Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 21
Badan terasa lesu sangat. Rasa tak ada tenaga langsung. Setiap kali lepas sakit mesti rasa macam ni. Hilang segala tenaga dan kekuatan. Aku duduk di kerusi menghadap cermin di meja solekku. Ku tatapi wajah sendiri, pucat memang pucat. Ni kalau ditoreh dengan pisau pun memang tak akan ada darah keluar. Dahlah aku kurang darah, bila sakit sikit je terus macam mayat hidup. Patutlah Naim selalu tegur.

Aku mengeluarkan handphone dari dalam handbag. Sebelas panggilan tidak dijawab.  Semuanya dari Faliq. Terkejut jugalah aku. Kenapa dia call aku ni. Tak pernah sebanyak ni . Atau dia tahu aku tak sihat kut. Tapi siapa pula yang info? Kalau contoh abang yang info, mesti dia terus tanya abang je keadaan aku kan. Dan mesti abang akan info dia yang aku tengah rehat ke tengah tidur ke kan. Dah sah-sah aku tak jawab handphone.  Hmm...

Alhamdulilah.. sakit perut dah kurang tapi rasa pedih dan perit masih ada. Taklah 100% sihat. Terasa lapar pula. Aku bangun dari kerusi dan baru je mahu melangkah, bunyi whatsapp masuk. Aku mencapai handphone dan membaca whatsapp. Dari Faliq.. Memang tak ada orang lain lagi pun yang whatsapp aku, Faliq jelah satu-satunya. Kalau tak Faliq, abang dan Naim. Tu jelah yang kerap whatsapp. Tapi sekarang ni, bukan abang bukan Naim. Hanya Faliq je. Kira handphone aku ni untuk dia je. Faliq oh Faliq!!

" Dah bangun belum?
Dah sihat tak?
Mehlah keluar,
saya ada ni dengan abang awak.."

Aik!! Dia datang rumah? Pula dah. Aku meletakkan semula handphone di atas meja. Ku menyarungkan tudung di kepala dan melangkah keluar. Dengan hanya pakai kain batik ni aku harap dia tak ejek atau perli aku lah. Malas nak gaduh dengan dia dengan keadaan aku yang tak sihat ni. Huhu..

Kedengaran suara mereka berbual. Punyalah rancak. Gelak tawa lagi. Aku menghampiri mereka, duduk di sebelah abang. Mata dia tak berkelip tengok aku, dah kenapa pula dia ni,  macam tak pernah tengok aku je. Aku buat selamba je.

" Dah okey tak?!" tanya abang lembut . Aku meletakkan kepala kat bahu abang.

" Okey dah.." jawabku ringkas.

Faliq memandangku dengan senyuman manisnya. Sejuk pula tengok muka dia hari ni. Aku pandang dia sekilas je. Senyum pun tak.

" Abang.. adik lapar.." kataku lagi. Nak manja-manja dengan abang. Sengaja nak tunjuk depan Faliq. Hihii...

" Abang ada buat bubur nasi, tunggu jab abang ambil. Beb, kejab ek.. aku buat air dulu.." Aku menyandarkan badan di sofa pula. Diam tanpa suara. Mata tertumpu di tv.

" Best tak sakit?! " tanyanya. Soalan yang pelik. Berkerut dahi aku. Mula dah dia cari pasal. Ada je point nak kenakan aku. Huh!

" Pelik. Tak ada soalan lain ke nak tanya, dah namanya sakit, memanglah tak best.." jawabku bengang.

" Kalau dah tahu tak best, lain kali jaga kesihatan tu. Jangan degil.." Amboiii.. ! Lebih pula dia ni.

" Yang sakit saya bukan awak pun.."

" Memang bukan saya yang sakit dan sebab awak yang sakitlah saya tak tenang, tak boleh buat kerja, tak boleh buat apa-apa tau tak?!"  jelasnya. Aku mencebikkan muka. Menjeling padanya. Aku tak suruh pun.

" Tak ada kena mengena pun dengan awaklah.." balasku.

" Apa pula tak ada kena mengena, awak tu teman mesra saya. Saya ni kawan yang prihatin tau tak,  dah sah-sah lah saya risau.." Macam nak muntah hijau pun ada, tetap terselit perasannya.

" Saya sakit pun sebab awak tau tak?!"

" Aik!! Apasal sebab saya pula?!"

" Kalau awak tak paksa dan tak ugut saya temankan awak sarapan pagi tadi, taklah saya sakit.. ini semua sebab awak.." aku sengaja salahkan dia. Berdebat kami berdua. Tapi dia je nak menang. Geram betul.

" Dah sendiri yang degil, tak payah nak salahkan orang pula. Kalau dengar cakap abang tak adalah sakit.. "Abang mencelah. Ish!! Sungguh tidak aci. Abang back up dia pula.

" Ha!! Betul tu.. Memang degil dia ni.." Ceh!! Batu api pula dia. Makin menyirap aku. Sabar... Sabar Aliaa..

" Tak payah jadi batu api lah.." aku menjeling tajam setajamnya pada Faliq. Boleh dia gelakkan aku. Ingat lawak ke?!

" Abang bising dekat adik untuk kebaikan adik sendiri. Bila dah sakit macamni kan menyusahkan diri sendiri namanya. Nak kerja tak dapat, nak buat apa semua tak dapat. Badan lemah, kan.." Abang menghulurkan semangkuk bubur nasi ayam padaku dan menghulurkan segelas air oren untuk Faliq.

" Yup.. Betul tu Dil, aku sokong.." tak habis-habis lagi dia jadi batu api. Nak je aku sumbat mulut dia sudu ni.

Aku hanya diam seribu bahasa. Kalau abang dah mula bersuara, tak berani nak lawan. Hanya dengar dan diam itu lebih baik. Aku menyuapkan bubur nasi ke dalam mulut. Sedap sangat. Tapi sayang aku tak boleh makan banyak. Dalam keadaan macam ni, tak sepenuhnya sembuh kalau makan akan rasa sakit tu bertambah lagi. Aku makan untuk alas perut je sebab nak makan ubat..

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs