Home Novel Cinta Ingin Mencintaimu Selayaknya
Ingin Mencintaimu Selayaknya
Selma Q
29/4/2019 03:45:46
15,062
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

‘Heiperempuan! Kau buat apa kat sini?”

HanaSofea mengurut lengannya yang berbisa akibat diheret oleh Syaiful Hadif.

“Awakni dah kenapa?! Sesuka hati tarik saya macam tu. Saya kerja sinilah!” HanaSofea menjerit.

“Suarakau jangan kuat sangat boleh tak? Kau sengaja nak malukan aku kat sini kan?!”Syaiful Hadif menggaru rambutnya. Kepala menjadi kusut bila dia ternampak HanaSofea sedang menunggu seseorang di lobi sebentar tadi.

“Ehjap! Kau cakap apa tadi? Kau kerja sini?” Syaiful Hadif mencekak pinggang.

“Iya!kerja sini.” Hana Sofea sudah bosan dengan sesi bersoal jawab dengan SyaifulHadif.

“Apaniat kau kerja kat sini? Nak beritahu semua orang yang kau dulu isteri aku?”nafas Syaiful Hadif sudah turun naik. Melihat Hana Sofea di depan mata cukup membuatdarahnya mendidih.

“Hish!Bukanlah! Mana saya tahu awak kerja kat sini. Ingat kalau saya tahu, saya nakkerja sini ke? Dulu masa kita masih suami isteri, awak mana nak beritahu siapakeluarga awak, mana awak kerja. Semua perkara awak sembunyikan!” Hana Sofeamelampiaskan api kemarahannya. Mata mula berair. Bukan sebab sedih tapi rasamarah teramat sangat dengan Syaiful Hadif.

SyaifulHadif ketawa kecil.

“Sebabaku bijak! Bukan macam kau. Lembab! Bodoh! Kau tu yang bodoh sebab percayakanaku.  Percaya dengan janji palsu aku. Akukahwin dengan kau pun sebab terpaksa.” Syaiful Hadif sengaja sakitkan hati HanaSofea.

“Awakheret saya ke sini sebab nak cakap benda yang dah basi? Buang masa sajalah! ”

SyaifulHadif menuding jari ke arah Hana Sofea. “Hei perempuan! Aku tak nak tengok mukakau kat sini. Lebih baik kau berambus dari syarikat ni!”

HanaSofea menolak jari Syaiful Hadif jauh dari mukanya. “Mana boleh berhenti kerjasesuka hati. Saya baru kerja seminggu tau dan saya bukan isteri awak lagi! Awaktak boleh halang saya lagi!”

KedegilanHana Sofea membuat kemarahan Syaiful Hadif makin berapi.

“Apaaku kisah! Berhenti atau aku akan buat hidup kau susah! Kalau kau tak dengarcakap aku, aku akan pastikan kau menyesal! Menyesal sebab tunjukkan muka kaudepan aku. Kau tak kenal siapa aku. Ingat! Buat apa yang aku suruh. Faham!”

“Hana...”

Insidenyang berlaku petang tadi terus hilang dari ingatan bila terdengar suara PuanSalehah.

“Eh!Ibu..” Hana Sofea menjadi kalut.

PuanSalehah mengambil tempat duduk di birai katil.

“Sejakbalik dari kerja tadi, Ibu tengok Hana tak banyak berbual. Hana ada masalah katkerja ke?”

HanaSofea rasa terharu dengan keprihatinan yang diberikan oleh Puan Salehah. PuanSalehah selalu ada setiap kali dia ada masalah. Puan Salehah sudah dianggapseperti darah dagingnya sendiri.
“Hana...Hana penat. Tak pernah kerja pejabat kan.” Hana Sofea tersengih.

“Kalaukerja teruk, berhenti kerja. Cari kerja lain. Kat KL ni, banyak kerja kosong,Insya Allah ada rezeki.”

“Hish!Tak lah sampai macam tu sekali. Hana okey Ibu. Mana ada kerja tak penat. Semuakerja penat. Lama-lama nanti Hana dah terbiasa.” Hana Sofea memujuk PuanSalehah.

“Iburisau je dengan kesihatan Hana. Ibu tak kisah Hana nak kerja apa asalkan Hana happy.”

“Hanatahu Ibu risau tapi Hana kena kuat. Hana nak balas jasa Ibu. Hana tak naksusahkan Ibu dan Aisyah lagi. Ibu dah banyak berkorban duit untuk Hana.” HanaSofea memeluk bahu Puan Salehah. Kepala dilentok ke bahu ibu angkatnya.

“Hanajangan dengar sangat cakap si Aisyah tu. Janganlah ungkit cerita yang dah lama.Ibu tak suka tau!” Puan Salehah menepuk paha Hana Sofea.

“Okey!Hana tak ungkit lagi. Tapi Ibu jangan risau. Hana tak ada masalah! Hana okeysangat!”

“Betulni? jangan tipu Ibu tau!” Puan Salehah memberi amaran.

“Iya!Hana janji. Apa kata Ibu pergi berehat. Dah pukul 10 malam ni!” Hana Sofeatidak mahu berbual panjang lagi. Dia taku jika dia terlepas cakap tentantgpertemuannya dengan Syaiful Hadif petang tadi.

“Hanapun pergi berehat. Tidur awal! Jangan tengok drama korea pulak!”

Yes boss!” Hana Sofea tersenyum lebar.

PuanSalehah ternampak sesuatu di bawah bantal.

“Eh?Hana masih melukis lagi?” Tangan Puan Salehah yang mahu mencapai buku notahitam itu ditegah oleh Hana Sofea.

“Err...Ibu,Aisyah mana?”

PuanSaleha senyum kecil. Dia faham benar dengan perangai Hana Sofea yang satu ini.“Pandai anak Ibu tukar topik ya?”

HanaSofea tersengih kecil.

“Aisyahbiasalah. Dia selalu balik lambat. Selepas 1 pagi, baru nampak batang hidungdia.”

MataPuan Sofea melirik ke buku nota hitam itu “Buku tu dah lebih dari sepuluh tahunkan? Hana masih simpan lagi?”

“Bukutu masih baik lagi.” Hana Sofea memberi alasan.

“Hanamasih melukis dalam buku tu? Ada ruang kosong lagi ke?”

“Dahtak ada tapi Hana akan simpan lukisan Hana yang lain dalam buku ni.” Hana Sofeamenjauhkan buku lukisannya dari Puan Salehah.

“Ibunak sangat tengok lukisan anak Ibu.” Pinta Puan Salehah.

“Hish!Malu lah! Hana lukis suka-suka je. Lukisan Hana macam cakar ayam! Lagi pun Hanatak pernah tunjukkan buku ni kat sesiapa. Buku ni untuk tatapan Hana seorangje. Lukisan Hana tak ada yang istimewa pun. Hana mana boleh rahsiakan apa-apadari Ibu. Kalau boleh, semua benda Hana nak bercerita.”

HanaSofea telan liuh.

“Iyalah.Ibu tak akan tanya lagi. Dahlah! Pergi rehat. Ibu nak telefon Aisyah. Makinteruk perangai anak Ibu tu! Tak ingat nak balik rumah. Ibu keluar bilik duluya.” Puan Salehah bangun sambil mencari nama Aisyah di dalam telefon bimbitnya.

Sebaiksahaja Puan Salehah keluar dari bilik, Hana Sofea menghela nafas lega. Bukulukisan diambil dari bawah bantal. Satu per satu helain diselak. Matanyaterhenti di salah satu lukisannya.

HanaSofea kemam bibir. Dia sudah berbohong dengan Puan Salehah.

***

            “Cantik lukisan kau!”

Bukunota hitam dirampas dari Hana Sofea yang sedang melakar lukisan di dalam bukuitu.

“Hishapa ni! Pulangkan balik buku saya!” Hana Sofea mendongkol geram.

“Iyalah!Aku tengok sikit je.” Buku lukisan sudah bertukar tangan. Niat untuk melukissudah terbantut. Buku lukisan disimpan ke dalam beg sekolah.

“Awakbuat apa kat sini?” kepala Hana Sofea mendongak. Budak lelaki itu sedangberdiri tegak di hadapannya.

“Akucari kau sebab nak ucapkan terima kasih sebab selamatkan aku dari budak-budak  hari tu.”

“Oh!Tak ada hal. Lagi pun takkan saya nak buat bodoh bila awak kena belasah dengangeng-geng si Ali tu?”

“Kautak takut ke?” Budak lelaki itu mengambil tempat duduk kosong di sebelah HanaSofea.

“Geng-gengAli tu suka buli budak baru kat kawasan ni. Dia orang ingat, tak ada siapa yang datang untuk tolong awak. Ayah sayaselalu pesan dua perkara. Yang pertama, untuk menolong orang yang dalamkesusahan dan kedua kita kena berani kerana benar. Saya tau apa yang Ali dangeng dia buat kat awak, sangat salah. Benda jadi depan mata saya, saya takboleh biarkan awak terus dibelasah. Tapi...kenapa awak tak lawan balik? Awak macambiarkan je diri awak kena belasah.” Hana Sofea membebel tanpa henti.

“Beranikerana benar?”

HanaSofea terdengar budak lelaki itu berbisik kepada diri sendiri. Hana Sofeamengigit jari. Nampaknya dia terlebih cakap sehingga tidak memikir perasaanorang di sebelahnya.

 “Awak baru pindah ke kawasan ni eh?” HanaSofea sengaja tukar topik.

SoalanHana Sofea dibiarkan sepi. “Kau selalu datang sini untuk melukis ke?”

HanaSofea mencebik. Rasa geram kerana soalannya tidak dijawab. Hana Sofea cubasabarkan hati.

“Sayadatang ke taman permainan ni bila saya nak melukis. Tengok kanak-kanak kecilbermain buat saya rasa happy.” HanaSofea melontar pandangan ke kanak-kanak yang sedang berkejar-kejaran. Tiba-tibaHana Sofea teringat sesuatu.

“Awak!Mana sapu tangan saya?” Hana Sofea memandang wajah budak lelaki itu.

“Akudah buang.”

“Huh?Awak dah buang? Awak tau tak sapu tangan tu, mak saya jahitkan khas untuksaya!” Hana Sofea mengetap bibir.

“Nakbuat macam mana? Dah kotor dengan darah aku.” jawab budak lelaki itu denganselamba. Hana Sofea merungut.

“Kanboleh cuci.” Hana Sofea menundukkan kepala. Terselit rasa sedih bila saputangannya dibuang tanpa berfikir dua kali.

“Akuminta maaf. Nanti aku ganti balik.”

“Nakganti dengan apa? Duit tak mampu untuk menggantikan sapu tangan saya tu!” HanaSofea menghentak kaki.

Melihatkesedihan di wajah Hana Sofea membuat budak lelaki itu rasa bersalah.

“Akuakan cari sapu tangan kau. Harap-harap masih ada lagi kat rumah aku.” Budaklelaki itu terus bangun.

“Hei!Awak nak pergi mana?” Hana Sofea rasa hairan melihat budak lelaki itu dalamkeadaan kelam-kabut.

“Akunak balik rumah, cari sapu tangan kau. Sapu tangan tu penting untuk kau kan? Anggapini cara aku untuk balas kebaikan kau sebab dah tolong selamatkan aku.”

“Kalauawak dah jumpa sapu tangan saya, bila awak nak pulangkan? Nama awak pun, sayatak tau.” Hana Sofea bangun dan berdiri bertentangan dengan budak lelaki itu.

Budaklelaki itu mengeluarkan sesuatu dari koceknya. Seutas rantai perak dengankalung berbentuk hati. Rantai itu diletakkan di atas bangku.

“Rantaiini sangat berharga untuk aku. Kau simpan rantai ni. Kau pulangkan rantai nibila aku pulangkan sapu tangan kau. Apa kata kita jumpa kat sini, pada waktuyang sama seminggu dari sekarang?”

HanaSofea berfikir untuk sejenak. Dia rasa tawaran itu tak merugikan pun!

“Baiklah!Saya setuju. Saya harap awak dapat jumpa semula sapu tangan saya tu dan awakjangan risau! Saya akan jaga rantai awak ni sebaik mungkin!” Hana Sofeamengukir senyuman. Dia percaya yang budak lelaki ini tak akan mungkir janji!

“Awak...Siapanama awak?” Hana Sofea cuba nasib untuk bertanya.

Budaklelaki itu senyum segaris. Buat pertama kali Hana Sofea melihat senyuman diwajah budak lelaki itu. Hati Hana Sofea berdebar kecil tatkala senyuman itu diukirkhas untuk dirinya.

“Bilaaku pulangkan sapu tangan kau, Aku akan beritahu nama aku. Apa-apa yang kau naktanya, aku tak elak lagi. Aku akan jawab.”

“Betulni? Janji tau!”

“Janji.”

“Baiklah!Saya akan tuntut janji awak tu! kita jumpa seminggu dari sekarang!”

BUK!

HanaSofea menutup buku lukisannya. Hana Sofea pejam mata.. Kenangan yang terjadi 11tahun yang lalu masih melekat di dalam kotak fikirannya.

HanaSofea berbaring memandang ke siling bilik. Entah mengapa dia masih ingat denganjelas kenangan itu sedangkan waktu itu dia berumur 14 tahun. Dia masih mentahdan naïf.

HanaSofea tertawa dengan kebodohan sendiri. Hana Sofea menggeleng kepala. 11 tahunsudah berlalu! Buat apa diingat lagi! Besar kemungkinan budak lelaki itu sudahpun  mendirikan rumah tangga dan bahagiadengan hidupnya!

Ataupun...diajuga seperti aku? Melalui kehidupan penuh dengan onak dan duri. Agaknya di manaawak sekarang? Hati Hana Sofea berbisik.

Bersambung...

*Terimakasih yang sudi membaca. Akan upload bab seterusnya selepas membuat beberapaedit dari segi spacing dan font size.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Selma Q