Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 8

Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan. Faliq masih lagi cuba mendekati aku. Aku.. seperti biasa, layan tak layan je. Walaupun aku tak layan dia, tapi dia tak pernah putus asa. Setiap hari, pasti dia akan whatsapp, pagi, tengahari, petang dan malam. Sampai aku dah tahu waktu dia whatsapp dan selalu juga dia call tapi tak pernah aku jawab. Maaflah Faliq, aku bukan jenis melayan. Bukan nak berlagak,  bukan nak jual mahal tapi itulah aku.

Tak cukup dengan itu, setiap minggu pasti ada je bunga mawar merah dia hantar ke office. Sampai satu office dah tahu dan kecoh pasal Faliq. Apalagi, gosip aku dengan Mr. Arkitek lah. Bukan setakat itu je, boleh dikatakan satu bangunan tahu gosip kami. Boleh tahan glamour juga mamat ni. Ramai peminat. Ada suara-suara yang tak sedap aku dengar, kononnya aku yang tackle mamat tu. Heyy!! Tolonglah. Aku layan pun tak, nak tackle mamat tu. Oh tidak sama sekali.

Aku tak ambil hati pun, biarlah mereka nak bercakap, nanti bila dah penat bercakap, pandailah mereka diam. Aku macam biasa, ke mana-mana pun tetap berdua je dengan Naim. Dari dulu sampai sekarang. Sahabat aku yang paling sporting. Kadang-kandang bila aku sedang breakfast atau lunch dengan Naim, adalah juga Faliq datang menyibuk. Kebetulan. Bukan dirancang.

Aku duduk termenung menghadap laptop, rasa bosan pula pagi ni. Padahal kerja bertimbun, petang ni pula ada meeting, aduhai kenapa tak ada semangat nak kerja hari ni. Cik Erisya turut join meeting, susah nak duduk semeja dengan dia. Lama tak jumpa dia, busy menguruskan cawangan baru di Terengganu.

Si Naim pula datang lambat hari ni, ada hal yang tak dapat dielakkan katanya. Selepas lunch baru dia masuk office. Jawabnya, aku tak breakfast dan tak lunch lah. Malas nak turun sendiri, kut-kut ada mamat tu. Naya aku.  Kang makin jadi gossip panas. Tak apalah, kirim nasi je kat Mira kang. Kerja mudah kan.

Sedang melayan perasaan. Aku dikejutkan dengan ketukkan pintu dari Mira. Terperanjat beruk aku jadinya. Entah apalah yang aku khayalkan sampai terkejut macam tu. Hehe..
Aku menyuruhnya masuk.

" Cik Aliaa.. ada orang nak jumpa kat luar.." kata Mira.

" Siapa? Lelaki ke perempuan?" tanyaku.

" Lelaki. Tapi bukan Encik Faliq tau, orang lain.." sambung Mira. Pandai pula dia perli aku.

" Kalau Faliq yang cari saya, cakap je saya tak ada tau.." pesanku pada Mira.

" Aikk! Kasihan dia Cik Aliaa.. hehe"

" Tak ada makna kasihan. Okey.. Jab lagi saya keluar, terima kasih Mira.." aku memberi senyuman pada Mira. Tanpa berlengah aku mencapai handphone dan terus keluar.

Dalam hati masih lagi tertanya-tanya. Siapalah gerangannya yang nak jumpa aku ni. Jarang ada orang datang office cari aku. Rasanya tak pernah kut kecuali si Faliq tulah. Kalau ada pun yang berkaitan dengan kerja itupun kalau ada appointment. Lain dari itu memang tak pernah pun. Lagipun aku bukannya glamour kat sini. Hmm..

Sampai sahaja di ruangan menunggu. Kelihatan seorang lelaki berbadan tegap berbaju kemeja biru sedang berdiri membelakangi aku. Aku berkerut. Ini memang bukan Faliq. Jadi siapakah? Dengan langkah perlahan aku menghampirinya.

"Assalammualaikum.. Ya Encik, Encik nak jumpa saya??" tegurku menyusun kata-kata.

" Waalaikumsalam wbt.. " terus sahaja dia memusingkan badannya ke arah aku. Dan aku...

" Abangggg..!!" Menjerit kegembiraan. Pantas aku terus peluk abang. Dahiku dicium. Hampir saja airmata ini menitis kerana terlalu merindui abang. Sangat rindu. Macam jejak kasih pula lagaknya.

" Rindu sangat kat adik. Sihat tak ni? Dah makan? " Aku meleraikan pelukkan. Lalu duduk di sofa bersebelahan abang.

" Adik pun rindu abang. Kenapa abang balik tak cakap.." soalan abang takku jawab.

" Surprise!!" jawabnya rigkas dengan senyuman.

" Kenapa kurus ni, adik tak sihat ke?!" sambungnya lagi.

" Mana ada kurus macam ni, maintain lah kut. Abang tu yang jarang balik jenguk adik, tu yang kata adik kurus. Kurus sebab rindu abang. Abang je lupa adik.." aku buat-buat merajuk.

" Mana ada lupa. Sorry sangat. Sebulan dua ni abang memang sangat busy. Ni pun balik ada meeting petang ni.." jelasnya.


" Abang balik ni kejab jelah maknanya.. hmm.." keluhku.

" Tak lah, abang cuti seminggu. Esok start cuti.. Eh! Jom temankan abang makan.." ajak abang. Aku pun on jelah, perut pun lapar juga ni, lagipun lama tak jumpa abang. Terubat rindu. Mana taknya, dekat tiga bulan tak jumpa dia, call pun susah dapat. Sedih!!

Aku memberitahu Mira untuk keluar makan sebentar, dan kemudian terus berjalan menuju lif bersama abang. Macam-macam soalan ditanyakan kepadaku. Sepanjang menuruni lif aku disoal siasat olehnya. Mujurlah tak ada orang dalam lif tu. Kalau tak mahu malu jugalah.

Pintu lif terbuka, kami jalan beriringan berdua. Ada juga mata-mata yang memandang, tak kurang ada juga yang berkerut melihat aku bersama abang. Iyalah, selama ini aku mana pernah keluar dengan lelaki, yang mereka tahu, aku akan bersama Naim saja. Dan lepas muncul Faliq itulah aku jadi bahan gosip mereka sampai hot sekarang ni.

Mesti mereka fikir abang adalah kekasih aku. Aku sengaja jalan sambil memegang lengan abang. Lagak tak ubah seperti pasangan kekasih. Hahahaa!! Aku pun buat selamba je, hanya melemparkan senyuman pada mereka. Ada juga terserempak dengan officemate Faliq. Confirmlah jadi buah mulut ni nanti. Tapi okey juga, biar Faliq tahu. Biar dia tak ganggu aku lagi. Legaa!! 


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.