Home Novel Cinta Ingin Mencintaimu Selayaknya
Ingin Mencintaimu Selayaknya
Selma Q
29/4/2019 03:45:46
43,149
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 21

Nanti pukul 5, I tunggu you kat bawah. Can't wait to see you!

Hana Sofea mengeluh. Telefon dicampak ke atas meja. Mesej Firdaus tidak dibalas. Dia malas nak layan Firdaus yang sering menghantar mesej kepadanya. Tiap-tiap malam, akan dititip pesanan selamat malam kepadanya. Hana Sofea betul-betul rimas!

Kepala menoleh ke pintu bilik Sayf Harith. Hubungan mereka menjadi dingin sejak mereka bertekak tempoh hari. Sayf Harith pula sudah kurang berbual dengannya. Mereka hanya berbual tentang hal kerja. Hana Sofea buntu. Lagi 30 minit, waktu kerja akan tamat. Apa yang patut dia buat? Terus pergi ke rumah Datuk Ilyas bersama Firdaus atau patut ke dia beritahu Sayf Harith yang dia akan menumpang kereta Firdaus untuk pergi ke sana? Hana Sofea menggaru kepala. Nafas ditarik. Hati kuat mengatakan yang dia patut memberitahu Sayf Harith. Tak kisahlah kalau Sayf Harith nak cakap bukan-bukan tentang dirinya.

Hana Sofe bangun dari kerusi sambil menarik nafas untuk mengumpul kekuatan untuk bertentang maata dengan Sayf Harith. Pintu diketuk. Hati mula menyesal. Mungkin lebih baik dia terus pergi dengan Firdaus tanpa perlu memberitahu Sayf Harith. Pintu tiba-tiba ditarik dari dalam.

"Dah ketuk tapi kenapa tak masuk?"

Hana Sofea terperanjat. Tadi dia mengelamun lama sangat ke sampai Sayf Harith terpaksa buka pintu sendiri?

"Come in," Sayf Harith mengarah Hana Sofea untuk masuk ke dalam biliknya. Hana Sofea akur. Sayf Harith berdiri di depan meja kerjanya dengan berpeluk tubuh. Hana Sofea menutup pintu dan berdiri dekat dengan pintu.

"Urrmm..kenapa Tuan Sayf buka pintu tadi? Tak sampai satu minit saya ketuk, Tuan dah..."

"You nak apa?" Sayf Harith laju memotong. Dia tak nak Hana Sofea tahu yang dia bersandar ke pintu sejak 10 minit yang lalu kerana asyik memikirkan tentang Hana Sofea. 

"Tentang makan malam nanti, saya pergi dengan..." Hana Sofea takut untuk menyambung kata.

"Auntie Irah suruh you tumpang kereta I kan?" Sayf Harith terpaksa menggunakan nama Puan Umairah.

"Sebenarnya...saya tumpang kereta encik Firdaus," Kepala Hana Sofea terus tertunduk. Rasa takut dengan apa yang bakal terjadi nanti.

"Oh I see," rahang Sayf Harith bergerak-gerak.

Jeda.

Hana Sofea boleh rasakan keadaan sudah menjadi tegang.

"Tuan Sayf, sebenarnya saya..."

Sayf Harith mengangkat tangan lalu mata dilarikan ke tempat lain. Hana Sofea faham dengan isyarat itu. Sayf Harith tidak mahu mendengar penjelasannya. Tangan Sayf Harith perlahan-lahan jatuh ke tepi. Dada mula berombak. Sayf Harith cuba mengawal rasa cemburu.

"You tak perlu jelaskan apa-apa kat I. Mesti you ada sebab kenapa you tumpang kereta Firdaus. It's okay," Sayf Harith cuba untuk senyum tapi nampak janggal di mata Hana Sofea.

"Terima kasih Tuan Sayf...sebab memahami."

"Tak apa. Firdaus ambil you pukul berapa?" Sayf Harith memaksa diri untuk bertanya walhal hatinya sedang sakit.

"Pukul 5," jawab Hana Sofea. Tiba-tiba hatinya rasa sebak. Rasa menyesal mula timbul keraa setuju dengan cadangan Firdaus.

Sayf Harith bergerak perlahan menuju ke arah Hana Sofea. Hana Sofea menjadi kaku. Sayf Harith berdiri di depan Hana Sofea dan memandang wajah itu tanpa berkelip. Wajah yang sudah menggangu lenanya. Telefon pintar dikeluarkan lalu diberikan kepada Hana Sofea.

"I nak nombor you," suara Sayf Harith bernada lembut. Sudah cukup membuat hati Hana Sofea berdebar-debar.

"Tapi..tak ke Tuan tahu nombor saya? Auntie Irah cakap, yang dia dapat nombor saya dari Tuan," Hana Sofea mula rasa musykil. Sayf Harith tersenyum manis. Hana Sofea tergamam. Bila berdiri dekat dengan Sayf Harith, dia baru teringat yang lelaki ini mempunyai lesung pipit. Senyuman Sayf Harith boleh membuat lututnya terus longgar.

"I tahu! I kalau nak nombor you, I boleh je ambil dari faiil you tapi...I nak you sendiri bagi nombor you," ujar Sayf Harith dengan bersahaja.

Hana Sofea tidak faham. Apa bezanya?

"Hari ni you kasi nombor telefon you, esok lusa you akan bagi hati you," Sayf Harith berbisik sendiri tetapi dapat didengari dengan jelas! Hana Sofea terkebil-kebil. Dia salah dengar ke? atau hati dia yang fikir bukan-bukan.

"Tuan! saya kasi nombor saya," Hana Sofea mula kalut. Telefon sudah bertukar tangan. Hana Sofea cuba sedaya-upaya menekan nombornya ke dalam telefon Sayf Harith. Bila diri mula kalut dan nervous, jari-jemari mulalah menggeletar tak tentu pasal.

"Tuan Sayf, saya keluar dulu," Hana Sofea dengan cepat meminta diri. Tidak sanggup berdiri lama-lama di depan Sayf Harith. Hana Sofea berpusing lalu mencapai tombol pintu. Lebih baik dia meninggalkan bilik itu demi kebaikan diri sendiri. Silap hari bulan, dia boleh kena serangan jantung dengan perangai pelik Sayf Harith.

"Hana..." Sayf Harith menahan pintu daripada dibuka.

Hana Sofea beranikan diri untuk memandang Sayf Harith.

"Kalau you ada masalah, jangan segan nak telefon I," suara Sayf Harith membuat bulu roma meremang. Kenapa suara Sayf Harith terlebih maskulin hari ini?

Hana Sofea sekadar mengangguk. Sayf Harith mengalih tangannya dari pintu. Hana Sofea terus keluar dari bilik Sayf Harith. Hana Sofea kembali ke kerusinya. Botol air di atas meja diambil. Tekak tiba-tiba jadi kering. Air diteguk dengan laju. Sama laju dengan rentak hatinya. Kenapa hari ini Sayf Harith bergurau melibatkan hati dan perasaan?

***

Firdaus memandu kereta sambil tersenyum girang. Kemenangan berpihak dengannya bila Hana Sofea menumpang keretanya. Betapa masamnya wajah Sayf Harith bila Hana Sofea menaiki keretanya. Biar padan muka kau, Sayf Harith!

Firdaus toleh ke sebelah. Hana Sofea sejak tadi mendiamkan diri. Bila disoal, mulut itu menjawab sepatah. Apa yang tak kena ni?

"Hana you okey tak? dari tadi you diam je."

"Saya okey."

"Kalau ada apa-apa yang ganggu fikiran you, you boleh kongsi dengan I," Firdaus mahu mengambil hati Hana Sofea.

Hana Sofea menghela nafas. Dia sudah nekad untuk meluahkan apa yang bermain di dalam hati. Inilah tujuan utamanya menumpang kereta Firdaus. Kalau tak, sudah lama dia menumpang kereta Sayf Harith.

"Encik Firdaus dah berkahwin?" soalan Hana Sofea membuat Firdaus tersentak. Ini mesti kerja Sayf Harith! Firdaus berfikir sebelum memberi jawapan kepada Hana Sofea. Dia harus bijak!

"Betul, I dah kahwin," Firdaus berterus-terang. Buat apa dia nak sembunyikan? semua orang tahu yang dia sudah berkahwin.

"Isteri encik Firdaus, dia bekerja atau surirumah?"

Firdaus rasa pelik dengan soalan Hana Sofea. Dia sangkakan Hana Sofea akan mengamuk bila mengetahui tentang statusnya sebagai suami orang tapi kenapa dia disoal tentang Najihah? Penting ke kalau Najihah bekerja atau tidak?

"Kenapa you tanya?"

"Sebab saya rasa pelik. Saya selalu nampak encik Firdaus kat ARQ & CO. Encik Firdaus pulak selalu mesej saya. Kadang-kadang, cuba nak call saya. Saya terfikir jugak, isteri encik Firdaus tak nampak ke apa yang suami dia buat belakang dia?"

Firdaus tiba-tiba ketawa besar. Hati Firdaus tercuit melihat Hana Sofea dengan tenang menyoal tentang isterinya. Kalau perempuan lain, dah merajuk atau dah mengamuk sakan!

"Kelakar sangat ke soalan saya ni?" Hana Sofea bingit bila Firdaus mengertawakan dirinya. Dia nak tahu tentang isteri Firdaus. Sejak dia mengenali Firdaus, lelaki ini berlagak seperti orang bujang. Semua dibuat secara terbuka. Tak sembunyi-sembunyi. Tiada rasa takut atau rasa bersalah. Firdaus seolah tidak gentar kalau ada orang akan mengadu kepada isterinya. Kalaulah isteri Firdaus seorang surirumah, Hana Sofea akan rasa sedih kerana dia teringatkan dirinya sewaktu menjadi isteri kepada Syaiful Hadif. Seorang isteri yang tidak tahu gejala suami sendiri di luar rumah. 

"Tak kelakar cuma..." Firduas berdehem kecil. Hana Sofea membuang pandangan ke luar tingkap. Bola matanya dinaikkan ke atas. Menyampah pula dengan reaksi Firdaus yang mengambil sambil lewa tentang perkara ini. Dia tak rasa bersalah ke bila dia menutur ayat-ayat manis kepada perempuan lain? Dia lupa ke yang dia sudah beristeri?

"I minta maaf. Memang I dah beristeri. Isteri I sekarang kat Singapore. Dia belajar kat sana."

Hana Sofea masih memandang ke luar. Tak sudi untuk melihat wajah Firdaus! Isteri sedang sibuk menimba ilmu di negara orang tetapi si suami sibuk menggatal dengan perempuan lain!

Otak Firdaus ligat berfikir. Dia perlukan strategi baru!

"Hana, you jangan salah faham. Isteri I pergi belajar bersebab. Kita...kita sebenarnya ada masalah," suara Firdaus menjadi lirih.

Hana Sofea tidak mahu memberi sebarang respon.

"You pun tahu, ramai kenal daddy I. Daddy tak nak orang tahu yang anak dia ada masalah rumahtangga. Dia malu. Daddy I sarankan isteri I untuk pergi belajar. Untuk kebaikan kita berdua. I pun tak tahu bila isteri I akan balik ke sini. Daddy I tak nak kita berpisah sebab takut orang akan mengata tentang keluarga I. Daddy I tu pentingkan reputasi dia je! Dia rela I dan isteri I hidup jauh-jauh daripada bercerai-berai. Kirakan I ni seperti gantung tak bertali."

Hana Sofea mula rasa panas. Hati membahang tetapi cuba disabarkan hatinya.

"Saya lebih kesian dengan encik Firdaus. Dia isteri.Taat dia masih kepada seorang suami. Encik Firdaus cakap yang awak gantung tak bertali? sepatutnya isteri encik Firdaus yang cakap macam tu."

"Apa patut I buat? I dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai nama dan pangkat, yang lebih pentingkan reputasi daripada kebahagiaan anak sendiri. Kalaulah I ni orang biasa-biasa, mungkin hidup I tak serumit macam ni," Firdaus cuba menagih simpati.

"Cara yang terbaik, awak cuba berbaik-baik dengan isteri awak. Selagi rumahtangga boleh diselamatkan, cuba selamatkan."

Firdaus mengetap bibir. Susahnya untuk mendekati perempuan ni!

"Walaupun dia curang dengan I?" 

"Saya bukan orang yang arif dalam hal ni, Lebih baik encik Firdaus bawa isteri ke kaunseling."

"Tap you masih akan berkawan dengan I kan?" Firdaus menoleh ke sebelah. Hana Sofea tidak menjawab. Tudung dibetulkan. Sengaja buat-buat sibuk agar dia tidak perlu menjawab soalan itu. Firdaus menjeling dengan ekor mata.Dia mula hilang sabar dengan Hana Sofea.

Hana Sofea membisu sepanjang perjalanan. Entah berapa lama, mereka berdua mendiamkan diri. Firdaus memandu dengan wajah yang tegang. Kereta diberhentikan di depan sebuah rumah banglo yang mempunyai tiga tingkat.

"Kita dah sampai ke?" soal Hana Sofea.

"Ini rumah Datuk Ilyas," jawab Firdaus sambil tangan bermain-main di stereng kereta,

"Kalau macam tu, saya turun dulu," Hana Sofea mahu membuka pintu kereta tetapi lengannya ditarik oleh Fidaus.

"Apa ni?!" mata Hana Sofea memandang tangan lelaki itu. Walaupun berlapis, dia tidak suka disentuh oleh Firdaus. Suka hati nak sentuh dia!

"Hana, you belum jawab soalan I. Kita masih berkawan kan? walaupun you dah tahu tentang status I."

"Lepaskan tangan saya dulu," Hana Sofea cuba melepaskan diri tetapi gagal.

"Hana, I suka kat you. Sejak I nampak you kat ofis Harith, hati I dah terikat dengan you. I nak you jadi isteri I. Kalau you nak I ceraikan isteri I pun, I sanggup!" Firdaus tiba-tiba luahkan perasaan.

"Apa yang awak merepek ni!" Hana Sofea mula meronta.

"Beri I peluang. I dah tak ada hati kat isteri I. I nak you. Hati I nak you sorang je!"

"Tolonglah! Jangan macam ni. Kita baru kenal. Lepaskan saya!" Hana Sofea merayu. Dia takut kalau Firdaus akan melakukan sesuatu yang tidak baik terhadapnya.

"Selagi you tak berikan jawapan, I tak nak lepaskan you," Firdaus menegas. Hana Sofea seperti mahu mengalah saja denga rayuan Firdaus.Dia sudah penat dengan semua ini.

TUK! TUK!

Kepala Hana Sofea tertoleh ke arah cermin tingkap disebelahnya. Firdaus juga turut memandang ke arah yang sama. Firdaus mengetap bibir. Lengan Hana Sofea serta-merta dilepaskan.

Pintu kereta dibuka dari luar.

"Ada apa-apa masalah ke?" soal Sayf Harith sambil membongkokkan badannya.

"Kau nak apa?" Firdaus menyoal dengan kasar.

"Aik? kau tanya aku nak apa? Aku okey je cuma aku hairan, dah sampai rumah aku tapi dari tadi kau tak masuk-masuk. Itu yang aku keluar ni untuk jemput kau masuk ke dalam. Kau kan tetamu terhormat aku," sindir Sayf Harith dengan muka yang tenang.

"Hana, jom masuk. Auntie Irah dah lama tunggu you," Sayf Harith membuka pintu kereta seluasnya. Hana Sofea tidak mahu membuang masa. Dia terus melompat keluar tanpa menghiraukan Firdaus yang sedang menahan marah.

"Terima kasih Tuan Sayf," ucap Hana Sofea dengan ikhlas. Dia bersyukur Sayf Harith datang menyelamatkan keadaan. Sayf Harith tersenyum. Dia mengerti maksud disebalik terima kasih itu. Dia sendiri nampak apa yang terjadi di dalam  kereta Firdaus tadi.

"Dahlah, jom masuk," Sayf Harith mengajak Hana Sofea untuk masuk ke dalam. Firdaus yang masih ada di dalam kereta tidak dipedulikan. Sayf Harith menutup pintu kereta dengan kuat. Dia memang sengaja buat macam tu. Bunyi pintu berdentum kuat. Firdaus menghentak sterengg keretanya. Rancangannya gagal kerana Sayf Harith! Firdaus meraup muka dan membetulkan kolar bajunya sebelum keluar dari kereta.

"Hai Fir!" Mallika menyapa Firdaus yang sedang mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.

"Hey Mal! Kau pun ada? Bukan ke Hadif sekarang outstation?"

"You lupa ke yang I ni bakal menantu Datuk Ilyas. I bila-bila je boleh datang sini," jawab Mallika dengan rasa bangga. Firdaus mendekati Mallika yang sedang berdiri di pagar rumah Datuk Ilyas.

"Baguslah macam tu! Aku masuk dulu," Firdaus malas nak berbual panjang dengan Mallika. Perasaan marah masih ada dengan hal tadi.

"Sejak bila citarasa kau berubah? Dengan perempuan kolot pulak tu!"

Kata-kata Mallika membuat pergerakan Firdaus terhenti. Firdaus menoleh ke belakang.

"Kau sibuk nak ambil tahu kenapa Itu hal aku. Jangan.sibuk.dengan.hal.aku," kata Firdaus satu per satu. Mallika mendekati Firdaus dengan senyuman meleret.

"Aku bukan apa. Semua orang tahu kau kasanova yang termasyhur! Aku cuma nak nasihat kat kau. Jangan buang masa dengan si Hana tu, Dia tu lain sikit. Kalau kawan-kawan kau tahu yang perempuan kampung macam Hana tu reject kau? Kau tak malu ke?" Mallika ketawa kecil.

"Kau nak cakap yang aku tak boleh dapatkan si Hana tu?" Firdaus rasa tercabar.

"Aku rasa itulah kenyataan. Kau memang tak akan dapatkan perempuan tu. Aku kenal dia. Kau tabur duit atau emas sekalipun, dia tak pandanglah" Mallika senyum senget. Kemarahan Firdaus makin berganda. Dia benci bila dipandang rendah oleh Mallika. 

"Kau cabar aku Mal?"

"Terpulanglah kau nak fikir apa. Aku tak nak kau buang masa je. Lagipun, akhir bulan ni, Jihah nak balik sini kan? Masa tu kau tak ada peluang nak try si Hana tu."

Melihat wajah Firdaus yang sudah merah menyala, Mallika menjalankan rancangan seterusnya.

"Tapi kan, bila kau sebut pasal  cabar tadi, Let's have a bet. Kalau dalam seminggu, kau boleh dapatkan perempuan tu, Aku akan buat apa saja yang kau nak. Come on Fir! It's going to be fun! Kau pun dah biasa dengan permainan ni."

Firdaus mengurut dagu.

"Come on Fir! Have fun sebelum Jihah balik. Once JIhah is back, kau dah patah balik dengan kehidupan kau sebagai suami tercontoh.Better we play this game sebelum Jihah balik," Mallika sudah mula menghasut.

"Okey! Aku setuju tapi ingat Mal! Kalau aku menang, kau kena ikut cakap aku."

"Fahamlah! Tapi kalau kau kalah, kau kena buat apa yang aku suruh, so deal?"

Firdaus senyum kecil. "Deal!"

"Tapi ingat, kena ada bukti. Lepas kau dah tidur dengan dia, aku nak gambar!" Mallika mengenyit mata.

"Kau macam tak kenal aku! kau sendiri cakap yang aku dah biasa dengan permainan ni. So don't worry!"

Mallika senyum senget. Biar Hana Sofea dikerjakan oleh Firdaus. Dia mahu Hana Sofea terima akibat kerana cuba mendekati Sayf Harith.

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Selma Q