Home Novel Cinta Ingin Mencintaimu Selayaknya
Ingin Mencintaimu Selayaknya
Selma Q
29/4/2019 03:45:46
43,190
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 20

"Adam, aku turun bawah sekejap. Barang aku tertinggal kat lobi."

Hana Sofea menarik laci meja lalu mengambil telefon bimbit. Kerana terlalu kelam-kabut, Hana Sofea terlanggar fail-fail yang ada di atas mejanya. Fail-fail yang berselerak di atas lantai tidak dihiraukan. Hana Sofea berlalu pergi tanpa memberi kesempatan kepada Adam untuk bertanya.

"Dah kenapa dengan si Hana tu? Kalut semacam. Habis tu! Fail berselerak ni, siapa nak kemas? Aku jugak yang kena kemas," Adam mengomel.

Hana Sofea terkilan dengan setiap kata yang keluar dari mulut Sayf Harith. Hana Sofea membuat keputusan untuk pergi ke taman di belakang bangunan ARQ & CO. Taman yang selalu dikunjungi pekerja-pekerja ARQ & CO sewaktu makan tengahari. Dia perlukan masa bersendirian. Hana Sofea menghela nafas lega! Tiada orang di taman itu. Hana Sofea memilih bangku yang menghadap sebuah bangunan tinggi. Hana Sofea mendongak ke atas lalu menarik nafas. Mata dipejam. Hatinya rasa amat perit. Airmata mula gugur dari kelopak mata. Hana Sofe mengutuk diri sendiri. Kenapa dia perlu menangis kerana Sayf Harith? Syaiful Hadif dan Sayf Harith sama saja! anggap dia seorang wanita lemah yang tidak mampu melawan balik.

"Kenapa aku tak boleh jadi macam dulu? berani kerana benar! Kenapa aku menangis ni!" Hana Sofea berbual kepada diri sendiri. Tiba-tiba ada tangan muncul dari belakang, menyuakan sapu tangan kepadanya. Hana Sofea pantas menoleh.

"Oh encik Firdaus..." Hana Sofea kecewa. Lain yang diharapkan, orang lain pula yang datang memujuk. Kenapa setelah dilukai, hati masih mendambakan lelaki itu?

"Tadi I nampak you tadi, jalan laju datang ke sini. Is everything okay?" soal Firdaus dengan prihatin. Hana Sofea cepat menyapu airmata dengan tapak tangan.

"Are you crying?" Firdaus terperanjat.

"Saya okeylah."

"You ambil sapu tangan I. I pergi belikan you air. You need something to drink," Firdaus meletak sapu tangannya di atas riba Hana Sofea.

"Encik Firdaus! tak perlu susahkan diri," Hana Sofea menghalang apabil Firdaus sudah mahu bergerak.

"Mana ada susahkan diri! demi you, I sanggup buat apa saja.You tunggu tau!"

Hana Sofea sekadar senyum tawar. Kepala menoleh ke belakang melihat Firdaus yang sudah berlari anak menuju ke pintu belakang bangunan ARQ & CO. Sapu tangan ditekap ke pipi. Buat malu betul bila Firdaus menangkap dirinya sedang menangis seorang diri. Hana Sofea termenung jauh. Kalaulah Sayf Harith yang datang memujuknya, sudah pasti semua rasa perit dan sakit hati akan hilang serta-merta. Apa yang patut dia lakukan jika dia bertembung dengan Sayf Harith di pejabat nanti?

Hana Sofea tidak pasti berapa lama dia termenung seorang diri. Waktu seakan berhenti buat seketika. Hati tenang bila angin lembut menampar wajahnya. Dia harus buat sesuatu untuk hilangkan rasa kecewa terhadap Sayf Harith. Dia sedar Sayf Harith tak ada hati dengannya tapi tak perlu sakitkan hatinya sampai begini sekali.

Hana Sofea dapat rasa ada orang duduk disebelahnya. Firdaus menghadiahkan senyuman manis lalu menawarkan air kepadanya.

"Hana, ambil air ni. Minum untuk kasi you tenang dulu."

Nak tak nak, Hana Sofea terpaksa menerima.

"Encik Firdaus, sapu tangan ni...nak saya cuci atau..."

"Tak apa, pulangkan kepada I."

Sapu tangan sudah bertukar tangan.

"Terima kasih encik Firdaus. Err..saya rasa lebih baik saya naik atas. Nanti..."

"You risau Harith akan cari you?" Firdaus sempat melilau ke sekitar kawasan taman itu. Hana Sofea terdiam.

"I tak rasalah. I kenal Harith tu macam mana. Dia lebih pentingkan kerja dari hal lain. Syarikat ni adalah nyawa dia. I tahulah sebab I dah lama kenal dia."

Hana Sofea senyum segaris.

"You ada masalah ke?" soal Firdaus. Hana Sofea tidak mahu menjawab soalan itu. Dia sememangnya tidak mahu berkongsi masalah dengan sesiapa pun. Tangan Hana Sofea bermain dengan tin air yang masih belum dibuka. 

"Hana, you tak boleh simpan sendiri. Anggap je I ni kawan you. I ni seorang pendengar yang baik. Kalau you ada masalah, I sudi mendengar."

Hana Sofea senyum tawar. "Terima kasih tapi saya boleh selesaikan masalah saya sendiri."

"Hana, kalau you pendam, lagi sakit hati you nanti. Tak ke kaum perempuan ni suka bercerita? I janji I tak akan beritahu siapa-siapa. Percayalah! kalau you luahkan, nanti kepala you akan jadi lebih ringan."

Hana Sofea rimas dengan desakan Firdaus yang suruh dia bercerita. Kalau Sayf Harith, dia tak akan mendesak macam ni! Eh? Sayf Harith masih ada dalam minda kau, Hana Sofea?

Hana Sofea tidak sedar dia menepuk kepalanya di hadapan Firdaus. 

"Tengok tu! kan I dah cakap. You kena luahkan. Tak pasal-pasal nanti you jadi perempuan tak betul."

Hana Sofea mula menyampah dengan perangai Firdaus. Dahlah suka mendesak dan sekarang bergurau tak bertempat. Firdaus memang nak kena diberi takirah!

"Encik Firdaus..."

Telefon bimbit berbunyi lantang membantutkan niat Hana Sofea untuk member tazkirah percuma kepada lelaki itu. Hana Sofea mengeluarkan telefon dari kocek baju kurungnya. Eh? Nombor siapa ni?

"Assalamualaikum," sapa Hana Sofea dengan suara yang perlahan.

"Waalaikumussalam. Ni Hana ke?" suara seorang wanita dihujung talian. Hana Sofea rasa pelik.

"Ya saya. Ini siapa?"

"Ini auntie Irah! ingat tak kat auntie?"

"Oh auntie! ingat siapa tadi. Auntie apa khabar? kaki macam mana?" soal Hana Sofea.

"Alhamdulillah, dah semakin baik. Auntie minta maaf kalau auntie call secara mengejut. Auntie dah lama minta Harith nombor telefon Hana, sekarang baru dapat," jelas Puan Umairah. Hana Sofea hairan. Macam mana Sayf Harith boleh ada nombor dia?

Oh! mestilah dia tahu! Dia kan bos.

"Hana dengar tak suara auntie?"

"Dengar auntie. Kenapa auntie call Hana?"

"Harith mesti dah beritahu pasal auntie jemput Hana untuk makan malam."

"Oh pasal tu! Hana rasa Hana tak dapat datang sebab selalunya bila hujung minggu, Hana ada plan dengan Ibu," Hana Sofea cipta alasan.

"Pasal tu, auntie faham sebab hujung minggu mesti nak luangkan masa dengan keluarga. Auntie sendiri hargai masa dengan keluarga. Itu sebab auntie nak buat makan-makan jumaat malam, selepas waktu kerja."

"Err..."

"Lepas habis kerja, Hana tumpang kereta Harith. Lagi pun esok harinya kan hari sabtu, Hana tak kerja jadi kalau Hana nak balik lambat pun tak apa. Bolehlah Hana...auntie dah lama nak jumpa dengan Hana. Auntie risau tak ada hari lain sebab bila auntie balik Dubai nanti, tak tahu bila lagi dapat balik sini."

Hana Sofea mula rasa serba-salah. Hatinya menjadi lembut bila dipujuk oleh Puan Umairah.

"Kalau macam tu, baiklah," Hana Sofea akhirnya bersetuju. Tak sampai hati untuk menolak permintaan Puan Umairah.

"Terima kasih sayang! Jumpa jumaat ni ya? Auntie dan Nia rindu dengan Hana. Okeylah, auntie ada kerja sikit, ini nombor auntie tau! jangan malu-malu.kalau nak telefon auntie, telefon je," suara lembut Puan Umairah membuat Hana Sofea tersenyum lebar.

"Okey auntie. Insya Allah...bye," senyuman masih mekar di bibir Hana Sofea walaupun talian sudah dimatikan. Firdaus yang dari tadi berdiam diri, akhirnya buka mulut untuk bertanya.

"I tengok you dari tadii asyik senyum-senyum. Siapa yang telefon tadi?"

"Auntie Irah."

"Auntie Irah?" soal Firdaus lagi.

Mata Hana Sofea masih melekat di skrin telefon. Dia rasa disayangi oleh Puan Umairah.

"Mak saudara Tuan..." Hana Sofea baru tersedar yang dia sudah terlepas cakap. Hana Sofea menggigit bibir.

"Eh! Auntie Irah...maksud you Puan Umairan? Isteri Tuan Arshad?" Firdaus mahukan kepastian. Hana Sofea angguk kepala. Dah terlepas cakap, mana boleh tarik balik.

"Macam mana you boleh kenal dengan auntie Irah? sebab I pun kenal dia. Daddy I kawan lama Tuan Arshad."

"Panjang cerita. Kita kenal kat luar," Hana Sofea memendekkan cerita. Tak kuasa nak cerita panjang-panjang.

"Auntie Irah nak apa?" Firdaus menyoal kerana hatinya meronta-ronta ingin tahu.

"Urrmm...auntie Irah jemput untuk makan malam."

"Bila?" Firdaus pantas menyoal. Hana Sofea mula tidak senang duduk.

"Jumaat ni."

"Kat rumah Datuk Ilyas?" Firdaus mula memikirkan sesuatu.

"Agaknya kut," Hana Sofea sudah malas nak menjawab.

"Kalau macam tu, kita boleh pergi sama-sama."

"Huh?!" mulut Hana Sofea sudah melopong.

"Sebenarnya, Datuk Ilyas ada jemput I dengan daddy I untuk makan malam sebab you pun tahukan yang syarikat kita akan bekerjasama. Datuk Ilyas nak buat hari ahad tapi keluarga I ada hal. Jadi I tukar hari jumaat malam. I seorang je yang pergi sebab daddy I selalu sibuk."

"Oh ye ke?" Hana Sofea macam tak percaya. 

Firdaus mengangguk dengan yakin walhal dia telah reka cerita. Tak apalah! Nanti dia akan suruh Datuk Hassan untuk menelefon Datuk Ilyas untuk menukar makan malam ke hari jumaat. Pandai-pandailah dia nanti membuat cerita agar Datuk Hassan tidak turut serta dalam acara itu.

"Kita boleh pergi sama-sama selepas waktu kerja. I ambil you dari sini," Firdaus memberi cadangan dengan harapan Hana Sofea akan setuju. Hana Sofea tersepit antara cadangan Puan Umairah tadi dan kini cadangan dari Firdaus.

'Sayf Harith nak ke tumpangkan kau? mesti rasa janggal nanti,' hati Hana Sofea berbisik.

Hana Sofea perlahan-lahan mengangguk kepala. Firdaus senyum besar!

"Kalau macam tu, kita exchange number," Firdaus tanpa segan silu mengambil telefon bimbit dari tangan Hana Sofea. Jari-jemari tangkas menaip nombor telefon ke dalam telefon milik Hana Sofea. Telefon Firdaus berbunyi buat sesaat lalu dimatikan.

"I buat missed call untuk save nombor you."

Hana Sofea hanya mendengar, Dia sudah penat melayan karenah Firdaus dari tadi.

"Saya nak naik. Dah lama saya kat bawah ni," Hana Sofea sudah berdiri.

"Jom, I hantar you sampai ke lif."

Hana Sofea sekadar mengiyakan. Kalau menolak nanti Firdaus akan mula berleter panjang lebar.

Hana Sofea dan Firdaus jalan seiringan sehingga ke tempat lif. Firdaus menekan butang lif sambil berbual panjang dengan Hana Sofea. Walaupun Hana Sofea tidak memberi respon, Firdaus masih berbual tanpa henti. Pintu lif di depan mereka sudah terbuka luas tanpa mereka sedari. Hana Sofea kaget bila wajah serius Sayf Harith muncul di depan mata.

"Hai Harith! nak pergi mana?"

Sayf Harith pekakkan telinga. Tak kuasa nak menjawab soalan Firdaus yang tidak mendatangkan faedah kepadanya. Sayf Harith keluar dari perut lif lalu melanggar bahu Firdaus dengan sengaja. Hana Sofea terasa hati bila Sayf Harith langsung tidak memandangnya. Hana Sofea tak mahu melayan hati yang sakit ni,dia terus masuk ke dalam perut lif. Buat apa harapkan kepada seseorang yang langsung tak pandangnya sebelah mata. Pintu lif terus tertutup tanpa memberi kesempatan kepada Firdaus untuk mengucap selamat tinggal kepada Hana Sofea.

Sayf Harith melangkah terus ke kaunter tanpa pandang ke belakang.

"Stacy, my parcel."

"Sekejap ya Tuan Sayf."

Jari Sayf Harith mengetuk-getuk permukaan meja kaunter sementara menunggu pekerja tadi mencari barangnya. Telefon pintar di dalam kocek seluar bergetar tanpa henti. Sayf Harith mengeluarkan telefonnya lalu ikon hijau digesek ke atas.

"Yes auntie?"

"Auntie telefon ni, nak bagi tahu Harith yang auntie dah buat apa yang Harith suruh. Hana dah setuju untuk makan malam jumaat ni. Seperti yang Harith nak, auntie dah cakap kat Hana untuk tumpang kereta Harith."

"Okay auntie. Thanks. Nanti, Harith telefon balik...Bye," Sayf Harith menekan ikon merah. Skrin telefon ditatap buat seketika lalu perlahan-lahan satu senyuman terukir di wajah Sayf Harith.

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Selma Q