Home Novel Cinta Ingin Mencintaimu Selayaknya
Ingin Mencintaimu Selayaknya
Selma Q
29/4/2019 03:45:46
12,259
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

“Har...”

“Apa dia?” Sayf Harithmembalas tanpa memandang wajah Luqman. Sayf Harith sibuk meneliti dokumen didepan mata. Kawan karibnya yang duduk di depannya, langsung tidak dihiraukan.

“Macam mana budak barukau? Okey ke tak?” Luqman menarik dokumen dari tangan Sayf Harith.

“Hey! Apa ni Luq! Kauni buat kacaulah!” Sayf Harith merampas semula dokumen dari tangan Luqman.Luqman langsung tidak terasa hati. Dia kenal hati budi Sayf Harith. Nampakgarang dan kasar tetapi dia sebenarnya mempunyai hati yang baik.

“Aku tak sabar nak tahupasal budak baru kau. Apa ke tak! Akhirnya ofis kau ada perempuan, bro!”

“Habis Ain tu? Kau lupake dia perempuan?” Sayf Harith mula hilang kosentrasi. Dokumen dicampak ketepi.

“Ain tu kes lain. Itupun sebab Datuk Ilyas yang suruh dia transferke ofis kau. Kalau tak, ofis kau semua staf lelaki. Jadi apa cerita? Dia okeytak? Aku tengok dia boleh tahan.” Tubuh Luqman didekatkan ke meja Sayf Harith.Dahi Sayf Harith berkerut.

“Bila kau nampak dia?”Sayf Harith bersandar ke belakang untuk duduk dengan lebih selesa. Luqmansenyum kecil.

“Semasa kau buat office tour. Siap ajar dia macam mananak gunakan photocopy machine lagi!”Luqman senyum simpul. Sayf Harith mengecilkan matanya.

“Kau skodeng kita eh?” Pena dicampak ke arahLuqman. Luqman sempat mengelak.

“Bukan skodeng tetapi nak tengok siapa budakbaru tu. Apa special sangat sebab kausanggup buat office tour! Masa Adamdan Charles baru masuk, jangan cakap officetour, nak tunjukkan batang hidung kau pun susah. Benda macam ni, Lutfi yangselalu buat. Bukan kau!”

“Lutfi kan sekarangcuti.”

“Sudahlah Har! Inisemua alasan!”

Sayf Harith malas mahumelayan karenah kawan karibnya. Matanya dipejam untuk berehat seketika.

“Luq...” mata SayfHarith masih tertutup.

“Hmmm...” Luqmanmenjawab sambil mata sibuk membaca emel di telefon pintarnya.

“Kau nampak muka diatadi kan? Kau tak rasa ke, yang muka dia macam pernah nampak?” soal Sayf Harithbersahaja. Luqman mendongak kepala. Sayf Harith masih memejam mata dengan satusenyuman yang sukar untuk ditafsirkan.

“Rasanya tak. Bila akutengok muka dia, aku tak ingat apa-apa pun. Kenapa kau tanya?” Luqman menggarudahi. Rasa pelik dengan pertanyaan Sayf Harith sebentar tadi.

Soalan Luqman dibiarkansepi. Luqman menunggu dengan sabar.

Sesaat kemudian, mata SayfHarith terbuka lalu memandang Luqman dengan riak bersahaja. “Tak ada apa-apa. Just asking.” Sayf Harith menjongketbahu lalu menyambung kerja yang tergendala tadi.

“Sayf Harith Bin DatukIlyas Syah! Kau ada sembunyikan sesuatu dari aku ke?” Suara Luqman bernada kuat.

Sayf Harith simpansenyum. Jawapan yang sebenar akan dirahsiakan dahulu. Lambat-laun Luqman akandapat tahu juga.

***

Sayf Harith mengeliatkecil. Tangannya mengurut bahu sendiri. Tali leher dilonggarkan dan ikatanrambut dileraikan. Kepala serta-merta rasa ringan bila rambutnya dibiarkanbebas. Telinganya tiba-tiba terdengar bunyi kasut diluar biliknya.

Sayf Harith diserangrasa hairan. Bukan ke semua staf sudah pulang? Jam di dinding menunjukkan pukul7 malam. Siapa yang masih bekerja waktu macam ni?

Sayf Harith mengalihperhatian ke pintu apabila pintunya ditolak dari luar. Wajah Mallika munculdisebalik pintu sambil mengukir senyuman manis. Sayf Harith mendecit.

“You buat apa katsini?” Sayf Harith menyoal kasar.

Mallika yang berpakaiandress merah ketat, masuk ke dalamofis walaupun tidak dijemput. Mallika persis seorang model, berjalan danmendekati meja Sayf Harith. Sayf Harith rasa bosan dengan sikap Mallikka yangmasih mencuba nasib untuk menggodanya.

“Har, I datang sinisebab I rindukan you. I sengaja datang sini sebab untuk lepaskan rasa rindu I.”Mallika sengaja melunakkan suaranya. Mallika mendekati Sayf Harith lalu berdiridi sebelah Sayf Harith. Mallika bermain-main dengan tali leher Sayf Harith.Haruman wangian lelaki itu membuat Mallika terbuai.

“Ika! Hentikan semuakerja gila you ni! You dah bertunang. Lagi berapa bulan nak menikah! Dah nakjadi isteri orang. Akhlak you tu, boleh tak perbaiki sikit?” Sayf Harith bangununtuk menolak sentuhan Mallika.

“Har! You pun tahu yangdari dulu, I ada hati dengan you. Tapi you buat tak tahu! I ingat lepas I teimapinangan lelaki lain, I boleh lupakan you. Tapi hati I masih berdegil nak youjugak!” Mallika membuat muka sedih. Ingin meminta simpati dari lelaki pujaanhatinya.

That’s nonsense! Awal-awal lagi I dah cakap yang I anggap you macamkawan je. I memang tak ada perasaan kat you. I layan you dengan baik sebabdaddy kita berkawan. I tak pernah layan you lebih dari kawan. I tak fahamkenapa sampai sekarang you susah nak terima kenyataan ni? You dah tunang. Youdengan hidup you. I dengan hidup I.”

Mallika dengan pantasmemeluk tubuh Sayf Harith dari belakang.

“Sampai hati you cakapmacam tu! Apa kekurangan I?” Tangan Mallika mula menjalar ke dada Sayf Harith.Tubuh Sayf Harith yang tegap membuat jantung Mallika berdegup laju. Niat dihati mahu menggoda Sayf Harith tetapi dirinya pula yang tergoda dengan auraSayf Harith yang sangat maskulin.

Sayf Harith memegangpergelangan tangan Mallika untuk menghalang wanita itu dari terus-menerus menyentuhnyasesuka hati. Sayf Harith tarik nafas dan beristighfar dalam hati. Hasutansyaitan perlu ditepis.

“Sudahlah Ika. Baliklah.I dah penat. You know your way out. So please!”

Mallika menarik tangannyadari genggaman Sayf Harith. Mallika bertindak berani dengan memeluk Sayf Harithlagi erat.

“Har! Jangan halau I! Isayang you. Hati I nak you seorang je. Kalau you tak boleh sayang I, tak apa.Beri I peluang untuk peluk you sepuas-puasnya sebelum I jadi isteri orang. Please Har! Jangan tolak keinginan hatiI. I love you so much.” TanganMallika mula bergerak ke butang baju kemaja Sayf Harith. Mallika gagal mengawaltingkah lakunya.

Sayf Harith mengetapbibir. Hatinya panas dengan sikap Mallika yang tak ada rasa malu langsung!

“Tadi you tanya I, apa kekuranganyou kan?” Sayf Harith bersuara.

Mallika sekadarmengangguk kepala. Bibir Mallika mula menjalar di belakang tubuh Sayf Harith.

“You.tak.ada.adab!”Sayf Harith berkata satu persatu.

Sayf Harith menolaktangan Mallika dengan kasar. “You tak ada adab! Faham!” jerkah Sayf Harith lalumenolak Mallika ke tepi sehingga kaki wanita itu yang tersandung ke belakang.

“Ouch! You gila ke? Ipakai high heels hari ni tau! You takrasa bersalah ke tolak I macam ni? Nasib baik I sempat berpaut kat kerusi you!”Mallika mengomel. Buku lali mula terasa bisa akibat ditolak tadi.

Sayf Harith bergerak kesofa panjang sambil membutang baju kemejanya. Dadanya sedikit terdedahdisebabkan Mallika yang cuba berperangai tidak senonoh terhadapnya! Mata SayfHarith terpandang beg tangan Mallika di atas sofa panjangnya. Sayf Harith tanpaperasaan mengambil beg itu lalu menghempas ke arah Mallika. Bunyi berdentumkuat apabila beg tangan berjenama Chanelmencium permukaan lantai.

“Apa masalah you ni?”Mallika menjerit sambil menghentak kaki.

Sayf Harith melabuhkanpunggung di atas sofa. Kaki disilang sambil berpeluk tubuh.

“Orang macam kau yangtak ada adab, patut dilayan kasar macam tadi. Biar berbekas dalam otak kepalakau!” bahasa Sayf Harith sudah berubah menjadi kasar. Mallika mendengus.Rambutnya yang panjang ditolak ke belakang.

“Kau dengar sini. Mulaisaat ini, aku tak nak tengok muka kau kat ofis aku! Kau buat kacau kat sinilagi, aku tahu apa nak buat. Faham?!” tengkingan Sayf Harith membuat Mallikaterpanar.

Now go home and reflect!” Sayf Harith melirik matanya ke pintusebagai isyarat menyuruh Mallika untuk keluar dari biliknya. Mallika mengetapbibir. Dadanya berombak dengan api kemarahan. Begnya yang terdampar di ataslantai, diangkat dengan kasar. Mallika terus keluar tanpa memandang ke arahSayf Harith.

Mallika menghentakkedua kakinya sebaik saja keluar dari pejabat itu. Butang lif ditekanberkali-kali untuk melepaskan rasa amarahnya yang membuak-buak. Kesakitan dibahagian buku lali tidak dihiraukan. Mallika meraup rambut dengan kasar. Nafasditarik lalu dihembus keluar melalui mulut.

Cool down Mal. Jangan over-react.”Mallika cuba tenangkan dirinya. Mata dipejam untuk seketika.

Beg tangan dibuka lalubedak kompak diambil keluar. Terbeliak mata apabila mendapati sebahagian isinyatelah hancur. Ini semua sebab Sayf Harith!

“Kurang ajar! Kaurosakkan barang aku. Tak apa Harith! Aku akan pastikan kau tak akan bahagiadengan hidup kau. Kau hina aku? Aku akan hina perempuan pilihan kau nanti! Akunak hidup kau hancur lumat sama macam bedak ni. Aku tak akan lepaskan kau SayfHarith! Arghh!”

 

* Terima kasih sebabsudi membaca. Semoga karya ini dapat diterima ramai*

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Selma Q