Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Blueberry Cheese & Si Penjual Kek
Bab 58
Selepas solat asar, Nadim terus turun ke dapur. Sunyi sepi je. Pakcik Ibrahim dan Acik Zaleha masih belum pulang ke rumah lagi. Sekejab lagi sampailah tu. Almaklumlah waktu kemuncak orang berlumba-lumba mahu pulang ke rumah balik dari kerja. Ditambah lagi dengan kesesakan lalulintas. Mahunya sampai ke maghrib baru sampai depan rumah.

Melangkah tenang ke pintu dapur sambil bernyanyi kecil. Pintu peti sejuk dibuka luas, tersenyum lebar hingga ke telinga apabila melihat kotak kek berwarna putih. Tak sabar mahu makan kek paling sedap dari airtangan si pujaan hati.

 Terus Nadim teringat kata-kata dari Aina tadi sebelum Nadim gerak ke KL. Katanya..

"Ni kek blueberry cheese saaaangat special untuk Mr. Blueberry Cheese ikhlas dari airtangan Si Penjual Kek. Bila awak makan kek ni, awak mesti akan tenang, ceria, happy, bahagia dan semualah. Sebab apa tau.. Sebab saya yang buat.. Hahahaaa.. "Aina gelak besar. Happy betul dia.

" Hai lah Si Penjual Kek.. Kau jelah yang boleh buat aku happy. Tapi tulah masalahnya, kenapa payah benar kau nak terima aku jadi laki kau. Kan senangkan kau juga, anak-anak kau ada ayah, kau ada teman hidup susah senang. Boleh kita bina keluarga bahagia. Anak-anak kau pun mesti happy punyalah dapat daddy baru yang segak bergaya, hensem, macho ni.." Katanya sendiri sambil tangan membuka kotak kek.

" Fuyooo..!! Gila punya mewah kek ni. Sepokok dia letak blueberry. Betullah minah senget ni. Hahahaa.. Tahniah!! Sahabat dunia akhirat.
Peace!! Alahai.. Kenapalah tulis sahabat dunia akhirat. Patutnya tuliskan kekasih dunia akhirat. Hmm.. Tak apalah, sabar ye Nadim.. Relax.." Berseri wajah Nadim. Memang tak putuslah senyuman tu nanti.

Piring dan sudu diambil lalu duduk di kerusi. Kek dipotong penuh teliti, rasa sayang pula nak potong kek itu. Punyalah lembut dan sedap bau blueberry. Diangkat perlahan-lahan sepotong kek menggunakan pisau kek dan letak dipiring penuh berhati-hati.

" Eh.. Nak kena snap gambar ni. Aku nak upload kat facebook. Tak pernah kut aku upload gambar kek dia ni. Lagipun, mama dan Jannah dah tahu siapa Aina. Mesti Jannah bengang, bila dia bengang mesti dia cancel kan kahwin. Hehe.. cantiikkkk.." Bijak.. bijak..!

Caption pada gambar kek..
" Dari sepotong kek Blueberry Cheese turun ke hati.. Terima kasih wahai Si Penjual kek..."

Siap letak emoji love lagi. Mesti terbakar hati Jannah. Jahat juga Nadim ni.

" Okey, settle..!! Hahahaa.." Gelak besar Nadim. Nadim menyuapkan kek ke dalam mulutnya. Menikmati rasa kelazatan kek, memang layan betul lah dia. Tak pandang kanan kiri dah. Ni kalau ikutkan, mahu habis licin dia makan sebiji. Memang hantu kek. Belum lagi Acik Zaleha yang makan, tak cukup sepotong. Sama je satu family. Seronok betul punyai selera yang sama.

Bipp..! Notification facebook berbunyi bertubi-tubi. Pantas je tangannya mencapai handphone di sebelah kotak kek. Lebar senyuman.

Azaim Hamdan : Special kek nampak. Ni mesti tengah makan kek dengan senyuman kan broo..

Hang Nadim: Kek sedap bro, mestilah makan dengan senyuman.

Azaim Hamdan: Tahniah!

Jannah Cute: Jannah ada buat kek untuk abang, nanti Jannah hantar ke rumah ye.

Satu komen dari Jannah. Tercengang Nadim dan gelak.

" Hahahaa.. Jannah dah komen dah. Dia pun buat juga, taknak kalah tu. Aku nak tengok mama komen tak ek..." Sukanya Nadim. Nakal betul lah. Nadim tak balas pun komen dari Jannah. Malasss!!

Anuar Nuan: Padu kek ni bro. Terliur aku! Bertuahlah orang yang dapat buka selera pelik kau tu. Tahniah!

Hang Nadim: Yupp..!! Kerana sepotong kek.

Anuar Nuar: Patutlah beriya nak balik Malaysia. Kasi up satu pic lah bro, orang kat Taipei ni pun nak kenal juga.

Hang Nadim: Biarlah rahsia..

Seronok Nadim membalas komen dari kawan-kawannya. Semua bertanyakan mengenai Si Penjual Kek. Siap hantar personal message lagi. Itu baru buat status turun ke hati. Kalaulah Nadim buat status nak kahwin. Mahunya tak terlayan. Habis sepotong kek, ditambah lagi. Makan kek jelah Nadim. Mata masih tertumpu pada skrin handphone. Senyum lebar.

Puan Zaleha Rahman: Nadimmmmm...!!!


Terus tercekik kek Nadim apabila dapat komen dari Acik Zaleha. Gelak semahu-mahunya Nadim.

" Alamak..!! Mama singa dah muncul.." Gelak bagai nak rak.

Hang Nadim: Hai ma.. Love you sooo much!"

Ibrahim Yunus: Wowww!!! Jangan lupakan papa okey..

Hang Nadim: Okey bos!!

Berbalas-balas komen Nadim dengan mereka. Bersedialah Nadim untuk berhadapan dengan mamanya nanti. Mesti kena marah habis-habisan nanti. Tunggu jelah.

Setelah puas makan kek, Nadim mencuci piring pula. Kek selebihnya dimasukkan semula dalam peti sejuk. Kemudian, sambung duduk menghadap handphone lagi. Air jus oren diteguknya, nyaman terasa tekak. Senyuman tak putus di wajahnya.

" Amboii.. bahagianya hidup makan kek ye.." Tiba-tiba muncul Pakcik Ibrahim dimuka pintu dapur dan terus duduk di hadapan Nadim. Makin senyum lebarlah Nadim.

" Mana kek? Terliur dah papa ni tengok gambar kek tadi.." Terus Pakcik Ibrahim minta kek. Nadim mengeluarkan kek semua dari peti sejuk. Dipotong dan diberi pada papanya.

" Hmmm... Sedap memang sedap!! Patutlah dari sepotong kek turun ke hati. Kalau macam inilah Dim, Dim pergilah pinang Aina tu. Kalau bagi papa, dah lulus dah ni.." Sporting sungguh Pakcik Ibrahim.

"Pa.. Kalau boleh memang sekarang ni juga Dim ajak papa pinang dia tapi mama tu pa. Papa tolonglah nasihatkan mama, pujuk mama supaya terima Aina.."

" Dim ni yang bersungguh-sungguh sangat. Aina tu dah on ke dengan Dim?" Nadim mencebik dan geleng kepala. Buat muka sedih.

"Laa pula.. Kalau tak on macam mana nak kahwin? Dia nak dengan suami dia lagi kut Dim.."

"Ishhh..!! Taklah pa. Dia tak nak dah suami dia tu. Dah blacklist katanya. Tapi tulah.. Macam-macam dah Dim pujuk dia, ambil hati dia. Dia tetap jual mahal lah pa. Tu dia tulis atas kek.." Pakcik Ibrahim terus melihat tulisan yang Aina tulis di atas kek.

" Tahniah..!! Sahabat apa ni Dim.."

" Tahniah..!! Sahabat dunia akhirat. So, maknanya kami bersahabat jelah. Sayang sebagai sahabat. Itu yang dia cakap.." Nadim mengadu.

" Ni papa nak tanya. Dia layan Dim macam mana? Agak-agak layanan biasa-biasa ke atau layanan luar biasa?"

" Ada jugalah layanan luar biasa. Tu kek dia buat special untuk Dim. Dia ambil berat kat Dim, kalau dia ada masalah dia akan minta pendapat Dim, luah kat Dim. Dia cakap, dia tak ada kawan lain selain dari Dim.." Semangat Nadim berjawab. Pakcik Ibrahim angguk-angguk kepala. Mulut tetap mengunyah. Dua beranak makan kek hampir setengah biji. Memang hantu kek betul keluarga Nadim.

" Hahaha.. Itu tandanya dia pun ada feeling gak dekat Dim tapi bak kata Dim lah. Jual mahal. Dia sayang tapi taknak cakap. Ego wanita tinggi Dim, kena pandai main dengan rentaknya. Dan mungkin juga kerana pengalaman dia sebelum ni. Dia fikir takut nak mulakan perhubungan baru. Takut disakiti dan ditinggalkan lagi. Tapi apa yang Dim cerita, papa tahu dia sebenarnya sayang kat Dim tuu.." Perbualan dua beranak memang meriah.

"Iye ke pa. Woww!! Kalaulah betul apa yang papa cakapkan ni. Bahagianya hidup Dim. Bersyukur sangat. Hahaha.. Tapi pa.. Kalau Aina terima Dim pun mama tak terima Aina macam mana? Aduhhh.. Sakit jiwalah.."

" Nadimmmm.. Nadimmmm..!!!" Berpandangan dua beranak itu. Terdiam membisu terus apabila mendengar suara nyaring Acik Zaleha dari ruang tamu.

"Alamakkk pa. Mama singa dah balik pa. Mati Nadim pa oiii.." Nadim ketuk kepala.

"Bukan mama singa lagi kalau macam tu gayanya Dim. Dah jadi mama singa plus pontianak sundel bolong. 2 in 1. Dim dengar tu suara nyaring.. Meremang segala bulu dah ni.." Gelak sakan mereka. Kuat bergurau juga Pakcik Ibrahim.

"Bulu apa yang meremang tu bang?! Pandai awak kan, mengutuk saya depan Nadim.." Muncul Acik Zaleha mencekak pinggang. Muka serius, garang dan merah kerana marah. Mata tajam memandang Nadim dan Pakcik Ibrahim.

"Bukan kutuk kan Dim. Kenyataan.." Nadim menahan gelak.

" Nadimm.. Kenapa buat status macam tu kat facebook? Dim tahu tak, Jannah sedih. Dia call mama dan menangis. Dahlah upload gambar kek sedap, lepas tu buat caption Dari sepotong kek turun ke hati. Dim sengaja kan buat Jannah sedih dan kecewa. Kan?!"


Nadim tarik nafas dalam dan hembuskannya perlahan. Malas betul dia mahu mendengar nama Jannah. Rimas pula. Nadim senyap merenung pada kek dihadapan. Eh.. Muncul pula muka Aina kenyitkan mata padanya dan senyum manis. Senyum lebar Nadim. Alahai Aina.. pandang kek muncul muka kau. Katanya dalam hati. Terus teringat akan idea dari Aina pagi tadi. Merajuk.

"Mama tanya kan. Kenapa senyum-senyum. Tengok kek je senyum, ada apa kat kek tu ha??" Alamak.. Mama singa terperasanlah pula. Tahan gelak.

" Mestilah ada Si Penjual Kek.. Kan Nadim kan.."

" Abang diam! Saya tak tanya abang.." Kan tak pasal-pasal Pakcik Ibrahim kena marah dengan mama singa.

" Maa. Dim tak buat apa pun. Tak kan letak status tu pun mama marah. Facebook Dim, sukahati Dim lah nak buat apa. Yang Jannah menggedik nak sedih, nak menangis bagai tu dah kenapa.."

" Sebab Nadim bakal suami dia. Bila Dim buat status macam tu mestilah dia sedih sebab Dim tak letak nama dia tapi nama orang lain.."

"Huh..!! Maaf kalau Dim cakap ni. Apa Dim buat semua salah je dimata mama. Dim ikut semua kemahuan mama selama ni. Dim tahu mama sayang Dim nak buat yang terbaik untuk Dim tapi bab jodoh ni ma, Dim merayu kat mama. Tolonglah ma, jangan paksa Dim. Bagilah Dim cari jodoh sendiri. Boleh kan ma.."

" Mama carikan jodoh yang terbaik untuk Dim tau. Mama tahu mana yang baik mana yang buruk. Lagipun, bukannya Dim tak tahu family Jannah. Kenal pun kan. Cuma tak rapat je. Family dia bagus-bagus Dim. Jannah tu berpendidikan, berkerjaya, cantik perfect Jannah tu bagi mama. Apalagi.."

" Ma.. tak kisahlah bagus mana pun dia ma. Tapi masalahnya dalam hati Dim ni hanya untuk Aina je ma. Si Penjual Kek.. Dia je ma.."

"Arhh!! Asyik-asyik Aina. Dahlah penjual kek lepas tu janda beranak dua pula tu. Gelilah mama dengar.." Selamba je Acik Zaleha siap buat gaya lagi. Tersentak hati Nadim mendengar.

"Okeylah tu Leha oii. Janda tu cuma gelaran je. Yang penting kan syarat utama awak tu, bakal menantu yang pandai buat kek. Kek dia sedap sangat ni tau. Kalau Nadim kahwin dengan Aina, dah sah tiap hari awak makan kek tak makan nasi. Lepas tu, yang best tu dapat cucu segera. Mesti comel anak-anak Aina tu kan Dim.. Meriahlah rumah kita nanti.." Pakcik Ibrahim menyampuk lagi. Makin menyiraplah hati Acik Zaleha.

"Iye pa. Anak-anaknya comel macam Aina juga. Bijak pula tu, dua-dua pelajar cemerlang tau.."

" Oye ke.. Alhamdulilah. Pandai Aina didik anak. Hebat..!!" Pakcik Ibrahim sengaja melirik mata pada isterinya tapi dibalas jelingan maut dari Acik Zaleha.

" Abang.. Boleh tak jangan cari pasal dengan saya? Saya serius ni tau. Nadim.. Dengar sini baik-baik. Apapun terjadi, mama tetap akan teruskan majlis pertunangan dan pernikahan Nadim. Faham?!"

"Ma.. Janganlah macam ni ma. Please ma. Bagilah Dimmm.."

"No.. no.. no...!! Keputusan mama muktamad. Tak ada talian hayat. Abang.. Ni saya bagi warning kat abang. Abang jangan cari pasal dengan saya ye. Kalau sampai abang buat hal, siap abang!!"

"Aikkk... Abang tak buat apa-apa pun kena warning juga. Sukahati awaklah Leha. Jangan esok, kalau Nadim ni lari kerja semula kat oversea tu dan tak balik-balik. Ha...!! Baru padan muka awak. Menangislah tak berlaguuu..!" Perli Pakcik Ibrahim.

"Kalau dia berani, buatlah. Saya tak kan mengaku dia anak. Saya takkan restukan hubungan dia dengan janda tu. Sampai bila-bila pun tak akan. Ingat Nadim.. Syurga Nadim ada dibawah kaki mama. Jangan jadi anak derhaka. Sia-sia hidup Nadim.."

" Sampai hati mama. Sampai hati buat Dim macam ni. Untuk pengetahuan mama, Si janda yang ma hina tulah yang dah buat anak mama ni berubah, ceria dan bahagia. Dim banyak belajar dari kehidupan dia yang janda tu ma. Ma.. tak semestinya kita yang berduit, berpendidikan tinggi dan berkerjaya ni boleh dapat hidup bahagia. Sebelum ni jiwa Dim kosong, Dim solat sekadar solat tak sepenuh hati. Dim kawan dengan perempuan berkerjaya, berpendidikan seperti yang mama nak kan tapi Dim langsung tak rasa sikit bahagia. Sejak Dim kawan dengan Ainalah baru Dim rasa semua tu. Ma.. Tolonglah jangan hina janda, mereka ada hati dan perasaan.." Nadim meluahkan segala isi hatinya yang dia simpan selama ini. Bukan niat dia mahu mengungkit segalanya cuma mahu mamanya tahu apa yag terpendam didalam hatinya selama ni. Sedih muka Nadim. 


" Maafkan Nadim kasar dengan mama. Kalau ma sudi, makanlah kek janda ni ma. Rugi tak makan, Dim tahu ma pun suka kek dia. Tapi kalau mama jijik nak makan, tak apalah. Ma masukkan je dalam tong sampah. Dim naik atas dulu.." Nadim terus meninggalkan Pakcik Ibrahim dan Acik Zaleha.

" Nadim.. Nadimm.!!" Acik Zaleha memanggil Nadim tapi Nadim tak layan terus mendaki anak-anak tangga ke atas.

"Huh!! Bertuah punya anak.." gerutu sendiri.

" Ha.. Tu dah merajuklah tu. Pandai-pandai awaklah Leha.." Acik Zaleha duduk ditepi Pakcik Ibrahim.

"Biarlah dia nak merajuk ke apa. Yang penting dia tetap kena ikut cakap saya.."

"Awak ni memanglah pentingkan diri sendiri tanpa fikir hati perasaan anak sendiri. Bagilah dia bina hidup sendiri. Cari bahagia sendiri. Ini tak, dari Nadim kecil sampai dewasa kena je ikut cakap awak. Tak fahamlah.."

"Saya ni nak buat yang terbaik untuk anak kesayangan kita tu bang. Tak apalah, nanti bila dia dah kahwin dengan Jannah tu pasti akan bahagia punya. Saya yakin Jannah boleh bahagiakan Nadim dari penjual kek tu.."
 Sabar jelah. Acik Zaleha memang tak boleh dicakap, dia je yang betul. Pendapat orang pun memang tak dilayannya.

"Itu kalau bahagia, kalau derita macam mana? Tak pasal-pasal anak kesayangan awak pula yang jadi bapa tunggal. Ha.. Baru padan muka awak. Berlagak sangat.." Tersentak Acik Zaleha dengan kata-kata suaminya.

" Eh Abang ni. Janganlah fikir bukan-bukan. Doakanlah yang terbaik untuk Nadim dan Jannah. Dahlah.. Saya tetap dengan keputusan saya. Muktamad!!" Geleng kepala Pakcik Ibrahim. Macam sia-sia je nasihatnya. Masuk telinga kanan keluarlah telinga kiri Acik Zaleha.

" Leha.. Leha.. Sukahati awaklah. Malas saya layan.."

"Abang.. Minta piring abang tu. Saya nak makan kek ni. Terliur dah ni. Bak sini..." Pinta Acik Zaleha.

"Aik.. Dengan penjual keknya tak suka. Tapi dengan keknya sukalah pula.." Perli lagi.

" Orangnya memang saya tak suka tapi keknya sedap. Rugi tak makan.. " Berselera sungguh Acik Zaleha makan kek. Sifat pentingkan diri sendiri memang tinggi. Pening kepala Pakcik Ibrahim dengan perangai isterinya.

Entah bilalah nak berubah. Sejak dulu sampai dah tua tetap sama. Mujurlah Pakcik Ibrahim ni penyabar orangnya. Selalu mengalah. Padahal malas nak gaduh, berdiam jelah itu yang terbaik. Tapi garang Acik Zaleha pun sebenarnya dialah seorang isteri dan ibu yang baik dan penyayang. Biasalah wanita, mood tak menentu. Pagi happy, tengahari mengamuk, petang kembali happy. Redha jelah...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.