnya apabila melihat Sofea yang ditarik oleh Tiger tu.


Tiger tersenyum sinis sambil mengacukan pistol ke arah kakak kawasan yang berlagak hebat tu.


"Lepaskan anak akulah, setan!" Jerit Yana dari luar.


Tiger tertawa sinis.


Yana merengus kasar sebelum ingin melangkah ke dalam gedung tetapi matanya terus terbeliak apabila Tiger...


PENG!


Tembakkan dilepaskan.


Yana tangkas bertindak dengan menyembunyikan dirinya di sebalik pintu gedung. Huh! Dia mendengus kasar.


Tiger tersenyum sinis sebelum mengheret Sofea agar mengikutinya.


"Mamaaa..." Sofea menjerit, lantang. Suaranya begitu serak sekali.


Yana menjenggahkan kepalanya di sebalik pintu sekali lagi.


PENG!


Tembakkan dilepaskan untuk  kali kedua.


Yana pantas bersembunyi.


"HAHAHAHA..." Tawa Tiger.


Yana mendengus kasar sambil menghempas pintu gedung. Berdentum bunyi pintu tersebut. Sabar, sayang. Mama akan selamatkan adik. Bertahan ya, sayang..., desis hati kecilnya.


"Kesiannya. Nak selamatkan anak yea?" Sindir Katy yang sudah pun berdiri di samping Yana.


Mendidih darah Yana mendengarnya. Turun naik dadanya gara-gara menahan amarah. Matanya mencerlung tajam ke arah Katy.


Bob tersenyum sinis apabila dia berjaya melepaskan diri. Perempuan-perempuan tadi, takkan berjaya mengejarnya. Sambil dia berlari, tiba-tiba...


GEDEBUK!


Dia jatuh tersungkur ke hadapan.


"Gotcha!" Sherry tersenyum bangga apabila taktiknya berjaya. Musuh telah pun jatuh ke tanah. Tali yang digenggam dengan begitu erat tadi segera dilepaskan. Begitu juga dengan Nani.


Kesempatan itu segera dipergunakan oleh Lisa. Dia cuba melibas kepala Bob tetapi pergelangan kakinya ditangkap kemas oleh lelaki itu.


"Ergh!" Lisa sedaya upaya menarik kakinya tapi tidak bisa.


Sherry dan Nani cuba menyerang serentak.


Bob yang melihat segera bertindak. Kaki Lisa ditarik sekuat hati sehingga Lisa berpusing dan jatuh terduduk di atas tanah.


Lisa menyingai sakit sambil memegang punggungnya yang jatuh terhentak tu.


Sherry ingin menendang di bahagian kaki manakala Nani cuba menendang di bahagian perut tetapi Bob lagi bijak. Dia mengelakkan diri dengan begitu mudah sekali.


Tanpa mengenal erti putus asa, Sherry dan Nani berterusan menyerang musuhnya tu.


Mereka saling bertukar serangan. Sekejap Sherry dan Nani menyerang dan sekejap lagi Bob pulak yang menyerang. Nampak gayanya, mereka sama-sama hebat di dalam gelanggang pertarungan.


Hanya satu kesilapan, Sherry dan Nani tewas. Perut Nani ditendang dan tumbukkan padu terkena tepat di muka Sherry, menyebabkan mereka jatuh tersungkur.


"Kau bukan lawan akulah, bodoh. Puihhh!" Kata Bob penuh angkuh sambil meludah di hadapan Sherry dan Nani.


Sherry dan Nani merengus kasar.


"Aku rasa kau lupa yang aku masih hidup lagi dekat sini. Huh!" Kata Lisa penuh sinis.


Bob terkejut lalu pantas menoleh ke arah belakangnya.


Sepantas kilat Lisa melayangkan tali yang dibuat jerat tadi tu kepada Bob.


Bob tak dapat mengelak apabila tali itu sudah menjerut lehernya. Dia meronta-ronta sambil cuba meleraikan tali yang menjerut lehernya tu tetapi tidak dapat apabila Lisa pantas membelitnya dengan tali tersebut.


Darah yang mengalir di celah bibir, diseka dengan ibu jarinya. Sherry merengus kasar sebelum mendekat. Tangan kanannya laju dihayunkan tepat ke muka Bob yang sedang meronta minta dilepaskan tetapi Lisa memegang tali tu dengan begitu ketat sehinggakan dia tidak bisa bergerak walau seinci sekali pun.


BUK!


Penumbuk sulungnya singgah tepat di muka budak Tiger tu.


Selepas Sherry, giliran Nani pulak. Dia datang mendekat lalu rusuk kiri Bob ditendang sekuat hati dan serangan seterusnya adalah di bahagian kaki budak Tiger tu. Disebabkan dia hilang imbangan diri, dia terus jatuh melutut di hadapan Sherry dan Nani.


Lisa tersenyum sinis melihatnya.


Dua minit kemudian, Lynn dan Thia datang secara serentak. Mengah dibuatnya... Masing-masing mencunggap.


"Nasib baik kau orang ada. Kalau tak, confirm terlepas jantan ni haa..." Kata Lynn separuh tercunggap.


"Thia, kau ganti tempat aku ni." Suruh Lisa sambil menghulurkan hujung tali tu kepada Thia.


Tanpa banyak soal, Thia segera menggantikan tempat Lisa. Tali tu bertukar tangan. Huish! Lisa yang buat ke ni? Ada nampak macam cerita koboi zaman dahulu kala lah pulak. Penjahat dibelit dengan tali. Perhhh...


"Kau orang kasi settlekan jantan ni. Aku nak back up kak Yana." Suruh Lisa sebelum beredar pergi.


Sherry, Nani, Lynn dan Thia mengangguk, tanda mengerti.


"Hey, jantan. Apasal kau tak lari? Larilah oii... Larilah." Herdik Lynn.


Bob merengus kasar. Darah yang bertakung di dalam mulutnya segera diludahkan ke arah Lynn.


Lynn bengang. Dia mendekat lalu di pegangnya kepala Bob dan dia terus menghadiahkan lutut terbangnya tu tepat ke bawah dagu Bob.


ERGHHH!


Bob mengerang sakit. Darah menyembur keluar daripada mulutnya.


"Turn aku pulak weiii..." kata Thia pulak.


Lynn bergerak ke tepi untuk memberi ruang kepada Thia melunaskan rasa amarahnya tu.


Thia datang dan dengan sekelip mata dia terus melibas kepala Bob sehingga Bob terbaring di atas tanah. Kali ini, tiada belas kasihan buat mereka yang tidak berhati perut ni. Huh!


"Terima kasih, Tuan." Ucap Imran, ikhlas.


Inspektor muda tu hanya mengangguk kepala sebelum memandang ke arah Ai Lin, Lashmi, Zack dan Joe. "Sila ikut kami ke balai untuk memberi keterangan." Katanya, tegas.


"Baik, Tuan." Jawab Zack.


Inspektor muda tu terus mengarahkan orang bawahannya agar membawa mereka yang ditahan segera ke balai.


Achong, Wayson, Lim dan Achai hanya mampu membuntuti langkah kaki Inspektor-Inspektor polis tersebut kerana tangan mereka telah pun bergari. Meringkuklah kau orang dalam penjara tu haa... Padan muka!


Beberapa buah kereta peronda polis segera meninggalkan perkarangan rumah Imran.


Imran menghembus nafas lega. Nasib baik budak-budak isterinya berada di situ. Kalau tak, tak tahulah apa yang akan terjadi nanti. Yang pasti, nyawa anak-anaknya yang akan terancam. Hmm... Syukur, alhamdulillah. Terima kasih, ya Allah... Tanpa membuang masa, dia segera kembali ke rumah. 


Previous: Bab 38
Next: Bab 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.