Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 15

Di dalam perjalanan...


Telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Yana segera mengambil telefon bimbitnya yang berada di atas dushboard tu. Earphone segera di pakai dan butang hijau terus ditekan untuk menjawab panggilan yang masuk.


"Hello!" Sapanya.


"Hoi, perempuan. Lu ingat lu tu bagus sangat ka? Jangan berlagaklah. Lu belum kenal siapa Achong ooo... Wa tak rak takut sama lu lah, bodoh." Jerkah si pemanggil.


Yana kaget. Raut wajahnya mulai bertukar keruh. Achong? Macam mana dia boleh dapat nombor telefon aku ni? Huh!


"Hoi, Achong ahh. Cakap manyak tak rak guna lor. Lu kalau tak rak puas hati sama wa, lu datang tempat biasa esok lah. Budak-budak lu mesti sudah bagitahu lu kan. Wa mau fight sama lu lah bodoh. Lepas ni, lu tak payahlah nak hantar budak-budak lu yang lembik tu. Buat malu jer. Ha ha ha..." gelak Yana dengan penuh sinis.


Achong bengang.


"Esok wa kasi lu mampus lah... Huh!" Jerkahnya sebelum mematikan talian.


Yana tersenyum sinis. Aku yang mampus atau kau yang mampus dulu? Kau ingat aku nak berdiam diri je ke? Kau tunggu jer lah. Aku akan buat kau menyesal. Huh! Dia terus memandu dengan hati yang mendongkol geram.


Tak sampai beberapa minit, telefon bimbitnya kembali berdering. Ish! Si Achong ni memang nak mati agaknya. Dengan penuh amarahnya, dia segera menekan butang hijau.


"Lu nak apa lagi? Jangan kacau wa lah bo..."


"Sayang? Kenapa ni?" Tanya Imran dengan penuh cuak.


Yana terkedu.


GULP! Telan airliur dibuatnya.


Pantas dia berhentikan keretanya di tepi jalan yang agak lenggang itu. Telefon bimbitnya di ambil lalu diperhatikan skrin untuk melihat nama si pemanggil yang tertera di situ. Alamak? Laki akulah... Terus dia menepuk dahinya.


"Sayang..." panggil Imran.


"Hmm..." sahut Yana.


"Kenapa ni?" Tanya Imran.


"Kenapa apanya, bang?" Tanya Yana balik. Buat-buat tak tahu pulak.


"Kenapa marah-marah? Siapa kacau isteri abang ni?" Tanya Imran, lagi.


"Errr..."


"Sayangggg..." panggil Imran, meleret.


Yana mengeluh kecil.


"Saayangggg..."


"Sorry, abang. Yana stresslah, bang." Ngadunya.


"Stress? Tak pernah-pernah isteri abang ni stress. Kenapa ni? Cuba story dengan abang." Imran pelik dengan isterinya. Mesti ada sesuatu yang terjadi. Itu yang membuatkan isterinya stress. Hmm...


"Tadi ada apek call Yana. Dia marah-marah tak tentu hala. Itu yang Yana stress, bang." Adunya sambil mencemik.


Dahi Imran berkerut. "Apek? Apek mana pulak ni sayang oiii...?"


"Manalah Yana tahu, bang. Dia call, lepas tu marah-marah. Yana hanginlah..."


"Hmm..." Imran memegang dahinya. Otaknya ligat memikirkan siapa apek tu? Ish... Berani dia marah isteri aku? Nak kena ni... Huh! "Mungkin apek tu salah number tak?"


Yana mengeluh lemah.


"Iyalah kut. Sakit hati Yana ni tau." Masih dalam mood geramnya tu.


"Dah-dah. Sayang janganlah emo sangat. Abang tak sukalah tengok sayang emo macam ni. Biasalah tu. Orang kalau dah salah nombor, memang macam tu. Sayang abaikan jer lah yea..." pujuk Imran.


"Mungkin mata apek tu dah rabun kut. Nombor lain tapi ditekannya lain. Kan abang kan?"


Imran sudah tersenyum mendengarnya. Hailah isteri...


"Tahu tak apa sayangku. Dah-dah. Sayang janganlah nak emo sangat. Abaikan jer lah si apek tu yea."


Yana mengangguk. Eh! Macam lah laki aku tu nampak kan. Haish!


"Okaylah, bang. Yana nak drive ni. Nanti kita sambung sembang kat rumah yea."


"Okay, sayang. Drive carefully tau." Pesan Imran.


"Baik, bos." Jawab Yana bersahaja.


Imran ketawa kecil di hujung talian.


"Love you, sayang."


"Love you too, abang."


Talian segera dimatikan.


Fuh! Lega...

Nasib baik tak terkantoi.

Kau kena behave lepas ni Yana oiii...

Bahaya betullah. Ni semua salah si Achong, apek bodoh tu. Huh! Tunggulah kau...


Nafas ditarik panjang dan dihembuskan secara perlahan. Diulang sekali lagi untuk meredakan degupan jantungnya yang sangat kencang itu. Apabila dah okay, dia kembali memandu dengan tenang.


"Wachaaa...."

"Haiyakkk..."

"Wachaaa..."

"Haiyakkk..."


Itulah yang kerap disebutnya, membuatkan Suhaila naik pening mendengarnya. Nak fokus buat kerja sekolah pun tak dapat tau. Ish!


"Wachaaa..." jerit Haikal.


Suhaila dah ketap bibir. Geram. Pantas dia merembat remote control astro yang berada di atas sofa sebelah adiknya itu, lalu dia segera menutup TV. Rasakan...


"Kenapa akak tutup? Abang tengah tengok TV lah. Eeiiii..." Haikal geram lalu merampas balik remote control yang berada di tangan kakaknya itu.


Butang 'ON' ditekan. TV menyala kembali.


"Wachaaa..." jeritnya, balik.


Suhaila dah merengus kasar. Grrr... Apa yang best sangat dengan WWE tu pun dia tak tahu. Buat sakit badan jer duk nengoknya. Huh! Bebel Suhaila hanya sekadar di dalam hati sahaja.


"Haiyakkk..." jerit Haikal, lagi.


Suhaila sudah tepuk dahi.


"Wachaaa..."


Semakin geram Suhaila dibuatnya, lalu tak semena-mena Suhaila mengambil pencil casenya dan terus dibaling tepat ke arah kepala adiknya tu. Gotchaa...


"Auwww..." laung Haikal sambil menggosok kepalanya yang sakit. Dia menoleh ke arah kakaknya yang sudah tersengih. Renungan tajam diberikan. "Akak dah kenapa? Sakit tau kepala abang ni. Main baling-baling pulak." Marahnya.


"Padan muka." Ejek Suhaila. Baru dia puas hati sikit.


Kali ni, Haikal pulak yang duk ketap bibirnya. Pencil case milik kakaknya itu di ambil lalu ingin dibalingkan balik ke arah kakaknya itu tapi...


"Abang!" tegur satu suara yang mampu membuatkan Haikal kecut perut.


Haikal menoleh ke arah empunya suara. Dia terus menyengih apabila melihat mamanya yang sudah ada di belakang mereka, sambil mencekak pinggang pulak tu. "Mama baru balik ke?" Tegurnya.


Yana menghampiri anak bujangnya itu.


"Taklah. Dah lama mama balik." Yana terus menarik cuping telinga anak bujangnya tu. Apa lagi, menjeritlah dia kan...


"Auww.... Sakitlah, maaa." Adu Haikal sambil menyingai kesakitan.


"Abang nak buat apa tadi? Ingat mama tak nampak ke? Tak baik nak buat akak macam tu." Yana masih menarik cuping telinga anak bujangnya.


Suhaila senyum mengejek.


"Akak yang mula dululah maaa... Sakit kepala abang kena pencil case ni tau. Mama piatlah telinga akak pulak. Mana aci kalau abang jer yang kena, kan?" Jawab Haikal.


Yana terus menoleh ke arah anak sulungnya itu.


"Eh! Mana ada maa... Akak tak buat apa-apa pun." Suhaila mulai gelabah. Dan-dan tu lah dia nak sambung buat kerja sekolahnya.


Yana sudah mengecilkan matanya lalu cuping telinga anak bujangnya dilepaskan. Dia segera mendekati anak sulungnya pulak. Maka, dipiatnya cuping telinga anak daranya tu.


"Auwww..." jerit Suhaila.


Haikal yang mendengar sudah ketawa kecil. Kan dah kena...


"Sakitlah, maaa..." adu Suhaila sambil menyingai.


"Sakit? Ada mama kesah? Lain kali main baling-baling lagi yea." Tegas Yana.


"Okay-okay. Akak tak buat lagi. Sorry-sorry..." Suhaila memohon maaf.


Cuping telinga anak daranya tu segera dilepaskan.


"Akak dengan abang jangan nak main-main yea. Kalau mama nampak lagi, akak dengan abang yang mama baling keluar nanti. Biar tidur kat luar tu. Nak?"


"Huuu... Garangnya mama kita ni." Kata Haikal sambil tersengih macam kerang busuk.


Yana sudah mencekak pinggang memandang anak bujangnya tu.


"Abang dah siapkan kerja sekolah ke belum?" Tanyanya.


"Errr..." Haikal melarikan matanya daripada berterusan memandang mamanya.


"Dah siap ke belum? Mama tanya ni..." tanya Yana, tegas.


"Belum." Jawab Haikal, perlahan.


"Dah tu? Tak reti-reti nak buat kerja sekolah ke?"


"Sekejap lagi abang buatlah. Abang nak tengok WWE ni dulu ma." Haikal menjawab.


Yana duk ketap bibir.


"Jangan sampai mama smackdown abang yea. Cepat! Satu... Dua... Tiii..."


Tak berlengah lagi, Haikal terus memecut lari meniti anak tangga menuju ke kamar tidurnya yang terletak di tingkat atas.


Remote control astro di ambil lalu butang 'OFF' ditekan.


"Adik mana kak?" Tanya Yana sambil memandang sekelilingnya untuk mencari bayangan anak bongsunya tu.


"Adik ada kat bilik ma." Jawabnya tanpa menoleh. Matanya masih tertumpu ke arah buku teks dan buku latihannya.


Tanpa membuang masa, Yana terus beredar pergi meninggalkan anak sulungnya sendirian di ruang tamu tu. Kini, dia sedang menuju ke kamar tidur milik anak bongsunya pulak.


Pintu kamar yang terbuka, segera di masuk. Dia melihat anak bongsunya itu sudah lena diulit mimpi. Ek? Tidur rupanya... Patutlah senyap jer. Yana menghampiri katil anaknya,lalu dahi anak bongsunya itu dikucup dengan  penuh kasih sayang.


Sebelum dia keluar dari kamar beradu anak bongsunya itu, dia sempat mengemas apa yang patut. Teddy bear yang bersepah, disusunkan kembali di tempatnya. Sesudah mengemas, dia terus mengatur langkah keluar dari kamar tersebut dan menuju ke kamar beradu miliknya pulak.


Tuala yang berada di tempat penyidai segera di ambil dan disangkutkan di atas bahunya. Dia menuju ke almari untuk mengambil bajunya pulak. Selepas itu, dia tak berlengah lagi pergi bilik air untuk bersihkan diri yang sudah melekit itu. Haish! Letihnya...


"Assalamualaikum." Salam diberikan apabila dia sudah meloloskan diri ke dalam rumah.


"Waalaikumusalam." Jawab Suhaila yang masih bertungkus lumus menyiapkan kerja sekolahnya itu.


"Akak seorang jer ke? Abang mana? Adik? Mama tak balik lagi ke?" Imran menyoal anak sulungnya. Dia mendekati anaknya tu. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa satu yang empuk lagi enak apabila sedang diduduki.


"Akak sorang-sorang jer kat sini. Abang ada dalam bilik. Buat kerja sekolah agaknya. Adik pun ada dalam bilik juga. Mesti adik tengah tidur, pa. Mama ada kat atas..." jawab Suhaila satu persatu.


'Ooohhh...' bulat mulut Imran menyebutnya.


"Okaylah. Papa nak naik atas dulu. Nak mandi..."


"Okay, pa."


Imran segera bangun dan menuju ke tangga. Dengan penuh perlahan, dia terus meniti anak tangga menuju ke tingkat atas. Penat betul hari ni lah...


Pintu bilik segera di buka.


"Arghhhh..." jerit Yana sambil menutup kembali tubuhnya dengan tuala mandi miliknya tu. Situasinya kini sedang berkemban hokey...


Imran yang telah pun masuk ke dalam bilik sudah tersenyum sumbing. Pintu bilik kembali di tutup dan punat kunci telah pun di tekan.


"Hai, sayang." Sapa Imran sambil tersenyum manis. Briefcasenya terus diletakkan di hadapan pintu bilik lalu dia menghampiri isterinya itu.


Yana yang sedar dirinya sedang berkemban segera mengundurkan diri. Setapak... Dua tapak... Tak sampai tiga tapak, dirinya sudah pun melayang ke dalam pelukkan sang suami, gara-gara di tarik.


Seminit... Dua minit...

Mereka masih berpelukkan.

Ikatan tualanya semakin melonggar. Yana cepat-cepat menegur sebelum berlarutan ke lain pulak.


"Eeeiii abang ni... Busuklah. Pergilah mandi dulu." Katanya sambil cuba menolak tubuh sasa encik suami tercinta itu.


"Bagilah abang peluk sayang lima minit dulu. Nak top up tenaga abang ni balik. Penat seharian kat office tau." Jawab Imran sambil mengeratkan lagi pelukkannya.


Yana tak terkata apa daa...


Tik tok... Tik tok... Tik tok...


"Okay, dah! Lima minit abang tu dah berlalu pun. Pergi mandi cepat." Suruh Yana sambil menolak tubuh sasa encik suaminya tu. Tualanya yang ingin melorot jatuh, segera dibetulkan. Fuh! Nasib baik dapat diselamatkan. Kalau tak, mahu aku kena terkam nanti. Seriau!


Imran cemberut. Dia masih tak puas lagi nak peluk tubuh kecik molek isterinya yang wangi semerbak tu. "Lima minit lagi boleh tak sayang?" Tanyanya dengan penuh mengharap.


"Boleh." Jawab Yana sepatah.


Terus bersinar mata Imran mendengarnya. Dia terus ingin mendekati isterinya tetapi dihalang isterinya tu.


"Tapi esoklah cik abang oii... Hari ni punya lima minit dah pun berlalu. Hahaha... Pergilah mandi cepat. Busuklah." Yana terus mengambil tuala yang tersangkut lalu dihulurkan kepada encik suami yang sudah berubah raut wajahnya.


"Sayang ni memang nak kena dengan abang tau." Kata Imran, geram. Dia cuba mencapai tangan isterinya yang sedang menghulurkan tuala itu tetapi isterinya lagi pantas menggelak. Tuala yang dipegang terus dicampak kepadanya.


"Hahaha..." Yana sudah tergelak kecil.


"Sayangggg..." jerit Imran, perlahan. Matanya terbeliak melihat isterinya yang sudah melarikan diri tu.


Apa lagi, berlakulah sesi kejar mengejar keliling katil.


"Berlari berkejaran. Lupakan segala duka. Di kota di desa. Di gunung dan laut. Berlagu kita berdua..." Yana menyanyi sambil melarikan dirinya. Ikatan tualanya dipegang erat agar tidak terlorot jatuhnya.


"Dinda..." Imran turut menyanyi sambil mengejar isterinya.


"Kanda..." sambung Yana pulak.


"Burung pun turut menyanyi." Mereka nyanyi serentak.


"Tawa..."


"Riang..."


"Dan cinta mula bersemi. La la la la la la la la..."


Akhirnya, Imran berjaya menangkap sang isteri lalu dipeluknya dengan seerat yang boleh. Bagaikan tak mahu dilepaskan lagi. Bahagia! Itulah yang mereka rasakan sekarang ni.


Cup!

Satu kucupan singgah di dahi isterinya tu.


"Sayang isteri abang ni..." ucap Imran tulus daripada hati.


Yana tersenyum bahagia.


Cup!

Satu kucupan singgah di pipi Imran pulak.


"Yana sayang abang dunia dan akhirat." Ucapnya sambil tersenyum manis.


Imran tersenyum senang.


Mereka berpelukkan untuk sekian kalinya.


"Abang pergi mandi dulu ya. Yana nak pi dapur sekejap. Nak hidangkan makanan untuk abang. Mesti abang dah laparkan?"


Imran mengangguk. Terpaksa dia meleraikan pelukkan lalu menuju ke kamar mandi untuk bersihkan diri yang sudah melekit ni manakala Yana bergegas memakai pakaiannya. Setelah dia merapikan dirinya, dia terus menonong keluar. Dia harus menyediakan hidangan untuk santapan sang suami tercinta.


Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.