Home Novel Cinta Ingin Mencintaimu Selayaknya
Ingin Mencintaimu Selayaknya
Selma Q
29/4/2019 03:45:46
43,235
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

Hujanturun dengan lebat. Hana Sofea mengambil keputusan untuk menunggu hujanberhenti dahulu. Hana Sofea mencebik. Macam mana dia boleh terlupa bawa payunghari ini! Hana Sofea menghantar mesej kepada Puan Salehah yang dia mungkinsampai rumah lewat. Hana Sofea tidak mahu Puan Salehah risau. Hana Sofeamengambil tempat duduk di lobi ARQ & CO.

Waktusudak menginjak ke pukul 6.15 petang. Ramai staf sudah beransur pulang. Hujanmasih lebat. Hana Sofea menghela nafas.

“Hana?”

HanaSofea berpaling ke suara itu.

SayfHarith!

“Youbuat apa kat sini? Tak ke orientationhabis awal hari ni? sekarang dah pukul...” Sayf Harith melihat ke jam tangan.

“Sayatak ada payung. Kalau jalan ke LRT, mesti saya basah kuyup. Saya ingat nak naikteksi atau Grab, tapi dari tadi takdapat booking.” Hana Sofea berceritatanpa ada niat untuk meraih simpati dari Sayf Harith.

“Kalaumacam tu, I hantar you balik.” Sayf Harith mengeluarkan telefon. Niat untukmelepak dengan Luqman terpaksa dibatalkan.

“EhTuan Sayf! Tak payah susahkan diri. Saya boleh je balik sendiri. Sekejap lagihujan akan berhenti kut.” Hana Sofea menolak. Tak sanggup nak berdua-duaandengan Sayf Harith Lagipun dia belum bekerja dengan lelaki itu secara “rasmi”.

“Manaada susah? Lagipun you staf I. Kalau staf I yang lain dalam kesusahan macam yousekarang ni, I akan tolong jugak.” Sayf Harith sudah bercekak pinggang. HanaSofea menggaru kepala.

“Kesusahansaya taklah sebesar mana pun...” suara Hana Sofea menjadi kendur.

“Ipergi ambil kereta. You tunggu sini.” Sayf Harith mengeluarkan arahan.

HanaSofea senyum nipis. Dia tidak mampu menolak lagi. Sayf Harith sudah punbergerak meninggalkan dirinya. Sayf Harith berlari anak menuju ke lif untuk ketempat letak kereta.

Sampaidi tempat letak kereta, Sayf Harith mengambil kunci kereta dari poket.  Kereta Audi berwarna hitam kilat dibukakuncinya dengan menggunakan alat kawalan jauh. Sayf Harith membuka kot laludicampak ke tempat duduk belakang. Lengan baju ditarik hingga ke siku untukrasa lebih selesa dan mudah untuk dia memandu nanti.

SayfHarith memberhentikan keretanya di depan pintu masuk bangunan ARQ & CO.Sayf Harith terus  mencari Hana Sofea ditempat mereka bertembung tadi.

Tiadakelibat wanita itu. Mana dia pergi?

SayfHarith mengambil keputusan untuk bermundar-mandir di sekitar perkarangan lobi.Telefon berbunyi. Nama Luqman tertera di skrin telefon.

“Apadia Luq?” Sayf Harith jawab acuh tidak acuh. Mata sibuk mencari Hana Sofea.

“Oh!Dah lupa kawan. Ada temujanji dengan siapa? Sampai sanggup cancel lepak dengan aku!”

“Kaujangan nak fikir bukan-bukan eh! Aku ni...” ayat terbantut apabila matamenangkap figura Hana Sofea disebalik tembok yang agak tersorok dari pandanganmata orang.

“ErrLuq, nanti aku telefon kau balik. Bye.”Sayf Harith matikan talian tanpa menunggu respon dari Luqman.

Saatmahu mendekati Hana Sofea, kaki Sayf Harith bagai terpaku ke lantai tatkalaternampak susuk seorang lelaki, ada bersama dengan Hana Sofea. Sayf Harithmengecilkan mata untuk melihat lelaki itu dengan lebih jelas.

SyaifulHadif!

Dengancepat Sayf Harith menyembunyikan diri di salah satu tembok. Posisi Hana Sofeadan Syaiful Hadif masih jelas dan boleh dilihat dari tempat persembunyiannya.

Biladiamati dari jauh, Syaiful Hadif seolah sedang memarahi Hana Sofea. Sayf Harithcuba sedaya upaya untuk mencuri dengar tetapi gagal.

Tidaklama kemudian, Syaiful Hadif beredar dalam keadaan tergesa-gesa. Hana Sofeajelas kelihatan sugul. Sayf Harith keluar dari tempat persembunyian setelahmemastikan Syaiful Hadif sudah tiada di perkarangan lobi.

SayfHarith tarik nafas. Kaki mengorak ke hadapan menuju ke Hana Sofea yang sedang berdiri kaku.

“Youkat sini rupanya! Penat I cari you. You buat apa kat sini?” Sayf Harith  menyoal bersahaja seolah-olah dia tidaknampak kejadian tadi.

“Huh?Err..saya..” Hana Sofea kaget.

“HanaSofea, look at me. Are you okay?”Sayf Harith membongkokkan tubuhnya untuk memandang wajah Hana Sofea.  

HanaSofea meraup muka. Dirinya masih dalam keadaan terkejut.

“Sa...sayaokey. Saya nak balik.” Hana Sofea mahu tinggalkan tempat itu sekarang juga. Diatakut jika dia bertembung dengan Syaiful Hadif lagi.

“Jom.Kereta I dah kat luar. Hujan pun dah kurang. Let me send you home.” Sayf Harith menyentuh lengan Hana Sofeauntuk pastikan Hana Sofea mengikutnya dari belakang.

“TuanSayf, saya boleh jalan sendiri.” Hana Sofea menjauhkan lengannya dari sentuhanSayf Harith. Sayf Harith rasa malu. Malu dengan tindakan dirinya keranamenyentuh seorang wanita ajnabi walaupun lengannya berlapik dengan baju.

Sepanjangperjalanan pulang, kedua-dua sibuk melayan perasaan sendiri. Hana Sofea masihlagi terkejut dengan apa yang terjadi. Kenapa? Hampir 3 tahun dia tidak bertemudengan Syaiful Hadif. Kenapa sekarang Syaifu Hadif muncul semula di depannya?  Luka lama berdarah kembali.

“Hana,you okey?” Sayf Harith tidak mampu berdiam diri. Melihat kebisuan Hana Sofeamembuat hati Sayf Harith tidak tenang.

“Huh?Saya..okey. Mungkin penat.” Hana Sofea jadi gugup.

“TadiI nampak you dengan seorang lelaki.” Sayf Harith cuba nasib untuk bertanya.Manalah tahu Hana Sofea tergerak hati mahu bercerita.

“Apa?Tuan nampak ke tadi? Tuan nampak apa?!” Hana Sofea mula gelabah. Sayf Harithdijentik rasa curiga.

“Taknampak apa-apa.. Siapa lelaki tu? I tak nampak pun muka lelaki tu.” Sayf Harithberdalih.

“Err..kawanlama.” Hana Sofea terpaksa berbohong. Dia tidak mahu Sayf Harith tahu tentangkisah silamnya dan siapa Syaiful Hadif dalam hidupnya sebelum ini.

“Kenapayou tadi macam..”

“TuanSayf, Saya penat. Boleh tak kita tak bual pasal hal ni lagi?” Hana Sofeamengharap Sayf Harith tidak bertanya lagi.

“Iminta maaf. I bukan apa cuma...” Sayf Harith mula rasa bersalah kerana terlalumendesak Hana Sofea untuk bercerita.

“ErrTuan, boleh turunkan saya kat sini.” Hana Sofea tidak tahan lagi. Dia ingincepat-cepat keluar dari kereta.

“Rumahyou yang mana satu?” Sayf Harith tengok kiri dan kanan.

“Rumahteres kat hujung sana. Tak apa, Saya boleh jalan. Tak jauh pun.” Hana Sofeasudah bersiap-siap ingin lompat keluar dari kereta.

“Hana...”suara garau itu membuat pergerakan Hana Sofea menjadi kaku.

“Iminta maaf kalau I terlalu mendesak tadi.”

HanaSofea senyum tawar. “It’s okay. Takperlu nak minta maaf.”

Waktubagaikan terhenti. Sayf Harith gagal mengalih matanya dari wajah Hana Sofea.Matanya terpukau dengan mata bundar milik Hana Sofea. Buat pertama kali, hatiSayf Harith yang keras bagaikan berjaya diluntur. Hatinya berdetak kencangkerana seorang wanita bernama Hana Sofea.

“ErrTuan...” Hana Sofea rasa canggung. Ada rasa kelainan dari renungan Sayf Harith.Bukan renungan tajam tapi renunngan yang sukar untuk ditafsirkan.

 Sayf Harith pejam mata sesaat. Rambut dikuakke belakang. Rasa malu kerana terbuai dengan perasaan sendiri.

“Sorry.Tadi I tengah fikir benda lain. Tak ada kaitan dengan you.” Sayf Harith ciptaalasan.

HanaSofea mati kutu. Tak tahu respon apa yang sesuai buat masa ini.

“Inirumah you atau rumah sewa?” Sayf Harith tiba-tiba ringan mulut untuk berbual.

“Inirumah mak angkat saya. Saya tinggal dengan mak angkat dan anak perempuan dia.”

“Makangkat? Mak kandung you mana?”

HanaSofea tersentap. “Mak dan ayah saya dah lama meninggal dunia. Kemalangan jalanraya.”

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. I am sorryto hear that.” Sayf Harith dilandadengan rasa bersalah.

HanaSofea menunduk kepala. “It’s okay.Perkara dah lama berlaku dan kita semua sekadar pinjaman di dunia. Bila tibamasa, Allah akan ambil. Kita sebagai manusia, perlu redha.”

“Redha?Walaupun pahit untuk ditelan?” Sayf Harith memandang ke hadapan. Sayf Harithteringat kepada insan-insan yang sudah pergi.

“Setiapkepahitan ada kemanisan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kalau kita takdapat ganjaran atau kemanisan di dunia, Insya Allah, Kita akan terimaganjarannya di akhirat. Lagipun dunia ni hanya sementara. Jika diizinkan, kitaakan berjumpa semula dengan mereka di sana.” Tutur Hana Sofea dengan penuhkelembutan. Sayf Harith rasa hatinya sejuk dan tenang sekali. Sayf Harithtersenyum kecil.

SayfHarith dan Hana Sofea jeda.

‘ErrTuan. Saya balik dulu. Nanti ibu saya risau pulak saya tak balik-balik.”

Yeah sure.” Sayf Harith berdehem.

Orientation by this week dah selesai,saya masuk ofis isnin depan.”

“Oh!Next week I tak ada kat ofis. I adaseminar kat Penang selama seminggu tapi don’tworry Encik Lutfi akan bantu you nanti.”

HanaSofea rasa sedikit kecewa.

“Sayaminta diri dulu dan terima kasih sebab hantar saya pulang.”

No problem.” Sayf Harith jawab pendek.

Pintukereta dibuka. Hana Sofea berat hati untuk melangkah pergi. Kaki digagahi untukkeluar dari kereta Sayf Harith. Hati meronta-ronta untuk pusing ke belakangtetapi otak menghalang. Akhirnya Hana Sofea berjalan pulang ke rumah tanpapandang ke belakang.

HanaSofea tidak sedar yang dirinya diperhatikan. Dia tidak tahu yang sebenarnya SayfHarith keluar dari kereta dan bersandar di tepi pintu kereta.

SayfHarith masih setia menunggu sehinggalah Hana Sofea sudah selamat masuk ke dalamperkarangan rumah.

SayfHarith mendongak ke atas, melihat langit yang sudah gelap.

Mengapahati ini bagaikan tertarik dengan Hana Sofea? Sayf Harith mengurut pelipis.kepala menggeleng laju. Tidak! Aku tidak boleh jatuh hati dengan dia! Hati akumilik orang lain dan Hana Sofea bukan orangnya!

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Selma Q