Bab 13
Selesai solat isyak, aku duduk termenung di tepi katil. Beberapa hari ni, aku memang rasa penat sangat, penat badan bekerja langsung tak berehat. Makan pun kadang-kadang je. Hilang segala selera. Tapi yang paling penat adalah fikiran aku. Penat memikirkan nasib diri, penat memikirkan masalah rumahtangga yang.. Ya Allah..!! Bila semua ni nak habis. Aku dah tak larat nak hadapi lagi. Aku dah tak mampu nak tempuh segala kesakitan hati dan perasaan.

Kenapa aku di duga begini? Sampai bila harus hadapi ni semua? Semua orang salahkan aku, patut ke? Memang kalau ada masalah suami isteri, isteri juga ke yang akan dipersalahkan? Walaupun semua itu adalah kesalahan suami? Adil ke? Dunia tidak adil, lelaki semua betul ke? Semua suci-suci ke? Habis perempuan ni, jahat-jahatlah. Semua salah silap perempuan jugalah. Macam tu ke?! Melampau.. Melampau.. dan melampau..!!!

Aku menekup muka di bantal. Menangis semahu-mahunya. Mujurlah anak-anak aku dah tidur dapatlah aku meluahkan segala perasaan dengan menangiiissss..!! Itu jelah cara untuk aku tenangkan hati sendiri. Lepas nangis gila-gila, pasti akan tenang dan tidur.
Bengkak pula mata ni. Aku cuba senyum dan sambung nangis lagi.

Siapa yang tak sedih, bila aku disalahkan. Tadi petang, Monica menghantar gambar dia bersama Taufik di dalam rumah kami. Berpelukkan dengan penuh ghairah sekali. Aku tengok pun malu sendiri. Memang mengucap panjang dan istighfar panjang juga. Jujur aku cakap, aku sedih tengok gambar tu. Walaupun hati aku dah tak kisah pasal Taufik, dah kosong pun tapi selagi aku masih isterinya perasaan sedih dan kecewa tetap ada. Kecewa sebab dia tak berubah lagi dan sedih sebab dia tak takut azab Allah ke. Ya Allah.. Ampunkanlah aku.

Aku dah buat keputusan, aku dah tak boleh hidup terus macam ni. Aku akan bertindak dan aku taknak diperbodohkan lagi. Cukuplah segalanya. Aku yakin keputusan ini adalah keputusan yang terbaik untuk aku dan anak-anak aku. Dan, mungkin Allah dah bukakan hati aku untuk bertindak. Aku yakin, keputusan ini juga adalah dari Allah. Cukup sampai disini saja. Aku hidup sendiri begini, diabaikan dan dibiarkan sudah hampir 4 tahun. Cukuplah. Aku akan bertindak. Sama ada Taufik terima atau tak, itu belakang cerita. Yang penting aku kena bertindak.

Aku ada beritahu Taufik keputusanku ini tapi dia tetap tak setuju. Aku tak ada pilihan, dah sampai masanya aku kena beritahu family Taufik hal sebenarnya. Aku kena juga beritahu tapi aku bukan mahu buka aib Taufik. Aku cuma mahu mereka tahu yang selama ini, apa yang mereka fikirkan adalah tidak benar. Dan, aku harap family Taufik boleh terima dan aku harap mak Taufik juga boleh terima. Lepas maghrib tadi, aku hubungi mak Taufik. Aku cerita semua dekat dia satu persatu. Memang aku dah agak dah, mak Taufik memang langsung tak percaya semua yang aku cakapkan. Dan, dia nak bukti. Aku pun terus hantar gambar-gambar Taufik bersama Monica.

" Entahlah. Mak pun tak tahu nak cakap apa. Sebab dia pun tak pernah cerita masalahnya pada mak. Kalau dia berkawan je dengan budak tu, biarkanlah. Nanti dia sedar juga tu.." Ha?? Biarkan?? Aku betul-betul terkejut dengar.

" Taufik buat maksiat mak. Tak kan nak biarkan. Dia duduk macam suami isteri kat rumah tu.."kataku.

" Habis.. Apa yang mak boleh buat. Bila mak tanya dia, dia cakap tak ada masalah. Kau je yang tak nak balik duduk dengan dia. Kau tu bini dia, seorang isteri tempatnya bersama suami tapi kau. Kau tinggalkan laki kau sorang-sorang kat sana. Makan minum pakaian dia ada kau fikir. Kau fikir diri kau je. Mana dia tak cari perempuan lain.." Airmata aku deras menitis. Kalaulah mak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

" Saya balik sini dia yang paksa mak. Sebab tak mampu tanggung saya dan anak-anak. Tapi dia nak bersama perempuan tu kat sana.." kataku menahan tangisan.

" Iya... itu mak tahu. Tapi sebagai isteri kau patut dengan dia. Dia cakap tak mampu tanggung korang sebab hutang banyak. Tak salah kut kalau kau kerja dekat sana. Tolong dia sikit-sikit. Dia hantar kau balik KL tu dulu kan tapi dia ada suruh kau balik sana. Kau degil, kau tak nak.."


Sampainya hati. Luluh hati perasaan aku.

" Tak apalah mak. Dia anak kesayangan mak. Apa yang dia buat, semua mak percaya dan saya yang bodoh. Saya yang salah. Selama ni saya pendamkan sorang-sorang. Saya langsung tak cakap kat mak masalah rumahtangga kami. Mak tanya apapun, saya tak buka mulut sikit pun pasal salah Taufik. Saya tahu, kalau saya cakap pun. Inilah jadinya. Mak tak akan percaya. Tak apa, Allah lebih Mengetahui segalanya. Saya pun tak nak cakap apa-apa lagi pasal Taufik. Hati saya dah cukup hancur dan kecewa. Dan untuk pengetahuan mak, selama saya dekat sini. Dia tak bagi nafkah pun untuk saya dan anak-anak. Tak ada pun. Bila mak tanya, saya cakap iye tapi demi Allah swt. Dia tak bagi.." Jelasku panjang lebar. Meluahkan rasa hati.

" Macam mana dia nak bagi kalau dia pun tak ada duit. Kau kena faham. Tak boleh harap dia je.." Perhh!! Sakitnya tu disini. Sangat disini.

" Itu tanggungjawab dia mak. Wajib. Tapi tak apa, apa yang dia dah buat kat kami ni. Kami serahkan segala pada Allah. Setiap perbuatan ada balasan dariNya. Saya minta maaf mak, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki mak. Minta halalkan makan minum saya dan anak-anak saya selama ini. Saya minta maaf, saya tak mampu jadi menantu yang terbaik untuk mak. Saya menantu yang jahat. Saya dah tak mampu nak pendam semua ni. Dah sampai masa saya buat keputusan. Maafkan saya mak. Saya akan tuntut fasakh.." Airmataku masih lagi mengalir. Aku tak sanggup sebenarnya nak beritahu mak Taufik tapi terpaksa.

" Kau boleh ke hidup tanpa Taufik? Mak tak rasa kau boleh pun. Budak-budak tu perlukan Taufik.."

" Mak silap. Selama 4 tahun ni pun, saya hidup dengan anak-anak je mak. Tanpa dia pun. Tanpa sesen pun nafkah dari dia. Saya akan buktikan pada mak dan pada Taufik sendiri. Yang saya akan terus bangkit dan bina hidup baru sendiri bersama anak-anak tanpa Taufik. Kerana dia saya jatuh dan saya yakin saya akan bangkit kerana Allah.." Kataku penuh semangat.

" Tak apalah kalau kau fikir macam tu. Tapi jangan kau menyesal pula. Ini keputusan kau.." Aku angguk sendiri.

" Insha Allah mak. Keputusan ni bukan dari emosi negatif saya tapi saya yakin keputusan ini dari Allah. Saya nak minta tolong mak beritahu dia perkara ni ye. Sebab saya call dia, dia tak jawab. Saya pun tak tahu mana satu nombor dia. Nombor dia tu kalau saya call, perempuan tu yang jawab.." Pintaku.

" Mak pun tak tahu mana satu nombor dia. Jarang dah dia call.."

" Dia akan call mak juga tu nanti. Tadi petang lepas perempuan tu bagi gambar tadi tu. Dia ada cakap, Taufik nak kahwin dengan dia. Taufik dah jumpa family perempuan tu. Tak apalah, kalau mereka jadi kahwin. Saya doakan mereka bahagia dunia akhirat."

" Biarlah kalau dia nak kahwin. Mak okey je. Dia mampu, biarlah. Lagipun kau dah tak nak Taufik kan, sekurang-kurangnya dia ada pengganti. Tapi tulah. kasihan budak-budak tu. Kerana ego kau, degil kau, keras hati kau, budak-budak jadi mangsa. Hmm.. entahlah." Fuhh!! Lagi dan lagi aku disalahkan. Tertusuk hati perasaan jiwa sanubariku ini. Pedih..

" Tak apalah. Saya terima setiap apa yang mak cakapkan. Saya redha. Mungkin dah tertulis jodoh kami sampai sini je. Tak apalah mak. Mak jaga diri baik-baik ya. Jaga kesihatan tau. Walau apapun terjadi pada rumahtangga kami ni. Saya tetap sayang mak dan family. Saya tak nak kita bermusuhan. Biarlah kami berpisah cara baik. Tak nak ada dendam dalam hati.."

"Insha Allah. Kau pun jaga diri baik-baik. Jaga budak-budak tu baik-baik."

" Insha Allah. Assalammualaikum." Aku terus matikan talian. Menangis lagi.

 Setiap kata-kata mak Taufik tadi memang buat aku sentap. Tapi tak apalah, mak Taufik tak tahu apa-apa. Tak tahu cerita sebenarnya. Aku cuba untuk lupakan jelah. Aku tak nak cakap lagi dah. Apa yang aku tunjuk dan luahkan cukuplah tu. Selebihnya biar anaknya sendiri yang cakap. Sama ada Taufik nak mengaku atau tidak, itu aku tak tahu. Yang penting aku dah buat keputusan muktamad. Tiada lagi talian hayat. Tiada lagi ruang dan peluang. Tiada lagi! Semua dah jelas dan nyata. Tak kan aku berubah fikiran. Aku nekad. Aku yakin ini terbaik. Ya.. Aku nekad dan yakin.


Jangan pandang rendah pada kelemahan seorang wanita. Bila dia jatuh dan bangkit, dia akan dapat satu kekuatan luar biasa yang tidak ada pada lelaki dan menangislah airmata darah sekalipun, tak akan ada maaf bagimu lagi. Tak akan ada sampai bila-bila. Bila hati dah mati.

Bippp..!!! Opocottt..!! Terkejut tapir aku jadinya. Tiba-tiba je handphone ni berbunyi dan bergetar. Terhenti terus lamunan aku. Aku kesat airmata dan mengambil handphone.

Berkerut sebentar. Tiba-tiba pula dia whatsapp aku ni. Nak order kek kut.

" Hai.. Si Penjual Kek. Tengah buat kek ke atau tengah mimpi kek tu.." Senyum terus aku bila baca whatsapp dari dia ni.

" Ye.. Tengah termenung memikirkan kek apa nak buat esok.." Balasku. Aku baring disebelah Aqil.

" Sudah- sudah lah tu. Tak kan 24jam nak fikir pasal kek je. Otak tu pun kena rest juga. Nanti tak pasal-pasal, ada pula orang gila sebab kek. Parah tu.." Aku gelak baca. Terhibur pula aku rasa.

" Hahahaha.. Lagi bagus saya gila sebab kek dari saya gila sebab orang. Sekurang-kurangnya bila fikir pasal kek, saya happy. Kek tak sakitkan jiwa saya. Ni fikir pasal orang bukan sakit jiwa je, segala jiwa raga, hati perasaan, luaran dalaman semua sakit. Lagi parah tauu.."

" Lain macam je ni. Siapa yang sakitkan jiwa raga, hati perasaan awak?!" Eh.. Alamak.. Kenapa aku teremosi pula ni. Aduhaiii..
 Aku ketuk kepala sendiri.

" Eh.. Tak ada apalah. Saje je. Hmm.. Ni tiba-tiba Mr. Blueberry Cheese whatsapp saya ni, nak order kek ke?" Aku menukar tajuk.

" Taklah. Saja nak kacau. Boleh tak kacau ni."

" Tak boleh.. Tak elok dan tak baik.."

" Kenapa tak boleh, kenapa tak elok dan kenapa tak baik?!" Ishh.. Dia ni kan. Banyak soalanlah. Dah cakap tak boleh,tak bolehlah lagi tanya. Tak kan aku nak cerita kut. Masalah aku, aku punyalah. Apadaahh..

" Adalah sebabnya.."

" Share lah dengan saya. Apa sebabnya.."

"Dia ni kan. Sibuk je nak tahu. Tak perlu tahulah. Dahlah.. Saya nak tidur. Malas layan awak. K bye..!!" Aku mula bengang.

" Hahahaa.. Janganlah marah. Just kidding!! Saya nak order kek ni. Nak lusa boleh tak?!"

" Aik.. Tadi kata tak nak order kek?"

" Tadi memang tak nak order tapi tiba-tiba nak order pula. Awak punya pasal lah ni.. Boleh buat ke tak boleh? Lusa.. Tu je nak tahu.." Aku punya pasal? Apasal aku pula. Cari pasal je dia ni tau. Kalau tak cari pasal memang tak sah kut. Ishh!!

" Bolehlah. Tak banyak order minggu ni. So, nak kek apa? Tulis apa? Nak pick up or COD? Nak jam berapa? Berapa biji nak? 5 biji, 10 biji..?!" Ambil kau. Aku pula tanya macam-macam. Hehee..

" Amboiii.. Perli nampak. Sebiji Russian, tak payah tulis, hantar ke rumah. Tak kisah jam berapa pun. So, berapa harga?!"

"Russian pula. Bukan Blueberry Cheese ke.. Kan favorite awak tu.." Aku saja kenakan dia pula. Padan muka.

" Ni bukan untuk saya. Kalau untuk saya memang Blueberry Cheese lah. Tapi disebabkan Blueberry Cheese awak tak berapa sedap jadi taklah saya nak order lagi. Tapi saya suka dan insha Allah akan order next time. .Anda faham?!" Tetap poyo kan.

" Hmm... Sukahati awaklah Mr. Blueberry Cheese. Saya pun tak kisah kalau awak tak order.." Balasku pula.

" Bagi nombor akaun. Saya transfer duit sebab saya tak ada. Nanti saya bagi address. Kek ni untuk seseorang nak buat surprise. So, buat sedap-sedap.." Pintanya.

" Insha Allah.. Nanti saya bagi nombor akaun. So, ada apa-apa lagi? Kalau tak ada, saya nak tidur dah ni.. bye..!"

"Good night! Semoga mimpikan saya ya. Hahahaha..." Whatsapp last dari Mr. Blueberry Cheese.

Gila punya orang. Siapalah nak mimpikan kau. Dari aku mimpikan kau lebih baik aku mimpikan Remy Ishak ke, Fahrin Ahmad ke tak pun siapa tah artis tu, Zul Arifin ke. Haaa!! Lagi bagus.

Mr. Blueberry Cheese ni pun aku tak kenal siapa? Tua ke muda ke? Hensem ke tak ke? Orang mana entah. Arhh... Tak penting tu semua. Yang penting sekarang ni aku nak tidur. Dah penat sangat. Eh.. Lupalah pula. Nak kena hantar nombor akaun dekat Mr. Blueberry Cheese dulu sebelum tidur.

Okey, selesai..!! Baru boleh tidur dengan lenanya. Good night!
Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.