Home Novel Cinta Ingin Mencintaimu Selayaknya
Ingin Mencintaimu Selayaknya
Selma Q
29/4/2019 03:45:46
13,747
Kategori: Novel
Genre: Cinta
PROLOG

“Abang, siapa perempuanni?” suara Hana Sofea sudah berketar-ketar. Hati yang panas cuba disejukkan.Tergamaknya Syaiful Hadif membawa pulang seorang wanita ke rumah mereka. SoalanHana Sofea langsung tidak diendahkan.

Mata Hana Sofea melirikke figura wanita yang berdiri di belakang Syaiful Hadif. Cantik tetapi rupanyayang cantik ditutupi dengan riak yang sombong.

“Sayang, you pergi naikatas, ambil barang-barang you. Yang ni biar I uruskan. Sebab hanya seorangwanita saja yang faham perasaan wanita yang lain kan?” Wanita yang berdiri dibelakang Syaiful Hadif tiba-tiba bersuara.

Hana Sofea mengalihpandangan ke arah wanita itu yang sedang tersenyum sinis memandangnya.

“Abang, apa semua ni?Cuba terangkan kepada Hana! Abang jangan diam je!” Hana Sofea sudah hilangsabar.

“Dear, I naik atasambil barang I. I malas nak layan drama airmata isteri teraniaya. You tunggusini.” Syaiful Hadif terus naik ke atas.

Terbeliak mata HanaSofea dengan kelakuan Syaiful Hadif! Hana Sofea membuka langkah untuk menahanSyaiful Hadif tetapi ada tangan menghalang dirinya.

“Nama you Hana right? Apa kata, kita bincang cara baik.Tak perlu nak bergaduh.” Kata wanita itu dengan tenang.  Seolah-olah mempunyai hubungan dengan lelakiyang sudah beristeri, bukan satu kesalahan.

“Cara baik awak cakap?Awak ada hubungan dengan suami saya, lepas tu awak cakap nak bincang cara baik?”nafas Hana Sofea mula turun naik. Wanita itu dengan bersahaja memandang HanaSofea dari atas ke bawah.

“Nak buat macam mana?Hadif dah jatuh hati dengan I. Tengoklah diri you sekarang. Selekeh! Mak youtak ajar ke yang isteri kena berhias depan suami? Oh! I lupa! You tak ada mak!Mak you dah meninggal dunia. Itu sebab you tak tahu nak jaga hati Hadif.”

“Jaga mulut awak! Takperlu nak heret nama arwah mak saya! Saya tak faham..dalam banyak-banyaklelaki, kenapa awak tetap pilih suami saya?”

“Dah jodoh kut? Untukpendekkan cerita, Hadif sebenarnya tak berminat dengan you lagi. Apa kata kalaukau orang berdua berpisah cara baik? I boleh bantu you pujuk Hadif, untuk kasimutaah yang tinggi kepada you. Lagi pun you tak kerja kan? I dengar you sekolahsampai SPM je.”

Airmata mula mengalirdari mata bundar Hana Sofea. Hana Sofea rasa kecewa dengan diri sendiri kerana sudahkalah dengan wanita yang cantik ini.

“Kenapa awak sangguprampas kebahagiaan wanita lain?” suara Hana Sofea mula hilang timbul.

“Hana, you cuba tengokdari segi yang positif. Hadif dah tak bahagia dengan you. I ni sudi curahkankasih sayang I kepada Hadif tau. Bukan ke, kalau kita cintakan seseorang, kitanak dia bahagia sampai kita sanggup korbankan kebahagiaan kita sendiri. Kirasekarang ni, you sedang berkorban demi kebahagiaan Hadif. Hadif bahagia biladia dengan I. Bukan dengan you. I amsorry honey. Dah jalan hidup you macam ni.”

Hana Sofea mendengus.

“Awak memang tak adarasa bersalah ke?” Hana Sofea meraup muka dengan kasar.

“Buat apa I nak rasabersalah. Hadif yang kejar I. I tak goda dia pun. Dia sendiri datang kat I.Bila I cakap, you tak pandai jaga suami, you tak boleh terima. Bukan perutsuami je you kena jaga, You kena jaga mata dia jugak supaya dia tak pandangperempuan lain.”

Lutut Hana Sofeamenjadi lemah. Selama ini, dia cuba menjadi isteri yang terbaik untuk SyaifulHadif. Semua kata dituruti dengan penuh ketaatan tetapi dia masih gagal menjagarumahtangganya.

“Anggap ini ujianrumahtangga dan satu pelajaran untuk you. Jadi, bila you nak kahwin lepas bercerainanti, you dah tahu apa nak buat.”

“Bercerai?” Duniabagaikan terhenti. Suara tersekat di kerongkong.

Terdengar bunyi tapakkaki sedang menuruni tangga dengan tergesa-gesa.

“Sayang, I dah ambilbarang I. Jangan nak layan perempuan bengap ni! buang masa you je!” SyaifulHadif muncul di sebelah teman wanitanya. Hana Sofea mencapai tangan SyaifulHadif.

“Abang, Hana tak nakkita bercerai.  Kalau abang nak berkahwindengan dia, Hana izinkan tapi jangan lepaskan Hana! Kalau abang lepaskan Hana,apa Hana nak buat dengan hidup Hana? Abang dah janji untuk jaga Hana sampaiakhir hayat abang. Mana janji-janji abang? Abang dah lupa ke? Tolonglah abang!Jangan buat Hana macam ni!”

Syaiful Hadif pandangisterinya dengan perasaan jelek.

“Aku tak nak ambil tahupasal hidup kau! Kau nak merempat ke, mati ke, aku tak kisah. Aku dengan hidupaku, kau dengan hidup kau! Kau ingat aku kahwin dengan kau sebab cinta ke? Kaumemang bodoh Hana. Berkahwin dengan kau bukan kehendak hati aku. Sudah! ketepi!” Syaiful Hadif menolak Hana Sofea tanpa rasa kasihan. Kaki sudah tidaksabar untuk melangkah keluar dari rumah itu.

Hana Sofea terpempan.Tergamak Syaiful Hadif menolaknya di hadapan teman wanitanya. Badan terusmenjadi kaku di atas lantai. Hana Sofea malu untuk mengangkat kepala saat ini.Tidak sangka perkahwinannya akan berakhir dengan penceraian.

“Hana...Hana... kitasebagai perempuan kena bijak. Jangan bergantung dengan lelaki. Lelaki akanpijak kepala kita kalau dia tahu kita terlalu bergantung dengan duit dia. Ingatpesan I ni sampai bila-bila tau. Jangan bergantung kepada kaum lelaki. Janganjadi bodoh sangat! Okaylah, I gerak dulu. Kita ada flight to Bali petang nanti. Selamat tinggal Hana. I harap kita takberjumpa lagi selepas ni.”

Hana Sofea pejam mata.Hatinya sakit bila wanita itu menghina dirinya tanpa rasa bersalah.

Hana Sofea bangun bilatelinga menangkap bunyi deruman enjin kereta di luar rumah. Dia mahu mengejarSyaiful Hadif! Perkahwinan yang dibina setahun yang lalu, tidak seharusnyaberakhir hanya kerana orang ketiga.

“Abang, tolonglah!Jangan buat Hana macam ni!” Hana Sofea mengetuk cermin tingkap kereta dibahagian pemandu berkali-kali. Rasa malu dibuang ke tepi demi menyelamatkanrumahtangganya.

Syaiful Hadif langsungtidak hiraukan rayuan Hana Sofea yang berada di luar kereta. Syaiful Hadifmenekan pedal minyak. Kereta mula bergerak dengan laju. Hana Sofea kaget. Kakiturut mengikut rentak kereta. Semakin laju kereta bergerak, semakin kuathentakan tangan di cermin tingkap.

“Abang, jangantinggalkan Hana!” kaki gagal menandingi kelajuan kereta. Hana Sofea tertinggal  ke belakang. Hana Sofea cuba mengejar walaupunberkaki ayam. Nafas Hana Sofea semakin sempit. Akhirnya dia terjelepuk di atasjalan raya. Airmata mengalir dengan deras. Bahu Hana Sofea terhinjut-hinjut. Akhirnyadia tewas! Dia gagal menghalang permergian Syaiful Hadif.

“Cik tak apa-apa?”suara seorang lelaki menyapa di telinga Hana Sofea. Hana Sofea meraup muka sambil menyeka airmatanya. Hana Sofea mula diserang rasa malu. Sudah pasti lelaki itutelah menyaksikan babak dia mengejar kereta sebentar tadi. Setahu dia, kawasanperumahan yang dihuni selama ini, agak sunyi. Suara lelaki itu amat asing ditelinganya. Hana Sofea pasti lelaki itu bukan dari kawasan ini.

 “Saya okey. Tadi kaki saya terlanggar batu.”Hana Sofea cipta alasan. Alasan yang tak masuk di akal. Dia tidak mahumemandang lelaki itu. Rasa malu terhadap lelaki itu semakin tebal. Hana Sofeagagahkan diri untuk bangun tetapi badannya mula rasa berat. Mata juga turut menjadi berat dan kepala menjadiringan. Lelaki yang berdiri di belakangnya tidak dihiraukan.

Sesaat kemudian, badanHana Sofea terus melayang ke tepi...

“Cik!” lelaki itumenjerit dan terus meluru mendapatkan Hana Sofea yang sudah terkulai layu di tepijalan.

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Selma Q