Bab 22
Okey..! Siap kemas. Penat betul hari ni. Kak Hasnah dan Zaidah dah balik dah. Tinggallah aku dan Kak Fiza je kat kedai ni. Kak Fiza pun nak balik dah, aku pula duduk termenung bersandar di kerusi. Memandang kosong pada handphone di atas meja. Nak balik tapi nantilah kejab. Rasa nak menyendiri pula. Serabut kepala sebenarnya kerana bekas suami aku tulah. Tak habis lagi nak mengacau hidup aku. Bila nak sudah, letihlah dengan sikap dia.

Tengahari tadi, selepas Mr. Blueberry Cheese balik dari kedai ni, dia datang, macam biasalah dia nak jumpa aku, tapi aku memang tak nak jumpa dia. Kalau jumpa mesti akan naik tangan ke badan aku. Melepaskan api kemarahan yang aku sendiri pun tak tahu apa puncanya. Mujur ada Kak Fiza. Boleh pula dia bertengkar dengan Kak Fiza, malu betul aku.

Aku menyorok kat dalam bilik solat. Menggigil badanku, ketakutan. Gila tak takut, kalau tiba-tiba dia mengamuk dan terjah masuk ke dalam dan jumpa aku, tak mati aku dibelasahnya. Fuhh!! Memang cuak aku. Tapi alhamdulilah, Allah masih lindungi aku.

" Aikk.. ! Tak balik lagi ke?" Tegur Kak Fiza. Terkejut aku.

" Tak lagi. Nak relax kejab. Penat.." jawabku perlahan. Kak Fiza senyum tengok aku, dan duduk di depan aku.

" Kau tu penat berfikir. Kerja kuat sangat sampai tak rehat akak tengok. Kerja sampai malam, time cuti pun kau kerja. Mana tak penat. Penat badan, penat fikir, penat semualah akak tengok.." kata Kak Fiza. Aku senyum je.

" Elok lagi saya kerja, sibukkan diri kak dari duk mereput kat rumah, macam-macam fikir. Tak nak fikir pun tapi entahlah.." aku mengeluh kecil. Tension pun ada.

" Akak faham. Sabarlah Aina. Kuatkan semangat, cekalkan hati demi anak-anak kau. Mereka perlukan kau, kaulah sumber kekuatan mereka. Kau kena kuat. Jangan mengalah ya. Akak tahu, kau hebat. Akak sendiri pun tak sekuat engkau. Tapi walau macamana sekali pun, badan kena jaga. Rehat tu perlu. Kita bukan robot boleh buat kerja 24 jam. Mixer tu pun kalau adun tepung dua tiga kali pun mahu meletop, ni kan lagi kita manusia.. " Nasihat Kak Fiza.

" Hahahahaa.. Iya kak. Aina tahu tu.. Yang buat Aina serabut ni pasal Taufik. Sakit jiwalah dengan dia. Tak habis-habis kacau. Fade up! Okeylah kalau setakat nak jumpa tanya pasal budak-budak tapi ni sampai naik tangan. Marah-marah tak tentu pasal. Tu yang tension sangat. Padahal, masa kami suami isteri tak pernah dia naik tangan. Sekarang ni dah tak ada apa-apa, boleh pula dia macam tu. Pelik.." Aku mula meluah.

"Dia marah kau kut sebab kau minta dilepaskan. Dia memang tak nak lepaskan kau kan.."

"Iya.. Tapi sampai bila kak saya nak kena tanggung. Ada suami tapi macam tak ada. Sorang duk bebas dengan perempuan kat sana yang sorang kat sini, kerja untuk anak-anak. Dia sesen pun tak bagi nafkah. Saya pun tak sanggup nak tanggung dosa, nak tengok kemaksiatan yang dia buat, nak simpan hati perasaan yang terluka, nak kena jaga hati dia, cakap sikit kang kata saya isteri nusyuzlah, isteri derhakalah. Belum lagi dihina dengan perempuan dia tu. Boleh jadi kemurungan saya kak. Mahu terjun laut jadinya.." sambungku lagi.

Kak Fiza hanya mengangguk kepala. Dia pun sebenarnya baru tahu masalah aku dengan Taufik dulu. Aku tak pernah cerita dekat dia pun. Masa aku nak ke Pejabat Agama tempoh hari, barulah aku info dia. Terkejut sungguh dia dengar masalah aku.

" Akak faham itu. Kalau akak di tempat kau pun, akak buat keputusan yang sama. Mungkin dari awal lagi. Ni kau, dah bertahun-tahun kut pendam hati perasaan baru nak buat keputusan. Tapi alhamdulilah, semuanya dipermudahkan.."

" Iya kak. Tapi tulah.. Masa sah suami isteri saya banyak pendam digantung tak bertali bertahun lama. Dah berpisah macam ni pun saya juga yang kena, dimarah di pukul. Makin teruk pula. Aduhaii... Apalah nasib saya ni kak. Ingat dah berpisah boleh bebas dengan ketenangan tapi lain pula jadinya. Nak mengadu kat mahkamah, malas nak panjangkan cerita. Macam-macam halnya kang. Tunggu selesai semua urusan mahkamah, kalau dia masih pukul saya, saya terus nak buat police report.." Kataku panjang lebar. 


" Sepatutnya.. Dari sekaranglah kau buat report Aina. Tak kan nak tunggu dah teruk patah riuk badan kau, baru nak bertindak.." Cadang Kak Fiza.

" Saya tak sampai hatilah kak. Sebab dia pernah sayang saya, pernah jaga saya, pernah jadi suami saya. Saya memang tak sampai hati. Saya ni mulut je cakap itu ini tapi dalam hati. Entahlah kak.. sebab dia bapa pada anak-anak saya. Saya tak sampai hati.." luahku jujur. Itulah sebetulnya. Aku memang tak sampai hati nak buat aduan.

" Kau ni.. hmm.. Lembut sangatlah Aina sebab tu kau boleh bertahan lama dia buat kau. Kau yang relakan dia buat macam tu. Cuba tegas sikit. Pertahankan hak kau tu. Jangan kasihan orang macam tu, kena ajar sikit. Esok-esok dia buat dekat perempuan lain pula. Kau tak kasihan ke kat bakal isteri dia ke. Tak kanlah kau nak bakal isteri dia jadi macam kau.." Nasihat Kak Fiza lagi.

"Hahahahaa.. Padanlah muka dengan perempuan tu. Siapa suruh gedik dan gatal sangat ambil laki Aina. Kalau Taufik tu boleh buat dekat Aina dan anak-anak, memang tak mustahil lah dia akan buat kat perempuan perampas tu. Padan muka!! Buku bertemu ruas. Rasakan.. Buat apa nak kasihankan perampas macam tu kak. Setiap perbuatan ada balasan, what you give, you get back lah. Hahahaha.. " Aku gelak kuat.

" Iye tak iye juga kan. Ketulahan namanya tu. Buat jahat kat bini, sendiri tanggunglah kan. Tak tenang hidupnya. Tengok sekarang ni, dah macam orang gila talak je akak tengok. Kenapa tak pergi je dengan betina perampas tu. Sibuk cari kau dah kenapa kan? Patutnya lepas korang berpisah, dialah orang paling happy. Tapi dia pula meroyannnn... Hmm.. Macam-macam lah.."sambung Kak Fiza lagi. Aku senyum jelah.

" Biasalah kak, time ada tak dihargai. Dah pergi baru mengelupur mencari. Sabar jelah. Dugaan dan ujian untuk Aina.." kataku.

" Sabarlah Aina. Mesti Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik untuk kau dan anak-anak. Sabar je.. Akak rasa, kau pergilah bercuti dua tiga hari ke, seminggu ke. Tenangkan fikiran tu.." Cadang Kak Fiza lagi.

" Bercuti? Nak ke mana?"

" Mana-manalah yang kau rasa boleh tenang. Ke pantai ke, balik kampung ke, ke hutan ke. Sukahati kaulah.. Pergilah.."

" Nantilah Aina fikirkan. Ada juga terfikir tapi fikir kek dan anak-anak tak jadilah pula.."

" Tak payahlah fikir pasal kek. Kami ada, boleh settle. Jangan risau. Pergilah bercuti. Kalau boleh, tak payahlah bawa anak-anak, minta tolong mak tengokkan dan jagakan anak-anak. Ada masa kita perempuan ni kena menyendiri. Fikiran kita ni 24 jam beroperasi, fikir anak-anak, kerja, rumahtangga dan semualah. Tak salah sesekali release tension. Pergilah.. Kau akan rasa tenang nanti.." Aku angguk-angguk kepala. Bagus juga cadangan Kak Fiza ni. Best juga kan.

" Nanti Aina fikirkan. Dari Aina menyorok dari Taufik tu, lebih baik Aina bercuti kan kak. Dah sah dia tak tahu mana Aina. Dia tu entah bila entah nak balik borneo. Sibuk je kat sini.." aku merungut.

" Tahu tak apa. Eh Aina.. Mr. Blueberry Cheese kau tu apa cerita? Akak nak tanya tadi tapi ada Kak Hasnah dan Zaidah. Tak eloklah pula. Ni akak nak tanya kaulah ni.. Kenapa kau larikan diri dari dia? Tak kan sebab dia minat kau je kut.." Alamak..!! Kak Fiza buka cerita pasal Mr. Blueberry Cheese lah pula.

" Hmm.. Salah satu sebab juga tu tapi Aina malaslah kak nak kawan dengan lelaki. Memanglah pada mulanya dia nak kawan je dengan Aina tapi tulah belum kawan pun dah tersyok bagai. Dah tu pula, Aina ni masih bini orang kut... Gilalah.." Kataku.

" Tapi sekarang tak lagi kan. Apa salahnya kawan, kawan biar seribu Aina oii. Macam yang kau cakap kan, banyak-banyak tempat dia makan kek Blueberry Cheese, luar negara dalam negara tapi dia boleh suka dengan kek kita. So, nampak tak kek kita ni boleh pergi jauh. Orang macam dia tu, jenis pemakan, penggemar kek, dia akan kaji sedalam-dalamnya pasal sebiji kek dan bila dia cakap sedap. Memang betul lah sedap.." kata Kak Fiza lagi. Hangat betul perbualan kami.

Sebenarnya jarang kami dapat berborak macam ni. Masing-masing kan busy. Bila dah dapat peluang macam ni memang macam-macamlah boraknya.

" Yupp.. Betul tu betul" 


" Kawan jelah, akak tengok dia pun baik. Dia suka kek mesti dia akan promote kek kita ni dekat kawan-kawan dia, kenalan dia. Kan bagus tu.. Berkembang kek kita kang.. Betul tak?!" Kata Kak Fiza lagi. Senyum.

" Iye.. Tapi saya takutlah kak nak kawan dengan dia tu?" Aku buat muka sedih.

"Takut kenapa pula? Bukannya dia penyangak pun? Baik je muka, cakap pun lembut. Senyum je.." Ish.. Kak Fiza ni. Memuji Mr. Blueberry Cheese lah pula. Lain macam je.

" Takutlah. Mula-mula suka kek, lama-lama suka saya. Seramm!! Ada dia cakap hari tu, dari kek turun ke hati. Boleh pula. Beli kek baru sekali dua je kut, dah syok saya. Gila betul..!"

Kak Fiza gelak kuat. Aku sengeh. Salah ke aku cakap. Aduh Kak Fiza ni.. Aku garu kepala.

" Hati manusia Aina.. Sebab tu mak-mak kita cakap, nak pikat suami pikat dengan masakan. Dari masakan tulah jadi bertambah sayang. Jadi sekarang ni, Mr. Blueberry Cheese kau tu terpikat dekat kau sebab kek kau. Dari sepotong kek turunlah ke hatinya. Tak gitu Aina.." Kak Fiza gelak lagi. Aku buat muka pelik. Senyap.

" Aina.. Apapun yang kau alami sebelum ni. Lupakanlah. Memang bukan senang nak lupakan, tapi dari kau terus fikir, mengenang nasib, simpan dalam hati. Tak guna semua tu tau. Hanya makin menyakitkan hati. Yang sudah tu, biarkanlah ia lenyap. Dah tak ada jodoh kau dengan Taufik. Kau kena terima dan kena redha demi hidup kau sendiri. Kau ada hak untuk hidup bahagia bersama anak-anak. Lupakan semua tu dan bangkitlah. Bina hidup baru, mulakan langkah dari sekarang. Nak bahagia bukan senang, tapi percayalah setiap kedukaan pasti ada kebahagiaan di hadapan. Kedukaan kau bersama Taufik, buangkan jauh-jauh dan mungkin kebahagiaan kau bersama Mr. Blueberry Cheese. Kan.. kan..!!" Eh.. Eh.. Kak Fiza ni. Nasihat punyalah baik tapi sempat lagi perli aku. Sabar jelah.

"Kak Fizaaaaa..!! Boleh pula dia kannn. Tak naklah Aina. Dari Aina fikir Mr. Blueberry Cheese tu atau lelaki lebih baik tak payah kahwin sampai ke tua. Fikir anak-anak lagi bagus. Dahlah Aina ni janda, mananya lelaki nak. Pandang sebelah mata pun tak. Memang dihinanya adalah. Lagi pula dia, jenis orang have.. have gitu. Memang taklah... Aina pun tak hinginnn..." Amboi aku, jual mahal sangat.

"Jangan cakap Aina oii.. Kang makan diri. Lelaki sekarang ni lebih suka wanita berstatus janda dari anak dara tau. Janda ni berpengalaman dan setia. Ha..!! Macam kaulah. Janda berpengalaman dan setia. Kalau tak, tak kanlah sanggup setia dengan Taufik yang tak guna tu.." Sambung Kak Fiza lagi.

" No komenlah kak. Dia tak tahu pun Aina ni janda. Mesti dia ingat Aina ni anak dara. Bayangkan ye.. Sekarang ni Aina layan dia baik, kawan lepas tu tiba-tiba tercinta pula. Dan bila dia dah tahu status J Aina ni, terus dia blah macam tu je. Tak haru biru namanya. Kita dah suka dia, dan dia pergi macam tu je sebab status. Perhh!! Lagi harammm..!" Kataku.

" Hahahaa.. Sebab tu kena bercakap jujur sebelum nak teruskan hubungan. Terus-terang dekat dia. Kalau dia terima, syukur alhamdulilah. Tapi pastikan dia terima diri Aina, hidup Aina, status Aina dan yang penting dia boleh terima anak-anak Aina. Kalau terima Aina je tapi tak terima anak-anak. Lebih baik tak payah. Tapi kalau dari awal lagi dia tak terima. Stop jelah. Hati pun tak sakit. Kalau dia betul ikhlas nak Aina, terima Aina seadanya kerana Allah swt. Insha Allah.. Walau apapun status Aina, dia akan terima. Cinta ikhlas dari Allah itu yang terbaik tapi cinta dari nafsu itu hampeh namanya.." Aku angguk lagi dan lagi.

" Hmm.. Entahlah kak. Tak ada jawapan. Saya pun block nombor dia dah. Malas nak layan dan nak fikir. Tapi kasihan pun ada. Ishhh.. Entahlah.."

" Dah block kenapa? Kawan jelah tak apa, bukan dia ada kat Malaysia pun. Kadang-kadang je dia balik kan.."

" Iye.. Tak apalah. Nantilah, tengoklah mood Aina. Kalau rasa nak kawan dengan dia, nanti Aina whatsapp dialah. Tapi syok juga borak dengan dia sebenarnya. Hehehe.."

" Hahahaa.. Macam-macamlah kau ni Aina. Tak apalah just borak je. Kau pun bukan ada kawan pun kan. Kawan kau, akak, Kak Hasnah dan Zaidah je. Tak salah pun Aina. Cari happy kau. Selagi tak bertentangan dengan agama. Fikirkanlah ek.. Manalah tahu, satu hati nanti, Mr. Blueberry Cheese tu bawa kek kita ke Taipei tu ha, promote kat sana. Kut orang Taipei suka pula kek kita ni, memang gempaklah. Bukan pasaran Wilayah dan Selangor je tau, terus ke pasaran Taipei. Gempak kek kita Aina oii.." Hahahaa Aku gelak lagi. Besar betul impian Kak Fiza ni. Dasyat.. Dasyat..!! 


" Amboi Kak Fiza.. Semangatnya. Tapi betul juga kan.."

" Kann... Dari sepotong kek turun ke hati. Hai lah Mr. Blueberry Cheese, beli keknya murah sepotong Rm5 je, tapi Si Penjual keknya pula yang jual mahal. Nasib kaulah.." Kak Fiza masih juga perli aku. Dia bangun dan terus gelak. Aku berkerut. Diamkan je.

" Okeylah Aina. Akak nak balik ni. Jom balik.. Nak maghrib dah pun. Eh.. Kau park kereta kat mana?" Aku pun terus bangun.

"Kat belakang kedai sana. Hehe.."

" Eloklah tu. Kereta pun menyorok, kau pun menyorok. Hmm..." Aku gelak dan terus keluar dari kedai.

 Tutup pintu dan kunci. Kami berpisah arah. Kak Fiza terus masuk dalam keretanya dan mula memandu meninggalkan kedai. Aku pula terpaksalah menapak jalan ke belakang bangunan kedai ke kereta. Aduhai.. nasiblah Aina. 
Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.