Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 26

Tuttt Tuttt


Pesanan ringkas WhatsApp masuk bertalu-talu. Yana menoleh ke arah encik suami yang berada di sisi. Amboi! Syok betul hadap komputer riba tu yea... Kita kat sebelah ni dia buat tak nampak aja. Huh! Itulah peel encik suaminya. Kalau tak ada benda nak buat, mulalah dia buka komputer ribanya tu. Apa yang ditiliknya pun, kita tak tahu. Hal orang bisnes, kita mana ler pandai, kan. Kita ni lau bab-bab pertahankan kawasan, pandai ler jugak. Belasah orang pun dah jadi kebiasaan. Siapa suruh jahat sangat, kan dah mendapat. Hehehe... desis hati kecilnya.


Aplikasi WhatsApp di buka dan nama 'Lisa' di tekan untuk dia baca pesanan yang telah dihantarkan.


Lisa

Akak, tolong datang sini dengan segera. Rozy and the geng dah berkumpul kat tempat kita ni. Dia orang takkan pergi selagi akak tak muncul. Saya dah cakap kat dia yang akak tak ada tapi Rozy nak jumpa akak jugak. Dia kata ada hal mustahak. Kalau akak tak datang, dia akan buat kecoh dekat sini. Errr 👉👈


Berkerut dahi Yana membacanya. Dah kenapa si Rozy ni? Tak serik kena balun dengan aku ke? Ish! Tak bolehlah nak tengok aku senang sikit kan. Ada jer yang nak mengacau. Hmm... Jari-jemarinya ligat bermenari di keypad.


Mrs. Yana

Hal apa tu? Ish! 😡


Send.


Lisa

Dia tak nak bagitahu selagi akak tak datang.


Yana merengus. Dia menoleh ke arah encik suami di sisi, masih leka dengan komputer ribanya tu. Yana berfikir seketika sebelum membuat sebarang keputusan. Kalau dia tak datang, kesian pulak dekat budak-budaknya tu. Tak pasal-pasal kena handle kan. Huh! Geram betullah! Nak tak nak, dia kena jugak hadap si Rozy tu. Haish!


Mrs. Yana

Ok! Call akak sekarang...


Tak sampai berapa minit, telefonnya berbunyi. Amboi! Cepat betul dia buat kerjakan. Ish! Budak ni... Panggilan tu di jawab dan salam yang diberikan segera di sambut.


"Ada apa kak?" Tanya Lisa tanpa basa-basi.


Yana jeling encik suami di sisi. Hmm... Encik suami masih fokus dengan kerjanya.


"Kakkk..." panggil Lisa.


"Lah? Sekarang you ada dekat mana? Dengan siapa?" Tanya Yana buat-buat terkejut.


Dahi Lisa sudah berkerut. Telefon yang berada di telinga di bawah ke hadapan. Nama yang tertera di skrin di tilik sekali lagi. Takut salah nomborlah pulak. Setelah dia yakin itu nombor bosnya, telefon kembali ditekapkan ke cuping telinga. "Hello, kak." Sapanya, perlahan.


"You tunggu I dekat dalam kereta jer. Jangan dekat luar pulak. Bahaya. Sekejap lagi I sampai tau. Assalamualaikum." Pesan Yana separuh cemas.


Talian segera dimatikan. Yana sudah tergesa-gesa menuju ke almari. Baju t-shirt dan seluar tracksuit di ambil lalu dipakainya. Imran yang perasan segera menegur. "Yang, kenapa nampak kelam kabut sangat ni? Cuba tenang sikit."


Yana menoleh ke arah encik suami yang sudah berkerut dahi duk memandangnya ni. "Macam mana tak kelam kabut bang, kawan call kata kereta rosak dekat highway. Sorang-sorang pulak tu. Dia mintak tolong Yana ambil dia kat sana. Yana pergi dulu yea bang." Jawabnya, cemas.


Imran menahan si isteri. "Abang ikut." Katanya.


Gulp!


"Tak apa. Yana bole drive sendirilah bang. Lagipun, abang ada banyak kerja, kan?" Tegah Yana.


Raut wajah Imran serta-merta berubah.


"Dont worry my lovely husband. Tahulah Yana jaga diri yea. Love you abang sayang. Mmuuahhhh..." Pipi encik suami di cium penuh sayang.


Imran terpaksa akur. "Love you too sayang. Drive carefully, okay?"


Yana menganggukan kepala, tanda mengerti sebelum melangkah keluar. Nasib baik anak-anak tidur awal hari ni. Tak adalah dia kena soal macam-macam, kan.


"Akak kata apa?" Tanya Nani, ingin tahu.


Lisa yang masih pelik hanya mampu mengangkat bahu sahaja.


Nani dan kawan-kawannya sudah mengeluh lemah. Mereka kena hadap si Rozy and the geng lah jawabnya... Huh!


"Hoi! Ketua kau orang datang tak ni?" Tanya Rozy separuh menjerit.


Errr...


"Sekejap lagi sampailah tu." Jawab Lisa, perlahan. Dia was-was nak jawab sebenarnya. Takut tersalah info pulak.


Kawan-kawannya yang lain hanya berdiam diri.


Rozy merengus sebelum melabuhkan punggungnya di sofa lapuk yang berada di hujung sudut manakala budak-budaknya berdiri tercegat di belakang sofa lapuk tu.


20 minit kemudian...


Kereta Myvi milik Yana muncul.


Lisa berlari anak mendekati kereta bosnya tu. Pintu di bahagian pemandu segera di buka. Amboi!


"Mana dia?" Tanya Yana sambil pandang sekeliling.


"Ada dekat dalam kak." Jawab Lisa sambil menutup kembali pintu kereta Myvi bosnya tu.


Tanpa membuang masa, Yana terus melangkah masuk ke dalam bangunan terbiar yang berada di hadapannya ni manakala Lisa membuntuti langkahnya dari arah belakang.


"Kakkk..." sapa budak-budaknya sambil menundukkan kepala, tanda hormat.


Rozy yang mendengar sapaan itu segera berpaling. "Hah! Kakak kawasan sudah mari..." tegurnya sambil duduk bersilang kaki.


Yana menoleh sekilas. "Kau nak apa?" Tanya Yana sambil berpeluk tubuh.


Rozy segera bangun daripada duduknya. Nafas berat dilepaskan sebelum mendekati Yana. "Boleh kita berbincang berdua?" Pintanya, perlahan.


Berkerut dahi Yana dibuatnya. Wow! Rozy ke tuuu...? Hmm... Macam pelik jer? Biar betul? Ke ada udang di sebalik mee ni? Mencurigakan... desis hati kecilnya. "Jom." Ajaknya sambil melangkah menjauhi budak-budaknya dan budak-budak Rozy. Mereka perlukan ruang untuk berbincang.


Budak-budak Yana buat don't know jer dengan budak-budak Rozy tu. Masing-masing saling berdiam diri. Tak menegur langsung. Huh! Biasalah tu... Dekat sini bukannya pasar nak beramah mesra, kan?


"Hoi!" Panggil Adib.


Budak-budak Yana menoleh. "Apa hoi-hoi? Ingat orang tak ada nama ke?" Omel Lisa, bersahaja.


"Siapa nama kau?" Tanya Adib separuh menjerit.


"Lisa." Jawab Lisa, turut menjerit.


"Not bad-lah nama kau tu. Aku Adib." Adib mengenalkan dirinya sambil terjerit kecil.


Lisa mencemik. "Mesti Adibah nama kau, kan?" Tekanya.


Adib merengus kecil. "Mana kau tahu?" Jeritnya.


"Biarlah rahsiaaa..." nyanyi Lisa.


Kawan-kawannya sudah tertawa halus.


Adib berdecit. Malas dia nak layan budak-budak Yana ni. Buat sakit hati jer. Huh!


Suasana di antara Yana dan Rozy nampak tegang sekali. Ada yang tak kena ke tu? Apa yang mereka bincangkan? Tiba-tiba dahi Yana berkerut seribu manakala raut wajah Rozy seakan sedang menagih sesuatu. Apa dah jadi ni?


"Kau nak bergabung dengan aku?" Tanya Yana separuh terkejut.


Rozy mengangguk, mengiyakannya.


"Motif?" Yana bukannya begitu mudah percayakan orang.


"Aku cuma nak hapuskan Tiger jer." Jawab Rozy dengan penuh emosi.


Yana mengecilkan matanya. Otaknya ligat berfikir. "Kalau kau nak join aku, kau kena ikut segala peraturan aku. Amacam?"


Rozy berfikir seketika.


Yana sudah tersenyum sinis. Tak mungkin Rozy akan ikut segala peraturan aku. Tak mungkin. Huh!


"Aku setuju." Jawab Rozy dengan begitu yakin.


Yana terkejut. Dia memicingkan matanya, merenung Rozy yang berada di hadapannya ni. Dia macam tak percaya sahaja. Rozy ke ni? Hmm... "Serius? Setahu aku Rozy takkan ikut cakap orang lain..."


"Aku seriuslah oii..." Rozy menyampuk sambil ketap bibir. Geram pulak bila orang tak percaya cakap dia, kan.


Yana tertawa kecil. "Relaxlah beb. Tu pun nak marah, kan."


Rozy merengus kecil. "So, macam mana?" Tanyanya ingin tahu.


Yana berfikir seketika. Tak lama kemudian, dia menganggukan kepala tanda bersetuju untuk bergabung dengan Rozy. Lagipun, dia perlukan khidmat Rozy untuk hapuskan Tiger and the geng. Semoga mereka bisa menumpaskan Tiger dan dapatkan kembali kawasan yang telah di rampas tanpa belas kasihan tu.


"Aku harap kita dapat bekerjasama dengan baik." Pinta Yana sambil menghulurkan tangan, ingin berjabat.


Tak berlengah lagi, Rozy segera menyambut huluran tersebut. Mereka bersalaman sambil tersenyum penuh makna. Ada misi yang harus mereka jayakan. Tiger dan budak-budaknya akan dapat balasan yang setimpal di atas perbuatan mereka yang terlalu kejam tu.


"Jom." Ajak Yana.


Rozy mengangguk.


Mereka jalan beriringan menuju ke arah budak-budaknya.


Budak-budak mereka terkejut melihat keakraban Yana dan Rozy ketika itu. Mata mereka naik juling tengok Yana yang sedang memeluk bahu Rozy tu.


Meletus tawa Yana dan Rozy apabila melihat budak-budak mereka yang tercengang.


"Kakkk..." panggil budak-budak Yana.


"Bosss..." panggil budak-budak Rozy.


"Kita semua dah jadi satu team. Rozy dan budak-budaknya dah bergabung dengan kita. Macam si Achong juga. Misi kita hanya satu iaitu hapuskan..."


"Tiger..." jawab mereka serentak.


"Bagus." Puji Yana sambil tersenyum manis.


"Apa kata, kita pergi minum. Kita raihkan pergabungan dua kumpulan ni. Amacam, kak?" Cadang Lisa sambil memeluk bahu kawannya, Thia.


"Okay jugak tu." Adib bersetuju dengan cadangan tersebut. Lagipun, dia memang tengah haus ni.


Budak-budak Yana dan Rozy sudah bersetuju untuk minum bersama tapi bos-bos mereka masih belum bagi kata putus lagi.


"Amacam?" Tanya Rozy sambil memandang Yana.


Baru Yana nak buka mulut, tiba-tiba telefonnya berbunyi nyaring. Telefonnya segera di ambil dan nama di skrin di lihat sekali imbas sebelum bujang hijau di tekan. Telefon di lekapkan di cuping telinganya. "Hello." Sapanya.


"Sayang lama lagi ke? Dah malam ni..." tanya Imran di hujung talian.


Yana terkedu. Encik suami call kitalah... "Abang tidur dululah. Yana lambat lagi ni sebab nak kena hantar kawan balik rumah."


Dahi Rozy dan budak-budaknya dah berkerut seribu manakala budak-budak Yana sudah tersenyum simpul.


"Jauh ke?" Tanya Imran dengan nada penuh kerisauan.


"Jauhlah jugak. Abang jangan risau tau." Ujar Yana lagi.


Imran mengeluh kecil. "Abang risaulah sayang oiii..."


Yana tersenyum manis. "Abang jangan risau. Tahulah Yana jaga diri. Okaylah, abang pergi tidur yea. Love you abang..." ucapnya, perlahan.


"Hati-hati. Apa-apa hal, sayang call abang yea. Love you too honey..."


Talian segera dimatikan. Yana menoleh ke arah Rozy. "Biasalah. Nak selamat kenalah tipu sunat, kan. Nanti kau dah kahwin, kau tahulah nasib kau..."


"Aku tak cakap apa-apa pun." Kata Rozy, bersahaja.


"Ceh!" Yana berdecit.


Budak-budak mereka tertawa kecil.


Tanpa membuang masa, Yana terus mendail nombor telefon Achong. Mereka tak sabar nak raihkan pergabungan kumpulan mereka ni. Mudah-mudahan mereka berjaya menumpaskan Tiger and the geng yang semakin berleluasa di luar sana. Habis semua kawasan dia langgar dan dia rampas. Huh! Semua kawasan dia nak kan. Ish! Tamak haloba betullah si Tiger ni... Dia nak jadi abang kawasan yang digeruni ler tu. Jangan haraplah... Aku, Rozy dan Achong takkan biarkan itu semua terjadi. Pantang mundur sebelum berjuang, itu tekad kami bertiga. Huh!


Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.