Home Novel Cinta Ingin Mencintaimu Selayaknya
Ingin Mencintaimu Selayaknya
Selma Q
29/4/2019 03:45:46
43,148
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

"Sibuk ke?"

Kepala Syaiful Hadif terangkat. Perhatian kini dialih ke arah pintu bilik pejabatnya.

"Hei Firdaus! kau rupanya! masuklah,"sapa Syaiful Hadif dengan ramah. Firdaus melangkah masuk ke dalam bilik Syaiful Hadif. Syaiful Hadif terus berdiri lalu terus mendapatkan kawan lamanya itu.

"Kenapa kau datang awal sangat? mesyuarat pukul 3 petang kan? Pagi-pagi kau dah datang sini. Come, have a seat! dah lama kita tak borak," Syaiful Hadif mengajak Firdaus untuk duduk di sofa panjang.

"Kau nak air? aku minta staf aku buatkan air."

"Ish! tak payahlah! Aku datang sini sebab nak jumpa kau," ujar Firdaus yang sedang duduk bersilang kaki.

"Apa cerita pagi-pagi nak jumpa aku?" Syaiful Hadif menyoal berserta senyuman lebar. Firdaus melihat sekitar pejabat Syaiful Hadif sebelum menjawab. 

"Tahniah sebab bakal menjadi CEO ARQ & CO."

Syaiful Hadif rasa bangga. "Cepat berita tersebar?"

"Hadif, cerita macam ni...sesiapa dalam dunia bisnes boleh dapat tahu kalau ada orang sebarkan. Kira macam leak news."

"Bakal je. Belum lagi jadi CEO pun. Bila daddy aku turun tahta nanti, baru kau boleh ucap tahniah kat aku. Sekarang macam awal sangat."

Syaiful Hadif bersorak dalam hati. Biar berita ini tersebar luas! supaya Sayf Harith akan berfikir dua kali sebelum merampas jawatan CEO dari genggamannya. Dia kenal dengan perangai Sayf Harith. Marah macam mana pun dengan Datuk Ilyas, Sayf Harith tidak akan membuat sesuatu yang akan memalukan Datuk Ilyas atau jatuhkan reputasi ARQ & CO. 

"Dan..aku nak ucap terima kasih sebab sudi bantu aku untuk jumpa dengan daddy kau. Kau tahukan daddy aku nak sangat collaborate dengan syarikat ni tapi gagal. Dahlah nak ada temujanji dengan daddy bukan senang. Jadi, aku nak clinch the deal for my dad. Aku nak daddy aku sedar yang aku ni berguna untuk syarikat."

"Kau kawan aku Fir. Kita dah kenal lama. Mestilah aku nak bantu kau tapi masa mesyuarat nanti, kau kenalah buktikan kat daddy aku. Aku setakat boleh tolong sampai sini je. Kalau dia tolak proposal kau, aku tak boleh nak tolong."

Firdaus tarik nafas sebelum membetulkan butang kotnya. "Kau kan rapat dengan Datuk Ilyas. Kalau dia tolak, kau tolonglah cakap kat daddy kau. Kerja kau setakat pujuk je. Yang lain aku uruskan. Come on Hadif! Just name the price, aku akan bayar."

Syaiful Hadif terdiam.

"Kalau kau tolong aku, akan datang kalau kau ada masalah, aku pulak akan tolong kau. Tak semestinya hal bisnes je. Hal-hal lain pun, aku boleh bantu kau," Firdaus mahu memancing perhatian Syaiful Hadif.

"Kita tengok macam mana selepas mesyuarat nanti. Kalau kerjasama ni berjaya, aku akan tuntut janji kau!" respon Syaiful Hadif memberi harapan kepada Firdaus. Firdaus tak sabar menunggu hari dimana Datuk Hassan akan memuji dia di khalayak ramai kerana berjaya bekerjasama dengan ARQ & CO. Dia penat disindir oleh bapa sendiri. Sering dilabel sebagai anak tak berguna. Kononnya dia hanya tahu berfoya-foya.

"Apa khabar Najihah?" soalan Syaiful Hadif membawa Firdaus kembali ke alam nyata.

"Jihah sihat. Dia sekarang kat Singapore tengah buat final. Lepas final exam habis, dia balik sini."

"Kau tak sunyi ke bilah Jihah belajar kat sana?"

Firdaus ketawa besar. "Sunyi? Aku rasa bebas bro! tiap-tiap malam aku ditemani dengan kehadiran seseorang," kata Firdaus tanpa rasa bersalah.

"Aku tahu kau sekarang tengah dating dengan seorang model kan? Hari tu aku nampak kau dengan dia kat kelab. Dia tak kisah ke kau jumpa dia bila Jihah tak ada? perempuan ni kan cepat cemburu?"

"Dia tahu pasal Jihah. Dia tak kisah pun asalkan aku kasi dia duit tiap-tiap bulan. Hubungan kita ni..is an open relationship. Dia bebas untuk keluar dengan siapa-siapa yang dia nak. Aku tak akan halang."

"Jihah mesti tak tahukan yang kau ni masih belum berubah?"

"Pandai makan, pandai simpanlah bro," Firdaus mengenyit mata sebelah.

Syaiful Hadif dan Firdaus ketawa dengan serentak. Suara tawa mereka mengisi ruang ofis sehinggaa boleh didengar dari luar. Syaiful Hadif menggeleng-geleng kepala. Dia kenal dengan perangai Firdaus yang kaki perempuan. Tak boleh setia dengan satu!

"Kau dan Mallika akan kahwin tak lama lagi kan? Kau dah sedia ke nak terikat dengan satu perempuan?" Firdaus mahu menguji pendirian Syaiful Hadif. Syaiful Hadif mengurut dagu.

"Kalau aku dah bosan nanti, aku akan cari kaulah! Kau kan sifu dalam hal-hal macam ni."

"Tak ada masalah! Aku akan ajar kau apa nak buat kalau kau dah bosan dengan orang rumah. Hmmm...aku nak geraklah. Aku tak nak ganggu kau. Kita jumpa pukul 3 nanti. Wish me all the best!" Firdaus terus bangun dari sofa.

"Kau balik ofis kau dulu ke?" soal Syaiful Hadif sambil berdiri.

"Hish taklah. Drive balik ke ofis aku lepas tu datang sini balik? dah dua kali kerja. Mungkin aku jalan-jalan kat kawasan ni untuk buang masa." Firdaus membetulkan kotnya untuk pastikan dia kemas sebelum melangkah keluar dari bilik Syaiful Hadif.

"Kalau kau tak ada tempat nak pergi, lepak dulu kat ofis aku."

"Tak apa, aku sekarang ada tempat nak pergi."

Dahi Syaiful Hadif berkerut. Dia pening dengan jawapan Firdaus. Tadi cakap nak buang masa tapi sekarang cakap ada tempat nak pergi. Yang mana satu ni?

"Aku nak jumpa abang tiri kesayangan kau," wajah Firdaus mula berubah menjadi tegang.

"Untuk apa Fir? Kau dengan aku sama. Kita memang tak boleh bersemuka dengan Harith, mesti akan bertikam lidah. Buat apa kau nak melawat ofis dia?" Syaiful  Hadif duduk semula di atas sofa sambil berpeluk tubuh.

"Aku saja nak tanya khabar dia. Dia okey ke tidak. Yalah, lagi-lagi selepas Datuk Ilyas pilih kau," Firdaus senyum sinis.

"Ohhh! kalau itu sebabnya...aku sokong! Kau nak tanya khabar dia, silakan! Aku sokong idea kau!" Syaiful Hadif senyum dalam hati. Kerana syarat Sayf Harith, Syaiful Hadif tidak boleh buat apa-apa. Tangannya terikat! Sekarang Firdaus ada disini. Dia akan gunakan Firdaus untuk ganggu hidup Sayf Harith. Syaiful Hadif senyum lebar.

"Hadif, aku gerak dulu. Pukul 2 aku datang ofis kau."

"Okey. See you later bro!"

"Eh jap! ofis Harith kat tingkat sembilan kan?" Soalan Firdaus dibalas dengan anggukan kecil dari Syaiful Hadif. Firdaus sempat melambaikan tangan sebelum melangkah keluar dari bilik Syaiful Hadif. 

Firdaus menekan butang lif sambil berpeluk tubuh. Dia mahu berjumpa dengan Sayf Harith! Tidak sabar nak kenakan lelaki itu. Firdaus muak dengan nama Sayf Harith yang selalu disebut-sebut oleh ayahnya sendiri. Datuk Hassan sering membanding-bandingkan dirinya dengan Sayf Harith. Meluat!

Ting!!

Pintu lif di sebelah hujung sudah terbuka. Firdaus pantas meluru ke lif tersebut dan matanya terbuka luas. Ada seorang wanita ayu yang bertudung dan berbaju kurung sedang berdiri di dalam lif. Fail dipegang erat ke dada. Firdaus terpukau dengan wajahnya yang tidak menggunakan solekan yang tebal. Firdaus memasuki perut lif sambil merenung ke arah wanita itu.

"Encik nak pergi ke tingkat berapa?" wanita itu bertanya.

"Tingkat sembilan," mata Firdaus masih melekat di wajah itu. Wanita itu sekadar berdiam diri. Firdaus baru sedar yang mereke akan pergi ke tingkat yang sama.

"Cik adik ni kerja dengan Harith ke?" Firdaus mula bertanya.

"Iya saya. Encik nak jumpa Tuan Sayf ke?"

"Ya...I kawan dia. Cik adik kerja apa kat sini?"

Soalan Firdaus tidak dijawab. Lif sudah pun tiba di tingkat sembilan. Firdaus mengikut wanita itu dari belakang sampai ke pintu hadapan pejabat Sayf Harith.

"Fir! kau buat apa kat sini?" 

Firdaus menoleh. Lutfi rupanya!

"Lut! kau apa khabar?" soal Firdaus sambil matanya mencari wanita itu yang sudan hilang dari pandangan mata.

"Aku sihat. Kau datang sini sebab nak jumpa Harith ke?"

Soalan Lutfi dibiarkan sepi. Kepala Firdaus terjenguk-jenguk ke dalam ruang pejabat. Lutfi mula hairan. 

"Fir, kau cari siapa? Harith ada hal kat luar tapi lagi setengah jam dia akan balik ofis," Lutfi menepuk lembut bahu Firdaus.

"Lut, ofis kau ada staf baru eh? yang pakai tudung.

"Ada...kenapa kau tanya?" Lutfi sudah syak sesuatu.

"Siapa nama dia?" Firdaus tidak mahu membuang masa. Dia perlu tahu nama wanita itu!

"Apa kata aku bawa kau duduk kat dalam meeting room. Kita boleh borak panjang. Sampai bila nak tercegat kat sini?" Lutfi sudah tahu siapa yang Firdaus maksudkan.

"Betul jugak cakap kau. Dah jom!"

Firdaus mengikut Lutfi yang membawanya ke salah satu bilik mesyuarat kecil yang berhampiran dengan bilik Sayf Harith. Dari kerusinya, Firdaus dapat melihat jelas wanita yang dicarinya itu. Nasib baik bilik mesyuarat ini berdinding kaca yang lutsinar. Dia boleh merenung wanita itu sepuas-puasnya. Sejak bila dia terpikat dengan wanita yang bertudung?

"Kenapa kau pandang dia macam tu?" Lutfi menyoal sambil memandang ke luar. 

"Siapa nama dia? tiba-tiba aku nak berkenalan dengan perempuan tu."

"Biar betul Fir! Kau mana tertarik dengan perempuan macam ni. Dia bukan taste kau," 

Lutfi tiba-tiba tersenyum sendiri. Dia lupa yang Firdaus seorang kasanova yang akan cuba pikat mana-mana perempuan cantik yang dia nak. Tapi yang ini cantik ke?

Lutfi menggeleng kepala melihat Firdaus yang masih setia memandang wanita itu tanpa menghiraukan kehadirannya. Mungkin yang ini bakal menjadi mangsa baru Firdaus? Lutfi senyum senget.

"Kalau kau nak tahu, nama dia Hana Sofea. Dia kerja kat sini nak masuk dua bulan. Dia ni jinak-jinak merpati. Bukan senang nak dekat dengan dia."

"Kau tahukan aku suka dengan cabaran. Lagi susah, lagi semangat aku nak dapatkan dia. Pandai Harith cari staf baru yang cantik macam ni. Mana staf yang lagi satu? yang duduk kat kaunter luar."

"Nurul Ain eh? Dia dah transfer. Ada department baru jadi Harith hantar Ain untuk cross-training. Ain pulak berminat dengan jawatan yang ditawarkan, jadi dia minta tukar."

Firdaus angguk kepala sekadar mengiyakan. Dia tidak berminat nak tahu tentang Nurul Ain. Dia nak tahu tentang Hana Sofea.

"Lut, kenalkan aku dengan si Hana tu."

"Tapi Fir, Harith tak suka orang ganggu staf kesayangan dia," Lutfi sengaja menambah-nambah. Saja untuk melihat reaksi Firdaus.

"Huh? staf kesayangan? Lagilah aku nak kacau. Aku tak kisahlah Harith suka atau tak suka. Apalah si Harith boleh buat kat aku? Dia tak boleh sentuh akulah!" kata Firdaus dengan wajah yang sombong.

"Okey. Aku panggil dia masuk. Kau tunggu sekejap," Lutfi terus keluar dari bilik mesyuarat dan berjalan ke meja Hana Sofea. Firdaus sekadar memerhati dari jauh. 

"Kalau aku dapat perempuan ni...hmmm confirm best! Pakai baju kurung dah seksi. Boleh suruh pakau baju lain," Firdaus menggigit bibir. 

Sepuluh minit kemudian, Hana Sofea datang dengan segelas jus oren. Gelas panjang diletak di depan Firdaus dengan berhati-hati.

"Encik minum dulu. Sekejap lagi Tuan Sayf akan masuk ofis. Saya keluar dulu," Hana Sofea meminta diri.

"Eh! duduklah dulu! temankan I minum. I ni tetamu Tuan Sayf, tak kan you nak biarkan I termenung seorang diri kat sini," Firdaus memujuk. Hana Sofea rasa serba salah.

"Jangan risau! Sekejap je. Lagi pun you cakap Tuan Sayf sekejap lagi nak sampai kan? so please...temankan I?" Firdaus tidak lelah memujuk. Hana Sofea teragak-agak untuk mengambil tempat duduk di hadapan Firdaus. Orang lain sibuk buat kerja di luar tapi dia? Apa staf lain akan cakap kalau nampak dia berbual dengan tetamu Sayf Harith.

"Don't worry princess... Boleh I tahu nama you?" Firdaus mulakan bicara. Hana Sofea duduk di hujung kerusi. Dia tidak selesa dengan situasi sekarang ini.

"Hana Sofea."

"Sedap nama you. Mesti orang macam you dah berpunya? betul tak?" Firdaus menebak. Hana Sofea mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.

"I minta maaf kalau I tanya soalan terlalu peribadi untuk you. Dah lama kerja dengan Harith?"

"Dua bulan gitu," Hana Sofea tidak berani bertentang mata dengan mata Firdaus yang galak memandangnya.

"You ni pemalu ke?"

"Encik, saya ada kerja nak buat. Apa kata staf lain kalau nampak saya tak buat kerja?" Hana Sofea berharap Firdaus memahami situasinya dan tidak menghalangnya untuk angkat kaki dari bilik itu.

"Hana, buat apa nak fikir apa orang cakap? Bukan kita buat apa-apa pun. Kita setakat berbual je. Salah ke? Jangan takut dengan cakap orang. Kalau kita asyik fikir cakap orang, macam mana nak maju dalam hidup? ke...you takut dengan Harith?"

"Eh! bukan macam tu. Saya cuma nak jadi pekerja yang amanah. Kalau boleh saya tak nak curi tulang. Saya nak gaji saya berkat," Hana Sofea sudah gelisah. Hatinya berharap Firdaus akan berhenti berbual.

"Untung Harith ada pekerja macam you. Harith patut naikkan gaji you. You nampak baik orangnya, kerja pun amanah. Kalau you kahwin nanti, mesti you jadi isteri mithali kan?"

"Kau buat apa kat ofis aku?" satu suara timbul dari arah pintu.

Hana Sofea automatik berdiri. Debaran hati semakin menggila. Inilah yang dia nak elak kalau boleh.

"Aku datang sini nak jumpa kau tapi kau tak ada. Sementara aku tunggu kau, aku berbual sekejap dengan staf kau. Tak kan kau nak marah?" Firdaus berkata dengan selamba.

"Hana, you sambung buat kerja you. I will take from here," arah Sayf Harith.

Arahan Sayf Harith segera dipatuhi. Hana Sofea terus meyusup keluar. Sayf Harith menangkap mata Firdaus yang gatal memandang Hana Sofea dari atas ke bawah. Sayf Harith sekadar menjadi pemerhati. Sayf Harith menggeleng kepala. Firdaus belum sedar yang dirinya sedang diperhatikan. Sayf Harith duduk di depannya pun, masih tak sedar juga!

"Dah habis tengok ke belum?" Sayf Harith menjeling tajam.

"Pandai kau cari staf cantik macam si Hana tu..."

"Kau datang sini buat apa?" soal Sayf Harith sekali lagi.

"Saja nak tanya khabar kau. Kita kan dah lama tak jumpa."

"kita kan jumpa kat mesyuarat petang nanti. Kau sebenarnya tak perlu datang kat sini," Sayf Harith menberi senyuman yang tidak ikhlas. Firdaus tiba-tiba menekup mulutnya seolah dia dalam keadaan terperanjat. Sayf Harith keliru dengan reaksi Firdaus. Dia ada salah cakap ke?

"Lah! Kau ada masa mesyuarat nanti? Aku ingat kau tak ada! sebab tu aku datang sini jumpa kau. Aku ingat masa mesyuarat nanti, orang yang penting je yang hadir...Datuk Ilyas, Tuan Arshad dan Hadif. Aku ingat pekerja biasa-biasa macam kau tak perlu hadir. Yalah, yang buat keputusan, orang-orang besar ARQ & CO." Firdaus mahu mendera perasaan Sayf Harith. Sayf Harith mengetap bibir. Hatinya dipujuk untuk jangan memperbodohkan diri sendiri di depan Firdaus. Dia harus lebih bijak dari lelaki ini.

"Nak buat macam mana? Uncle Arshad suruh aku turut serta. Dia cakap dia perlukan pendapat aku...tapi betul jugak cakap kau! asal perlukan pendapat dari pekerja biasa macam aku? macam kau cakap, orang besar je yang buat keputusan..." Sayf Harith berhenti buat seketika sebelum menyambung.

"Oh! Aku lupa lah! Bapak kau dulu kawan baik dengan uncle Arshad kan? tapi apa bapak kau buat? dia sokong syarikat lain...pesaing ARQ & CO pulak tu. Aku rasa uncle Arshad perlukan pendapat aku supaya dia tak buat keputusan based on emotions. Uncle Arshad tak boleh lupakan apa bapak kau buat kut? Mungkin dia akan tanya aku...patut ke dia beri peluang kepada orang yang pernah tikam dia dari belakang?"

"Okeylah..Aku ada kerja nak buat, kita jumpa kat mesyuarat nanti. I shall not send you out sebab kau tahu mana pintu keluar and all the best!" Sayf Harith terus bangun dan melangkah keluar dengan laju. Ketika melintas di depan meja Hana Sofea, Sayf Harith sempat mengetuk meja Hana Sofea sebelum masuk ke dalam biliknya. Hana Sofea faham dengan isyarat itu. Hana Sofea cuba tenangkan hati. Dengan bacaan bismillah, Hana Sofea masuk ke dalam bilik Sayf Harith.

"Tuan Sayf perlukan apa-apa?" soal Hana Sofea setelah menutup pintu rapat. Sayf Harith bersandar ke bucu meja sambil tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Hana, dengar nasihat I. Jangan dekat dengan Firdaus."

"Bukan saya tapi dia..."

"I tahu cuma I nak you berhati-hati. Kalau dia nak dekat dengan you, you kena jauhkan diri dari dia," Sayf Harith menegas.

Hana Sofea dijentik dengan rasa bahagia. Sayf Harith ambil berat tentang dirinya? Hana Sofea mahu menguji Sayf Harith.

"Tuan Sayf, kalau dia tegur saya kat luar macam mana? kat luar pejabat contohnya?" Hana Sofea menunggu jawapan Sayf Harith dengan debaran.

Sayf Harith terdiam. Mata ditunduk ke bawah, memandang ke arah kasutnya yang hitam berkilat. Dia kena berhati-hati untuk menjawab soalan cepumas ini.

"Terpulang. You dah dewasa dan you boleh fikir sendiri," Sayf Harith melarikan pandangan ke tempat lain. Sayf Harith takut jika dia terlepas laku seperti tempoh hari. Dia sendiri tidak faham dengan dirinya. Tangan, mulut dan bahasa tubuhnya ingkar dengan arahan otaknya.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu. Masih ada kerja yang perlu diuruskan sebelum mesyuarat petang nanti."

"You may go," Sayf Harith terus bergerak ke tingkap kaca. Hana Sofea kecewa. Rasa kecewa dengan jawapan yang diberikan. Hana Sofea menepuk dahi. Bukan ke dia sudah berjanji dengan diri sendiri untuk jauhkan diri dari Sayf Harith? Kenapa hatinya berdegil mahu mengejar seseorang yang terang-terang tak berminat dengannya?

***

Hana Sofea melihat jam elektronik di dinding. Pukul 2.50 petang. Lagi sepuluh minit, mesyuarat akan bermula. Hana Sofea melihat sekitar bilik mesyuarat itu untuk pastikan tiada yang kurang. Meja panjang di tengah-tengah bilik, diperiksa dari hujung ke satu hujung. Hana Sofea memastikan sepuluh biji kerusi di sekeliling meja panjang itu nampak teratur. Hana Sofea tarik nafas. Darah gemuruh mula menyerang. Tangan diramas-ramas untuk hilangkan rasa gemuruh. Dada ditepuk berkali-kali. Kerjanya hanya mengambil minit mesyuarat saja. 

Pintu bilik mesyuarat ditarik dari luar. Hana Sofea pantas merapikan baju dan tudungnya. 

"Oh hai...kita berjumpa lagi," sapa Firdaus sambil melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat. Ada seorang lelaki mengikutnya dari belakang.

"Hai encik Firdaus," balas Hana Sofea.

"I kenalkan, ini pembantu I encik Khairi."

Hana Sofea sekadar senyum sebagai tanda salam perkenalan. Lelaki yang bernama Khairi itu sudah pun mengambil tempat duduk. Firdaus mengambil kesempatan ini untuk mendekati Hana Sofea.

"You pun terlibat dalam mesyuarat ni?" Firdaus tidak lepas memandang wajah Hana Sofea. 

Hana Sofea rasa kekok bila dipandang sebegitu.

"Kerja saya setakat ambil minit je. Kalau encik Firdaus nak minum, kat sana dah disediakan kopi dan teh. Saya nak set up komputer saya," Hana Sofea gunakan peluang ini untuk lepaskan diri. Firdaus membuntut Hana Sofea dari belakang. Firdaus dengan selamba mengambil tempat duduk di sebelah kiri Hana Sofea.

"You perlukan bantuan I? manalah tahu ada benda yang you tak pasti," Tubuh Firdaus  mendekati kerusi Hana Sofea.

"Saya okey. Terima kasih," Hana Sofea cuba berlagak tenang.

"Khairi! asal kau duduk sana? aku duduk kat sini kan!" Firdaus bersuara keras. Dia mahu duduk di sebelah Hana Sofea dari awal hingga mesyuarat tamat. Khairi terkulat-kulat bangun dari tempatnya lalu bertukar ke sebelah Firdaus. Hana Sofea menggigit bibir. Tak kan dia nak duduk sebelah Firdaus? tak ke pelik tu? Nak tukar tempat kalau ditanya kenapa, apa dia nak jawab?

Ketiga-tiga kepala terangkat bila ada orang menarik pintu dari luar. Senyuman Firdaus termati bila Sayf Harith muncul di depan mata. Sayf Harith terus mendekati Hana Sofea.

"Semua dah siap?" soal Sayf Harith sambil duduk di sebelah kanan Hana Sofea. Wajah masam Firdaus tidak dihiraukan. Hana Sofea rasa tersepit. Sayf Harith di sebelah kanan dan Firdau di sebelah kiri. Hana Sofea rasa rimas!

"Tak ada Tuan," jawab Hana Sofea pendek. Hati meronta-ronta nak menukar tempat. Rasa sempit bila dia di tengah dan dihimpit dengan dua jejaka.

"Kenapa you duduk sini? tempat ni untuk tetamu kita"

Firdaus terus menoleh!

"Harith, tak apalah! Biar staf kau duduk sini. Aku rasa dia boleh duduk mana-mana yang dia suka. Dia setakat ambil minit je, tak kisahlah kalau dia duduk sebelah aku. Kenapa perlu strict sangat? Aku percaya Datuk Ilyas tak ambil kisah bend remeh-temeh macam ni," ujar Firdaus. Tangan memegang kerusi Hana Sofea dengan kuat. Dia tidak mahu Hana Sofea menurut kata Sayf Harith.

"Kau pun ada?" satu suara menegur dari arah pintu.

Hana Sofea kaget!

Syaiful Hadif meluru ke arah Sayf Harith. Hatinya geram dengan apa yang dilihatnya sekarang.

"Harith, asal staf kau ada kat sini?" Syaiful Hadif sudah mencekak pinggang. Sayf Harith bangun lalu merenung tepat ke anak mata Syaiful Hadif lalu senyuman sinis diberikan.

"Aku dah bagi tahu daddy yang aku nak bawa staf aku. Aku nak staf aku belajar benda baru dan daddy pun setuju. Daddy cakap,...okey, suruh dia ambil minit mesyuarat. Daddy yang cakap tau, bukan aku. Kau jangan salah faham. Apa aku buat ni atas keizinan daddy, bukan aku buat suka hati aku," Sayf Harith menepuk-nepuk lembut bahu Syaiful Hadif.

"Hana, tukar tempat. Kita duduk sana," arah Sayf Harith tanpa memandang wajah Hana Sofea. Dengan cepat, Hana Sofea mengemas barang dan mengikuti Sayf Harith. Dia tak sanggup untuk duduk di situ dengan adanya Firdaus dan Syaiful Hadif. Firdaus mengetap bibir. Geram dengan tindakan Sayf Harith. Dia sudah terlepas peluang untuk mendekati Hana Sofea. Sayf Harith sengaja memilih kerusi yang bertentangan dengan kerusi yang diduduki oleh Firdaus.

"Hadif, kau nak duduk mana? dengan kawan kau atau...dengan syarikat kau? nanti apa daddy cakap kalau dia nampak kau duduk dengan Firdaus. Nanti ada salah faham pulak. Tak pasal-pasal nanti ada orang cakap syarikat kita bias with certain company," Sayf Harith sengaja mendera hati Syaiful Hadif.

Syaiful Hadif mendengus. Dia terpaksa tebalkan muka lalu bergerak ke tempat Sayf Harith. Kerusi kosong disebelah Sayf Harith ditarik kasar untuk tunjukkan perasaan. Punggung dihenyak di atas kerusi itu.

Sesaat kemudian, Datuk Ilyas dan Syed Arshad tiba di bilik mesyuarat. Semua yang ada di dalam bilik terus bangun sebagai tanda hormat. Mata Hana Sofea terbuka luas. Sayf Harith boleh baca riak wajah Hana Sofea.

"Itu uncle Arshad. Suami auntie Irah dan daddy Nia," Sayf Harith berbisik ke telinga Hana Sofea. Firdaus menjeling geram melihat kelakuan Sayf Harith yang sengaja nak sakitkan hatinya. 

"Semua duduk. Kita mulakan perbincangan kita sekarang," Datuk Ilyas mengeluarkan arahan. 





Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Selma Q