Home Novel Cinta Ingin Mencintaimu Selayaknya
Ingin Mencintaimu Selayaknya
Selma Q
29/4/2019 03:45:46
15,498
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

HanaSofea melipat telekung lalu diletak semula di dalam almari. Masih ada baki 30minit lagi sebelum orientasi bermula untuk program bahagian petang. Hana Sofeabergegas ke Kafeteria ARQ & CO yang terdapat di tingkat dua.

Suasanadi Kafeteria masih sesak. Mata melilau mencari tempat kosong semasa beratur membelimakanan. Bahu Hana Sofea terkejut apabila dirinya ditepuk dari belakang sewaktumembuat bayaran.

“Hana?”Satu suara menegur.

HanaSofea yang sedang kalut menyimpan baki wang, menoleh ke belakang.

“EhAin! Ain dah makan ke belum?”

“Dahmakan. Ain pergi kedai sebelah sebab nak beli air. Hana dengan siapa sekarang?Makan seorang ke?”

“Seorangje. Hana tadi solat zuhur dulu.”

“Kalaumacam tu, ikut Ain. Meja Ain masih ada kosong. Sekarang masih ramai orang.Mesti susah nak cari tempat duduk.”

TentunyaHana Sofea akan terima dengan senang hati. Tak perlu nak berasak-asak untukmencari tempat kosong. Hana Sofea mengangguk laju. Dia mengikut Nurul Ain daribelakang bersama dulang makan di tangan.

Jantungbagai nak meletup bila ternampak Sayf Harith dari jauh! Kenapa hati ini sengajanak buat hal? Hana Sofea telan liuh. Entah mengapa dia rasa gementar bilaberdepan dengan Sayf Harith.

HanaSofea menarik lengan Nurul Ain. “Ain! Kita nak duduk mana? Kat sana, semua mejadah penuh.”

Kalauboleh nak dia duduk jauh-jauh dari tempat Sayf Harith.

“Tukat sana! Dengan Tuan Sayf dan Encik Luqman. Ain lunch dengan diorang. Jomlah! Hana jangan takut. TuanSayf nampak garang tapi dia okey! Kawan dia yang kat sebelah tu, lagi okey!”Nurul Ain dengan selamba mengambil dulang makan dari tangan Hana Sofea.

NurulAin jalan menonong, meninggalkan Hana Sofea di belakang. Hana Sofea tiadapilihan lain dan dia terpaksa juga mengikut Nurul Ain. Makanan pun ada ditangan Nurul Ain. Tak mungkin dia sanggup beli makanan baru semata-mata untuk larikandiri dari Sayf Harith!

Denganbadan yang lemah-longlai, Hana Sofea mendekati meja itu. Hati yang berdebarcuba dijinakkan. Hana Sofea cuba ukir senyuman. Nurul Ain sudah pun selamatduduk di depan Luqman.

“SiniHana! Duduk sini!” Nurul Ain menarik kerusi sebelah. Duduk di depan SayfHarith? Hana Sofea mengeluh kecil. Apa punya nasib!

Luqmanpantas menyiku lengan Sayf Harith yang sibuk dengan telefon. Luqman tidak sabaruntuk melihat reaksi kawan karibnya.

“Apadia Luq?” Mata Sayf Harith tidak beralih dari telefon. Sayf Harith belum sedardengan kewujudan Hana Sofea.

“Tu,depan kau tu.” Luqman muncungkan mulut ke hadapan.

HanaSofea tidak berani untuk mengangkat kepala. Fokus hanya kepada makanan walhaldalam hati macam nak meletup!

SayfHarith akhirnya mengalih pandangan setelah didesak oleh Luqman.

Oh! We meet again.” Sayf Harith menegur.

“Maafkalau saya ganggu. Tak ada tempat kosong jadi...” Hana Sofea memandang SayfHarith dan Luqman silih berganti. Mata mengekor ke tepi. Nurul Ain sedang sibukberbual di telefon. Hana Sofea mengharap Nurul Ain akan buka mulut, yang diabukan suka-suka duduk di situ. Nurul Ain yang mengajaknya!

Don’t worry. Just enjoy your meal.” SayfHarith membetulkan butang kot lalu melirk ke jam tangan.

“Luq,kau dah habis minum ke belum?”

“Tunggujap. Lagi sikit nak habis.” Luqman meneguk dengan laju.

HanaSofea curi pandang. Sayf Harith segak memakai kemeja putih dengan kot berwarnahitam tetapi wajahnya nampak sembab. Sayf Harith tak sihat ke?

“TuanSayf sihat?”

HanaSofea gigit bibir. Dia sedar yang dia sudah terlepas cakap. Soalan yangmeluncur keluar dari mulut Hana Sofea membuat Luqman tertoleh apatah lagi siempunya badan yang kena soal!

SayfHarith senyum segaris. Akibat hal semalam, Sayf Harith gagal untuk lelapkanmata. Tak pasal-pasal disebabkan tak cukup tidur, disangka tak sihat.

“Iokey. Tak cukup tidur.” Sayf Harith jawab ringkas. Luqman disebelah sudahtersengih-sengih macam kerang busuk!

“Dahhabis ke belum air kau tu? Kalau lambat lagi, aku gerak dulu.” Sayf Harithbangun dari kerusi.

“Dahhabis ni! Kau ni kelam-kabut sangatlah!” Luqman turut berdiri.

By the way, I Luqman, dari HRdepartment. I selalu pergi ofis Harith, nampaknya kita akan selalu berjumpa.”Luqman sempat memperkenalkan diri kepada Hana Sofea. Hana Sofea hanya senyummanis.

“Dahlah tu! Masih nak borak? Kita belum zuhur lagi. Nanti pukul dua ada meeting.” Sayf Harith mula membebel.

NurulAin yang baru saja selesai berbual di telefon, turut bangun.

“Ain,you temankan Hana makan. I dengan Luq kena gerak dulu.” Sayf Harith memintadiri lalu meninggalkan tempat itu.

Bye Hana. Jumpa lagi.” Ucap Luqmansebelum mengejar Sayf Harith yang sudah pun keluar dari kafeteria.

“KalauHana nak tahu, Tuan Sayf dan Encik Luq dah lama berkawan. Dia orang selalubersama, macam belangkas.” Nurul Ain mula bercerita.

“Aindah berapa lama kerja sini?”

“Nakmasuk 4 tahun. Dua tahun Ain bekerja di pejabat Datuk Ilyas. Dua tahun lepas,Ain ditukar ke ofis Tuan Sayf. Jabatan QA ni baru jugak ditubuhkan. Sebelum ni,Tuan Sayf di Dubai.”

“Dubai?Tuan Sayf belajar atau kerja sana?” Hana Sofea ingin tahu lebih lanjut.

“Kerja.Tuan Sayf bekerja dengan pakcik dia kat Dubai. Tapi Datuk Ilyas suruh Tuan Sayfbalik Malaysia. Itu sebab sekarang Tuan Sayf kerja kat sini. Ain rasa kalauDatuk tak suruh dia balik, confirm Tuan Sayf sekarang masih di sana.”

“Ohmacam tu rupanya.” Hana Sofea termenung untuk seketika. Kenapa hatimeronta-ronta ingin tahu tentang lelaki itu?

NurulAin tiba-tiba terjerit kecil.

“KenapaAin?” Hana Sofea rasa cemas.

“Ainbelum solat lagi. Berbual sampai tak tengok jam. Ain pergi dulu. See you at office soon! Enjoy your orientation puas-puas. Nantidah mula masuk ofis, dah tak best! Kerja tak pernah habis!”

HanaSofea ketawa kecil. “Okay Ain, see you soon!” 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Selma Q