Bab 28
"Nadim... Nadim.. Oh Dimmm...!! Ada orang nak jumpa ni..."  Jerit Acik Zakiah dari bawah. Berkali- kali memanggil Nadim. Malas dia mahu naik, jerit jelah. Lagipun Nadim baru je naik tadi.

"Iye Cik... Kejab..!" Jawab Nadim. Terus keluar dari bilik dan menuruni anak tangga. Acik Zakiah sedang duduk menghadap tv.

"Siapa cik?!" Tanya Nadim. Hairan. Setahunya dia tak ada kawan dekat sini. Garu kepala dia.

" Tak tahulah. Dia cakap nak jumpa sepupu Azaim. Siapa lagi kalau tak kau.." kata Acik Zakiah.

"Aik...!! Boleh pula dia tahu Dim sepupu Azaim. Pelik bin ajaib ni.." Bertambah hairan Nadim. Terus je jalan keluar.

Seorang remaja lelaki bertopi merah berdiri di keretanya. Senyum saja melihat Nadim jalan ke arahnya.

" Eh... Macam kenal lah. Bukan kau ke yang jual kek tu.." Terkejut Nadim melihat Ijoy. Berkerut sejuta muka Nadim.

" Iye bang. Sayalah Ijoy. Ingat kan.." Ijoy memperkenalkan dirinya dan mereka bersalaman mesra.

" Ha.. Iyelah. Betul.. Tapi kenapa kau datang ni?" Tanya Nadim. Kepelikkan.

" Kejab ek..!" Ijoy membuka bonet kereta dan mengeluarkan bungkusan kotak berwarna putih. Lalu diberikan pada Nadim. Nadim terpinga-pinga. Kehairanan. Berkerut lagi dan lagi.

" Eh.. Apa pula ni?" Nadim mengambilnya.

" Ini untuk abang. Saya diamanahkan untuk hantar ni dekat abang. Selebihnya abang boleh tanya pada yang bagi nota dekat kotak tu. Ada nota warna pink. Abang bacalah ye.." Jelas Ijoy. Senyum je.

" Nota? Baiklah, nanti abang baca. Hmm.. Terima kasih banyak-banyak ye Ijoy. Sampaikan salam dan ucapan terima kasih abang dekat yang bagi ni ye.." Balas Nadim. Senyuman manis terukir.

"Sama-sama. Saya minta diri dulu ya bang. Assalammualaikum.."

"Waalaikumsalam.." Ijoy terus masuk ke dalam keretanya dan terus memandu meninggalkan Nadim yang masih tercegat.

Nadim merenung bungkusan kotak putih itu. Garu kepala lagi. Tapi dalam hati dia mensyaki sesuatu. Terus jalan masuk ke dalam rumah. Acik Zakiah memandang Nadim yang bermuka pelik itu. Bungkusan kotak putih itu diletak atas meja dan duduk di hadapan Acik Zakiah.

"Siapa bagi tu? Ada secret admire ke?!" Perli Acik Zakiah. Sengeh.

" Ishh.. Taklah Cik. Kejab ya, saya baca nota ni dulu.." Nadim mengambil nota yang terselit pada kotak putih. Nota dibaca dalam hati.

** Uittt... Nah..!! Ambil ni. Blueberry Cheese Cake untuk Mr. Blueberry Cheese dari 1000% airtangan Si Penjual Kek. Ni saya belanja, tak payah bayar, simpan je duit awak tu ye bawa bekal balik Taipei. Dah.. Tak payah nak kempunan saaaangat, nak mengidam bagai mengalahkan orang pregnant pula. Pergi makan kek tu sampai muntah hijau, biru, merah hitam dan semua warna.

Okey.. Selamat makan kek ye Mr. Blueberry Cheese yang berlagak, poyo, banyak songeh, yang gedikkkk, bajet macho. Sepetttt !! Assalammualaikum..!! **

" Hahahahaaa.."

Terus Nadim gelak kuat. Gelak tak ingat dunia. Terkejut Acik Zakiah. Dia pula berkerut pelik melihat gelagat Nadim seperti dirasuk hantu tiba-tiba.

" Dah kenapa kau ni Dim. Terkejut Acik..!"

Nadim masih lagi gelak. Nota pink diberi pada Acik Zakiah. Acik Zakiah mengambil nota itu dan baca. Sangat terhibur hatinya. Gembira teramat. Tak sangka Nadim, Si Penjual Kek buatkan kek untuknya juga. Terasa dirinya begitu penting pada Si Penjual Kek. Eh.. Eh.. Perasan lagi Nadim.

"Hahahaa.. " Giliran Acik Zakiah pula gelak. Tercuit hatinya membaca nota itu.

" Macam-macam lah korang ni. Bertuahlah badan, dapat kek sedap.." Perli Acik Zakiah.

" Saya pun tak sangka dia boleh buatkan ni Cik.." Nadim membuka bungkusan kotak itu. Sebiji kek Blueberry Cheese yang comel .Makin senyum lebar Nadim. Terpaku seketika melihat kek itu.

" Dim ada minta dia buatkan kek ke?!"

"Dim saja je text dia, cakap teringin nak makan kek dari airtangan dia sebelum terbang ke Taipei. Dim pun cakaplah juga, lepas ni balik Malaysia lama lagi. Takut kempunan tak dapat makan kek ni.." Nadim mula bercerita.

" Patutlah.. Tu yang dia terus buatkan ye. Bertuahlah kau Dim. Siap dihantar sampai depan rumah pula tu.."

" Pandai dia tu Cik. Dia suruh budak dia hantar kek ni ke rumah, sebab dia tak nak jumpa Dim. Tu je masalah dia.." Nadim berterus-terang.

" Oh iyeke?! Hahahaa.. Tapi bagus jugalah dia buat macam tu. Sekurang-kurangnya boleh tahu dia tu perempuan jenis melayan sesuka hati atau tak. Dan mesti ada sebab kenapa. Tapi bagi Aciklah kan, dia bukan jenis cepat jatuh hati atau melayanlah Dim.." Kata Acik Zakiah.

" Macam tulah Cik. Jual mahal sangat. Kadang Dim saja je, buat dia bengang cakap yang menyakitkan hati dia. Saje nak tengok apa respon dia. Tapi Dim pula yang terkena. Tak boleh buat apalah.. Hehehe.. " Seronok Nadim bercerita. Acik Zakiah pun melayan sungguh sporting.

" Hahahaa.. Padanlah muka kau. Buku bertemu ruas namanya tu Dim.." Gelak Acik Zakiah.

" Itulah cik. Nasiblah.. Acik tunggu kejab ya, Dim ambil piring, petang ni kita makan kek.." Acik Zakiah mengangguk. Nadim terus jalan ke dapur. Menggeleng kepala Acik Zakiah melihat kek yang comel dan sedap itu. Terliur pula dia sendiri. Dia pun hantu kek juga. Samalah mereka, sekeluarga hantu kek.

Tidak lama kemudian, muncul Nadim dengan membawa piring dan sudu lalu diletaknya atas meja. Kek dipotong penuh berhati-hati. Nadim yang potong kek pun telan liur. Tak sabar nak makan. Sepotong diberi pada Acik Zakiah, dan untuknya juga sepotong. Mereka menikmati kek blueberry cheese petang tu. Nadim makan sampai tak bercakap, betul-betul menikmati keenakkan kek itu.

"Berselera sungguh kau makan kek tu Dim. Dasyatttt..!!" Perli Acik Zakiah.

" Hehe.. Menikmati keenakkan kek ni Cik. Lama tak merasa.. " Tersengeh Nadim. Handphone dicapainya. Alamak..!! Lupa pula nak tangkap gambar kek tadi,ni dah tinggal setengah baru ingat nak tangkap gambar nak bagi kat Si Penjual Kek sebagai bukti kukuh, dah makan kek sedap tu. Tak apa, janji ada gambar. Katanya dalam hati.

"Terima kasih atas pemberian kek yang saaaaaangat sedap ni. Alhamdulilah tak kempunan saya nak makan kek dari 1000% airtangan Si Penjual Kek. Terima kasih sangat, sangat dan sangat. Terima kasih belanja, terima kasih buatkan kek sedap untuk saya, terima kasih yang tak terhingga dari Mr. Blueberry Cheese yang poyo, yang berlagak, yang banyak songeh dan yang gedik ni. Terima kasih ya Si Penjual Kek. Semoga bertambah rezeki.." Nadim menghantar text tersebut berserta gambar kek sebagai bukti.

Senyum lebar dan sambung makan kek. Acik Zakiah bangun dan menuju ke dapur. Tinggal Nadim seorangan yang sedang melayan kek.

Bippp!! Okey dia balas text.  Pantas saja tangannya mencapai handphone di hadapannya.

" Sama-sama"

Aik..!! Sama-sama je dia balas. Aku punyalah text panjang gila, dia balas sama-sama je. Huh!!" Kata Nadim sendiri. Tak apalah, layankan jelah.

" Tak sangka dan sangat terkejut. Terasa diri sangat dihargai."

" Poyooo...!! Tak payah nak rasa dihargai saaangatlah. Saya ni tak sampai hati kalau orang cakap mengidam atau takut kempunan. Macamana sekalipun saya akan buatkan. Ni saya buatkan untuk awak pun sebab awak cakap takut kempunan. Kutlah kan tengah kat atas belon tu tiba-tiba belon kempis terus terjunam dalam laut. Mati ditelan ikan jerung.." Selamba Aina.

Ha?? Amboii... Mulut dia ni, lasernya.

" Oii... Sampainya hati. Nak saya mati..??!!Patutnya doakanlah yang baik-baik untuk saya. Kejamnya kawan.."

"Saya memang kejam, siapa suruh nak kawan dengan saya. Saya tak suruhhhh..!!" Nadim gelak. Bertuah punya Si Penjual Kek.

" Memanglah awak tak suruh tapi saya yang nak tapi kalau iapun janganlah cakap tu. Kalau masin mulut awak tu macamana?! Sedih..!!" Nadim sengaja. Menyandarkan badan di sofa. Seronok hatinya melayan Aina.

" Hahaahaahaa... Kalau masin tambahlah gula biar manis, hahahaaa.."

"Loyar buruk pula dia.. "

" Alahaiii... Nak sentap-sentap pula dia. Dah tua kut. Tak payah nak sentap sangatlah Mr. Blueberry Cheese oiiiii, buruk benor rupanya tu. Iyelah.. Iyelah.. Sorry.. Sorry..!! Orang gurau je kut.."

Hahahaaa... Nadim gelak. Tahu takut.

"Gurau apa macam tu. Agak-agaklah pun nak bergurau. Kalau nak bergurau jangan sampai buat orang sedih, faham?!" Balas Nadim sengaja.

" Elehhh... Gurau macam tu pun sedih. Nama je jantan tapi kuat sentap. Tah apa-apa tah. Tukar jantina jelah Mr. Blueberry Cheese oii jadi pondan... "

Ha kau..!! Dapat sebiji dari Aina. Ketuk dahi Nadim. Konon-konon nak merajuk nak dipujuk Aina tapi hahahahaa.. Nasib kaulah Nadim.

" Oii agak-agaklah. Tak kan lelaki sejati cuci murni macam saya ni nak jadi pondan. Apadah..." Bengang Nadim.

" Ceh..!! Lelaki sejati cuci murni konon. Dahlah.. Malaslah layan awak. Dah tu, pergi makan kek tu. Semoga awak terbang dengan tenang. Eh.. Bila awak terbang?!"

" Insha Allah esok sebelum subuh. Tapi petang ni saya dah balik KL dah. Kenapa? Nak jumpa saya ke? Jom dating.." Balas Nadim.

" Arhh..!! Buang masa dating dengan awak. Lebih baik saya dating dengan kek saya lagi baik dan lagi mendatangkan faedah.."

" Amboiii berlagaknya dia. Sekarang ni memanglah tak mendatangkan faedah tapi tunggulah nanti. Bukan faedah je datang. Segala kerinduan, kecintaan dan kebahagiaan yang akan datang sendiri kat awak. Waktu tu barulah Si Penjual Kek akan sentiasa teringatkan Mr. Blueberry Cheese yang kacak lagi bergaya 24jam ni. Baru tahu...!"

" Ah..  Tak ada maknanya. Okeylah.. Saya nak rehat dan nak tidur kejab. Penat tau buat kek awak tadi.."

" Tak baik, mengungkit. Ni ikhlas ke tak ikhlas ni..."

" Ikhlaslah.. Tak payah nak sentaplah, orang gurau je kut. Patutlah awak suka kek Blueberry Cheese. Sensitif. Tak boleh kurang tak boleh lebih adunan. Kek jadi bantat. Macam awaklah ni, sama. Gurau sikit je sentap. Bantat juga.. Mr. Blueberry Cheese bannnntat Hahaahaaa... Okey bye..!"

Last whatsapp dari Aina. Bertuah punya budak, dia samakan aku dengan kek bantat.

" Oii... oii... Kurang asam, disamakan saya dengan kek bantat. Hantu betul. Okey bye..!!"

Hahahahaha... Gelak besar Nadim. Seronok betul melayan Aina. Manalah tak angau dan tak meroyan dengan Aina, mulut laser pun tapi pandai bergurau. Ada je buat Nadim terhibur dan gelak.

Perhubungan hanya melalui whatsapp pun boleh buat rasa bahagia. Memang menghadap handphone jelah 24jam kalau macam tu. Aina pun dah seronok kawan dengan dia, taklah dia bosan bila dah balik Taipei nanti. Agak-agak stress kerja bolehlah layan whatsapp Aina. Borak dan cari pasal dengan Aina, confirm hilang segala stress.

Nak jumpa Si Penjual Kek memanglah tak dilayannya. Nak berbual melalui panggilan telefon pun memang tak akan dijawabnya. Sudahnya berborak melalui whatsapp jelah. Jadilah Nadim. Untung-untung dia nak layan dan nak berkawan dengan kau.

" Tak apa hati, bersabarlah. Kita ikut rentak dia, irama dan lagu dia. Kita layankan je jual mahal dia tu. Nanti lama-lama dia cair juga tu. Hmm.. Kau bikin hatiku tak keruan lah Si Penjual Kek. Aku akan pastikan yang Si Penjual Kek akan tewas dalam cinta Mr. Blueberry Cheese. Yeahhh!! Malaysia Boleh..!!"

Kata Nadim sendiri. Semangatnya berkobar-kobar. Yakin dan tak akan putus asa. Akan terus berusaha dan berjuang hingga ke akhirnya. Siapapun Aina dia tetap akan cuba dan usaha untuk menawan hati Aina. Satu semangat yang amat tinggi.

Lalalalalaaaaa... Amboi.. Bernyanyi-nyanyi happy dia. Segala piring, sudu, gelas dan baki kek diangkat dan bawa ke dapur. Kemas semua yang ada diatas meja. Senyuman? Jangan cakaplah, bukan saja ke telinga, boleh dikatakan senyuman ke belakang kepala. Dasyat. Dalam hati ada taman, macam tulah gamaknya. Eh.. Bukan.. Bukan.. Dalam hati ada kek, lebih tepat lagi dalam hati ada Si Penjual Kek. Iya.. Itu sebenarnya.

Selepas waktu asar, Nadim sudah siap mahu balik ke KL. Hari ni pula, Azaim balik awal dari kerja, diminta oleh Nadim. Apa pula plan Nadim kali ni. Sebelum memulakan perjalanan, Nadim mengajak Azaim pergi ke butik di pekan.

" Kau nak beli untuk siapa ni Dim?" Tanya Azaim. Macam pelik je, tak pernah pula Nadim masuk ke butik tiba-tiba macam ni. Biasa kalau masuk butik waktu nak raya je beli pakaian.

" Adalah.." Sengeh. Nadim pusing satu butik membelek-belek baju. Kemudian, jalan pula ke sudut tudung bawal, cantik-cantik tudung. Pelbagai warna, siap blink-blink lagi.

"Nak baju ke nak tudung ek? Hmm.. Kalau baju aku tak tahu saiz dia. Tudung jelah.." Katanya sendiri. Azaim masih berkerut memerhatikan Nadim yang sedang memilih warna tudung bawal. Geleng kepala Azaim.

" Okeylah. Rasanya ni sesuai untuk dia. Harap dia suka. Dik.. Saya nak yang ni ya. Ada kotak hadiah tak, nak minta tolong bungkuskan cantik-cantik ya.." Pinta Nadim. Bersungguh.

" Ada. Baik Encik.." Pembantu butik itu mengambil tudung bawal dari tangan Nadim dan bawanya ke kaunter. Tudung bawal berkualiti berwarna pink belacan menjadi pilihannya. Cantik, kemas dan berkilat dihiasi batu swarovski asli yang amat menarik. Memang dari jauh dah nampak blink-blink si pemakai.

" Uitt.. Kau belikan untuk siapa tu?!" Tanya Azaim lagi, masih tidak puashati selagi Nadim tidak menjawab.

" Untuk Si Penjual Kek lah . Siapa lagi. Nanti kau tolong bagikan kat dia ek.. " jawab Nadim. Berseri wajah.

" Hmm.. Dah agak dah. Tapi masalahnya dia nak ke terima. Yang kau bagi duit lebih kek tempoh hari pun dia tak nak, ni lagi bagi hadiah.."

" Hari tu belum kawan, sekarang kan dah kawan. Dia mesti nak punya.." Confidentnya Nadim. Mata masih meneliti brooch yang tersusun indah dalam rak kaca.

" Confident betul lah kau ni. Kau bukan tak tahu dia tu macamana. Kalau dia tak nak macamana?" Risau pula Azaim.

" Kau kena buat sampai dia terima hadiah tu. Okey broo.. " Nadim senyum pada Azaim dan terus menuju ke kaunter untuk membuat bayaran.

"Aduh dia ni.. Masalah betul lah.. Sakit otak aku.." Azaim merungut sendiri.

" Oii.. dah jom..!" Terus Azaim bangun dan mengekori Nadim keluar dari butik itu.

" Nah ni.. Tolong bagi kat dia dan sampaikan salam aku kat dia ya. Ingat..!! Ini amanah tau, jangan tak bagi pula. Selama aku kat Taipei nanti, macam biasalah kau kena tengokkan dia dan cari apa-apa maklumat dia dan info aku.." Pesan Nadim. Tegas dan serius.

"Iyelah boss..!! Manis aku bila nak bagi. Suruh buat kerja tapi tak dapat apapun.."

"Eleh.. Buat kerja tak seberapa nak minta manis. Tu pun aku yang buat sendiri, kau follow je kut. Nak harapkan kau buat, macam-macam alasan. Tak apa, yang tu settle. Ni kalau nak manis buat apa yang aku suruh. Tak buat dan tak berjaya. No manis okey.. Faham?!" Azaim sengeh dan garu kepala.

" Okey boss. Roger and out. Apa-apa nanti aku info kaulah. Hati-hati memandu. Kirim salam kat auntie and uncle.." Bersalaman. Beg kertas untuk Si Penjual Kek diambil dari tangan Nadim.

" Okey Insha Allah.. Aku gerak dulu. Ingat pesanan aku ek.. Bye..!" Nadim terus masuk ke dalam kereta dan memulakan pemanduan.

"Bila pula aku nak hantar kat Aina ni. Hmm..  Bertuahlah kau Aina, Nadim tu dahlah baik, kacak pun kacak dan yang penting berduit. Berkepul-kepul duit dia tapi kedekut. Hahahaaa.."

Azaim terus masuk ke dalam keretanya. Beg kertas diletakkan di seat sebelah, memulakan pemanduan balik ke rumah.

Nak ke Si Penjual Kek terima pemberian hadiah dari Mr. Blueberry Cheese? Hmm... tunggu dan lihat jelah.
Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.