Home Novel Cinta Ingin Mencintaimu Selayaknya
Ingin Mencintaimu Selayaknya
Selma Q
29/4/2019 03:45:46
43,173
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

“Mari duduk sarapan dulu.Hari ini, hari pertama Hana masuk kerja. Perut kena isi dulu.”

Hana Sofea senyum lebar.Punggung dilabuhkan di depan Puan Salehah. Soalan dibalas dengan anggukankecil. Puan Salehah merupakan adik angkat kepada arwah ibunya. Hana Sofeakembali tinggal bersama Puan Salehah selepas dia bercerai dengan Syaiful Hadif.

“Kenapa termenung depanrezeki? Cepat makan! nanti lambat macam mana?” Puan Salehah mula membebel.

“Aisyah mana? Dia takturun sarapan sekali?” soal Hana Sofea sambil menuang kopi ke dalam cawannya.

“Biarlah! Nanti dahlapar, pandai-pandai si Aisyah turun bawah cari makanan kat dapur.”

“Pagi-pagi dah sebutnama Aisyah?” satu suara muncul dari belakang.

“Panjang umur anak mak.Mari makan sama-sama.” Puan Salehah mengajak anak tunggalnya untuk makanbersama. Aisyah mengambil tempat duduk di sebelah Puan Salehah, bertentangandengan Hana Sofea. Wajah Hana Sofea yang manis bertudung, dipandang denganrenungan tajam.

”Hana, aku dengar harini kau dah mula kerja?” Aisyah merenung tepat ke mata Hana Sofea. Aisyahcemburu dengan Hana Sofea sejak dulu lagi. Umur mereka sebaya tetapi entah mengapalelaki lebih tertarik kepada Hana Sofea.

“Aah. Hari ni first day aku. Doakan aku ye?” HanaSofea senyum ikhlas. Aisyah mendengus. Dia benci dengan senyuman Hana Sofea.

“Baguslah dah mula cariduit sendiri. Aku sebenarnya tak suka bila kau susahkan mak aku. Dah cukupbagus mak aku kutip kau, tinggal dengan kita.”

“Aisyah!” suara PuanSalehah meninggi. Teguran Puan Salehah tidak dihiraukan. Aisyah sudah lalidengan tengkingan Puan Salehah.

“Dua tahun kau duduksini selepas kau bercerai. Kau ada salurkan duit untuk rumah ni?”

“Aisyah! Sudahlah!Depan rezeki nak ajak bergaduh ke?” telinga Puan Salehah jadi panas mendengaromelan anak perempuannya. Hana Sofea hanya mampu menunduk kepala. Walaupunperit untuk mendengar tetapi dia tidak menyangkal setiap ayat yang keluar darimulut Aisyah.

“Mak! Aisyah bukan nakajak bergaduh tapi Aisyah nak dia ingat setiap jasa kita! That’s all!”

Hana Sofea cepatmencelah.

 “Betul cakap Aisyah, Ibu. Apa Aisyah cakap,tak ada salahnya. Hana sedar tempat Hana dalam rumah ni.” Hana Sofea tidak mahuPuan Salehah dan Aisyah bergaduh.

“Hana...” suara PuanSalehah berubah menjadi lembut.

“Hana bersyukur sebabAllah temukan Hana dengan Ibu. Walaupun Ibu bukan mak kandung Hana, Ibu baikdengan Hana. Lebih-lebih lagi selepas Hana bercerai dengan Hadif. Ibu bayarkankursus diploma untuk Hana sampai Hana habis sekolah. Hana harap Hana dapatbalas jasa Ibu dan Aisyah selepas ni.” Hana Sofea senyum tawar.

“Memang patut pun kaubalas jasa kita! Duit Ibu pakai untuk sekolah kau, sepatutnya untuk aku tau!”

“Aisyah! Cukup! Muluttu makin melampaukan? Pergi naik atas! Duduk sini bukan nak makan tapi nakbergaduh. Kalau tak nak tengok Ibu mengamuk, pergi naik atas! Sekarang!” suaraPuan Salehah bagaikan halilintar. Hana Sofea rasa serba-salah. Dia tidak mahuhubungan ibu dan anak menjadi renggang disebabkan dirinya.

Fine!” Aisyah menjawab dengan jelingan tajam. Aisyah bangun lalumenolak kerusi sebagai tanda protes. Meja makan ditinggalkan lalu kaki memanjatke anak tangga. Puan Salehah mengurut dada.

“Ibu, jangan marahdengan Aisyah. Hana tak kecil hati pun. Aisyah berhak rasa marah sebab Hana dahbanyak menyusahkan Ibu. Ibu janganlah marah-marah. Hana risau dengan kesihatanIbu.” Hana Sofea memujuk Puan Salehah. Tangan Puan Salehah dicapai laludigenggam kemas.

“Ibu tak tahu macammana nak nasihatkan si Aisyah tu. Apa dia nak, Ibu dah tunaikan. Apa lagi yangdia tak puas hati? Aisyah sebenarnya beruntung tau. Dibandingkan dengan Hana,Aisyah ada ijazah, ada kerja bagus tapi Hana? Ibu mampu bayar pengajian Hanasampai...”

“Ibu...sudahlah. Takperlu nak cakap lagi. Apa Hana ada sekarang, Hana dah bersyukur. Ada tempattinggal yang selesa, makan yang cukup. Ini semua dah cukup buat Hana rasagembira.” Tutur Hana Sofea dengan ikhlas.

“Hana, Ibu minta maafbagi pihak anak Ibu ya? Ibu minta maaf...yalah, Ibu manusia biasa, ada buatsalah jugak.” Puan Salehah menundukkan kepala.

Hana Sofea mengecilkanmata. “Dah sudah! Pagi-pagi Ibu nak berdrama. Hana nak gerak sekarang ni. Nantisampai lambat, dah satu masalah.” Hana Sofea bangun lalu merapati Puan Salehahuntuk bersalam. Tangan wanita itu dikucup lembut.

“Hana pergi dulu, Ibu.Nanti Ibu pujuklah Aisyah untuk turun makan. Kesian dia. Jangan risau pasalHana. Senyum sikit Ibu? Tak baik tau bersedih depan rezeki. Apa-apa Hana mesejIbu. Assalamualaikum.” Senyuman mekar diukir untuk Puan Salehah. Puan Salehahmembalas dengan senyuman kecil. Hana Sofea mengambil beg tangan di atas mejamakan lalu menuju ke pintu depan.

Puan Salehah masihsetia dengan senyuman di bibir. Mata menghantar pemergian Hana Sofea hingga kemuka pintu. Sebaik sahaja Hana Sofea hilang dari pandangan mata, bibir kecilPuan Salehah melepaskan satu keluhan.

“Kenapa Hana ni baiksangat?” Puan Salehah berbisik kepada diri sendiri.

***

Saat kaki menjejak dilobi syarikat ARQ & CO, hati Hana Sofea semakin tidak tentu arah. HanaSofea cuba untuk tidak mengikut perasaan. Zikir Ya Latif diulang banyak kali didalam hati.

Seperti disebutkamdalam kiriman emel, Hana Sofea diarah untuk melaporkan diri ke pejabat ditingkat sembilan. Sampai saja di tingkat sembilan, degupan hati Hana Sofeasemakin menggila. Dada ditepuk beberapa kali seolah boleh membantu meredakanhati yang sedang bergelodak.

 Pintu kaca ditolak. Kedatangan Hana Sofeadisambut mesra oleh seorang gadis di kaunter penyambut tamu.

“Selamat datang. Cikdatang untuk melaporkan diri?” soal gadis itu dengan ramah.

“Ya. Nama saya HanaSofea.” Hana Sofea membalas dengan lembut.

“Saya bawak Cik Hanaberjumpa dengan bos saya.” Gadis itu berdiri lalu berjalan, diikuti oleh HanaSofea dari belakang. Hana Sofea dibawa ke satu bilik.

“Cik Hana tunggu didalam. Nanti bos saya datang berjumpa dengan Cik Hana.”

“Panggil saya Hana je.Lagi pun kita akan kerja bersama tak lama lagi.” Hana Sofea beramah mesra. Diamahu membuat kawan di hari pertama dia bekerja.

“Nama saya Nurul Ain.Panggil je Ain.” Gadis yang bernama Nurul Ain itu menghulurkan tangan. HanaSofea menerima huluran tangan dengan hati yang senang.

“Hana tunggu kat dalam.Nanti Tuan Sayf datang.”

“Tuan Sayf?” Hana Sofeakerut dahi.

“Tuan Sayf tu bos kita.Kejap lagi, Hana akan berkenalan dengan bos kita. Jangan risau. Tuan Sayf baikorangnya. Tak makan orang pun. Okeylah, Ain minta diri dulu. Risau kalau adaorang menunggu kat kaunter nanti. By theway, nice to meet you, Hana.”

Nice to meet you too.”Balas Hana Sofea dengan senyuman tidak lekang dari bibir.

Hana Sofea menapak kedalam bilik dimana ruangnya tidak sebesar bilik mesyuarat yang ada di sebelah.Bilik ini hanya ada meja bulat dan empat buah kerusi. Hana Sofea mengambiltempat duduk yang membelakangi pintu masuk. Mata meliar ke setiap penjuru. Takada yang menarik. Sekadar ada papan putih yang bersih di depan matanya. HanaSofea meletakkan beg tangan di kerusi sebelah.

Hana Sofea terdengar adasuara berbual di luar bilik. Hati mula berdegup kencang. Hati dipujuk untukberfikir secara positif.

“Hana Sofea, kau boleh!Macam Ain cakap, bos dia baik. Tak makan orang. Tak ada perkara yang perluditakutkan. Tempat ni okay. Staf pun okay. Confirm okay!” Hana Sofea memberikata semangat kepada diri sendiri.

Sesaat kemudian, pintudi belakang ditarik dari luar. Hana Sofea telan liuh. Dia tidak berani untukpandang ke belakang. Haruman wangian lelaki mula merebak di dalam bilik itu.Jantung mula rentak berirama bila terbau wangian yang mencerminkan maskulin danaura yang memikat. Hana Sofea cuba menarik nafas tetapi kepala diserang dengansatu persoalan. Mana orangnya? Kenapa tak muncul depan mata?

Otak berkata janganpandang ke belakang tetapi hati tertarik-tarik untuk melihat apa yang adadibelakang. Hana Sofea akhirnya mengikut kata hati. Dengan langkahberhati-hati, kepala dipusingkan secara perlahan.

Seorang lelaki sedangberdiri membelakangi dirinya. Lelaki itu sibuk berbual di telefon. Hana Sofealeka memandang lelaki tersebut. Cara dia berdiri cukup bergaya. Satu tangandimasukkan ke dalam kocek seluar. Dari belakang, kot yang dipakai nampak segakdi tubuhnya yang sasa itu. Tetapi rambutnya...

“Luq, nanti lepas lunch,kau datang ofis aku. okay! bye.”Talian dimatikan.

Kepala Hana Sofeadengan pantas kembali ke tempat asal. Mata dipejam untuk seketika untukmengumpul keyakinan diri.

Sorry for making you wait.” Suara garau menyapa telinga Hana Sofea.Mata Hana Sofea masih terpejam.

Kenapa suara diaala-ala pelakon kegemaran aku? seakan-akan Zul Arifin ada kat depan akusekarang ni! hati Hana Sofea berdesis.

Hello miss! Are you okay?” suara itu menegur lagi. Kini dengansuara yang lantang.

Hana Sofea bagaikanbaru tersedar. Mata dicelik. Kepala tunduk ke bawah. Betapa malunya biladirinya kantoi ditangkap oleh bossendiri!

“Dah habis berangan?”suaraitu mendengus. Hana Sofea mengutuk diri sendiri. Bibir bawah digigit.

“Sila perkenalkandiri.” Suara itu memberi arahan.

Hana Sofea mengangkatkepala. Lidah menjadi kelu tatkala mata memandang wajah yang kini merenungnyadengan tajam. Hana Sofea melarikan mata ke tempat lain. Nafas ditarik sebelumdihembuskan melalui mulut. Be cool HanaSofea!

“Saya Hana Sofea. Tuanpanggil Hana, dah cukup.” Hana Sofea sedaya-upaya memaniskan muka untuk menutuprasa gugup.

Mata helang lelaki itumasih melekat di wajah Hana Sofea. Lelaki itu mengetuk-getuk permukaan mejaseolah memikirkan sesuatu.

“Ineed you to listen,Miss Hana dah cukup.” Akhir ayat sengajaditekankan.

Hana Sofea cepat-cepatmemintas.

“Tuan, panggil Hana je.Part dah cukup tu boleh dibuang.” HanaSofea senyum kaku.

I’m Sayf Harith. Head of QA Department, QA stand for Quality Assurance.We focus on quality of our company services. Kita juga yang buat internal audit untuk staf ARQ & CO.Ada staf I provides training for newstaff like you. ARQ & CO is atelecom company. QA wujud sebab untuk pastikan, staf-staf ARQ & CO layanpelanggan kita dengan layanan terbaik.”

Hana Sofea sekadarmengangguk kepala mendengar penerangan Sayf Harith yang panjang lebar itu.

So please! I tak nak you berangan semasa waktu kerja. Walaupun youkerja sini sebagai admin assistant,setiap staf penting dan ada kelebihan sendiri. Faham?” Sayf Harith melihat keserata wajah milik Hana Sofea.

Hana Sofea menjadikaku.

“Kenapa Tuan tengoksaya macam tu?” Hana Sofea mula rasa tidak selesa. Tudung bawal dibetulkan.

Sayf Harith mengangkatkedua bahu.

“I rasa macam kita duapernah jumpa. You look familiar but Ican’t...remember kat mana.” Sayf Harith peluk tubuh. Renungan tidak lepasdari wajah Hana Sofea. Sayf Harith menunjukkan riak serius.

Hana Sofea yakin diatidak kenal dengan lelaki tampan yang duduk di depannya. Lebih-lebih lagilelaki yang berambut panjang. Dia tidak berkenan dengan lelaki berambut panjangdan semenjak menyandang gelaran status janda, Hana Sofea menjauhkan diri darikaum lelaki. Dia serik untuk berkenalan hatta bercinta pun! Kenangan pahitmengajar dia untuk berhati-hati.

“Saya tak rasa kitapernah berjumpa. Muka Tuan...saya tak pernah nampak sebelum ni.” Hana Sofeaberkata jujur. Sayf Harith mengecilkan mata. Tubuh didekatkan ke meja.

Really?” Sayf Harith menyoal.

Hana Sofea menggarukepalanya yang tidak gatal. Dia tidak faham mengapa Sayf Harith rasa yangmereka pernah berjumpa. Hana Sofea beranikan diri untuk memandang wajah SayfHarith dengan lebih teliti.

Matanya yang besar.Bulu mata yang lentik. Hidung yang mancung.  Rambutnya yang diikat tinggi ala stail man bun tetapi wajahnya nampak bengis!

Hana Sofea tertanyasendiri. Mengapa wajah yang tampan “dirosakkan” dengan berambut panjang?  

Sayf Harith memetikjari di depan Hana Sofea. “Dah habis tilik muka I?”

Hana Sofea berdehem.Pipi terasa bahang. “Saya bukan apa Tuan. Saya cuba ingat balik manalah taukita pernah berjumpa tapi saya pasti, wenever met before.” Tutur Hana Sofea dengan penuh keyakinan.

I thought so too. Sekarang, I perlukan you untuk scan your IC.”

“IC saya nak buat apa?”Hana Sofea dengan polos bertanya.

“Untuk kita pergikursus kahwin.” Sayf Harith jawab tanpa riak.

“Huh? Ex..excuse me?” Hana Sofeaterkebil-kebil memandang Sayf Harith.

“Untuk apa lagi kalaubukan untk buat staf kad! HR perlukan nama penuh dan nombor kad pengenalan you.”Sayf Harith mula bangkit. Secara automatik, Hana Sofea turut bangun. SayfHarith melirik ke jam tangan.

“Masa ada masa lagi ni.Taklimat mula pukul 9 kan?” Sayf Harith bercekak pinggang. Hana Sofea anggukkepala.

Let me show you around. I akan minta tolong Ain untuk scan IC you.” Sayf Harith bergerak ke pintu. Pintu ditolak.

After you.” Sayf Harith mendepakan tangan. Hana Sofea senyum nipis.Jantung mula berdegup rancak. What agentleman!

Hana Sofea menunggu diluar bilik sementara Sayf Harith menutup lampu dan penghawa dingin.  Sayf Harith terus bergerak ke kaunter mencariNurul Ain. Kelibat Nurul Ain tidak kelihatan.

“Hmm...Ain tak adapulak.” Sayf Harith berbisik.

Kepala Sayf Harithberpaling ke Hana Sofea “Hana, Ain tak ada. Biar I tunjukkan you pejabat nidulu.”

Tanpa menunggu respondari Hana Sofea, Sayf Harith melangkah laju menuju ke bilik pejabatnya. HanaSofea sekadar membuntut Sayf Harith dari belakang.

This is my room. Bilik sebelah is the second in-charge, Encik Lutfi. Sekarang dia sedang cuti.Mungkin esok atau lusa you akan jumpa dengan dia. Dalam ofis I, ada lima orang.Termasuk diri I, Ain, Lutfi, Adam dan Charles. Meja depan bilik I ni tak adaorang, jadi sekarang ini tempat you.” Syaf Harith mengetuk meja seolah meja itukini sudah dicop khas untuk Hana Sofea.

Hana Sofea memandang kearah meja yang ditunjukkan oleh Sayf Harith. Dekat betul jarak meja denganpintu masuk bilik Sayf Harith. Hana Sofea sekadar senyum kecil.

“Pantri kat sebelahkanan dan kalau you nak scan or print,you masuk ke bilik hujung sana. You boleh scanIC you kat bilik tu. Kalau you nak print apa-apaatau dokumen yang tak ada kaitan dengan kerja pun, I tak kisah.” Sayf Harith dudukbertenggek di bucu meja.

“Dokumen yang macammana, Tuan?”

Any personal documents. Flight ticket or article you nak baca. Anything. Just use our photocopier machine.”

Mata Sayf Harithberlaga dengan  mata bundar Hana Sofea.Hana Sofea rasa canggung. Hati berdebar bila mata helang Sayf  Harith menusuk ke dalam matanya.

“Err...Tuan. HRperlukan IC saya kan? Saya pergi scanIC saya dulu.” Hana Sofea jadi serba tak kena. Hana Sofea cepat membukalangkah. Saat Hana Sofea melepasi Sayf Harith yang masih setia denganrenungannya, suara garau itu terus menegur.

“Hana...” Suara itumenegur secara meleret.

Kaki serta-mertaterhenti bila namanya dipanggil. Hana Sofea pejam mata. Nafas ditarik lalu badandipusingkan menghadap Sayf Harith yang sedang berpeluk tubuh.

“Ya Tuan?” Suara HanaSofea tenggelam timbul.

Sayf Harith diam tidakberkutik. Kedua tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

“You tahu ke macam mananak scan IC?” Sayf Harith mengjongketkeningnya.

Hana Sofea mengetapbibir.“Err...tak Tuan.”

“Dah agak dah. Tak apa.I ajar you macam mana nak gunakan mesin fotokopi tu.”

Hati Hana Sofea mulakembang kucup. Entah mengapa rasa gembira menyelinap ke dalam hati. WalaupunSayf Harith mempunyai wajah yang serius, tetapi dia mempunyai hati yang baik. Therefore, don’t judge the book by itscover!

 

*Komen dialu-alukanjadi saya boleh perbaiki penulisan/karya saya. Terima kasih sebab sudimembaca.*

Previous: PROLOG
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Selma Q