Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 207
Majlis perkahwinan kami disudahi dengan kenduri doa selamat pada malam harinya. Selepas isyak. Tanda kesyukuran ikatan perkahwinan. Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar. Allah permudahkan segalanya dari merisik, bertunang, pernikahan, majlis di kampung, majlis besar-besaran di KL ni hinggalah majlis kenduri doa selamat. Semuanya berjalan dengan lancar. Aku bersyukur sangat-sangat. Inilah hikmah yang Allah tunjukan padaku. Betullah.. Disetiap kesakitan ada peyembuhan, disetiap kesedihan ada kegembiraan. Disetiap kedukaan ada kebahagiaan. Hanya perlu bersabar dan berdoa. Allah beri kita yang terbaik dan tepat pada waktunya.

Aku berdiri menghadap cermin. Bau wangian mawar menenangkan hati menenangkan jiwa. Meriah bilik ni dengan mawar merah. Potret ku tergantung kemas didinding. Dibawahnya, tersusun indah mawar merah. Semua adalah idea Faliq sendiri.

" Selamanya..
Hati ini akan selalu memujamu,
Mencintaimu..
Seumur hidupku hanyalah padamu.

Jadikan malam ku lebih indah,
Jadikan siang ku lebih terang,
Biarkan bungaku mewangi,
Selamanya.."

Muncul Faliq menyanyikan lagu kesukaannya. Kira lagu percintaan kamilah ni. Hehe..!!
Menghampiriku. Berdiri didepanku. Menatap wajahku, merenung ke dalam mataku. Aku pun membalas renungannya.

"Terima kasih sayang..!! Terima kasih terima saya menjadi imam awak.." Tanganku dipegang lembut.

" Dan, terima kasih juga sudi terima saya menjadi bidadari awak.." balasku.

" Saya yakin awaklah bidadari syurga saya. Allah datangkan awak dalam mimpi saya, awaklah cinta istikharah saya yang Allah berikan.."katanya lagi. Mataku berkaca. Mendalam maksudnya. Menusuk ke dalam hatiku.

" Terima kasih..!! Tak ada apa yang saya nak cakapkan lagi. Perasaan gembira terharu bahagia hanya Allah yang tahu.  Hanya bersyukur pada ilahi dan Insha Allah akan terus berdoa semoga perkahwinan kita diredhai dan kekal ke syurga ilahi.." kataku dengan hati yang.. Alhamdulilah syukur.!! Itu je..

" Aamin.. Saya sayang awak tau. Sayang sangat-sangat.."

" Saya tahu. Dan, saya.. saya.. saya.. hmm.."  Alamak..!! Tersekat-sekat pula aku nak cakap. Segan sebenarnya. Hahaha..!!

"Dan saya?! Saya apa...!!" Tanya Faliq. Senyum.

"Saya sayang awak juga. Saya cinta awak juga..!!"

" Yesss!! Yahoo!!! Sekian lama menunggu luahan sayang ni dari awak tau. Punyalah lama, baru hari ni dapat dengar.. Thank you sayang..!!" Amboiii happy nya dia.

" Hahahaa.. Kan saya dah cakap, bila dah halal baru boleh cakap. Lupa ke?!"

" Eh!! Tapi ada lagi satu awak belum cakap.." Aku berkerut.

"Lagi satu? Apa dia?!" Tanyaku.

" Takkan nak panggil saya dengan nama Faliq je..!!" Katanya. Hahaahaa!! Aku gelak lagi. 


" Hahahaa.. Iyalah lupa pula. Okey hmm.." aku terdiam untuk beberapa minit. Sengaja buat dia tertunggu-tunggu.

" Kenapa senyap..! Boleh tak saya nak dengar awak cakap awak sayang saya sekali lagi?! Nak yang jelas.." Aku gelak kecil.

" Saya sayang abang, cinta abang sepenuh hati." Senyum lebar dia.

" Hahahaa..!!" Gelak pula.

" Alhamdulilah.. " Dahi aku dicium dan aku dipeluk dengan penuh kecintaannya.

Bahagia milik kami yang diberi oleh Allah. Allah pinjamkan kebahagiaan ini. Terima kasih Ya Allah. Perjalanan hidup aku penuh dengan onak berduri, penuh dengan airmata, penuh dengan mendung dan hujan. Dan di sebalik airmata tersimpan keceriaan. Disebalik mendung dan hujan ada pelangi menghiasi. Alhamdulilah..!!

Aku milik Allah. Hatiku jua milik Allah.
Suamiku juga milik Allah. Hatinya juga milik Allah. Semua ini hanya pinjaman, Allah beri dan Allah boleh ambil sekelip mata. Hargailah aku wahai suamiku selagi aku ada didepan matamu. Didiklah aku, ajarilah aku, bimbinglah aku agar aku menjadi isteri solehah yang patuh dan taat padamu. Bawalah aku dan anak-anak kita nanti menuju ke syurga ilahi. Ku serahkan diriku, hatiku, jiwaku dan seluruh hidupku hanya padamu..

Wahai imamku..
Aku Bukan malaikat
Yang Tak pernah berbuat salah
Aku Bukan bidadari
Yang Selalu menyenangkanmu
Aku Adalah separuh sayapmu
Bawalah Aku selalu bersamamu
Menuju keabadian yang bahagia selamanya..!

Terima kasih wahai Imamku..!


Tamat sudah!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.