Bab 19
Tepat jam 8.00 pagi, dia sudah bersiap. Ceria hatinya pagi-pagi. Tak sabar mahu berjumpa Si Penjual Kek. Mengharap sangat Aina ada niaga di pasar. Semalam, awal pagi dia sanggup memandu dari rumahnya terus ke Pasar Tani di Klang tapi sampai je di pasar tersebut, Aina tak berniaga pula. Kecewa sungguh. Jadinya.. Baliklah dia dengan perasaan sedih.

Dan pagi ini, dengan sejuta harapan dan seribu keyakinan dia bersemangat mahu bersemuka dengan Aina. Nekadnya. Dia sudah bersedia berhadapan dengan Aina. Kepulangannya kali ini tidak akan disia-siakan. Kepulangan yang dirahsiakan dari sepupunya Azaim. Sepatutnya, minggu hadapan baru dia balik Malaysia tapi kerja siap awal terus saja Nadim ambil tiket flight tanpa pengetahuan sesiapa pun. Tapi memang selalu pun Nadim balik ke tanah air diam-diam. Tiba-tiba je dah muncul.

Lagi pula memang Nadim sengaja tidak mahu beritahu Azaim yang dia balik awal, nak tengok sejauh mana usaha Azaim ikut arahannya, memujuk Si Penjual Kek. Tapi itulah, apa yang Azaim ceritakan padanya sewaktu berjumpa dengan Aina, langsung tiada respon dari Aina, tiada keputusan mahu berkawan semula dengan Mr. Blueberry Cheese atau pun tidak. Nadim menghantar whatsapp pun langsung tidak berbalas hanya bluetick je. Ada juga Nadim cuba hubungi Aina, tapi tetap hampa dan kecewa. Hmm.. Memang taklah Aina nak jawab.

Jiwa menjadi semakin kacau. Hidup jadi huru-hara. Mana tidaknya, boleh dikatakan 24jam hanya Aina je difikiran. Dah betul-betul angau. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi pun tak basah. Dah serupa kambing dah. Penangan cinta kek turun ke hati. Inilah jadinya.

Matahari semakin meninggi. Perjalanan mengambil masa dalam sejam je kalau ikut highway. Hujung minggu macam ni, jalan pun clear je waktu pagi tapi tunggulah masuk petang nanti kalau tak trafik jam. Masing-masing keluar jalan-jalan, cuti hujung minggu.

Layan lagu di corong radio, tiba-tiba keluar pula lagu Andi Bernadee bertajuk Satu Peluang. Makin semangatlah dia, senyum ke telinga terus. Apalagi.. Terbayang teruslah wajah Si Penjual Kek. Nadim ikut menyanyi, ceria lagu itu dan of course lah hatinya juga ceria. Memang gila angau.

Sesampainya di pasar pagi Ahad, Nadim memasuki kawasan parkir. Mencari parkir kosong. Penuhlah pula.

" Nak cari parkir pun satu hal. Sempat tutup pula pasar ni. Tak ada orang nak keluar ke ni. Bagilah aku parkir.." Keluhnya sendiri. Cermin mata hitam bergayanya di betulkan kedudukannya. Rasa tak selesa pula. Padahal.. hatinya yang tidak keruan.

Senyum lebar terus wajahnya apabila sebuah kereta mahu keluar dari parkir. Jam ditangan asyik dilihatnya saja, dah dekat jam 10.00pagi. Masih awal lagi, biasa pasar minggu ni jam 12.00 tengahari baru peniaga tutup gerai. Bolehlah Nadim borak dengan Aina lama sikit. Semangatnya berkobar-kobar. Persoalannya, nak ke Si Penjual Kek berjumpa dengan Mr. Blueberry Cheese?

Nadim mula melangkahkan kaki masuk ke kawasan pasar pula. Menjadi perhatian jugalah mamat sepet ni pada pengunjung pasar dan peniaga anak-anak dara, tak terkecuali mak-mak dara juga. Mana taknya dengan tubuh yang tinggi, kulit cerah, rambut kemas bergaya tapi taklah rambut skema. Dan.. semestinyalah dengan cermin mata hitam bergayanya. Jalan perlahan dengan mata yang meliar mencari gerai kek Aina. Senyuman sentiasa terukir.

" Hatiku masih berdebar tiap kali bertemu, perasaanku padamu seluas lautan biru, beriku satu peluang untuk mengenalimu.." Amboii.. Syok habis bernyanyi perlahan. Sempat lagi.

Nampak saja banner gambar kek terpacak di tiang canopy. Semakin berdebar hatinya. Sama pula dengan lirik lagu. Fuhh!! Macam tsunami pula jantungnya.

"Bismillahirrahmannirrahim.. Semoga lembut hatinya nak jumpa aku. Harap-harap dia tak jual mahal kali ni.. Aaminn.." Doa Nadim perlahan. Kemudian, perlahan-lahan melangkah ke gerai kek dan berdiri melihat kek. Acah- acah je tu. Tapi mata tu, amboii meliar mencari Aina.

"Alamak.. Mana pula Si Penjual Kek ni. Tak ada pula. Beli air kut, tak pun ke toilet. Husnuzon jelah.." Katanya dalam hati. Ijoy sedang melayan customer jadi Nadim pun menunggulah dengan sabarnya. Satu  persatu kek dilihatnya. Telan liur dia, semua kek sedap-sedap belaka. Lagi lebar senyuman bila di hujung meja tu terdapat kek cantik dan semestinya sedap. Apalagi kalau bukan kek Blueberry Cheese. Memang betul-betul dia rindu nak makan kek itu.

" Iya bang.. Nak kek mana?!" Tanya Ijoy setelah customer tadi pergi. Senyum Ijoy pada Nadim.

" Saya nak Blueberry Cheese tu semua ya.."

"Semua tu?" Ijoy agak terkejut.

" Yup semua. Ada berapa slice tu?!"

" Ada lapan slice lagi.."

"Okey.. Saya nak semua tu. Hmm.. Russian dua dan Strawberry Mille Crepe ni nak dua. Ada kotak tak dik, masukkan dalam kotak sekali semua tu, boleh?!"

"Boleh.. Boleh.." Ijoy terus mengambil kotak kek didalam box. Susun satu persatu kek slice ke dalam kotak.

"Dik.. Mana Kak Aina?" Tanya Nadim ingin tahu.

" Kak Aina cuti rasanya.." Terbeliak mata Nadim mendengar. Kecewalah lagi.

" Cuti? Kenapa dia cuti? Berapa lama? Dia tak sihat ke? Semalam abang ke pasar tani Klang tapi tak niaga kan.." Banyak pula soalan Nadim.

" Aha.. Semalam tak niaga sebab tak ada orang nak hantar. Setahu saya, Kak Aina cuti lama dalam tiga empat bulan rasanya. Sebab apa tu, saya tak tahulah.." Jawab Ijoy panjang lebar.

"Apa?? Tiga empat bulan? Lamanya.. " Lagi sekali Nadim terkejut. Kali ni memang betul-betul terkejut beruk.

" Iya.. Kak Fiza cakap dia cuti emergency. Kalau abang nak order kek, abang boleh call Kak Fiza. Sementara ni Kak Fiza yang handle order kek.." sambung  Ijoy lagi.

" Iyeke?!" Ijoy menganggukkn kepala sambil tangan membungkus kek.

"Ni bang.. 12 slice. Semua Rm60.." Nadim menghulurkan wang kertas berjumlah Rm70 pada Ijoy dan mengambil kotak kek.

" Tak apa.. Baki tu abang bagi kau.." Kata Nadim.

" Eh bang.. Tak apa bang. Saya tak berani nak ambil..." Ijoy menghulurkan baki duit pada Nadim. Serba salah Ijoy jadinya.

" Tak apalah. Abang bagi kau tu. Buat beli makanan ke apa-apalah. Okey, abang beli ya. Terima kasih.. Kerja elok-elok..!" Senyum Nadim pada Ijoy.

"Terima kasih banyak-banyak bang. Semoga Allah murahkan rezeki abang.." Ucap Ijoy.

""Aaminn.. Abang pergi dulu.." Nadim terus melangkah meninggalkan Ijoy. Laju jalannya. Hati mula rasa tak keruan.

" Kenapa lama sangat dia cuti ye? Ada problem kut. Patutlah dia cakap buat masa ni dia tak nak diganggu. Ishh.. Apa yang dah berlaku? Tak boleh jadi ni, aku kena tanya kawan dia.." Nadim masih fikir pasal Aina. Kereta terus dipandunya menuju ke rumah Azaim pula.

Sampai saja di hadapan rumah Azaim, terus dia masuk ke perkarangan rumah yang tidak ditutup pagarnya itu. Kereta Azaim ada, mesti tengah tidur lagi kut, tekanya dalam hati.

Kek terus diambilnya dan melangkah ke pintu utama rumah.

" Assalammualaikum.. Acik.. !! Oh acik.. !! " Jerit Nadim memberi salam. Pintu dibuka dan terus masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumsalam. Laaa Nadim rupanya. Acik kat belakang tadi, tanam sayur. Dengar orang bagi salam..." Nadim terus bersalaman dan mencium tangan Acik Zakiah.

" Ni cik. Nadim ada beli kek. Kek favorite acik pun ada ni.." Nadim terus duduk di sofa dan meletakkan kotak kek diatas meja.

" Sempat pula kau singgah pasar ye. Ke sebab Si Penjual Kek tu.." Perli Acik Zakiah. Sengeh Nadim.

"Hehe.. Acik ni macam tahu je kan.."

" Mestilah tahu. Bila kau balik sini? Azaim cakap kau balik minggu depan?" Tanya Acik Zakiah.

" Kelmarin pagi. Kerja siap awal, balik awal lah cik. Macam biasa. Acik.. Mana Azaim? Tidur lagi ke?!"

"Apa lagi.. Tidurlah dia. Pergilah kejutkan dia.." Nadim terus bangun dan mendaki anak tangga menuju ke bilik Azaim. Pintu tidak berkunci dan dikuak perlahan.

Geleng kepala Nadim melihat Azaim yang sedang lena diulit mimpi. Nadim masuk ke dalam bilik air dan mengambil gayung berisi air paip. Lalu dibawanya ke katil dan menjirus air tepat ke muka Azaim.

" Arhhh!! Tsunami.. tsunamiiii... Mama tsunami..!!" Mengelupur Azaim terkejut dalam mimpi. Terus terduduk dengan muka yang amat kelakar. Nadim gelak kuat hingga sakit perutnya. Azaim terpinga-pinga. Garu kepala. 


" Oiiiiii.. Kurang ajar kau Dim..!!" Jerit Azaim. Marah. Nadim masih lagi gelak besar. Hilang terus mata sepetnya.

" Hahahaa.. Tsunami melanda. Buruk betul rupa kau. Dah macam monyet tersepit je. Hahahaa.."

" Kaulah monyet tersepit. Habis basah bantal aku. Yang kau tiba-tiba muncul ni dah kenapa?! Dan.. dan kata balik next week.."
Nadim duduk di kerusi menghadap Azaim yang masih duduk di katil.

" Surprise..!! Zim.. Tadi aku singgah pasar kejab. Beli kek dan konon nak jumpa Aina tapi budak tu cakap Aina cuti tiga empat bulan.."Nadim memulakan cerita dengan muka yang sedih.

" Uitt.. Lama tu. Kenapa dia cuti? Kau tak tanya budak tu ke?" Azaim bertanya.

"Dah tapi budak tu pun tak tahu. Kau tahu tak, tiap hari aku text dia, aku pujuk dia, aku tanya khabar dia, nak ambil hati dialah konon. Tapi memang langsung dia tak reply. Tapi sehari lepas kau jumpa dia, dia ada reply whatsapp aku tau.." Tekun Azaim mendengar.

" Dia reply whatsapp kau? Maknanya dia nak kawan dengan kaulah kan.. "

"Tak tahulah tu. Dia cuma cakap, jangan ganggu saya buat masa ni. Itu je. Aku tanyalah kenapa? Ada problem ke? Tapi dia tak layan pun dan aku rasa dia off handphone. Aku call dia, just voice mail je. Kau rasa apa Zim?" Berkerut sedih muka Nadim.

" Aku rasa dia ada personal problem kut. Yang aku jumpa dia hari tu pun, dia cakap benda yang sama juga. Tak apalah bro, biarkan je dia dulu. Bagi dia ruang dan bagi dia masa. Kau ni pun, janganlah angau sangat. Relax je dulu bro. Pasal hati perasaan ni bukan boleh paksa. Kalau ada jodoh, adalah.." Nasihat Azaim.

"Aku faham bab tu tapi yang buat aku nak tahu sangat ni. Siapa lelaki yang pukul dia tu? Aku pantang betul lah lelaki pukul perempuan ni. Pengecut..!! Nak je aku bantai dia cukup-cukup.." Marah Nadim. Memang sakit hati betul dia kalau tahu lelaki pukul perempuan.

" Tu aku tak tahu. Aku pun masih fikir juga. Kasihan betul lah. Eh Dim.. Apa kata, kita pergi kedai dia dan kita tanya kawan dia. Siapa nama kawan dia tu.. Kak.. Kak..."

" Kak Fiza.."

" Ha.. Iye.. iye Kak Fiza. Kau rasa macam mana?"

" Betul juga tu. Kau tahu tak kedai dia kat mana? " Nadim angguk kepala tanda setuju.

" Tahu.."

" Okey cantik!! Dah jom sekarang!!" Terus Nadim berdiri, bersemangat betul dia.

"Agak-agaklah pun. Bagilah aku mandi dulu. Perut aku ni pun dah berbunyi.. " jawab Azaim.

" Okey.. Cepat sikit siap. Jangan jadi perempuan pula, lambat bersiap. Aku tunggu kat bawah, nak makan kek Blueberry Cheese Si Penjual Kek. Rindu sangat nak makan kek tu.." Kata Nadim sebelum keluar dari bilik Azaim.

" Podahhhh... Rindu nak makan kek konon, padahal rindu dekat Si Penjual Kek. Ayat poyolah broo.." Azaim bangun dan terus mencapai tuala mandi.

"Hahahahaa.. Dua-dualah bro. Dah cepat mandi, jangan jadi siput pula.." Nadim terus turun menunggu Azaim dibawah.

Mata meliar mencari Acik Zakiah, mungkin kat belakang kut sambung tanam sayur. Teka Nadim. Dia menuju pula ke dapur, membuka peti ais dan mengeluarkan kek Blueberry Cheese. Mengambil sepotong kek dan meletakkan didalam piring. Kemudian, menikmati kek itu penuh keenakkan. Habis sepotong kek, diambilnya lagi.

Azaim berdiri di pintu dapur memerhatikan saja Nadim. Gelak kecil dia, geleng kepala.

"Parah.. Parah..!! Tapi bagus jugalah kau kenal Aina tu kan, aku nampak kau berubah sekarang ni. Dah jadi lelaki sejati sikit berbanding sebelum ni. Lelaki hampeh!!" Selamba Azaim cakap duduk dihadapan Nadim.

" Amboii mulut kau ni, aku masih ingat dosalah bro. Memanglah aku banyak kawan perempuan tapi tak bermakna aku berfoya-foya buat benda tak baik.."

"Iyelah. Aku tahu kau macamana. Saja je.."

" Selama ni aku banggakan perempuan bandar, bekerjaya, bergaya, free hair, tapi itu semua cakap je. Kalau ada pun just friend, lebih dari tu memang taklah. Orang kata jiwa masih muda, kawan nak ramai, gaya kena ada tapi tu luaran je. Dalaman lain beb. Jahat-jahat luaran aku, alhamdulilah solat tak pernah tinggal. Solat Jumaat setakat ni pun alhamdulilah, lagi pula aku duk merantau. Duk merantau ni dugaannya boleh tahan bro. Kalau tak kuat iman, mahu runtuh iman sekelip mata. Macam-macam dugaan. Lagipun, mama papa tak pernah lupa ingatkan aku, sibuk macamana pun mereka selalu gak call. So, pesanan dan nasihat mereka aku ikut. Insha Allah.. Lagipun umur dah meningkat ni, nak habiskan waktu untuk beribadah je kalau boleh. Sebab tu nak balik Malaysia terus.." Jelas Nadim dengan senyuman. 


" Baguslah kalau macam tu. Stay Malaysia dan kahwin. Ehh.. Kejab.. kejab.. Hari ni hari Ahad kan?!" Berkerut dahi Azaim tiba-tiba.

" Ha lah. Kenapa?!"

" Bro.. Salah harilah. Hari Ahad kedai kek Aina tutuplah. Dia on pasar pagi je. So, maknanya.. Esok jelah jumpa Kak Fiza tu.." Baru Azaim teringat.

"Laaa iyeke?! Aduhaiii... Habis macamana ni?" Kecewa lagi Nadim.

" Macamana apanya, pergi esok jelah. Tak kan kau nak tunggu depan kedai pula. Apadaaaa.." Perli Azaim.

" Hmm.. Okeylah. Esok pun esoklah.." Lemah je suara Nadim. Sedih. Diam sebentar.

" Rumah Aina? Kau tahu tak rumah dia. Jom ke rumah dia.." Tiba-tiba Nadim bersuara kuat.

"Sorry.. Sorry.. !! Rumah dia aku tak tahu. Kedai je aku tahu.." jawab Azaim jujur.

" Kau tak cari ke rumah dia. Kan aku suruh kau cari maklumat tentang dia semuanya, detail. Maksudnya kedai, rumah dia, adik-beradik dia, parents dia dan  seisi keluarga dia. Semua tu aku nak kau cari.." Nadim mula bengang.

" Iye aku tahu tapi kan aku kerja. Masa tak adalah nak buat semua tu. Slow.. slow lah bro..!!" Jawab Azaim perlahan.

" Hmm.. Tak apalah. Terlanjur aku ada kat sini, aku settle sendirilah. Tapi kau jangan pula nak larikan diri. Selagi Si Penjual Kek tu tak terima Mr. Blueberry Cheese yang macho ni, selagi tu kau kena jadi posmen aku. Fahammm?!!"

" Amboi..!! Paksaan nampak. Baiklah Hang Nadim atau Mr. Blueberry Cheese atau Nadim Iskandar. Saya menurut perintah. Dahlah aku nak makan kek ni lagi bagus dari melayan orang angau ni.." Nadim gelak je.

Memang tak tenanglah hati Nadim. Selagi tak tahu hujung pangkal cerita dari Kak Fiza, selagi tu huru- hara hidupnya. Teringat pula yang Ijoy cakapkan tadi dipasar. Tiga bulan Aina cuti, maknanya tak dapatlah dia mahu jumpa Aina. Nadim cuti tak lama, seminggu je dan akan kembali ke Taipei. Dan tak sabar mahu dapat surat permohonannya mahu kembali dan bekerja di Malaysia. Menunggu masa je ni.

Nasiblah Mr. Blueberry Cheese. Pendam perasaan jelah. Sabar..  
Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.