Home Novel Cinta Ingin Mencintaimu Selayaknya
Ingin Mencintaimu Selayaknya
Selma Q
29/4/2019 03:45:46
9,124
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19

"Sayang...."

"You buat apa kat ofis I?" soal Syaiful Hadif. Tangan sibuk menaip di komputer riba. Waktu sibuk begini, Mallika datang menjenguk ke pejabatnya. Syaiful Hadif cuba sabarkan hati.

"I nak jumpa you. I ingat nak ajak you keluar. Sekejap je," Mallika maniskan muka. Dalam hati berharap sangat Syaiful Hadif akan setuju.

"Ika, sekarang dah pukul dua petang. Tadi you tak nak ajak I keluar. Sekarang baru nak I keluar dengan you? I tak boleh. I sibuk sekarang," Syaiful Hadif menyambung membuat kerjanya. Mallika yang sedang duduk bertenggek di bucu meja, tidak dihiraukan.

"You sibuk dengan syarikat Firdaus ke?" soal Mallika sambil bermain dengan alat perhiasan di atas meja Syaiful Hadif.

"Dah tahu, buat apa nak tanya lagi?" balas Syaiful Hadif acuh tidak acuh. Mallika mencebik. Syaiful Hadif seolah sudah berubah. Tunangnya kini hanya memberi fokus kepada hal syarikat. Dulu, boleh pula dia curi tulang dan tidak ambil kisah dengan waktu pejabat. Sejak Datuk Ilyas memilih Syaiful Hadif sebagai bakal CEO ARQ & CO, Syaiful Hadif memberi perhatian sepenuhnya kepada hal syarikat.  Adakah Syaiful Hadif mahu berubah menjadi anak tiri yang baik?

"I tanya je. Hmmm...tadi I nampak Firdaus kat kafeteria bawah."

"You pun tahu, syarikat I dan syarikat Fir akan bekerjasama. Daddy nak I in-charge dengan projek kerjasama ni. Kadang-kadang Fir datang sini ataupun I pergi syarikat dia. You akan selalu nampak muka Firdaus kat sini."

"Tapi...I nampak Fir berbual dengan Hana kat kafe. Mesra pulak tu!" Mallika mahu memancing perhatian Syaiful Hadif. Tiada respon dari Syaiful Hadif. Dia sibuk dengan dunianya sendiri.

"Sayang! you dengar tak apa I cakap ni?" wajah Mallika mencuka. Geram dengan perangai Syaiful Hadif yang tidak mahu ambil kisah tentang Hana Sofea.

"Iya...I dengarlah. You pun tahu perangai kasanova Fir. Dia nak try Hana kut. Biarlah! Hana bukan masalah I. Apa Fir nak buat dengan Hana, I tak kuasa nak ambil tahu."

Mallika sudah mula panas. Memang betul apa Lutfi katakan tempoh hari. Syaiful Hadif seolah tidak mahu bertindak.Mallika tarik nafas sambil menolak rambutnya ke belakang. Mallika bangun dari meja lalu merapati Syaiful Hadif. Bahu Syaiful Hadif diurut dengan lembut.

"Apa pendapat you kalau kita jalankan Hana dengan Fir?"

Pergerakan Syaiful Hadif terhenti. Kata-kata Mallika berjaya menarik perhatiannya.

"Apa maksud you?" Syaiful Hadif menoleh ke belakang. Mallika senyum panjang kerana akhirnya dia mendapat perhatian daripada Syaiful Hadif.

"Maksud I...kita buat Hana jatuh hati dengan Fir. You bayangkan kalau Fir kahwin dengan Hana. Hana akan keluar dari syarikat ni dan dia tak ada apa-apa kaitan dengn kita atau pun dengan syarikat ni lagi."

"You lupa pasal Jihah?"

Mallika naikkan bola matanya ke atas. Sejak bila Syaiful Hadif ambil kisah tentang perasaan orang lain? 

"Sayang, Fir tu anak Datuk. I rasa Fir mampu kut kalau dia nak pasang nombor dua. You ni dah kenapa? I tengok you macam tak ambil kisah pasal si Hana tu? memanglah daddy dah pilih you tapi kalau Hana bongkar cerita lama kat orang macam mana? atau dia sebar kat media sosial? reputasi you akan rosak! masa tu baru you nak bertindak?"

Syaiful Hadif mengurut kepala. Dalam kepalanya sekarang ini, hanya tentang kerja. Dia teringat kata-kata Datuk Ilyas tempoh hari. Masih terngiang-ngiang suara Datuk Ilyas di dalam kepalanya.

"Hadif, daddy nak kamu beri perhatian kepada kerja. Sudahlah tu berfoya-foya kat luar. Kalau Hadif boleh jayakan projek kerjasama dengan syarikat Datuk Hassan, daddy akan terus bersara. Daddy nak tunjukkan kat orang yang daddy tak buat pilihan yang salah. Bila Hadif jadi CEO, nanti daddy akan pujuk Harith untuk tarik balik syarat-syarat dia. Daddu nak Hadif buktikan yang Hadif sememangnya layak untuk jawatan ni."

"Sayang! you dengar tak apa I cakap ni?!" teriakan Mallika membuat suara Datuk Ilyas hilang dari kotak minda.

"Okey, macam ni...kita jangan terburu-buru. Sekarang yang lebih penting, projek kerjasama I dengan syarikat Datuk Hassan. You kasi I masa. Lepas tu, kita fikir apa nak buat dengan Hana," Syaiful Hadif cuba menenangkan Mallika yang sedang mengamuk seperti anak kecil. Dia tidak boleh beritahu Mallika apa yang telah dijanjikan oleh Datuk Ilyas. Syaiful Hadif kenal dengan perangai tunangnya. Cepat melatah dan susah untuk simpan rahsia. Kalau hal ini diketahui oleh Sayf Harith, sudah semestinya Sayf Harith akan buat apa saja untuk menghalang projeknya dari berjaya. 

Mallika masih tidak berpuas hati. Mana boleh dia terima cadangan Syaiful Hadif!

"You kasi I sebulan. Lepas bahagian kerja I untuk projek ni selesai, kita fikir apa nak buat kat Hana tu. I janji."

Sebulan? Mallika memberontak dalam hati. Dalam sebulan, macam-macam boleh terjadi antara Sayf Harith dan Hana Sofea.

"Please Ika! Tolonglah...dengar cakap I. Lagi pun selama ni, Hana tak buat apa-apa pun untuk jatuhkan I. I rasa buat masa sekarang ni, kita fokus dengan hal kita masing-masing. Apa kata you sibukkan diri dengan hal majlis  kita? You pergi shopping cari baju untuk bridemaids you ke?" pujuk Syaiful Hadif. Mallika mula bingit dengan pujukan Syaiful Hadif.

"Apa-apa jelah!" Mallika menghentak kakinya lalu terus keluar dari bilik Syaiful Hadif.Pintu bilik dihempas kuat. Mallika sengaja buat sedemikian untuk tunjuk perasaan. Syaiful Hadif sekadar menggeleng kepala. Lebih baik dia sambung membuat kerja yang tergendala tadi.

Mallika tidak ambil peduli jika ada sesiapa yang memandangnya. Kepala semakin kusut! Nampaknya dia harus mengatur strategi sendiri tanpa Syaiful Hadif.

***

Sudah lima minit Hana Sofa terpacak di depan Sayf Harith. Apa masalah Sayf Harith ni? Wajah Sayf Harith yang serius sedang tekun meneliti dokumen. Hana Sofea berdehem kecil untuk menarik perhatian Sayf Harith namun gagal.

"Tuan Sayf nak saya keluar dulu?" Hana Sofea akhirnya bersuara. Sudah tak sanggup menjadi patung tak berbayar di depan Sayf Harith.

Sayf Harith menutup dokumen lalu dicampak ke tepi. Entah mengapa hatinya panas bila melihat Hana Sofea bersama Firdaus di kafeteria tadi. Sejak ARQ & CO membuat keputusan untuk bekerjasama dengan syarikat Datuk Hassan, Firdaus kerap datang ke ARQ & CO dan dia akan cari masa untuk mendekati Hana Sofea.

"Tuan Sayf?"

"Sabtu ni, you free tak?" Sayf Harith menyoal sambil mengemas fail di atas meja.

"Sabtu ni...saya rasa tak ada apa-apa. Kenapa Tuan Sayf tanya?"

"Sebenarnya auntie Irah dah lama nak jumpa you. Dia nak ajak you makan malam kat rumah daddy I. I tahu you segan dan I cuba buat alasan untuk you tapi auntie Irah tak nak dengar," suara Sayf Harith bernada garang. 

"Er...macam Tuan cakap tadi, saya memang segan sebab hari tu auntie Irah dah tolong hantarkan saya balik. Saya rasa makan malam tu...tak payahlah," Hana Sofea senyum kaku. Dia tidak kisah berjumpa dengan Puan Umairah tapi di rumah Datuk Ilyas? mesti ada Syaiful Hadif. Dia belum bersedia untuk bersemuka dengan Syaiful Hadif walaupun dirinya sudah tidak diganggi lagi. Lebih baik dia terus jauhkan diri.

Sayf Harith senyum sinis. Perasaan cemburu sudah mengawal hati dan perasaan.

"Makan dengan Firdaus boleh pulak," Sayf Harith berbisik. 

"Apa Tuan cakap?" Hana Sofea dengar apa yang keluar dari mulut Sayf Harith tapi dia mahukan penjelasan. Kenapa Sayf Harith tergamak cakap macam tu?

"Kenapa? terasa?" Sayf Harith mengangkat kening sebelah. Hana Sofea tarik nafas sedalam-dalamnya.

"Tuan Sayf nak saya buat apa? Encik Firdaus tegur saya, tak kan saya nak buat bodoh? tadi dia yang tiba-tiba duduk dengan saya, tak kan saya nak halau?" Hana Sofea beranikan diri untuk menjelaskan hal sebenar. Bukan dia yang terhegeh-hegeh  mengejar Firdaus!

"You tahu tak yang Firdaus dah ada isteri? dulu you pernah kahwin, pernah jadi isteri. Tak fikir perasaan isteri dia? walaupun isteri dia tak ada kat sini, apa isteri dia rasa kalau dia tahu yang suami dia rapat dengan perempuan lain?"

Hana Sofea menjadi kaku.

"You terperanjat yang Firdaus tu dah kahwin?" soal Sayf Harith. Hana Sofea keliru. Mengapa hatinya rasa berbisa bila Sayf Harith mengungkit kisah lama? sepatutnya dia rasa kecewa bila dapat tahu Firdaus tidak berterus-terang tapi hatinya lebih sakit bila Sayf Harith menyebut status dahulunya. Bukan ke Sayf Harith pernah berkata yang dia tak nak ambil tahu tentang hidup lamanya? tapi sekarang? Hana Sofea cuba berlagak tenang.

"Mungkin encik Firdaus lupa nak bagi tahu? Saya pun tak pernah tanya pasal hal peribadu dia. Kita setakat bual pasal kerja je."

Sayf Harith tertawa kecil. Hana Sofea rasa dirinya disindir.

"Come on Hana! Wake up! tak belaja dari kesilapan ke? Lelaki macam Firdaus tu bijak manipulasi otak orang. Lagi-lagi perempuan macam you. Dia akan buat apa saja asalkan dia dapat dekat dengan you. Lepas I cakap Firdaus ada isteri, you tak sentap ke? You tak rasa bersalah keluar dengan suami orang?" Sayf Harith sudah beremosi. Api cemburu telah membuat Sayf Harith mengungkap apa saja asalkan Hana Sofea jauhkan diri dari Firdaus, tanpa menghiraukan perasaan Hana Sofea.

Hana Sofea pejam mata. Sejak bila dia keluar dengan Firdaus? Sayf Harith faham ke tidak apa yang dia cakap tadi?

"Jadi Tuan nak cakap yang...saya ni orang ketiga dalam rumahtangga encik Firdaus, macam tu?" mata Hana Sofea sudah berkaca. Sayf Harith tersentak melihat perubahan air muka Hana Sofea yang kelihatan sugul. Sayf Harith  meraup muka. Ternyata dia sudah terlepas kata!

"Itu bukan maksud I. I cuma..."

"Cuma apa Tuan Sayf? cuba Tuan jelaskan maksud disebalik kata Tuan tadi," Hana Sofea memegang buku notanya erat. Dia tidak mahu menangis di depan Sayf Harith. 

"Look.." suara Sayf Harith sudah berubah menjadi lembut.

"I just want to protect you. I tak nak you terluka lagi. Dulu Hadif, sekarang Firdaus."

"Tapi kenapa Tuan nak lindungi saya? saya setakat pekerja biasa. Kenapa Tuan tak nak tengok saya terluka?" Hana Sofea mencabar Sayf Harith. Tekak Sayf Harith menjadi kering. Kenapa? Kenapa dia mahu melindungi Hana Sofea? Kenapa dia tak mampu melihat wanita itu menitiskan airmata? Kenapa dia rasa marah bila ada lelaki lain mahu mendekati Hana Sofea?

'Sebab kau dah jatuh hati dengan dia' ada suara berbisik dari dalam.

Sayf Harith menggosok belakang tengkuk.

"Tuan?"

"Sebab you perempuan lemah!" mulut Sayf Harith laju meluncur kata yang tidak sepatutnya. Sayf Harith mengutuk diri dalam hati.

"Apa Tuan cakap? saya lemah? Maksud Tuan saya tak pandai jaga diri sendiri?"  suara Hana Sofea sudah hilang timbul.

"Hana...sebenarnya I..."

"Tuan tak perlu jelaskan apa-apa kat saya. Apa kata mulai saat ini, hal peribadi saya, Tuan tak perlu ambil tahu. Saya kena tipu ke, saya terluka ke, biar saya yang tanggung sendiri!"

"Hana, please listen to me."

"Saya tak sangka...sebab saya salah pilih orang sebagai suami saya dulu, Tuan ingat saya ni lemah? yang saya ni selama-lamanya akan tertipu dengan lelaki? sampai gitu sekali Tuan fikir pasal saya?"

Sayf Harith telan liuh. Rambut diraup ke belakang.

"Hana..."

"Saya tak nak dengar lagi," Tanpa pamitan, Hana Sofea terus meninggalkan bilik Sayf Harith. Sayf Harith mengurut kepala dengan sebelah tangan. Apa dia dah buat? Dia sendiri telah melukai wanita itu. Hatinya resah melihat Hana Sofea keluar dari biliknya begitu sahaja. Hatinya perit bila melihat airmata mula bertakung di mata bundar itu. Sayf Harith semakin gelisah. Sayf Harith bangun lalu merapati tingkap kaca di belakang mejanya. Otak ligat berfikir sambil melihat panorama diluar tingkap pejabat. Hatinya masih belum rasa tenang. Riak wajah Hana Sofea masih terbayang-bayang di depan mata.

"Apa yang patut aku buat sekarang ni?" Sayf Harith menyoal diri sendiri. Kedua tangan diletak di atas pinggang. Rasa gelisah di dalam hati sudah berganda-ganda. Tanpa Sayf Harith sedari, kakinya mula berundur ke belakang, setapak demi setapak.

"Damn it!"

Sayf Harith kelam kabut meninggalkan biliknya. Pintu ditarik dan mata terus mencari meja Hana Sofea yang tidak berpenghuni. Sayf Harith berjalan laju di sekitar pejabat untuk mencari Hana Sofea tetapi langsung tiada kelibat wanita itu. Mana Hana Sofea?

"Eh Adam! kau tau mana Hana pergi?" Sayf Harith akhirnya menyoal Adam yang sedang menyusun fail di atas meja Hana Sofea.

"Er..dia cakap dia turun ke lobi sekejap. Ada tertinggal barang."

"Ok thanks."

Tanpa membuang masa, Sayf Harith keluar dari pejabatnya dengan berlari anak. Butang lif ditekan berkali-kali. Sayf Harith mengeluh kasar. Lambat betul lif nak sampai! Sayf Harith tidak mampu untuk menunggu lagi. Dia mengambil keputusan untuk menggunakan tangga kecemasan. Dari tingkat sembilan, Sayf Harith tergesa-gesa menuruni anak tangga hingga ke tingkat satu. Pintu keluar untuk ke tempat lobi, ditolak dengan kasar. Nafas Sayf Harith tercungap-cungap sambil matanya melilau ke sekitar lobi ARQ & CO. Hatinya tak tenang selagi dia belum bertemu dengan Hana Sofea. Dia perlu jelaskan sesuatu kepada Hana Sofea yang telah berjaya membuka pintu hatinya. Allah sudah membuka hatinya untuk menerima insan baru dalam hidupnya. Sayf Harith bermundar-mandir di perkarangan lobi ARQ & CO. Dia mahu terus mencari.Sayf Harith tiba-tiba teringat sesuatu. Ada taman kecil di belakang bangunan. Sayf Harith mencuba nasib untuk mencari Hana Sofea disana. Sayf Harith berlari lalu keluar menggunakan pintu belakang. 

Dari jauh, Sayf Harith ternampak Hana Sofea sedang duduk di salah satu bangku panjang yang membelakangi bangunan ARQ & CO. Sayf Harith tarik nafas lega. Sayf Harith meraba-raba kocek seluar dan poket baju untuk mencari sapu tangan. Dia mahu memujuk Hana Sofea dan meluahkan perasaannya yang sebenar. Dia tidak mahu Hana Sofea menderita lagi. Dia sudah nekad untuk bahagiakan wanita itu. Tiba-tiba bahu Sayf Harith dilanggar dari belakang. 

"Dah terlambat Harith! Jangan buang masa kau. Kau balik ofis, biar aku uruskan hal Hana. May the best man wins bro!" Firdaus sempat melayangkan dua tin air di depan muka Sayf Harith. Sayf Harith terus menjadi kaku. Dia biarkan saja Firdaus mendekati Hana Sofea. Firdaus dengan selamba mengambil tempat duduk disebelah Hana Sofea.

Bahu Sayf Harith terjatuh apabila ternampak Hana Sofea memberi sapu tangan kepada Firdaus. Ternyata dia lambat bertindak. Rupa-rupanya Firdaus terlebih dahulu telah memujuk wanita itu.Firdaus menoleh ke belakang sambil mengukir senyuman yang sangat sinis. Mata dikenyitkan kepada Sayf Harith yang sedang berdiri kaku di belakang.

Sayf Harith mengetap bibir. Mata dilarikan ke tempat lain. Hatinya bertambah sakit melihat Hana Sofea bersama Firdaus. Lebih baik dia tinggalkan tempat itu. Dengan langkah yang lemah, Sayf Harith bergerak dan masuk semula ke dalam bangunan. 


*Maaf jika ada kesalahan dari segi ejaan atau pun yang lain. Harap IMS boleh diterima ramai*

IG : selmaq1710

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Selma Q