Home Novel Cinta Ingin Mencintaimu Selayaknya
Ingin Mencintaimu Selayaknya
Selma Q
29/4/2019 03:45:46
15,691
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 22

"Hana, tunggu sekejap. I ada perkara nak bagi tahu," kata Sayf Harith sebaik saja kereta berhenti di depan pagar rumah Puan Salehah.

Hana Sofea mengurut kepala. Kalau ikutkan hati, dia tak ada mood untuk dengar apa yang mahu dikatakan oleh Sayf Harith. Malam ini, mood dia rosak sejak makan malam di rumah Datuk Ilyas tadi. Penat dengan karenah Firdaus yang asyik nak melekat dengan dirinya dan juga Mallika. Mallika suka sangat sakitkan hatinya.

Masih terngiang-ngiang di kepala kata-kata sinis yang keluar dari mulut Mallika.

"Kau ni tak tau malu eh? Perempuan tamak! Kau ni dah desperate sangat ke sampai kau kejar dua lelaki dalam satu masa? Dahlah tak sedar diri yang kau tu second hand! Ada hati nak goda dua lelaki yang kocek tebal. You are so disgusting!"

"Hana, you dengar tak apa I cakap ni?" Sayf Harith menegur. Dia hairan melihat Hana Sofea yang statik di tempat duduknya. 

Hana Sofea mengurut kepala. "Saya penat dan saya nak masuk ke dalam."

"Give me 10 minutes. Please?" pinta Sayf Harith.

"Okey, Tuan Sayf nak cakap apa?" ujar Hana Sofea. Ikutkan hati, dia mahu terus masuk ke dalam rumah. Hatinya masih sakit dengan kelakuan Firdaus petang tadi dan penghinaan Mallika terhadapnya. Otak dan hati sudah penat. Hana Sofea berharap apa yang bakal keluar dari mulut Sayf Harith, bukan sesuatu yang memberatkan emosinya. 

"I tak pandai dalam benda macam ni tapi I nak cakap yang I...Sayf Harith dah jatuh hati dengan Hana Sofea." Sayf Harith bersuara serius.

Hana Sofea tergamam. Tekaknya rasa kering. "Ap...ap...apa semua ni?"

Hana Sofea meraup muka. Pandangan dibuang ke luar tingkap. Mata memandang ke pagar rumahnya. Tak tahu macam mana untuk menghadap wajah Sayf Harith. 

"I  tak tahu bila dan kenapa. I tak tahu kenapa hati I selalu sebut nama you. Hati I selalu nak you dekat dengan I. I ingat perasaan ni tak lama tapi tak sangka perasaan ni dah berlarut sampai ke sekarang."

Mata Hana Sofea mula berkaca. Dia sejujurnya tersentuh dengan pengakuan tulus dari Sayf Harith tetapi kenapa hatinya terselit rasa sangsi? Bukan ke sepatutnya hatinya berbunga riang?

"Hana?"

Hana Sofea cuba menahan airmatanya. Bola mata dinaik ke atas. Kenapa dia mudah menjadi lemah di depan Sayf Harith? 

Dahi Sayf Harith berkerut bila terpandang wajah Hana Sofea yang kelihatan sugul. Dia ada tersalah cakap ke? Tapi dia sudah ulang ayat tu berulang kali, tak ada yang silap pun. Sayf Harith mencapai kotak tisu dari atas dashboard lalu diberikan kepada Hana Sofea. Hana Sofea menerima dengan senyuman tawar.

"Ambillah. I tak bawa sapu tangan I. Kalau boleh I nak kasi sapu tangan I...macam hari tu," suara Sayf Harith mendatar. Mata tidak lepas dari memandang wajah Hana Sofea. 

Hana Sofea tertoleh. Apa maksud Sayf Harith?

Sayf Harith tersenyum kecil sebelum memandang ke hadapan. Tangan mengetuk-getuk stereng kereta. Hati berbelah-bagi sama ada mahu memberitahu Hana Sofea atau tidak. 

"Hari tu, lepas you keluar dari ofis I.. I ada kejar you tapi.. tak sangka Firdaus dah sampai dulu," suara Sayf Harith menjadi lirih. Sayf Harith menoleh lalu memandang tepat ke Hana Sofea. 

Pandangan mata mereka bersatu.

Lama. 

"I nak you tahu yang hati I dah diambil oleh you. I nak you ada dengan I. I love you Hana Sofea. I really do and I am confident with my own feelings towards you. I tak ada rasa sangsi pun," Kata Sayf Harith membuat Hana Sofea tertunduk.

Hana Sofea mengeluh kecil. Dia sendiri sedar yang dia juga mempunyai perasaan terhadap Sayf Harith. Dia juga mahu mencintai Sayf Harith tetapi layakkah dia untuk mencintai lelaki ini? Hati Hana Sofea bertambah perit. Kata-kata Mallika membuat dia rasa tidak yakin. Memang betul apa yang dikatakan oleh Mallika. Dia sepatutnya sedar diri. 

"Saya rasa Tuan Sayf keliru antara rasa cinta dan rasa kasihan."

Sayf Harith membetulkan kedudukannya. "Tak...I tak keliru."

"Tuan Sayf, saya ada sejarah dengan Hadif. Tak kan saya nak bercinta dengan abang kepada bekas suami saya?" 

"Abang tiri! bukan abang kandung. I dengan Hadif tak ada pertalian darah!" Sayf Harith menegas.

"Itu yang Tuan Sayf cakap tapi orang luar faham ke? Apa kata orang kalau saya kahwin dengan…"

"Buat apa nak kisah apa orang cakap Hana Sofea?" dada Sayf Harith mula turun naik.

"Okey...tapi Tuan boleh janji ke kalau kita berkahwin satu hari nanti, kalau kita bergaduh, Tuan Sayf pasti yang Tuan tak akan ungkit sejarah silam saya?" Hana Sofea melawan balik.

Lidah Sayf Harith menjadi keluh. Dia manusia biasa. Dia tidak berani untuk janjikan sesuatu yang dia sendiri tidak pasti.

"Saya tak nak bila kita bergaduh, ada ungkit-mengungkit. Tuan sendiri tak tahu macam mana rumahtangga saya dengan Hadif. Kalau ada orang nak hasut Tuan Sayf, Tuan akan percayakan siapa? Kalau ada orang cakap saya ni kahwin Hadif sebab nak hidup senang, Tuan akan percayakan siapa?"

"Hana, I tahu hari tu I ada terlepas cakap tapi I cakap macam tu... sebab I cemburu dengan Firdaus," Sayf Harith cuba membela diri.

"Cemburu dengan Firdaus? Tuan tak cemburu ke yang dulu saya pernah sekatil dengan Hadif?" Hana Sofea menyoal dengan berani. Entah mengapa hatinya sengaja nak menguji Sayf Harith.

"Hana, kenapa perlu cakap macam tu sekali? ni perkara mudah. Kalau kita suka sama suka, kita kahwin. Why you want to complicate the matter?"

"Sebab saya tak nak buat kesilapan lagi. Ya! memang saya ada hati kat Tuan Sayf. Saya boleh je terima cinta Tuan tetapi kita hidup dalam dunia yang nyata. Tentang hal kita ni, bukan perkara yang mudah macam dalam drama TV atau novel yang ada happy ending. Rumahtangga akan selalu diuji. Rumahtangga saya dengan Hadif boleh bertahan sekejap je. Saya takut untuk berkahwin buat kali kedua. Saya takut kalau saya gagal lagi," Hana Sofea mula menangis.

"Hana, I manusia biasa yang tak lari daripada buat kesilapan. Kenapa you perlu salahkan diri you dan seksa diri you macam ni? Beri peluang kepada diri you dan peluang kepada I," pujuk Sayf Harith.

"Hana, apa kata kita cari masa untuk know each other? Beri I peluang untuk kenal you. Cerita kat I kisah silam you dan I jugak akan cerita tentang kisah silam I," Sayf Harith tidak lelah memujuk. 

"Kenapa dulu Tuan pernah cakap antara kita tak akan terjadi? Kenapa sekarang hati Tuan dah berubah?" soal Hana Sofea sambal mengesat airmatanya. Sayf Harith teringat tentang perkara itu. Sesuatu yang keluar dari mulutnya bila dia disoal oleh Luqman tentang perasaannya.

"Macam I cakap, I manusia. Tak lari dari buat silap. I cakap macam tu kat Luqman sebab I belum pasti tentang perasaan I. Tapi...macam mana you tahu?" 

Hana Sofea terdiam.

"Tuan, saya nak balik. Saya harap ini kali terakhir kita bual pasal hal ni. Beri saya masa dan ruang. Bila saya dah bersedia, saya akan bagi tahu. Saya harap Tuan Sayf faham dan tak sebut pasal hal ni lagi," pinta Hana Sofea. Hati berbisik untuk menerima cinta Sayf Harith tetapi otak mengarah untuk kebaikan diri. 

"Okey, I tak akan sebut tentang hal ni sampai you sendiri yang buka mulut tapi I harap you benarkan perasaan I untuk wujud dalam hidup you. Jangan halang I untuk tunjukkan perasaan I yang ada untuk you."

"Saya harap hubungan kita professional macam dulu. Saya tak nak terima Tuan sebab terhutang budi atau atas dasar simpati. Saya nak terima Tuan sebab saya yang nak. Tuan wujud dalam hidup saya hanya sebagai Tuan Sayf. Tak lebih dari tu," Hana Sofea tiba-tiba rasa sebak. 

Sayf Harith perlahan-lahan mengangguk. Permintaan Hana Sofea terpaksa diturutkan walaupun hatinya berat untuk membuat apa yang dipinta oleh wanita itu.

Hana Sofea rasa kecewa. Kecewa dengan diri sendiri sebab tidak yakin dengan perasaan sendiri dan cinta Sayf Harith. Dia takut kalau dia menerima cinta Sayf Harith hanya kerana ingin melarikan diri dari Firdaus. Dia takut andai dia terluka lagi. Sudah pasti Datuk Ilyas akan menghalang hubungan mereka. Dengan adanya Syaiful Hadif dan Mallika, akan membuat keadaan semakin rumit. Biar dia terluka sekarang daripada dia terluka di kemudian hari setelah hari sudah terikat dengan Sayf Harith.

***

"Aku berharap kau boleh bersabar dengan Hana. Aku pasti Hana bukan suka-suka buat macam ni. Dia ada alasannya sendiri kenapa dia perlukan masa dan ruang," tutur Luqman dengan tenang. Sayf Harith mengetuk permukaan meja. Ikatan rambut dilepaskan lalu rambut dikuak ke belakang. Luqman menghirup kopinya sambal memandang ke arah Sayf Harith yang seperti cacing kepanasan.

"Kau ni sampai bila nak simpan rambut panjang?" soal Luqman. Cawan yang sudah kosong ditolak ke tepi.

"Sekarang kita bual pasal Hana. Bukan pasal rambut aku," Sayf Harith menjeling geram. Hatinya sedang risau dengan Hana Sofea tetapi rambutnya pula dipersoalkan. Luqman menggeleng kepala dengan bibirnya mengorak senyuman kecil.

"Aku tak sangka, hari yang aku tunggu-tunggu untuk Sayf Harith runsing kerana cinta, sudah tiba. Betapa gembiranya hati beta!" usik Luqman. Wajah masam Sayf Harith langsung tidak dihiraukan. 

"Seronoklah dapat usik aku?" Sayf Harith memandang ke luar tingkap. Nasib baik kafe tiada ada ramai pengunjung. Boleh dia berbual lama tetapi Luqman pula tak habis-habis nak mengusik. Hish bingitlah!

Luqman berdehem kecil. "Okey,, pasal Hana..."

Sayf Harith mengikat rambutnya lalu tali leher dilonggarkan. Kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepala. Mata dipejam untuk rehatkan mindanya yang kusut tetapi wajah Hana Sofea pula berlayar dalam kotak fikiran. Mata terus terbuka luas.

"Aku keliru Luq. Dia cakap dia ada hati kat aku tapi dia perlukan masa dan ruang. Masa dan ruang untuk apa? untuk reconsider perasaan dia kat aku ke?" luah Sayf Harith.

"Dari cerita kau tadi, aku rasalah...dan mungkin apa yang aku nak cakap ni, mungkin betul dan mungkin salah. Aku rasa Hana takut terluka lagi. Itu dah satu hal. Lagi satu hal, bekas suami dia, adik tiri kau."

"Adik tiri je pun," Sayf Harith pantas mencelah.

"Iya, aku tahu dan Hana pun tahu kau orang adik-beradik tiri tapi Harith, walaupun bertiri, kau dengan Hadif masih dalam satu keluarga yang sama. Tinggal sama-sama. Kau cuba fikir. Kau kahwin dengan Hana tapi tiap-tiap tahun raya nanti, Hana akan jumpa Hadif. Bila ada kenduri atau majlis kahwin saudara, Hana akan jumpa Hadif. Cuba kau fikir perasaan Hana. Dia kalau boleh nak move on dengan life dia tapi membina masa depan dengan kau, bermaksud dia terpaksa berhadapan dengan masa silam dia. Kau rasa senang ke untuk Hana? Orang bila sudah bercerai,kalau boleh tak nak jumpa bekas suami atau bekas isteri. Jangan cakap orang berkahwinlah! Orang yang break up pun tak nak jumpa ex lagi," bebel Luqman dengan panjang lebar.

"Kau rasa Hana akan berubah hati tak?" Sayf Harith mula risau. Luqman bersandar ke kerusi. Tangan digantung di kerusi sebelah.

"Aku harap taklah. Kau sendiri cakap yang Hana ada hati kat kau. Aku rasa dia perlu masa dan ruang untuk mengubat hati dia. Mungkin Hana nak bangkit tanpa bantuan siapa-siapa. Kau beri dia masa. Kalau dah jodoh, tak kemana bro," pujuk Luqman. Timbul pula rasa kasihan kepada Sayf Harith.Bila hati sudah boleh menerima cinta baru, dihalang pula dengan ujian sebegini.

Sayf Harith sekadar mendiamkan diri. Dalam diam, dia setuju dengan apa yang dikatakan oleh Luqman tadi tetapi hati masih berdegil tak nak faham keadaan Hana Sofea. Sudah empat hari sejak dia meluahkan perasaan kepada Hana Sofea. Wanita itu hanya akan bertemu dengannya mengenai hal kerja. Bila waktu makan pula, kelibat Hana Sofea sudah hilang.

"Kau kena sabra. Nanti bila Hana Nampak kesabaran kau, manalah tau hati dia terbuka untuk terima kau. Kau kena yakin dengan Hana yang dia boleh bangun semula dan lupakan masa silam dia. Kesian Hana, mungkin sekarang dia pun tengah serabut. Macam mana nak terima kau dan macam mana nak kebalkan hati dia kalau satu hari nanti, Hadif jadi adik ipar dia."

"Adik tiri ipar!" Sayf Harith menegas. Luqman menggaru kepala.

"Ada ke istilah adik tiri ipar? apa-apa pun sama jugak, Hadif tetap akan jadi ipar dia."

Sayf Harith mengeluh kasar.

"Sudahlah tu. Penantian kau akan berakhir. It will be over soon," Luqman cuba untuk tenangkan hati Sayf Harith.

"Baru empat hari aku dah jadi macam ni. Kalau Hana perlukan masa sampai empat bulan macam mana? kalau melarat sampai empat tahun? apa aku nak buat?" Sayf Harith meraup muka.

"Masa tu baru kau akan tahu perasaan kat Hana setakat suka-suka atau kau memang cintakan dia."

Sayf Harith tidak menunjukkan sebarang respon. Hati mengakui kata-kata Luqman tadi.

"Aku cuba untuk faham keadaan Hana. Terima kasih sebab sudi nak dengar masalah aku," ujar Sayf Harith.

"Tak ada masalah bro! Lagi satu aku nak pesan. Banyak berdoa kepada Allah agar hati Hana tu lembut, diberi keyakinan untuk terima kau dan diberi kekuatan untuk hadap masa silam dia. Aku pun harap sangat Hana boleh bangun balik dan lupakan cerita lama. Hana tak patut hokum diri dia. Semua orang deserve to be happy, termasuk kau dan Hana."

Sayf Harith tidak menjawab. Hatinya tersentuh dengan kata-kata Luqman.

"Sekarang dah nak masuk pukul 2. Kau masuk ofis tak?" soal Luqman sambal melihat ke jam tangan.

"Luq, aku ambil urgent leave boleh? macam tak ada mood nak sambung kerja." 

Luqman tertawa kecil. "Harith, kau anak Datuk Ilyas tau! Tak perlulah nak minta izin dari aku. Orang lain kalau dengar,mesti rasa pelik!"

"Kau kan HR. Kau lebih tahu bab-bab cuti ni. Manalah tahu urgent leave boleh ambil kalau betul-betul ada kecemasan."

"Terpulang pada kau sebab cuti kau masih banyak lagi. Kau punya orang mana ambil cuti. Tahu asyik nak kerja je! apa-apa pun, jangan lupa esok apply through e-system. Aku penat tau kejar orang yang ambil cuti tapi tak apply. Penat jari-jemari aku ni hantar emel kat staf setakat ingatkan dia orang untuk apply. Nak cuti tapi malas nak apply kat e-system," Luqman mengomel panjang.

"Okey bos!" Sayf Harith membalas dengan lantang.

Luqman menggeleng kepala melihat gelagat Sayf Harith. Nampaknya mood Sayf Harith macam dah okey.

"Luq, tolong aku. Memandangkan aku tak masuk ofis lepas ni, tolong kuncikan bilik aku. Tadi aku keluar, lupa nak kunci," ujar Sayf Harith. Kunci bilik ofis diberikan kepada Luqman. 

"Aku boleh tolong kuncikan tapi aku boleh pergi ofis kau...pukul 5 gitu? sebab pukul 3 nanti aku kena conduct training. Dahlah aku belum sediakan apa-apa untuk training aku tu," Luqman menyimpan kunci ke dalam kocek seluar.

"No hal. Kau utamakan kerja kau dulu, asalkan kau kuncikan bilik aku sebelum kau balik nanti. Esok pagi aku ambil kunci dari kau."

"Aku okey je. Boleh aku jumpa Hana sekejap."

Sayf Harith tersenyum tawar.

"Kau balik rumah ke?" Luqman ingin tahu. Kalau ambil cuti, Sayf Harith nak pergi mana kalau tidak pulang ke rumah?

"Aku lepak kat mana-mana kut. Malas pulak nak balik rumah. Lagi pun kat rumah tak ada apa-apa pun."

"Kalau macam tu, lepas kerja nanti aku call kau. Kita pergi lepak kat kedai mamak ke?" Luqman memberi cadangan.

"Sure, no problem. Apa-apa telefon aku."

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Selma Q