Home Novel Cinta Ingin Mencintaimu Selayaknya
Ingin Mencintaimu Selayaknya
Selma Q
29/4/2019 03:45:46
14,984
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7
Terima kasih yang telah membaca hingga Bab 6. Selamat membaca bab yang seterusnya.

Hana Sofea mengeluh kecil. Sudah 30 minit dia berdiri di depan meja Lutfi. Memandangkan Sayf Harith sekarang berada di Penang, Nak tak nak, dia perlu melaporkan diri kepada Lutfi. Lutfi masih sibuk berbual di telefon.


"Staf aku dah sampai. Nanti aku telefon kau balik."


Hana Sofea menghela nafas lega. Akhirnya! Dia tidak perlu menunggu lagi! Sesungguhnya penantian itu memang memenatkan! Lutut sudah longgar sebab lama sangat dia berdiri.


"Nama you?"


"Hana Sofea, Encik Lutfi."


Lelaki itu mendongak sambil menggeleng kepala. Jari telunjuknya digoyangkan. "Bukan Encik Lutfi tetapi Tuan Lutfi."


Hana Sofea terdiam sejenak. "Maaf Tuan."


Lutfi tersenyum lebar. 


"I bukan apa. Harith mesti dah bagi tahu yang I'm the second in-charge bila Harith tak ada kat ofis."


Hana Sofea angguk kepala. Lutfi bangun dari kerusinya dan secara perlahan mendekati Hana Sofea. Lutfi berdiri rapat di belakang tubuh Hana Sofea. Hana Sofea cuba bersangka baik. Dia tak mahu cepat melatah. Hana Sofea tarik nafas sedalam-dalamnya. Betapa dekatnya jarak antara mereka berdua. Lutfi mendekatkan wajahnya ke telinga Hana Sofea dari belakang.


"Kalau Harith ada, you panggil I Encik Lutfi tapi...kalau Harith tak ada, you panggil I, Tuan Lutfi. Faham?" Bisikan Lutfi di telinga membuat Hana Sofea rasa seram sejuk. Rasa tidak enak mula bertapak di dalam hati.


Hana Sofea menjauhkan dirinya dari Lutfi. "Err..Tuan Sayf cakap yang Tuan Lutfi akan terangkan skop pekerjaan saya."


Luqman ketawa kecil. "Relakslah! Baru pukul berapa, you dah mula nak cakap tentang kerja? Ha! cakap pasal kerja, pejabat kita ada beberapa syarat."


"Syarat?" dahi Hana Sofea berkerut.


Tangan Lutfi mula menyentuh belakang tubuh Hana Sofea.


"Apa ni Tuan?!" Hana Sofea menepis tangan Lutfi dengan kasar. Benci dengan tindakan Lutfi tanpa segan silu itu!


"Ops! Kenapa you marah? You tak suka ke?" Lutfi mula mendekati Hana Sofea. Hana Sofea bergerak ke belakang. Lutfi mara ke hadapan dan Hana Sofea automatik bergerak ke belakang. Tanpa Hana Sofea sedar, ada sofa di belakangnya. Hana Sofea kaget bila dia jatuh terduduk di atas sofa tunggal itu. Lutfi dengan pantas mengunci dengan meletakkan kedua tangannya di sebelah kanan dan kiri Hana Sofea. Lutfi membongkokkan badannya. Mata Lutfi merata wajah Hana Sofea sepuas-puasnya.


"Tu...Tuan nak apa sebenarnya?" Hana Sofea beranikan diri untuk bersuara. Dalam keadaan sebegini, dia tidak boleh tunjukkan yang dia sedang takut.


"Hana Sofea, kau tak ingat aku ke?" Lutfi menyeringai.


Hana Sofea diserang rasa takut. Wajah Lutfi cuba ditatap. Mata meneliti setiap inci wajah itu. Tiba-tiba tekaknya menjadi kering. Hana Sofea telan liuh.


"Ingat tak? Aku ada semasa kau bernikah dengan..." Lutfi sengaja membiarkan ayatnya tergantung.


Tak mungkin...Betapa kecilnya dunia ini!


"A..awak saksi untuk pihak Hadif." Suara Hana Sofea sudah tenggelam. Hana Sofea larikan matanya pandang ke tempat lain. 


"Ha! Ingat pun!" Lutfi menepuk sofa dengan kuat sehingga membuat bahu Hana Sofea ternaik. Lutfi bergerak ke kerusinya. Hana Sofea masih dalam keadaan terkejut. 


"Jangan nak buat muka tu terperanjat sangat! Aku tahu kau dah berjumpa dengan Hadif." Lutfi membuang tubuhnya di atas kerusi.


"Jadi awak nak apa sebenarnya?" Hana Sofea bangkit. Hatinya harus kuat untuk menghadapi apa sahaja yang bakal dilontarkan kepadanya.


"Aku cuma tolong sampaikan pesan Hadif. Berhenti kerja dan berambus dari hidup Hadif. Hadif bakal menjadi CEO syarikat ni dan dia tak nak, sejarah hitam menghalang cita-cita dia." Jawab Lutfi dengan angkuh.


Hana Sofea buat-buat ketawa. Hadif cakap dia penghalang cita-citanya?


"Saya dan Hadif dah lama berpisah. Saya tak harapkan kepada lelaki yang tak guna macam Hadif tu! Awak cakap dengan kawan baik awak yang saya tak akan ganggu hidup dia. Tolonglah! Jangan kacau periuk nasi saya!"


Lutfi pejam mata menahan marah. Tidak sangka wanita yang berdiri di depannya sudah berani melawan!


"Siapa suruh bawak periuk nasi kau kat syarikat ni? Kau tak sepatutnya muncul depan kita. Salahkan nasib kau sebab cari makan kat syarikat ni!" Lutfi pandang Hana Sofea dari atas ke bawah. Hana Sofea seorang wanita yang tidak mempunyai apa-apa. Dia setakat berani di mulut saja! Nak buat lebih dari tu, mesti tak punya!


"Saya nak cakap apa kat Tuan Sayf kalau saya nak berhenti kerja? Cakap yang awak dan Hadif halau saya?" Hana Sofea peluk tubuh. Dia tidak boleh tewas di depan Lutfi!


"Kau tu siapa? Kau ingat Harith akan percayakan kau? Aku dah dua tahun bekerja dengan Harith. Kau rasa...Harith akan percayakan siapa? perempuan yang dia baru kenal atau percayakan aku?"


Tiba-tiba Lutfi bertepuk tangan seolah teringat akan sesuatu. "Oh! Ataupun...dia akan percayakan cakap adik dia?"


Kepala Hana Sofea bagai dihempap dengan batu besar. Telinganya disajikan dengan satu kenyataan yang memeranjatkan. "Adik?"


Lutfi ketawa besar.


"Kau tak tahu ke? Bodohlah!" Lutfi sambung ketawa.


Nafas Hana Sofea rasa sesak. Apa lagi perkara yang dia tak tahu? berapa banyak rahsia yang Syaiful Hadif sembunyikan dari pengetahuannya?


"Tak apa, biar aku bagi tahu kau. Kalau kau nak tahu, bekas suami kau, adik kepada Sayf Harith. Jadi kalau kau nak mengadu kat Tuan Sayf kau, Aku senang-senang akan buka cerita yang kau kahwin senyap-senyap dengan Hadif. Aku boleh je tambah-tambah cerita. Aku cakap yang kau goda Hadif. Kau kahwin sebab nak harta dia ataupun aku cakap kau curang dengan Hadif!"


"Tipu!" Suara Hana Sofea meninggi.


"Shhhh! Kau nak satu pejabat tahu pasal sejarah hidup kau eh? Baru satu tahun kahwin, dah pegang status janda. Kesian kau!"


Hana Sofea meraup muka. Bibir bawah digigit. Kepala berputar dengan ligat. Masalah semakin kusut jadinya!


"Aku taklah sejahat mana. Aku boleh pujuk Hadif untuk beri kau masa untuk cari kerja baru. Yalah, kau tu bukan orang senang.Sementara kau kerja sini, Kau kena dengar cakap aku. Apa aku suruh buat, kau kena buat. Jangan langgar arahan aku. Kalau kau dengar, hidup kau dalam syarikat ni akan selamat. Kalau nasib kau baik, mungkin kau tak payah cari kerja lain." Lutfi mengenyit mata.


"Kalau saya tak dengar arahan awak?"


"Hana...Hana...Aku belum cakap lagi, apa aku nak kau buat. Siang-siang kau dah tolak. Tak baik tau! You hurt my feelings." Lutfi memegang dada kononnya dia rasa tersinggung. Hana Sofea merengus. Tangan menggengam hujung baju kurungnya. Hati rasa takut tapi otak tertanya-tanya, apa sebenarnya bermain di dalam otak Lutfi. Lutfi mengurut dagu seolah sedang terfikir sesuatu.


"Siapa nama anak mak angkat kau? Kaisah? Fasha?" Lutfi sengaja main tarik tali.


"Awak nak buat apa kat Aisyah?!" Mata Hana Sofea memanah tepat ke wajah Lutfi. Lutfi menggeleng-geleng kepala sambil tersenyum sinis.


"Aku tak nak buat apa-apa pun. Agaknya...apa perasaan mak angkat kesayangan kau kalau dia dapat tahu yang anak perempuan dia ada skandal dengan bos dia?"


"Awak sengaja nak reka cerita!" Nafas Hana Sofea sudah tidak stabil.


"Kau ingat aku pakcik bawang nak buat cerita yang tak bawak keuntungan untuk aku?" 


Tidak sampai sesaat, Lutfi petik jari dengan wajah yang teruja. "Eh! sekarang cerita ni akan bawak keuntungan untuk aku!" Lutfi ketawa berdekah-dekah. Hana Sofea rasa terperangkap!


"Awak ingat dengan menggunakan Aisyah, saya akan ikut semua cakap awak? awak tak tahu ke hubungan saya dengan Aisyah macam mana?" Hana Sofea mencuba nasib. Lutfi berhenti ketawa. Senyuman perlahan-lahan terukir di bibirnya.


"Aku tahu. Aisyah tak suka kau! Dia benci kau! tapi...kau sayang mak angkat kau. Kau tak sanggup nak tengok airmata mengalir dari mata mak angkat kesayangan kau. Betul tak Hana Sofea?" Lutfi menekan suaranya. Hana Sofea terdiam. Tiada idea untuk membidas kata-kata Lutfi. Melihat keadaan Hana Sofea yang diam tidak berkutik membuat Lutfi senyum kemenangan.


"Hana, apa kata kau fikir dulu, apa aku cakap tadi. Jangan takut! Aku tak akan suruh kau buat perkara yang kena jual badan kau. Lagipun, Aku tak berminat! Kau tu bekas orang. Siapa nak?"


Penghinaan yang diterima, membuat Hana Sofea menangis dalam hati. Betapa hancurnya hatinya sekarang.


"Aku kena fikir dulu, apa yang kau perlu buat untuk aku. Sekarang belum ada idea lagi...nanti aku dah ada idea, aku bagi tahu kau! Masa tu, kau kena buatlah."


Hana Sofea menjadi kaku. Alangkah baiknya kalau dia boleh terus lenyap dari tempat ini. Tanpa meninggalkan sebarang kesan. Dia mahu jauh dari manusia seperti Lutfi dan Syaiful Hadif!


***


"KAU APA?!!"


Jeritan Syaiful Hadif di corong telinga membuat Lutfi menjauhkan telefon dari telinganya. Telinga digosok beberapa kali. Telefon dilekapkan semula di telinga.


"Hadif, aku buat macam ni sebab..."


"Lut! Apa-apa kau nak buat, boleh tak bincang dengan aku dulu? Sekarang perempuan tu dah tahu yang Harith abang tiri aku!" Suara Syaiful Hadif makin tinggi di dalam telefon. Lutfi cuba sabarkan diri.


"Hadif, kasi aku peluang untuk terangkan boleh tak? Macam mana aku nak cakap kalau kau dari tadi memekik tak tentu pasal?"


Syaiful Hadif mendengus kuat. "Apa dia? Cakaplah!"


"Aku setakat cakap yang Harith abang kau. Dia ingat kau orang berdua adik-beradik betul. Satu famili. Itu saja yang aku cakap. Rahsia kau yang lain, masih kemas dalam poket aku. Aku taklah sebodoh tu nak cerita semua."


"So?" 


"Rancangan aku, aku nak Hana kerja sini. Kita gunakan Hana untuk buat kerja kotor kita. Kerja jalan dan Hana akan terima padahnya. Kau fahamkan maksud aku?"


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Selma Q
© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham