Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 23
Pulang saja dari masjid, Faliq terus naik ke biliknya. Dia membuka pintu bilik dan memasang lampu. Melangkah masuk dan menutup semula pintu. Songkok disangkutkan di tepi dinding. Dia duduk di katil yang empuk itu. Senyum sendiri.
Seronok hatinya . Gembira tak terkata bila mengingati kisah siang tadi. Macamana lah tak angau dengan si kecil molek tu, walaupun garang tapi sangat mencuit hati. Memang buatkan hatinya ceria saja.  Handphone dicapai. Tiada sebarang panggilan dan tiada sebarang whatsapp. Lalu, diletakkannya semula.

Kalau boleh nak je dia menghubungi Aliaa, nak bersembang, nak bergurau tapi dia tahu memang Aliaa tak akan jawab panggilannya. Selama dia mengenali Aliaa hanya sekali saja Aliaa jawab panggilannya. Mula-mula perkenalan dulu, itu pun sebab Aliaa tak tahu nombor Faliq. Sekarang bila dah tahu, memang lagilah tak pernah dijawabnya. Whatsapp pun kadang-kadang je Aliaa balas.

Punyalah payah nak mendekati Aliaa. Walaupun dah sah jadi teman mesranya tapi masih jauh lagi hubungan ini. Iya, Faliq mahu mengenalinya lebih dekat lagi,mahu lebih mendalam lagi, mahu tahu a to z mengenai diri Aliaa. Itu niatnya. Tapi tak apa, setiap kesabaran pasti ada pelangi dihadapan. Dia sangat yakin.

Lamunannya terhenti tatkala mendengar ketukan pintu dari luar biliknya. Seseorang membuka pintu. Puan Asmah tersenyum di muka pintu.

" Tak tidur lagi ke?! Mama ingat Alang dah tidur.." Puan Asmah duduk di kerusi .

" Belum mengantuk lagilah ma. Kenapa ma?! Meh duduk sini.." Tanya Faliq lembut.

" Tak ada apa, saja nak tengok Alang. Alang tak turun, ingat dah tidur. Ni duduk termenung kenapa, ingat Aliaa yee.." Puan Asmah meneka. Tersipu-sipu Faliq senyum. Tepat sekali tekaan Puan Asmah.

" Kalau dah macam ni gayanya, kenapa nak tunggu lagi. Masuklah meminang.." semangat Puan Asmah memberi cadangan.

" Kalau ikutkan hati Alang ni, memang lama dah meminang tapi masih awal lagi ma. Dia pun baru je setuju berkawan dengan Alang. Nak  tunggu dia setuju pun, berkurun ma. Ni setuju pun sebab Alang kawan abangnya. Alang rasa kalau Alang ni bukan kawan abangnya, memang tak dapatlah..." terang Faliq.

" Apa yang buat dia susah nak kawan dengan Alang. Atau Alang ni selalu suka menyakat dia kut. Tu yang dia tak nak tu kan..." Lagi sekali tekaan Puan Asmah mengena tepat. Ibu lebih memahami sikap anaknya kan.

" Hahaha.." Faliq ketawa.
 
"Hmm.. patutlah. Manalah perempuan nak lekat. Kalau nak pikat perempuan kenalah cakap baik-baik, cakap romantik, selalu ambil berat, ini tak. Nak pikat tapi menyakat. Bukan makin perempuan suka tapi makin lari adalah.."  Berdekah-dekah Faliq ketawa.

" Tapi ma.. Kalau tak sakat dia macam tak best pula. Macam tak meriah. Dia pun boleh tahan kuat berdebat juga.." kata Faliq. Berseri wajah.

" Dua-dua kira samalah ni. Baguslah tu. Jadi,bila nak bawa mereka datang rumah?!"
tanya Puan Asmah. Teringin pula dia nak jumpa dengan orang yang dah buat anak bujangnya angau ni.

" Ingat nak ajak datang minggu ni ma tapi esok mereka nak balik kampung, lama tak balik.." jelas Faliq.

" Adil tahu ke Alang berkenan dekat Aliaa tu? Dia okey ke?! Bukan apa, mama risau, takut dia tak setuju ke, atau masih marah ke sebab kes dulu.." Faliq memegang tangan Puan Asmah. Digenggam tangan tua itu. Dia faham apa yang bermain di fikiran ibunya. Direnung wajah ibunya dan memberi senyuman paling manis.

" Mama jangan risau. Adil bukan jenis macam tu, bukan pendendam bukan pemarah. Adil seorang yang baik ma, Alang kenal sangat dia. Perkara lepas dia dah lupakan, dah tak ingat pun. Dia anggap semua tu dugaan.." terang dan jelas. Puan Asmah senyum baru lega hatinya kini.

" Pasal Aliaa pula, dia memang tahu sangat Alang berkenan dengan adiknya. Dia nak Alang sendiri usahakan untuk pikat Aliaa, dia tak nak campur. Dia cakap, pandai-pandailah Alang nak buat macamana.."

" Baguslah kalau macam tu. Nampaknya dia okey lah kan.." wajah Puan Asmah pun berseri-seri juga. Terpancar keceriaannya. Dia pun tumpang bahagia.

" Insha Allah ma. Awal-awal lagi dia dah warning dekat Alang tau.."

"Warning apa?!" Tanya Puan Asmah lagi.

" Jangan sampai Alang buat sesuatu dekat Aliaa, memang kenalah. Sahabat tak sahabat. Dia akan cari sampai lubang cacing." cerita Faliq penuh semangat.

" Ha.. Baguslah tu. Mama pun setuju. Ingat Alang, jaga kelakuan, jaga adab. Jangan buat sesuatu yang tak elok. Walaupun hanya berkawan, hormati wanita. Jangan sesekali permainankan perasaan wanita, kalau Alang sakiti Aliaa, maknanya Alang pun sakiti mama, ingat tu..!!" Puan Asmah pula memberi peringatan pada Faliq. Tegas. Faliq megangguk tanda faham.

" Insha Allah ma.. Iman masih di dada, Allah sentiasa bersama Alang. Mama doakan yang terbaik untuk Alang ya, restu mama dan papa sangat Alang perlukan dan juga restu Adil.." Yakin, sungguh yakin. Faliq mencium tangan ibunya. Kasih sayang kekeluargaan mereka sangat kuat. Perhubungan mereka sangat rapat. Tapi biasalah , dalam sesebuah keluarga mesti ada seorang yang degil dan lain sikit. Seperti Asnida.

" Hmm.. Tak habis-habis cerita pasal Adil dan Aliaa. Dah tak ada orang lain lagi ke nak cerita.." muncul Asnida secara tiba-tiba di muka pintu. Dengan wajah yang membosankan. Bermain-main dengan rambut.

" Mulalah tu cari pasal.."kata Faliq perlahan.

" Angah ni dari mana? Tiba-tiba muncul?" tanya Puan Asmah pada Asnida.

" Shopping tadi, bosan dekat rumah. Ingat datang sini bolehlah hilangkan bosan tapi asyik cerita pasal diaorang je. Bertambah bosan adalah.." Asnida sengaja menyakiti hati Faliq. Faliq berkerut dan memandang Puan Asmah. Selamat ada ibunya. Kalau tak ada, memang dah kena penampar dah mulut Asnida.

" Macam ni lah. Kalau Angah tak suka mereka, elok Angah diam-diam jelah kut, takut kang tanpa sengaja berbirat pula pipi Angah yang halus tu. Jangan salahkan Alang pula kang.. Faham?!" kata Faliq dengan senyuman sinis. Penuh mendalam maksudnya. Geram betul dia dengan Asnida.

" Wah.. Hebat..!! Sejak kenal Aliaa dah pandai dah nak lempang Angah. Bagusnya.. " Asnida masih lagi tak puas hati.

" Kalau Alang tak kenal Aliaa pun dan kalau mulut Angah bercakap tak ada adab macam ni memang patut kena lempang.." balas Faliq. Lembut saja dia cakap. Masih lagi menghormati si kakak.

" Ingat Alang..!! Angah tak akan terima Aliaa sebagai adik ipar sampai bila-bila.." Faliq hanya tersenyum. Lawak pun ada.

" Itu terpulanglah dekat Angah. Yang nak kahwin dengan Aliaa bukan Angah. So, sukahati Angah lah. Selagi ada sifat dendam dalam diri Angah memang sampai bila-bila pun Angah tetap macam ni. Berubahlah Angah. Mati tu tak mengenal usia, entah esok lusa nyawa dicabut, sempat ke nak bertaubat. Tak takut azab Allah? Ni ha.. rambut berkarat ni, elok ditutup. Sanggup ke tambahkan dosa suami Angah , kasihan Abang Ngah.. "

Berubah terus wajah Asnida. Merah padam menahan marah. Kena sebiji dengan Faliq. Jarang Faliq bersuara, sekali bersuara, makan dalam. Puan Asmah tersenyum. Faliq juga senyum sinis pada Asnida. Nak cari pasal tapi sendiri yang kena. Rasakan.

" Dari layan Alang ni, lebih baik Angah balik. Buang masa je.." terus Asnida berlalu pergi dengan amarahnya.

" Eloklah tu, pergilah balik. Jangan  selalu tinggalkan suami, kang dia cari lain. Baru padan muka.." jerit Faliq mengusik Asnida. Asnida membebel sendiri. Puan Asmah gelak kecil. Memang Faliq kuat menyakat. Tapi ada benar juga apa yang dia cakapkan. Terpulang pada Asnida mahu terima teguran ataupun tidak.

" Sabarlah Alang. Jangan ambil hati ya. Abaikan jelah apa yang Angah cakapkan tu. Kita pun tahu kan, perangai dia macam mana.." pujuk Puan Asmah. Risau dia takut Faliq berkecil hati.

" Taklah ma.. Alang faham. Mama jangan risau ya.. "

" Baguslah kalau macam tu. Alang tidurlah. Mama pun dah mengantuk ni. Semoga mimpi Aliaa.. " Faliq gelak. Sporting sungguh Puan Asmah ni. Sangat memahami. Faliq mencium tangan ibunya.  Pintu ditutup rapat. Faliq kembali ke katil. Senyum dan senyum.

Bahagia hidupnya. Lagi bahagia dengan kehadiran Aliaa. Walaupun belum memiliki hati Aliaa tapi sudah rasa kebahagiaannya. Kehadiran Aliaa umpama bintang yang menyinari hidupnya. Aliaa Sofea. Nama itu akan terus terpahat di dalam hatinya buat selamanya.


Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.