Bab 10
Awal dia sampai, memerhatikan saja dari jauh. Duduk dalam kereta sambil melayan lagu. Mata tak berkelip, melihat gelagat Aina menyusun kek diatas meja satu persatu, lincah buat kerja. Sambil berbual, bergurau senda, gelak tawa bersama peniaga digerai sebelahnya. Sejak Aina sampai tadi, memang tak lekang senyuman dari wajahnya. Ceria je. Nadim pun senyum lebar.

Senang pula hatinya. Betul-betul dia parkir kereta setentang tapak gerai Aina diseberang jalan sana. Di hadapan bangunan yang baru siap dibina. Jam ditangan dilihatnya, sudah menunjukkan ke angka 6.10 petang. Azaim belum sampai lagi untuk ambil kek. Dalam perjalanan katanya. Mata masih lagi tertumpu pada Aina yang sibuk melayan customer. Boleh tahan ramai customer beli keknya. Memang patut pun, kek sedap dan murah, siapa yang tak suka.

Seorang demi seorang customer singgah di gerainya, memilih kek dan Aina membungkusnya dan  bertukar tangan pula,customer beri duit dan dia beri bungkusan kek. Ada tu lama customer pilih kek, itu mesti customer tak tahu nak pilih kek yang mana atau customer akan tanya jenis kek. Bisik hati Nadim. Senyum lagi.

Seronok Nadim tengok Aina berniaga. Mulutnya yang over peramah dan pandai layan customer. Kecil besar tua muda lelaki perempuan semua dia layan sama. Bergurau dengan customer tu memanglah Aina suka. Bab membodek, jangan cakaplah. Ada saja ayat bodeknya. Peniaga kan, mana-mana pun memang kena pandai ambil hati customer. Customer happy peniaga pun lagilah happy. Dari customer boleh jadi kawan.

Cermin mata hitam bergayanya ditanggalkan dan disangkutkan atas kepala. Fuhh!! Panas terik. Silau mata jadinya. Kemudian, dipakai semula cermin mata hitam bergaya itu.

Mata masih tak berkelip memandang Aina. Senyum kembali apabila melihat Azaim sampai di gerai Aina. Tercegat memerhati Aina melayan seorang customer. Setelah customer berlalu, Azaim berbual sebentar dengan Aina.

Bippp..!! Notification whatsapp masuk. Sepantas kilat dia membaca text dari Azaim.

"Woii.. Kek kau ni ada tulis ke tak?"

" Tak ada.."

Balasnya pantas. Senyum. Lupa pula dia mahu beritahu Azaim mengenai kek itu. Mesti Azaim cuak nak jawab pertanyaan Aina. Hehe.. Gelaknya sendiri. Dahlah suruh menyamar jadi dia tapi tak info awal-awal apa yang perlu dibuat dan apa yang dia sudah cakap pada Aina. Mengelupurlah Azaim. Dahlah memang jenis mengelupur. Pandai-pandailah kau Zim.  Gelak lagi Nadim.

Dia melihat Azaim garu kepala dan Aina pula berkerut pandang wajah Azaim. Entah apalah ditanyanya pada Azaim.

" Oii.. Siapa pula Mr. Blueberry Cheese tu?"

Azaim menghantar whatsapp lagi. Nadim gelak kuat. Lucu pula dia.

" Tu akulah. Pandai-pandailah kau jawab ye. Ingat.. Jangan sampai dia tahu aku.." Balas Nadim lagi.

Melihatkan reaksi Azaim, Nadim dapat agak. Mesti Aina tanya macam-macam kat Mr. Blueberry Cheese tipu itu. Masaklah kau Azaim.

Nadim keluar dari kereta, jalan masuk ke dalam pasar tersebut. Sengaja. Dia berjalan perlahan melintasi gerai kek Aina. Tersenyum-senyum sendiri. Nadim singgah di gerai jual air, selang dua tapak gerai dari gerai kek Aina. Azaim nampak Nadim tapi Nadim beri isyarat senyap pada Azaim. Mata sempat lagi memerhatikan gelagat Azaim dan Aina. Senyum tak putus.

Air kelapa dipilihnya. Setelah membayar dia jalan lagi perlahan-lahan melintasi gerai kek Aina sambil menyedut air kelapa. Singgah pula digerai ayam gunting disebelah kiri gerai kek Aina. Membelakangkan badan dari Aina tapi memasang telinga mahu curi-curi  mendengar perbualan Aina dan Azaim. Aina memang tak perasan langsung kehadiran Nadim dan memang tak kenal pun dengan Nadim. Gelak kecil Nadim. Sengaja dia menunggu ayam gunting yang masih dalam kuali, dapatlah dengar perbualan mereka lama sikit. 



Nadim gelak kecil mendengar perbualan mereka. Memang lawak. Dia dapat bayangkan betapa punya huru-hara Azaim mahu menjawab soalan Aina.

" Bang.. Ni ayam guntingnya. Bang.. oh bang..!!" Peniaga ayam gunting memanggilnya berkali-kali. Pelik dia melihat Nadim. Boleh pula tak perasan peniaga tu panggil. Garu kepala peniaga ayam gunting.

"Eh.. Iya.. Iya.. Sorry..! Berapa ni ye.." Berseloroh Nadim.

"Rm7.."

Nadim terus menghulurkan wang kertas bernilai Rm10 pada peniaga ayam gunting dan setelah baki diambil dia berjalan dengan gelak kecil sendiri. Terpinga-pinga peniaga ayam gunting melihat Nadim gelak kecil. Macam-macam.

Jalan terus menuju ke keretanya. Masuk dalam kereta, ayam gunting diletak disebelah seat dan meletakkan air kelapa ditempat khas air. Masih gelak lagi. Enjin kereta di hidupkan, aircond dipasang. Sebelum memandu, sempat lagi memandang Aina yang sibuk melayan customer.
Senyum memang tak lekang dari wajahnya. Memulakan pemanduan. Tak sabar mahu mendengar cerita dari Azaim.

" Hahahahaa.. Lawak pun ada. Hai lah Nadim, kalaulah Aina tahu Mr. Blueberry Cheese tu adalah aku. Macam mana ek? Nak ke dia kawan dengan aku? Dahlah dia cakap aku poyo, berlagak, banyak songeh. Hahahahaa.. Macam mana aku boleh tersyok dekat Si Penjual Kek tu ek. Tak apa, ni baru permulaan. Insha Allah akan dipermudahkan.." Cakap sendirilah Nadim. Betul-betul confident. Sepanjang perjalanan ke rumah Azaim, gelak saja dia. Bahagia pula rasa hatinya.

Sampai di perkarangan rumah, kereta Azaim tak ada, belum sampai lagi. Cepat-cepat dia matikan enjin kereta dan masuk ke dalam rumah dengan membawa air kelapa dan ayam gunting. Duduk di sofa.

" Kau dari mana Dim?" Tegur Acik Zakiah, ibu kepada Azaim yang muncul dari dapur.

" Dari pasar.."

" Laa kenapa tak bagitahu Acik. Boleh Acik kirim kek.." Nadim senyum.

" Kejab lagi Azaim sampai dia bawa kek banyak. Dia singgah pasar tu tadi." jawab Nadim.

"Oyeke.. Dia pun tak bagitahu Acik nak singgah pasar.." balas Acik Zakiah.

Tak lama kemudian, kereta Azaim memasuki perkarangan rumah. Bernyanyi-nyanyi dia masuk ke dalam rumah dengan membawa kotak kek dan banyak pula bungkusan makanan lain.

" Nah ni Blueberry Cheese cake untuk Mr. Blueberry Cheese. Makanlah kek Blueberry Cheese kau ni sampai muntah.." Terus Azaim letak kek dalam kotak putih itu di hadapan Nadim. Acik Zakiah berkerut.

" Hahahaa.. Thank you my lovely cousin.." Gelak besar Nadim.

" Ni kek apa pula ni. Siapa pula sambut birthday? Birthday kau ke Dim?" Pelik pula Acik Zakiah.

" Taklah mama. Ni ha.. Nadim ni mengidam nak makan kek Aina tu ha. Tu yang order kek sebiji tu. Dah meroyan dah Nadim ni dengan kek Aina tu.." Jawab Azaim. Perli. Nadim masih gelak. Di buka kotak kek perlahan-lahan.

" Ha? Meroyan? Meroyan kenapa pula. Mama tak fahamlah korang ni.." Garu kepala Acik Zakiah. Nadim masih gelak tak sudah.

"Macam ni ma... Nadim ni kan suka sangat kek cheese. Jadi bila dia dah rasa kek slice Aina tempoh hari dan terus kena dengan tekak dia. Tu yang dia order sebiji tu, nak bawa balik KL.." jelas Azaim.

" Ooo.. Tapi kek Aina memang sedap pun kan. Tu sebab nanti Azaim kahwin, Azaim kena tempah kek dekat Aina tau. Mama tak nak kek lain.." Amboi Acik Zakiah ni semangatlah pula. Memang family mereka ni hantu kek.

" Amboi mama.. Mama pun meroyan juga dekat kek Aina ni. Iyalah mama. Mana-manalah. Azaim follow je.." Nadim hanya gelak je. Dia ke dapur ambil piring dan sudu. Kemudian, ke ruang tamu semula. Banyak makanan mereka petang itu. Tak sempat bawa ke dapur pun. Sambil menjamu selera sambil menonton tv. 


Nadim memotong kek Blueberry Cheese dengan perasaan seronok. Sepotong diberi pada Acik Zakiah dan sepotong diberi pula pada Azaim dan sepotong untuk dirinya sendiri. Nadim menikmati keenakkan kek itu, betul-betul layan tekak. Memang betul sedap.

" Perhh!! Kau makan kek tu betul-betul menikmatilah. Power lah broo.. Hahaha" perli Azaim.

" Hahaha.. Ofcourselah. Favorite aku ni bro. Sedap gila! Ni kalau mama aku makan ni mau dia suruh aku beli lagi.." jawab Nadim.

"Aha.. Beli sekali dengan orangnya. Hantar meminang terus. Senang cerita.." Nadim gelak lagi.

" Relax.. Relax bro. Ni baru permulaan. Part one, settle. Part two.. akan menyusul.." Nadim memotong lagi kek dan makanlah lagi.

"Apa yang part one dan part two ni. Korang plan apa ni. Lain macam je Acik dengar. Kenapa Dim.." tanya Acik Zakiah.

" Hahaha.. Macam ni ma. Nadim ni bukan syok dekat kek ni je tapi dia dah terrrrsyok dekat Si Penjual kek.." Azaim menerangkan. Tersipu malu Nadim.

" Apa?? Kau biar betul Nadim? Macam tak percaya je Acik.." Terbeliak mata Acik Zakiah mendengar.

" Iye ma.. Sebab tulah dia nak duduk rumah kita ni. Nak tengok Aina tiap kali kat pasar. Jadi pemerhati dari jauh. Kalau tak, tak ada maknanya dia nak jejak kaki kat rumah buruk kita ni.." Perli Azaim dan jelaskan pada mamanya.

" Pula dah. Tapi macam mana kau boleh tersyok dekat Aina. Aina tu budak kampung je Dim. Acik rasa tak sesuai dia dengan kau. Kau ni orang bandar, memilih pula tu. Sebab tu sampai sekarang tak kahwin lagi. Kan Azaim kan.." Kena perli lagi Nadim. Tersentap jugalah.

" Entahlah ye Acik. Dim pun tak tahu macamana boleh terrrsyok dekat Aina tu. Sebab Blueberry Cheese dia kut. Acik pun tahu kan, Dim ni memang hantu Blueberry Cheese. Mana-mana Dim pergi, mesti cari kek ni. Dan bila first time makan kek Blueberry Cheese dia dulu, Nadim rasa sedap betul. Memang masuk dengan tekak Dim. Tu yang tanya Azaim, beli kat mana, siapa buat. Ada sekali ikut Azaim pergi pasar, kebetulan waktu tu Aina yang jual. Nampak cara dia, gaya dia, macam ada satu magnet pula pada dia. Tu yang dari kek turun ke hati.." Jelas Nadim dengan panjang lebar dan tanpa segan silu.

"Alkisahnya.. Dari kek turun ke hati ye Dim. Hehehe.." Gelak kecil Acik Zakiah.

" Itulah masalahnya ma. Nadim dah syok tapi dia tak nak kenalkan diri dia dekat Aina. Dia suruh Azaim yang tackle Aina untuk dia. Aduh masalah betul dia ni..." Nadim gelak dan gelak.

" Laa macam tu pula.." Geleng kepala Acik Zakiah.

" Iyelah Zim. Aku kan jauh, nak tackle payah. kau dekat sini je kut. Tolonglah sepupu kau ni tacklekan. Kasi maklumat kat aku. Aku cuma boleh whatsapp dia je, itupun kalau dia nak layanlah. Buat masa ni biarlah aku disebalik tabir je dulu. Bila aku dah pindah kerja sini nanti, baru aku munculkan diri. Waktu tulah baru hero hensem kacak ni akan jeng.. jeng.. jeng.." Kata Nadim. Bersungguh dan confident lebih.

"Iye.. Jeng.. jeng lah saaangat. Kau confident je dia tu single. Kut dah bertunang ke dah berderet anak ke. Baru kau meroyan.."

" Sebab tulah kau kena tolong aku. Jadi spy.."
Acik Zakiah mendengar saja perbualan mereka.

" Hmm.. Iyelah. Selamatlah kau sepupu aku yang rapat dengan aku. Kalau tak, memang booo layanlah.." Jawab Azaim.

" Tapi kan Azaim, aku suka cara dia, tegas tapi lembut. Mulut boleh tahan laser tapi laser pun dia jujur. Tak hipoktrit. Dan yang aku paling suka, semangat dia. Jual mahal juga minah ni tau.." Seronok Nadim bercerita.

" Haa.. tahu tak apa. Jangan kau ingat perempuan kampung ni perempuan biasa-biasa je tau. Dia punya tinggi jual mahal tu lagi bernilai dan lebih berharga dari perempuan bandar yang kau gila-gilakan sebelum ni. 1001 beb perempuan kampung jual mahal ni. Jual mahal tu tanda maruah dia jaga, susah nak dekat dari jual murah sesiapa je boleh dekat. Boleh bawa ke sana sini macam kau.." Semangat pula Azaim ni bercakap. Dia bengang dengan Nadim sebenarnya. Selalu pandang rendah pada perempuan kampung.

" Iye.. Aku sedar selama ni aku selalu berprasangka buruk pada perempuan kampung. Tapi tak apa itu dulu. Sekarang ni Hang Nadim dah lain. Percayalah. Tapi tadi kau memang gilalah. Selamat tak kantoi bro. Macam mana boleh terlepas cakap, selamat juga kau pandai cover.."

" Kaulah gila. Yang kau tak info aku awal kenapa. Manalah aku tahu bab Mr. Blueberry Cheese bagai. Dan.. dan je ayat kau kan.."

" Mr. Blueberry Cheese tu dia yang gelarkan aku sebab aku tak bagitahu nama aku. Tapi dia punya psiko boleh tahan juga aku dengar. Pandai pusing cari jawapan.." Nadim angguk-angguk kepala.

" Patutlah. Haa.. Tahu tak apa. Aku dah blurr dah sebenarnya tadi, tu yang aku tukar cerita puji kek dia. Tapi aku dapat rasalah dia syak something. Sebab sebelum aku blah, dia ada pesan ucap terima kasih dekat Mr. Blueberry Cheese tapi dia tak tahulah siapa.. " Cerita Azaim bersungguh. Acik Zakiah hanya mendengar sambil mengunyah dan mata fokus pada tv. Sesekali dia geleng kepala dan senyum mendengar perbualan anak dan anak saudaranya tu.

" Iyeke?! Tak apa. Biar dia syak. Yang penting kau jangan buka rahsia ni tau.." Senyum Nadim.

Memang senyum sampai ke malamlah dia hari ni. Memang seronok hatinya. Plannya menjadi.  Puashati. Kek Blueberry Cheese di depan mata direnungnya. Senyum sendiri.

" Senyum manjang ye. Bahagia pula rasa hati Acik tengok kau ni Dim.." Nadim gelak kecil. Bertambah merah mukanya tersipu malu. Azaim pun gelak.

" Apapun jangan main terus tersyok je. Cakap kat hati tu. Kena siasat dulu, kena selidik betul-betul. Pastikan dia tu belum berpunya. Jangan pula, kau dah betul-betul berkenan dan tiba-tiba tahu dia dah berpunya. Kau juga yang kecewa. Ini Acik nasihat kan ni bukan nak patahkan semangat kau. Tapi kalau dia betul dan dah sah belum berpunya. Mungkin jodoh kaulah kut. Jadi.. pandai-pandai kaulah ye Dim.." Nasihat Acik Zakiah lemah dan lembut. Nadim dengar dengan tekun sekali.

" Betul tu ma.. Azaim setuju. Sangat setuju..!"

" Insha Allah Acik. Sebab tu saya minta Azaim tolong jadi spy saya. Acik doakan ye.."

" Tapi bagus juga kan. Kalau contoh Aina tu on je, kira puaslah kita makan kek kan Azaim kan. Dahlah, mama nak masuk bilik dulu nak maghrib dah ni. Korang pergi mandi sana, jangan leka borak sampai lambat solat. Dah nak kahwin pun solat nak kena bising. Tu kemas semua tu, jangan tinggal bersepah ya.. " Acik Zakiah terus berlalu meninggalkan mereka.

" Iye ma. Kejab ye..!" Gelak mereka berdua.

" Hahahaa.. Oii, tolonglah kemas ni. Amboii.. dah kenyang kau nak lari pula ye.."

" Iyelah. Perut kenyang hati senanglah.."

" Banyaklah kau punya senang. Tolong kemas ni..."

Mereka mengemas semua makanan atas meja. Lalu bawa ke dapur. Masih berbual dan bergurau senda. Hai lah Nadim.. Ada yang tak tidur malam ni nanti sebab penangan Si Penjual Kek. Mahu masuk dalam mimpi tu nanti. Hmm..
Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.