Home Novel Cinta Ingin Mencintaimu Selayaknya
Ingin Mencintaimu Selayaknya
Selma Q
29/4/2019 03:45:46
43,187
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

"Kalau you nak tahu..." Mallika menapak ke arah Sayf Harith. Jarinya bermain di dada Sayf Harith.

"You know what? Tengok you macam ni, dalam keadaan terdesak...buat I rasa puas hati!" Mallika senyum simpul. Rahang Sayf Harith bergerak-gerak untuk menahan rasa marah.

"Harith, I sanggup lakukan apa saja untuk you. I sanggup tinggalkan Hadif kalau you nak. I tahu rahsia Hadif. You nak tahu pasal Hadif? I boleh cerita dari A sampai Z. Asalkan you ikut apa I nak and it's simple Harith! I just want you." Suara Mallika berubah menjadi lunak. Dia mahu menggunak peluang keemasan ini untuk menundukkan Sayf Harith.

Mallika beranikan diri. Kedua tangannya memeluk leher Sayf Harith. Melihat tiada respon dari lelaki itu, Mallika mengeratkan lagi pelukan sambil kepalanya dimiring ke tepi. Mallika mengukir senyuman menggoda untuk menambat hati Sayf Harith.

Sayf Harith merenung tunak ke anak mata Mallika sambil tersenyum. Mallika gembira bukan kepalang! Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya sudah tiba!

Sayf Harith perlahan-lahan menyentuh pergelangan tangan Mallika lalu diusap lembut. Mallika terbuai dengan layanan mesra itu. Tak pernah-pernah Sayf Harith melayan dirinya dengan lembut. Saat Mallika sedang khayal dengan perasaan sendiri, Sayf Harith merungkai pelukan di lehernya dengan kasar. Tanpa Mallika sedar, dirinya sudah ditolak jauh dari tubuh Sayf Harith!

"Harith!" Mallika menjerit sambill menghentak-hentak kedua kakinya.

Sayf Harith mengurut lehernya sambil kepalanya dipusing ke kanan dan ke kiri. Sayf Harith pejam mata seketika.

"I taklah terdesak mana sampai I perlu jadi hamba you." Sayf Harith berkata dengan selamba. Muka Mallika yang sudah masam langsung tidak diendahkan.

"Harith! You dengar sini. You tolak I tiga atau empat kali pun, I akan tetap buat apa saja untuk dekat dengan you. I akan pastikan you jatuh kat tangan I! Tak ada lelaki yang pernah tolak I. Tak mungkin seorang lelaki macam you boleh tahan dengan kecantikan yang I ada."

"Apa cerita ni?"

Ketibaan Lutfi membuat Mallika terhenti untuk meluah apa yang terbuku di dalam hati. 

Lutfi cuba berlagak tenang. Rasa terkejut dengan kehadiran Sayf Harith di pejabat cuba disembunyikan. Bukan ke sepatutnya Sayf Harith masih bercuti? atau pun dia yang salah tengok? Sekarang Mallika pun ada di pejabat Sayf Harith! Ada cerita yang dia tak tahu ke?

"Tak ada cerita yang menarik pun." Sayf Harith mengangkat bahu. Tanpa membuang masa, Sayf Harith terus masuk semula ke pejabat. Dia dah penat nak berperang mulut dengan Mallika!

"Apa cerita Ika? ada perkara yang aku tak tahu ke?" soal Lutfi.

"Diamlah!" Mallika menjerit lalu mengangkat kaki menuju ke salah satu lif yang sedang terbuka.

Lutfi menggaru kepala. "Apa hal dengan perempuan tu?"

Lutfi mendengus. Dia yang tak tahu cerita, tiba-tiba kena herdik. hmph!

Lutfi tarik nafas. Dia harus cari alasan macam mana nak berdepan dengan Sayf Harith. Kaki diatur berhati-hati ketika di dalam pejabat. Manalah tahu Sayf Harith akan timbul dari mana-mana celah untuk sergah diri dia. 

Lutfi terpandang bilik mesyuarat. Melihat ada tiga orang yang cukup dikenalinya sedang berada di dalam ruang yang sama, membuat Lutfi rasa gelisah. Nak tegur atau tak?

"Korang tak pergi makan ke?" Lutfi akhirnya membuat keputusan untuk tegur. Dia harus berlagak tenang seolah tiada apa-apa yang berlaku.

"Lut, bila kau sampai?" soal Luqmn. Tiga pasang mata sedang memandang Lutfi. Lutfi tersengih kaku.

"Err...baru jugak. Tadi ada hal." Lutfi mula gugup. Mataa dilirik ke Sayf Harith. Wajah Sayf Harith tidak menunjukkan apa-apa perasaan. Adakah satu petanda yang baik atau petanda yang buruk? Angin Sayf Harith sukar untuk diramal. 

"Hana, you pergi makan. Luq, ikut aku pergi ofis daddy. Daddy masih ada kat ofis. Aku tak nak lengahkan hal ni." ujar Sayf Harith. Sebelum kaki melangkah keluar, Sayf Harith sempat melirik ekor matanya ke Luttfi. Lutfi dengan serta-merta menundukkan kepala ke bawah.

"Hana, you pergi lunch dulu. Lut, I see you later." Luqman menepuk bahu Lutfi lalu mengikut Sayf Harith dari belakang. 

Hana Sofea rasa kekok. Berdua dengan Lutfi di dalam bilik mesyuarat, betul-betul menyesakkan dada! Dia harus beredar sebelum Lutfi buka mulut. Dengan cepat, telefon bimbit dan komputer riba diambil.

"Hana!" Lutfi terus bergerak ke tepi pintu untuk menghalang Hana Sofea.

"Encik Lutfi nak apa?" Hana Sofea tidak berani menentang renungan mata Lutfi.

"Aku perlukan pertolongan kau."

"Tolong apa? Saya tak tahulah apa Cik Mallika nak."

Kening Lutfi ternaik. Leher dipanjangkan ke kanan dan kiri untuk pastikan pejabat itu lengang. 

"Hal Mallika, Aku tak nak tahu tapi yang ini kau kena tolong aku.  Kau ingatkan apa aku cakap hari tu? Kau kena buat apa aku suruh!"

Hana Sofea mengeluh dalam hati. Awal pagi tadi, aman hidup dia bila Lutfi tiada di pejabat. Sekarang, dengan adanya Lutfi dan permintaan yang apa entah, membuat Hana Sofea rasa bingit.

***

"What?!" Syaiful Hadif terpekik.

Mallika yang datang ke pejabatnya tadi dalam keadaan kelam-kabut mengundang curiga Syaiful Hadif.

"Sayang, I minta maaf! I tak tahu macam mana Harith tahu yang..."

"Kenapa bodoh sangat ni! Aduh! Kusutlah kepala aku! Kau dengan Lutfi sama je! Bodoh!" Syaiful Hadif bermundar-mandir sambil mencekak pinggang. Mallika menikus di tepi sofa. Tidak berani nak cakap apa-apa. Silap hari bulan, dia diharamkan untuk jejakkan kaki ke ARQ & CO. Macam mana nak dekatkan diri dengan Sayf Harith?

"Kau dengan Lutfi, mulut tak boleh pakai! Dua-dua mulut tak boleh simpan rahsia! Hari tu, Lutfi pergi cakap Harith tu apa abang aku, yang kau?" Syaiful Hadif menghentak meja. Mallika terperanjat dengan kemarahan Syaiful Hadif. Bahunya ternaik bila meja dihentak tadi. 

"Tapi you jangan risau... Harith tahu setakat tu je." Mallika cuba menyejukkan api kemarahan Syaiful Hadif. 

"You ni bodoh ke? Tak kenal dengan Harith? you ingat... dia akan senang-senang lepaskan hal ni? Harith tu akan ambil mana-mana peluang yang ada untuk halang I ambil alih tempat daddy!"

Mallika rasa tersinggung. Tunang sendiri panggil dia bodoh, mana tak sakit hati! Mallika ketap bibir. Syaiful Hadif ditilik dari atas ke bawah. Nama saja adik-beradik tiri tapi bila marah, dah sama macam Sayf Harith!

"Habis tu! You nak I buat apa? I dah minta maaf kan? apa lagi yang I kena buat untuk kurangkan kemarahan you?"

Syaiful Hadif berdiri tegak di depan Mallika dengan wajah yang bengis.

"You buat apa kat ofis Harith?" Soalan Syaiful Hadif membuat Mallika tersentak. Apa dia nak jawab ni!

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Selma Q