Bab 35
Fuhh... Lega rasa. Baru boleh bernafas dengan lancar. Aku harap dia terus baliklah. Selamat aku perasan keretanya, dan selamat juga aku kenal kereta dan ingat nombor plat keretanya. Kalau tak pasti dia tahu rumah aku, boleh pula dia ekori aku. Maafkan aku Mr. Blueberry Cheese. Maafkan aku..

Aku menghidupkan enjin kereta dan mula memandu ke rumah. Perit dan pedih mulut masih terasa. Nak bercakap pun sakit. Lengan ni pula, aduhai.. Nak angkat pun sakit sangat. Patah ke tangan aku ni. Janganlah patah, macamana aku nak buat kerja. Kalau terseliuh tu okey lagi, esok boleh urut. Dan kaki ni, aduh. Sedihnya hati.

Dugaan demi dugaan untuk aku. Tak satu, satu dugaan datang. Sekali serentak pula tu. Ya Allah.. Kuatkan dan cekalkan hatiku. Aku memasuki jambatan rumah terus parkir kereta. Aku mengambil beg dan plastik bungkusan makanan tadi. Jalan perlahan menahan sakit, aku buka pintu dan melangkah masuk. Aku harap semua dah tidur. Tak nak mereka nampak keadaan aku ni. Mesti macam-macam soalannya nanti. Aku terus jalan masuk bilik.

Syaira dan Aqil dah tidur. Aku letak bungkusan tadi diatas meja. Aku duduk di tepi mereka. Dahi Aqil aku sentuh. Alhamdulilah dah kurang panasnya. Kasihan Aqil, demam. Aku memandang wajah Syaira dan kemudian merenung wajah Aqil pula. Serta-merta airmata menitis deras. Rasa sangat bersalah pada mereka.

Aku pun tak tahulah, dalam seminggu dua ni terlalu banyak dugaan dan ujian untuk aku. Aku merenung nasib diri. Airmata jadi peneman setia.

Lepas je Syaira demam, Aqil pula demam. Kelam-kabut pula aku jadinya. Kat tempat kerja pula, Ijoy cuti sebab tak sihat. Jadinya, nak tak nak akulah kena niaga seorang. Dalam masa yang sama, Kak Fiza pula balik kampung ada emergency. Semua perkara aku kena settlekan sendiri. Beli barang, siapkan kek order, siapkan kek pasar, niaga kat pasar dan macam-macam lagi. Hai lah Ijoy, time busy macam nilah kau tak sihat.

Tadi balik dari pasar awal sebenarnya, tapi entah macamana. Kereta aku buat hal tengah jalan, mati tiba-tiba. Terpaksalah aku jadi penunggu setia ditepi jalan. Mengharapkan belas kasihan orang. Aku tak tahu apa masalah kereta ni. Dan masa macam ni pula dia buat hal. Aku tak tahu nak minta tolong siapa. Aku bukan ada kawan pun. Tawakal jelah. Dahlah jauh lagi rumah.

Adalah sejam lebih juga aku jadi penunggu di tepi jalan bersama kereta yang rosak. Sebuah kereta berhenti, keluar seorang lelaki separuh umur menghampiriku. Aku pun cakaplah kereta problem. Katanya dia mekanik baru balik dari bengkel. Mula-mula aku rasa curiga juga takutlah kut penjahat ke tapi bila dia tanya itu ini pasal kereta. Baru aku rasa senang, memang betul lah dia mekanik. Aku hanya melihat je. Entah apalah yang dibuatnya. Kemudian, dia masuk dalam kereta dan hidupkan enjin. Alhamdulilah.. hidup dah pun. Bersyukur sangat.

" Dah okey dah.." Senyum mekanik tu. Aku angguk kepala.

"Terima kasih banyak-banyak. Berapa ni ye Encik.." Aku mengeluarkan duit dalam poket seluar nak bagi padanya sebagai upah.

" Eh.. Tak apa. Saya tolong ikhlas. Lagi pun tak ada apa kereta ni. Cuma ada benda longgar je sikit tapi dah okey dah. Jangan risau.." jawabnya menolak pemberianku dengan baik.

" Iyeke Encik. Ya Allah.. Terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah je yang boleh balas jasa baik Encik. Terima kasih.." ucapku penuh kesyukuran dan rasa sangat terharu.

"Sama-sama. Aaminn.. Okeylah, saya minta diri dulu ya." Aku angguk. Lelaki itu terus memandu. Aku pun apalagi, cepat-cepat masuk dalam kereta dan memandu laju.

Dah lewat sangat ni, tak pernah aku balik lewat macam ni. Kalau tak kerana kereta rosak tadi memang dah lena agaknya aku kat rumah. Dalam perjalanan, mak aku call bagitahu Aqil minta belikan roti coklat dan biskut. Aqil tak makan nasi dari siang tapi nak makan roti dan biskut katanya. Jadi, lepas hantar barang kek kat kedai aku pun singgahlah ke pekan.

Banyak kedai dah tutup, dah lewat malam. Aku berhentikan kereta di hadapan sebuah kedai 24jam. Enjin kereta kumatikan, aku keluar dan semasa mahu menutup pintu kereta je.


Tiba-tiba...

Pangg...!!!  Ya Allah.. Sakitnya muka aku ditampar. Aku sangat terkejut.

"Kurang ajar kau Aina..!!" Jerit Taufik marah. Muka merah padam. Mata tajam pandang muka aku tanpa berkelip pun. Turun naik nafasnya.

" Kenapa awak ni? Dah gila ke?" Aku membalas. 

" Kau tu yang gila. Kau gila jantan kan. Kau memang nak mati ke. Kan aku dah cakap jangan layan jantan.." Taufik marah sangat. Aku memang pelik dan tercengang.

"Ya Allah..!! Jantan apa pula ni? Bila masa pula saya layan jantan..." Memang betul-betul gilalah dia ni. Beberapa orang yang lalu hanya melihat je drama kami. Malunya aku.

" Bila masa? Pandai kau kan.. Siapa Hang Nadim? Kau layan dia kat facebook. Kau jalinkan hubungan dengan dia kan. Kau jangan ingat aku tak tahu ye.." Aku berkerut. Suka-suka je dia tuduh aku. Sedangkan aku sendiri pun tak tahu dan tak kenal siapa Hang Nadim tu. Just kawan facebook je kut.

" Suka sangat nak tuduh. Awak ada bukti ke? Saya tak kenal pun siapa Hang Nadim tu. Dia kawan facebook je kut.." Aku menafikan keras. Memang betul kut.

Handphone aku berbunyi, aku keluarkan handphone dari dalam poket. Nombor mak. Aku jawab.

"Iye mak.. Aina beli roti ni. Kejab lagi Aina balik.." Risau mak, aku lambat balik. Aku matikan talian.

Dan dengan pantas, Taufik merampas handphone dari tangan aku. Aduhhh!!

" Bak sinilah..!!" Aku cuba rampas semula tapi dia tolak aku keras.

Mati aku, mati..!! Mesti dia baca whatsapp dari Mr. Blueberry Cheese. Habislah aku.. Berdegup kencang dada aku. Entah hidup entah tidaklah aku lepas ni. Kut ni malam terakhir aku. Huhuu..!!

" Ini siapa ni ha? Mr. Blueberry Cheese? Kau lagi nak nafikan kan.. Siapa jantan ni? Cakappp!!"

Aku ditampar berkali-kali. Tangan aku dipulasnya kuat. Macam nak patah je rasa. Ya Allah.. Lindungilah aku.

" Tu kawan sayalah.." kataku. Airmata dah mula mengalir.

" Kawan?? Kawan apa ni meluah hati perasaan.  Kau memang perempuan tak guna. Patutlah kau tak nak rujuk dengan aku rupanya kau dah ada jantan lain.." Aku disepak pula. Sakitnya kaki.

" Sakitlah.. Awak tak ada hak nak marah. Awak bukan laki saya lagi. Terimalah hakikat Taufik. Tolonglah jangan pukul lagi.. Sakittt"  Aku menangis dan menangis.

Aku merayu tapi tak dilayan oleh Taufik. Aku pelik, orang yang keluar masuk kedai yang lalu lalang hanya melihat je. Langsung taknak tolong. Mungkin mereka takut nak tolong kut bila tengok Taufik macam orang gila belasah aku.

" Tolonglah Taufik. Sakitt.. Tolong.. Tolong..!!" Aku merayu dan merayu. Aku disepak, aku ditampar dan akhirnya aku ditolak keras sampai jatuh. Bungkusan plastik roti yang aku pegang kuat untuk Aqil akhirnya tercampak ditepi. Sedihnya.. Aku rasa lemah dah badan ni. Aku menundukkan kepala pandang ke bawah. Dah tak mampu nak pandang muka Taufik yang bengis tu.

Kenapa tak ada seorang pun yang nak tolong aku? Kenapa mereka hanya tengokkan je? Mereka ingat ini drama dalam tv ke? Aku menangis terus. Muka dah rasa macam nak pecah je. Tangan rasa macam dah patah. Kaki lagi.. Ya Allah..!!

" Hello broo.. Kalau iye pun gaduh laki bini, janganlah sampai belasah bini sampai nak mati.." Aku dengar seseorang lelaki bersuara. Tapi aku tak endahkan. Aku tetap pandang bawah. Masih menangis.

Lega aku, ada juga orang berhati mulia mahu menolong. Aku sentuh pipi aku. Berdenyut-denyut sakitnya. Aku rasa macam pernah dengar suara itu. Perlahan-lahan aku menoleh ke arah suara itu.

Ya Allah..!! Aku dan dia sangat terkejut. Terpaku melihatnya. Terkedu seribu bahasa. Airmata makin deras mengalir, dalam hati hanya Allah saja yang tahu. Terima kasih Ya Allah, Kau hadirkan dia untuk bantu aku. Terima kasih. Terima kasih Mr. Blueberry Cheese.

Aku cuba untuk senyum tapi tak mampu. Mr. Blueberry Cheese bantu aku berdiri tapi dalam masa yang sama aku jadi takut. Takut Taufik akan lakukan sesuatu pada Mr. Blueberry Cheese. Itu aku tak kisah sangat, pandailah Mr. Blueberry Cheese handle Taufik. Nak gaduh ke nak apa ke. Aku tak kisah pun tapi yang aku takut tu. Kalau Taufik dendam dekat aku dan cari aku lagi waktu aku seorang diri. Matilah nakkk..!! Entahlah.. 


Dahlah Aina, banyak-banyak bersabar. Kuatkan semangat kau, hatiku berbisik. Menitis lagi airmata aku. Aku merenung wajah Aqil. Aku cium dahi Aqil. Kasihan Aqil, dia mesti tunggu aku balik nak makan roti tapi aku balik lambat. Sedihnya. Rasa bersalah sangat.

Aku duduk, mengurut-urut tangan yang sakit. Maafkan aku Mr. Blueberry Cheese, aku terpaksa tipu kau. Tangan aku bukan terseliuh sebab angkat canopy tapi tangan aku sakit sebab dipulas kuat oleh Taufik. Maafkan aku.

Kalaulah tak ada Mr. Blueberry Cheese tadi, aku tak tahu apa akan jadi dengan nasib aku. Mesti dah meninggalkan dunia ini agaknya. Mr. Blueberry Cheese penyelamat aku. Aku rasa terhutang budi pula padanya.

Dan aku rasa amat bersalah pula padanya. Kasihan dia, disebabkan Taufik, aku terpaksa putuskan persahabatan suci kami. Aku terpaksa, aku tak ada pilihan. Antara takut disakiti Taufik dan perasaan merendah diri kerana status aku.  Ah..!! Serabutlah. Peninglah. Stresssss!!

Tutt... Tuttttt.. !! Handphone berbunyi. Aku pejamkan mata, aku dapat agak mesti Mr. Blueberry Cheese yang call. Nak jawab ke atau tidak. Aku tarik nafas panjang, dan lepaskan perlahan. Aku perlukan kekuatan, aku perlukan Mr. Blueberry Cheese untuk bagi aku semangat seperti sebelum ini. Dia yang selalu beri aku kata-kata semangat bila aku rasa down tapi tadi aku dah cakap kat dia. Jangan contact aku lagi, jangan cari aku lagi. Jadi sekarang ni aku jadi dua hati. Rasa malu pada diri sendiri. Apa perlu aku buat.

" Aina.. Tak payah fikir malu ke apa ke. Jawab jelah panggilan tu. Mr. Blueberry Cheese tu faham keadaan kau. Kau perlukan kekuatan, kau perlukan Mr. Blueberry Cheese. Buangkan segala perasaan negatif tu Aina. Jangan fikir pasal Taufik. Jawab je Aina. Jawab. Bagi ruang kat diri kau untuk kembali semangat. Jawab Aina jawab..!" Hatiku berkata lagi.

Tangan mencapai handphone. Tertera nama Mr. Blueberry Cheese di skrin handphone. Tiba-tiba airmataku menitis. Kenapa rasa sebak ni nak jawab panggilan Mr. Blueberry Cheese.

" Si Penjual Kek.. Awak okey tak ni?!" Lembutnya suara dia. Aku menahan rasa sedih.
Aku tak jawab apapun, senyap.

"Awak okey tak ni. Cakaplah something, saya risau ni.."

"Iya.. Saya okey.." jawabku perlahan.

" Tak.. Awak tak okey ni. Dari suara awak tu saya tahu awak tak okey. Bersabarlah banyak-banyak. Walaupun saya tak tahu siapa lelaki tadi dan kenapa dia pukul awak tapi saya tahu awak wanita kuat dan hebat. Lepas ni saya akan sentiasa ada bersama awak. Saya akan lindungi awak dari lelaki tak guna tu. Awak jangan risau ya.." Alahai Mr. Blueberry Cheese kenapa kau baik sangat dengan aku. Aku takut.

" Terima kasih tolong saya tadi. Kalau tak ada awak mesti saya dah mati.."

" Sama-sama. Saya tak tahu tadi tu awak. Saya nak balik rumah lepas makan dengan Azaim, tengok ada orang gaduh siap pukul perempuan lagi. Saya memang pantang tengok lelaki pukul perempuan. Sakit hati betul. Tu yang saya singgah tu. Sekali tengok Ya Ampun..!! Si Penjual Kek rupanya.." Aku gelak kecil. Gelak dalam tangisan. Nada suaranya buat aku terhibur pula.

" Apa lagi.. Saya pun makin benganglah. Boleh pula dia pukul sayang saya ni. Kurang ajar punya jantan. Lepas tu, ada hati nak belasah saya. Ha kau.. Mendapatlah sebiji. Eh bukan sebiji tapi berbiji-biji. Itu baru sikit tu, kalau ikutkan mahu masuk peti mayat dia tu tau. Selamatlah saya ni masih waras, masih ada belas kasihan dekat jantan tu. Kalau tak ingat dunia tadi.. Entahlah.." Sambung Mr. Blueberry Cheese lagi.

Aku gelak dan gelak. Lawak juga dia ni. Tapi aku tahu sebenarnya dia nak aku happy, nak hiburkan hati aku. Pandai dia ambil hati aku. Tapiii... Ayat dia tu tadi. Boleh dia pukul sayang saya ni?? Aik..!! Ini betul-betul pelik ni. Dia anggap aku ni adalah " sayang dia". Ha?? Oh tidakkkk!!

" Apapun terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah je yang boleh balas jasa baik awak. Terima kasih sangat.."

"Tak apa. Itu salah satu tanggungjawab saya. Orang kena belasah depan mata, takkan nak tengokkan je. Mestilah kena tolong. Lainlah kalau tengok drama tv. Tu memang kena tengok jelah.." Ada je jawapan dia ni.

" Mr. Blueberry Cheese.. Saya nak minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki, sayaa.."

" Aik..!! Tadi terima kasih banyak-banyak. Ni minta maaf banyak-banyak pula. Berapa punya banyak-banyak daaaa.." Eh.. Eh.. Dia ni boleh buat lawak pula.

" Okeylah tu banyak-banyak dari sikit-sikit. Ishh.. Awak ni kan. Boleh tak dengar apa saya nak cakapkan ni. Saya tak main-main tau.." Aku merungut. Terhenti terus airmata aku.

" Hahahaaa.. Okey tak main-main. Sila teruskan wahai Si Penjual Kek.." Dia gelak.

"Saya tetap dengan keputusan saya. Saya jawab ni sebab nak ucap terima kasih dan mohon maaf dekat awak. Lepas ni, tolonglah jangan ca..."

"Nanti-nanti. Saya tak setuju dengan keputusan awak. Saya bantah 100%. Hubungan kita ni saya rasa okey je. Tak ada cacat celanya. Tapi kenapa tiba-tiba awak nak putuskan.." Katanya suara tegas. Telan liur aku sendiri.

"Memang hubungan kita ni tak ada cacat celanya. Tapi saya.. saya.. saya terpaksa. Awak tak tahu keadaan saya dan awak tak faham.."

" Memanglah saya tak tahu dan tak faham sebab awak tak cerita kat saya. Kalau awak cerita barulah saya tahu dan faham keadaan awak. Si Penjual Kek.. saya taknak paksa awak cerita tapi saya harap sangat, kita terus berkawan macam biasa ye. Boleh ye.. boleh ye.. Boleh yee.!!" Mr. Blueberry Cheese terus pujuk aku. Huwaa... !! Aku jadi serba salah tapi terrrrpaksa.

" Tak boleh.. Tak boleh dan tak bolehh..! Kita tak boleh terus berkawan.."

"Tapi kenapa.. Kenapa dan kenapa?"

" Mr. Blueberry Cheese tolonglah ye.."

" Kalau bab lain, iya saya boleh tolong tapi bab ni. Saya taknak tolong. Bagi saya sebab kenapa awak taknak teruskan kawan. Kalau tak, saya tetap akan contact awak dan cari awak.." Katanya tegas.

Aduhai.. Dia ni banyak bunyilah. Buat aku pening je. Macamana ni, nak terus-terang ke atau tidak. Tapi aku belum sedia nak cerita perkara sebenar. Aku belum sedia. Aku nak tenangkan fikiran dulu. Iya aku akan terus-terang juga tapi bukan sekarang. Tapi dia ni, tak reti fahamlah pula. Hmm..

" Sebenarnya... Saya.. Saya.." Aduhai.. Mamcamana nak cakap ni.

" Sebenarnya apa Si Penjual Kek. Saya.. saya apa?" Semangat dia ingin tahu.

"Sebenarnya saya.. saya belum sedia nak cerita perkara sebenar. Saya nak sedikit masa. Saya nak tenangkan fikiran. Sekarang ni saya serabut. Sangat serabut. Tolonglah jangan tambah serabutkan otak saya ya. Saya minta kerjasama awak. Saya akan cerita juga nanti tapi bukan sekarang. Fahamilah saya.. Please Mr. Blueberry Cheese.." Kataku jujur. Dia terdiam.

" Saya minta maaf kawan. Saya minta maaf Mr. Blueberry Cheese. Terima kasih dan minta maaf. Assalammualaikum.. bye!!" Aku terus matikan talian.

Aku tahu dia tengah fikirkan sesuatu tapi tak apalah. Aku cuma harap, dia fahami aku.

Aku perlukan masa untuk berterus-terang dengannya. Aku pasti akan ceritakan perkara sebenarnya mengenai status aku. Maafkan aku Mr. Blueberry Cheese. Maafkan aku...!!

Previous: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.