Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 11

Yana merengus kecil. Telefon bimbitnya segera dimasukkan di dalam kocek seluar. Geram pulak hatinya dengan encik suaminya tu. Eeeiiii... Dengan muncung sedepa, dia melangkah menuju ke ruang dapur. Dia ingin menyambung tugasnya yang tergendala tadi.


Bibik Riyanti yang perasan akan keruhnya riak wajah majikannya itu, hanya mampu berdiam diri. Dia tak mahu banyak tanya. Takut dia pulak yang terkena tempiasnya, walaupun dia tahu majikannya itu tidak akan melepaskan kemarahannya kepada orang lain. Dia akan membantu majikannya apabila bantuannya diperlukan. Di suruh ambil itu, ini, dia layankan aja. Alaa, bukan susah mana pun. Takat ambil bahan yang diperlukan jer. Selebihnya, dia hanya jadi tukang tengok aja.


Dalam mereka leka bertungkus lumus di dapur, tanpa mereka sedari, masa sudah pun berganjak ke tengahari.


Tutt Tuttt...

Bunyi whatsaAp masuk.


Yana kaget. Dia baru nak meneguk segelas jus oren yang diambil di dalam peti ais tadi. Selesai saja dia menghilangkan rasa dahaga di tekaknya, dia mulai melabuhkan punggungnya di kerusi. Telefon bimbitnya dikeluarkan daripada kocek lalu diletakkan di atas meja makan yang berada dihadapannya ini. Aplikasi hijau itu segera ditekan untuk melihat siapakah gerangan yang menghantar pesanan ringkas kepadanya tu. Hmm... Encik suami rupanya. Nak pujuk kita ler tu...


Pesanan ringkas tersebut dibuka dan di baca.


Encik Suami

Sayang, jangan lupa jemput anak kat sekolah. Abang tahu kalau sayang dah leka dekat dapur tu, semua benda sayang boleh lupa kan. Nanti membebel pulak si kecik tu. Okay, sayang. Bye. Love you ❤


Pantas Yana menoleh ke arah jam yang tergantung di dinding tu. Ya Allah, dah pukul 12 lebih daa... Habislah. Membebellah budak kecik tu nanti. Tanpa membalas whatsaAp tersebut, Yana segera berlari anak menuju ke biliknya. Sebelum itu, dia sempat menitip pesan kepada pembantunya supaya menjaga keknya yang baru dimasukkan ke dalam oven itu.


Bibik Riyanti hanya menganggukan kepala tanda mengerti.


Yana sempat menilik wajahnya di hadapan cermin. Ikatan rambutnya diperkemaskan sebelum dia beredar pergi. Tak ada masa dia nak mekap-mekap bagai. Lagipun, dia dah lambat nak ambil anak bongsunya di sekolah.


"Bikkk, saya pergi dulu." Jerit Yana, lantang sambil tergesa-gesa menuju ke pintu utama. Kunci keretanya yang tersangkut di dinding di sisi pintu di capai. Dia menyarung seliper biasa yang dipakai harian.


"Hati-hati, puan." Bibik Riyanti titip pesan.


Yana hanya mengangguk dan dia bergegas menuju ke keretanya. Butang alarm ditekan dan dia segera meloloskan diri ke dalam perut kereta. Enjin kereta dihidupkan dan tanpa menunggu enjinnya panas, dia segera memandu pergi meninggalkan kawasan halaman rumah.


Bibik Riyanti mengelengkan kepala sebelum menutup pintu dan kembali menuju ke ruang dapur untuk menunggu kuih keknya siap dimasak.


Yana memecut laju. Nasib baik jalan masih lenggang. Iyalah, orang lain sibuk kerja kut. Waktu lunch pun belum tiba lagi. Jadi, memudahkannya untuk memecut laju tanpa ada sebarang halangan. Sampai di traffic light, Yana terpaksa memberhentikan pergerakkan keretanya apabila lampu bertukar merah menyala.


Ketenangan Yana di jalan raya terganggu apabila munculnya sebuah kereta proton saga di sebelahnya.


"Peewiittttt..."


Yana buat don't know jer. Malas nak layan budak-budak baru nak up ni. Budak lagi ke? Rasanya cam bapak budak jer. Huh!


Apabila Yana tak melayan, mulalah dia orang buat perangai. Dibunyikannya hon bertalu-talu. Membingitkan telinga yang mendengar jer...


Sabar Yana sabar. Jangan layan dia orang tu. Uat ileks uat cool jer..., monolognya di dalam hati. Matanya masih tertumpu ke hadapan. Malas dia nak menoleh ke arah dia orang yang sakai-makai ni. Huh!


Dah penat tekan hon, dia vroomm vroomm pulak... Macam nak ajak berlumba aja ni. Hmm...


Yana masih cool di tempat duduknya. Dia jenis tak cepat melatah.


Lampu merah sudah bertukar hijau. Yana dengan lagak bersahaja segera meneruskan perjalanan.


Yana kaget apabila kereta proton saga tadi datang menghimpit keretanya dari arah kanan. Nasib baik dia ni jenis tak cepat gelabah. Masih boleh kawal stereng lagi.


Vroommmm Vroommmm...

Vroommmm Vroommmm...

Vroommmm Vroommmm...


Akhirnya, kesabaran Yana semakin menipis. Dia bengang dengan mamat-mamat kat sebelahnya ni. Nak main-main sangatkan. Ajommm...


Vroommmm Vroommmm...

Vroommmm Vroommmm...

Vroommmm Vroommmm...


Ingat kau orang jer boleh buat ke? Aku pun bolehlah..., monolognya, sendirian.


Mamat-mamat kereta proton saga tu nampak sangat terkejut.


Cermin kereta di bahagian sisinya, diturunkan. Yana tersenyum sinis kepada mereka. "Amacam, bro? Mahu lumba ke?"


Mamat-mamat kereta proton saga menghamburkan tawanya apabila mendengarkan soalan tersebut. Lawak ke der???


Yana tak menunggu lama. Dia terus menekan pedal minyak lalu keretanya terus memecut dengan lajunya sehingga membuatkan mamat-mamat tadi terkejut dan nasib baik mamat yang drive kereta proton saga tu dapat menggelakkan keretanya daripada bergeselan dengan keretanya ni. Hah! Amek kaw...


Mamat-mamat kereta proton saga tu nampak bengang sekali dengan Yana. Dia pun turut menekan pedal minyak lalu keretanya pun turut memecut dengan lajunya. Dia cuba mengejar.


Yana menoleh ke arah cermin pandang belakang dengan sekali imbas. Senyuman sinis terukir dibibirnya sekali lagi. Kereta proton saga itu sedang mengejarnya di belakang. Jangan harap kau dapat kejar aku. Ini Yanalah... Si kaki drift...


Pedal minyak ditekan lagi. Keretanya memecut dengan laju. Apabila ada kereta di hadapan, Yana ligat memusing stereng keretanya dan dengan beraninya dia memotong kereta tersebut dan dia mencilok masuk ke barisan kereta tadi. Kini, dia berada di hadapan kereta tersebut.


Mamat-mamat proton saga itu masih tidak berpuas hati. Mereka masih mengejar kereta Yana dan kedudukannya pula sudah berada di belakang kereta yang Yana potong tadi.


Setelah kereta dihadapannya ini masuk simpang lain, mamat-mamat kereta proton saga tu terus tersenyum sinis apabila dia sudah pun berada di belakang kereta Yana. Dia membunyikan hon banyak kali.


Yana tidak mengelabah dalam situasi tersebut. Dia masih bisa mengawal emosinya dan dia menunggu masa yang sesuai untuk dia memecut pergi.


5 kilometer di hadapan ada traffic light yang masih berwarna merah dan kelihatan ada sebuah lori muatan berat yang ingin lalu di situ. Yana berfikir buat sesaat. Dan akhirnya, dia membuat keputusan untuk mengambil risiko itu.


Kereta proton saga yang berada di belakangnya, kini sudah pun berada di sebelah kanan. Mamat itu cuba menghimpit kereta Yana tapi alangkah terkejutnya dia apabila pemilik kereta Myvi itu telah membuat satu pecutan dan meninggalkannya di belakang sekali lagi. Mamat tu bengang dan dia turut memecut laju mengejarnya. Sampai di satu tahap, mamat itu terpaksa memberhentikan keretanya secara kecemasan apabila lori muatan berat itu semakin hampir dengannya manakala kereta Myvi tadi terlepas begitu sahaja. Dia tersangkut di traffic light. Huh! Di hentaknya stereng keretanya tu apabila ternampak lambaian daripada pemilik kereta Myvi tersebut. Makin bertambah rasa bengangnya itu.


"Dahsyat gila minah tu, der..."


"Aku rasa minah tu kaki drift ler..."


"Terima jerlah kekalahan kau ni, bro." Kata kawannya itu sambil menepuk bahu kawannya itu.


Mamat pemilik kereta proton saga itu mendengus kasar. Nak tak nak, dia terpaksa menerima kekalahannya ini. Tak apa. Kalau aku jumpa kau lagi. Siaplah. Memang aku akan tebus balik kekalahan ni. Harap muka jer cantik tapi... hampeh! Huh!


Manakala, Yana pula sudah menghamburkan tawanya. Baru puas rasa hati ni. Nak sangat cari pasal dengan aku lagi kan. Padan muka kau... Tapi, nasib baik tak ada polis. Kalau ada polis tadi, tak pasal-pasal aku kena saman. Huh!


Yana kembali memperlahankan kelajuannya. Dia sudah semakin hampir dengan sekolah anak bongsunya itu. Keretanya diparkingkan di tepi pagar sekolah dan dia segera keluar dari perut keretanya itu. Dengan penuh bergaya dia berjalan mendekati pintu sekolah tadika kemas anaknya itu. Dia ingin menjemput anaknya untuk pulang ke rumah.


"Yeahhh, mama dah campai." Teriak Sofea sambil bergegas mendapatkan mamanya di muka pintu kelasnya. Lalu, tubuh mamanya segera di peluk erat.


"Sorry, sayang. Mama lambat datang hari ni." Yana mohon maaf dengan anak bongsunya itu.


"Tak pe lah, ma. Adik tak kecah pun." Jawab Sofea.


"Pergi ambil bag, cepat. Kita dah nak balik ni." Suruh Yana, pulak.


"Okay!" Sofea berlari anak menuju ke mejanya. Bag galasnya yang berada di kerusi segera di sandang. Kemudian, dia menghampiri cikgunya yang berada di hadapan kelas. Tangan cikgunya di salam dan di cium penuh hormat. "Fea balik dulu cikgu. Accalamualaikum "


"Bijaknya dia. Waalaikumusalam." Salamnya di sambut oleh cikgu Hayati, kesayangannya itu.


Sofea bergegas mendapatkan mamanya pulak.


"Kami balik dulu, cikgu. Assalamualaikum." Ucap Yana sambil tersenyum manis.


Cikgu Hayati menganggukan kepala sebelum memberikan lambaian mesra kepada Sofea.


"Bye-bye, cikgu." Sofea turut membalas lambaian cikgunya itu.


Setelah mereka meloloskan diri di dalam kereta Myvi, Sofea semakin riuh bercerita itu dan ini. Yana di sisi hanya mampu tersenyum lebar. Anak bongsunya ni memang begitu. Masuk jer kereta terus dia nak bercerita. Sambil mendengar anaknya bercerita, sambil dia memandu pergi meninggalkan kawasan sekolah. 


Dalam perjalanan, tetiba telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Yana meminta anaknya mengambil telefon bimbitnya yang berada di dalam tas tangan.


Sofea menghulurkan telefon bimbit itu kepada mamanya yang sedang memandu.


Yana menyambut huluran tersebut. Dia memandang skrin telefon bimbitnya sekali imbas. Encik suami call lah. Hmm... "Sayang, papa call lah. Sayang jawab, ya." Suruhnya sambil mengembalikan telefon bimbit tersebut kepada anaknya yang sudah teruja nak bercakap dengan bapaknya tu.


Telefon bimbit itu sudah bertukar tangan. Pantas butang hijau ditekan.


"Accalamualaikum, pa." Sapa Sofea dengan terujanya manakala Yana di samping sudah tersenyum simpul. Dia sengaja tak nak jawab panggilan daripada suaminya itu. Kononnya, dia masih dalam mood merajuk. Sedangkan dia dah tak merajuk pun. Cuma hatinya geram saja. 


"Waalaikumusalam, sayang. Anak papa ni dah makan ke belum?" Tanya Imran di hujung talian.


"Adik belum makan lagi, pa." Jawab Sofea.


"Apa aktiviti adik kat sekolah hari ni?" Tanya Imran, ingin tahu.


Sofea sakan bercerita akan aktivitinya di sekolah. Panjang-panjang muncungnya kalau dah start bercerita. Yana di samping hanya memasang telinga. Senyuman manis tak lekang terukir di bibirnya. Pemanduannya kali ni agak tenang tanpa sebarang gangguan.


"Belajar rajin-rajin tau sayang." Pesan Imran.


"Okay, papa." Balas Sofea, bersemangat sekali.


"Sayang, bagi telefon kat mama sekejap. Papa nak cakap dengan mama pulak." Suruh Imran, pulak.


Sofea menurut perintah. Dia segera menyerahkan telefon bimbit itu kepada mamanya yang sedang leka memandu. "Ma, papa nak cakap..."


Berkerut dahi Yana dibuatnya. Telefon bimbitnya itu segera di ambil dan dilekapkan di telinga. Nak tak nak, dia kena juga bercakap dengan encik suaminya tu. "Hello." Sapanya, dengan nada serius.


"Amboi, seriusnya suara dia." Tegur Imran, lembut. "Sayang..." panggilnya dengan nada yang meleret, apabila tiada respon yang diterima daripada isterinya itu.


"Iya. Nak apa ni?" Tanya Yana, acuh tak acuh. Matanya masih tertumpu ke arah jalan raya.


Imran mengeluh kecil. Dia tahu isterinya itu masih dalam keadaan marah. "Tak ada apa. Drive carefully, dear. Love you."


Yana mengulum senyum. Sedap jer telinga dia dengar ayat keramat tu. Diucapkan pulak dengan intonasi yang penuh dengan romantis gitu. Waduh! Aku jatuh cinta berkali-kali dengan encik suami ni.


"Sayang..." panggil Imran, mendayu.


"I don't love you." Laju jer mulut Yana melafazkan kalimah itu dan tanpa mendengar balasan daripada encik suami, dia segera mematikan talian.


Imran terkejut apabila talian dimatikan serta-merta. Bibirnya mengulum senyum sebelum kepala digelengkan dengan perlahan. Telefon bimbitnya diletakkan di atas meja dan dia kembali menjalankan tugasnya yang tergendala tadi.


Akhirnya, mereka sampai juga. Kereta Myvi kesayangannya itu segera diparkingkan di garaj. Sofea pantas membuka seat belt dan dia bergegas keluar dari dalam perut kereta. Dia berlari anak menuju ke pintu utama. Pintu segera diketuk bertalu-talu gara-gara dia tak sampai nak menekan loceng yang tersedia ada di sisi pintu tu.


"Sabar sayang... Nanti roboh pulak pintu tu." Ujar Yana, bersahaja. Butang loceng itu segera ditekan.


"Sebentar." Laung bibik Riyanti.


"Cepatlah, bik. Adik tak tahan dah ni..." jerit Sofea sambil terkemut-kemut menahan diri daripada terkucil di situ jugak.


Yana sudah tergelak kecil.


Pintu utama segera dibuka dari arah dalam. Bibik Riyanti tersenyum manis kepada si kecil, Sofea.


Tanpa menghiraukan bibik Riyanti, si cilik Sofea segera meloloskan diri ke dalam rumah dan berlari anak menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas.


"Hati-hati, sayang oiii..." laung Yana.


Bibik Riyanti sudah menyengih.


"Dah siap keknya, bik?" Tanya Yana, ingin tahu.


"Kuih keknya sudah siap, puan. Masih panas lagi." Jawab bibik Riyanti.


"Biarlah kek tu sejuk dulu. Saya nak naik atas. Nak rehat. Apa-apa hal, bik panggil jer saya kat atas, ya." Pesan Yana sebelum beredar ke kamar beradunya.


Sebelum dia masuk ke kamarnya, dia sempat singgah ke kamar anak bongsunya itu. Dia tengok anaknya sedang bermain teddy bear di atas katil. "Sayang, tak lapar ke?" Tanyanya, ingin tahu.


Sofea mengelengkan kepala.


"Kalau lapar, sayang turun bawah tau. Minta bibik sediakan makanan, ya." Pesan Yana.


Kali ini, Sofea menganggukan kepala pulak.


"Ganti baju sekolah tu dulu sebelum nak main. Senang bibik nak cuci nanti." Suruh Yana, lagi.


Sofea menurut perintah. Dia segera menggantikan baju sekolahnya kepada baju t-shirt yang di ambil di dalam almari kecilnya itu. Yana tersenyum senang melihat anaknya yang patuh kepada arahannya itu. Tanpa membuang masa, dia segera beredar ke kamarnya.


Masuk sahaja ke dalam kamar, telefon bimbitnya berdering sekali lagi. Haish! Ni mesti encik suaminya yang call. Tak jemu agaknya call kita 24jam. Abang... Abang... Macam mana kerja tu nak siap kalau asyik main telefon aja.


Dia segera mengambil telefon bimbitnya yang masih berada di dalam tas tangan. "Hello!" Sapanya apabila butang hijau ditekan.


"Hello, kak." Sahut Ai Lin.


Yana terkejut lalu dia segera melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya itu. Oh! Budak-budaknya yang telefon rupanya...


"Ada apa, Lin?" Tanya Yana, derek.


"Akak, I ada dapat tahu yang ini malam itu budak dari kumpulan Tiger ada mau datang. I tak tahu kenapa dia mau datang tempat kita. Jadi, I mau tanya, akak datang tak ini malam?" Tanya Ai Lin dengan slang cinanya.


Berkerut dahi Yana memdengarnya. "Budak Tiger mahu datang? Hmm..."


"Iya lor. Ini malam akak kena turun jugak. Kalau akak tak ada, mati kami lor. " Kata Ai Lin dengan penuh beriya.


Yana merengus kecil. "Pukul berapa dia mau datang?"


"Itu I tak rak tahu. Yang pastinya ini malam dia datang." Jawab Ai Lin, lagik.


Yana mengeluh pulak. "Tak apa. Ini malam akak datang sana. Korang semua kasi standby saja." pesannya.


Ai Lin menganggukan kepala.


Mereka berbual sejenak sebelum talian dimatikan oleh Yana.


Tubuhnya yang kecil molek itu dihempaskan di atas tilam yang empuk itu. Haish! Semak betullah budak-budak Tiger ni. Tak boleh nak tengok aku senang. Sibuk jer nak datang malam ni. Hmm... Kena fikir alasan untuk malam ni nampak gayanya. Huh! Dia memejamkan matanya. Kena rehat secukupnya agar tenaganya kembali pulih untuk hadapi budak-budak Tiger malam ni. Haish!


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.