Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 41
Semangat aku hari ni, rasa segar bugar badan bangun pagi tadi. Rasa happy je. Dan hari ni juga aku ada rajin sikit. Rajin nak lilit-lilit shawl dekat kepala. Biasanya, sarung tudung bawal je. Lain macam pula happy aku hari ni. Semoga permulaan pagi ini dan hari ini menjadi yang lebih baik dari semalam dan lebih ceria. Insha Allah.. Hari ni aku memakai baju kurung pahang bewarna biru gelap dan dipadankan dengan shawl bewarna biru laut. Okeylah tu. Aku berdiri menghadap cermin, tersenyum, tersengeh, pusing kanan, pusing kiri, bila dah puashati dengan penampilan diri untuk hari ini. Aku pun mulalah melangkah. Handbag ku pegang, ku menuju ke dapur. Sebelum pergi kerja nak pekena nescafe suam dulu. Dengan senang hati, aku bancuh air nescafe. Macam biasalah dengan menyanyi-nyanyi. Boleh tahan juga suara aku ni kan. Perasan.. Hihihi..

Aku duduk di kerusi, layan nescafe sekejab. Pandang kanan kiri, atas bawah depan belakang. Sunyi sepi. Iyalah, dah nama pun tinggal seorang, memanglah sunyi sepi. Lainlah kalau dah berkeluarga. Memang gamatlah dengan suara kanak-kanak kan. Ku teguk air, ku nikmati rasa nescafe, memang layan. Kalau ikutkan dulu aku tak suka minum nescafe ni. Pahit. Tapi bila masuk Universiti, belajar lebih masa sampai lewat malam kekadang. Dalam kelas pun duk menguap manjang. Sampai kena tegur dengan lecturer . So,untuk menghilangkan mengantuk, aku pekena nescafe. Setiap pagi, tengahari dan malam. Tapi kadang-kadang, setiap jam aku minum nescafe ni. Bila minum, mata jadi segar, dari situlah aku jadi hantu nescafe. Dah jadi ketagih pula. Nasib..

Habis kuteguk nescafe. Aku cuci mug dan letakkan di tempat pengering pula. Lalu, ku ambil handbag dan mengambil kunci kereta sekali dengan kunci rumah. Pintu rumah ku kunci, ku masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta. Eh! Kenapa tak hidup ni, aku berkata sendiri.
Ku cuba lagi dan lagi. Tetap sama. Tak hidup.
Aduhai.. apa masalah kereta ni. Buat hal lah! Aku dahlah tak tahu apa-apa pasal kereta. Boleh pula dia rosak. Workshop pun jauh jugalah dekat luar sana. Nombor mekanik aku pula tak tahu. Macamana ni?  Macamana nak pergi kerja?  Naik teksi jelah tapi mana ada teksi lalu depan rumah aku ni. Oh!  Uber kan ada. Tapi macamana nak hubungi uber. Aku tak tahu dan tak pernah guna pun. Masalah betullah. Aku jadi blurr sekejab. Aku keluar dan duduk di kerusi, cari idea macamana nak pergi kerja. Hmm.. fikir punya fikir. Laaa... Faliq kan ada. Macamana boleh lupa ni. Aku kembali tersenyum. Tanpa berlengah, aku terus menghubungi Faliq. Alamak!! Dia tak jawab pula. Aku cuba sekali lagi. Pun tidak berjawab. Aduhaiii... Aku tepuk dahi. Tak ada pilihan, terpaksa hubungi Naim.
Baru je nak cari nombor Naim. Handphone ku berbunyi. Nama Faliq tertera di skrin handphone. Lebar senyumanku. Lega..!!!

" Iya sayang..!" Amboii ayat, lembut je pula tu suaranya.

" Awak dekat mana? Dah masuk office ke?" Tanyaku.

" Baru nak keluar rumah ni.." jawabnya. Patutlah tak jawab call tadi.

" Saya nak minta tolong.."

" Tolong apa? Awak tak sihat ke? Hmm.. awak okey tak ni?" Tanyanya bertubi-tubi. Nada suara cemas. Aku senyum.

" Saya okey je. Yang tak okey kereta saya. Tak hidup. Tak tahu kenapa. Boleh tak awak..." belum habis aku cakap, terus dia potong.

" Okey.. okey..okey..!! Boleh.. boleh..!! Tunggu ya. Sekejab lagi saya sampai.." talian dimatikan. Aku gelak.. Apa yang okey, apa yang boleh pun aku tak tahulah dia ni. Apa-apa jelah Faliq. Alhamdulilah.. Allah permudahkan. Aku menunggunya dengan penuh kesabaran.

Tengah duduk berkhayal, muncullah kereta Faliq. Aku senyum dan terus bangkit. Jalan perlahan penuh kesopanan. Setelah pintu pagar ku kunci, aku terus masuk ke dalam keretanya.
Tersengeh-sengeh  pandang aku.

" Hari ni nampak lainlah" tegurnya.

" Apa lain?"

" Nampak makin sweet pula.. "

" Tak payah nak sweet sangatlah ye Encik Faliq. Eh! Sorry tau menyusahkan awak je ni.." kataku.

" Tak ada susah pun, lagi saya suka. Kalau nak saya ambil hantar tiap hari pun, okey je.."

" Tak apa.. tak apa.. terima kasih banyak-banyak.." kataku membalas senyuman Faliq.

Sepanjang perjalanan ke office, kami berbual mesra, bergurau senda. Aku memang banyak gelak je pagi tu, ada je yang buat aku gelak. Rasa happy bila dengan Faliq. Usik-mengusik memang kerja dialah, asyik aku je yang terkena. Ada je idea nak kenakan aku. Tak apalah, janji aku  happy dia pun happy. Kira.. Okey.. okeylah tu kan..

Pagi ni aku tak breakfast, masih kenyang lagi perut minum nescafe di rumah tadi. Puas Faliq pujuk aku ajak breakfast tapi aku biasalah, kalau dah taknak, pujuklah macamana pun memang taknak. Degil. Faliq akur. Aku semangat nak masuk office hari ni, tak tahulah kenapa. Nak kata banyak kerja, rasa tak kut. Tapi entahlah, ada sesuatu yang aku nak buat tapi belum terfikir pula. Pelik juga aku ni. Hari ni Mira sudah mula cuti, almaklumlah , hujung minggu ni majlis perkahwinannya dengan Nizam. Sibuk menguruskan majlis lah tu. Aku pun tak tahu nak pergi dengan siapa. Nak tanya Faliq asyik lupa je. Lagi pula kampung Mira dekat Hulu Selangor, masalah sikit aku ni bab-bab jalan ke sana. Guna google maps pun aku boleh sesat. Hahahaa..

Aku mengeluarkan buku notaku di dalam laci. Ku semak semua jadual minggu ni. Minggu ni tak busy, tapi biasalah minggu-minggu akhir kerja tak banyak. Bulan depan, tak pasti lagi. Tunggu jelah.

" Yuhuuu..!! Morning..!! " Terpacak Naim dimuka pintu. Terus terjah masuk dan duduk dihadapanku. Aku hanya senyum. Mata terus memandang nota.

" Beb.. minggu ni kau pergi tak?!" Tanya Naim.

"Pergi mana?"

" Majlis Mira lah.."

" Pergilah kut. Dah dijemput kan.."

" Kau pergi dengan Faliq kan.."

" Entahlah aku pun tak tahu. Tak tanya dia lagi. Kenapa? Kau tak pergi ke?" Aku pula bertanya.

" Mana boleh tak pergi, saja tanya. Minggu depan, kita kena pergi Terengganu tau.." kata Naim.

" Terengganu? Kenapa?" Aku agak terkejut dengar, tak tahu apa-apa pun.

" Kau lupa ke, minggu depan kan perasmian cawangan. Aku, kau, Kak Intan, Encik Jalil dan En Alif kut.." jelas Naim. Hampir terlupa aku.

" Kenapa aku tak tahu?"

" Belum info kut.."

" Hmm.. okey..!!" Balasku.

" Beb.. aku halfday hari ni ek, kereta aku rosak, nak hantar workshop kang.." kataku info awal.

" Rosak?! Dekat mana? Habis kau datang office ni naik apa? Teksi? LRT? Uber?" Amboii.. banyaknya soalan Naim. Aku gelak kecil.

" Dekat rumah je, pagi tadi nak ke office tapi tak hidup pula. Aku call Faliq lah, siapa lagi.." terangku.

" Ooo.. Aku tengok kau makin rapat dengan Faliq. Dah sah sehati sejiwa ke?!"

" Tak ada makna sah-sah bagai Naim oii. Still teman mesra je okey.. "kataku.

" Alaa kau ni, apa salahnya. Dia baik kut..."

" Memang dia baik tapi.. ish! Dahlah. Cerita lain boleh tak?!" Aku jadi rimas pula kalau bab masuk cerita pasal hati perasaan ni. Tak nak ingat buat masa ni.

" Hmm.. Kalau cakap bab ni, kau mulalah kan.. Tapi kalau cakap bab Zahwan, kau semangat.. " Naim perli. Sentak jugalah aku. Tapi memang betul pun.

" Aku sekarang ni tengah usahakan untuk lupakan Zahwan. Aku nak sibukan diri dengan kerja dengan apa-apa jelah. Aku taknak cakap sikit pun pasal hati perasaan ni, nanti aku teringat kat Zahwan. Sebab dia hati perasaan aku jadi macam ni tau tak.. faham tak?!" Aku jelaskan dengan panjang lebar. Tegas.

" Okey.. Sorry..!! Apapun, aku harap kau berjaya lupakan Zahwan tu, lupakan dia buat selamanya ya.. " aku mengangguk perlahan. Aku hanya senyum.

Ya!! Aku nekad aku memang nak lupakan Zahwan. Aku taknak ingat, taknak harap, taknak apa-apa lagi dah dari dia. Cuma, kalau diizinkan, aku nak jumpa dia, nak cakap dekat dia, yang dia dah seksa hidup aku kerana janji dia. Biar dia sedar, biar dia tahu dan tak lakukan pada wanita lain. Sakit oii.. Itu je. Tapi.. boleh ke?! Boleh ke aku lupakan dia? Boleh ke aku buang kenangan macam tu je?  Boleh ke? Aliaa.. Kau boleh.! Kau kena kuatkan semangat. Jangan putus asa. Ingat! Kau dah janji dengan abang kau. Kau dah janji dengan diri kau sendiri. Kau pasti boleh. Kau kena yakin. Tak ada yang mustahil. Diri kau berhak dapat kebahagiaan,hatiku berbisik..

Ya Allah..!! Berikan aku kekuatan untuk hadapi semua ni dengan tenang. Permudahkanlah.!

Previous: Bab 40
Next: Bab 42

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.