Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 9
" Aliaa..!! Kejab.. kejab.." Aku dan abang memberhentikan langkah apabila terdengar suara seseorang memanggil aku. Aku menoleh ke belakang. Naim dengan agak kelam-kabut berlari anak menuju ke arah kami dengan tersengeh-sengeh. Termengah-mengah.

" Kau nak kemana? Eh!! Abang Adil.. apa khabar? Sihat? Lama tak jumpa.." Naim bersalaman dengan abang.

" Alhamdulilah sihat walafiat. Kau dari mana ni kelam-kabut semacam je ni.." tanya abang pada Naim.

" Hmm.. abang lagi tanya, Naim memang kelam-kabut pun.." sampuk aku, bergurau.

" Kau ni kan saja kenakan aku kan.." Abang hanya gelak melihat wajah Naim. Lawak.

" Aku nak temankan abang makan jab. Kau kata masuk office after lunch?" jawabku.

" Hal aku dah settle. Okeylah kalau macam tu. Aku naik dulu.. Okey bang, jumpa lagi.." katanya lagi.

" Jom..!! Join sekali. Boleh borak panjang.." pelawa abang. Aku pun mengiyakan juga.

" Tak apa, terima kasih banyak-banyak. Aku dah makan tadi. Abang bawalah buah hati abang ni makan, dia ni payah benor nak makan. Jenuh mujuk.. Degil.. " Naim menolak  pelawaan kami dengan baik. Ceh! Bertuah punya Naim, boleh pula dia mengadu dekat abang. Berkerut aku pandang dia. Geram. Nanti kau ek!! Merungutku di dalam hati.

" Okeylah kalau macam tu. Jumpa lagi.." kata abang.

Kami segera menghampiri kereta yang tidak jauh dari kami. Naim pun melangkah ke bangunan. Meninggalkan kami.

Masuk ke dalam kereta, pintuku tutup. Abang menghidupkan enjin kereta dan membuka aircond.

" Adik nak makan apa ni?!" tanya abang.

" Abang yang nak makan kut, adik follow je.." jawabku.

" Oraite..!! Naim cakap adik payah makan. Selalu ke tak makan?" Alamak! Nak cakap jujur ke tak ni. Huuhuu..

" Eh.. tak lah bang. Kadang-kadang je. Tu pun sebab malas nak turun. Kalau tak turun pun kadang adik tapau nasi dekat diaorang.." jawabku. Sorry abang, ada tipu sikit. Tipu sunat,hehe..

" Kerja.. kerja juga. Kesihatan kena jaga. Abang taknak, adik selalu sakit. Ubat kena sentiasa ada, kalau rasa sakit terus makan ubat. Jangan dah teruk baru nak makan. Abang jauh, kalau ada apa-apa dekat adik, macamana?! Dahlah adik sorang-sorang dekat sini.." mula dah dia. Aku diam seribu bahasa.

" Kan senang adik kahwin je, tenang sikit abang. Tak lah 24jam fikiran ni duk fikir adik je kat sini, risau manjang.." Aik! Lain pula dah abang ni.

" Ke situ pula abang ni. Abang, tukar tajuk lain okey.." pintaku. Sungguh aku tak selesa dengan perbualan bab-bab kahwin ni. Muda lagi kut.

" Hahaha.. Kalau tak ada calon, nanti abang carikan ya.." Terbeliak mata aku. Disambungnya semula.

" Ish..!! Mengarut jelah abang ni.." aku menjeling manja pada abang.

" Apa pula mengarut, abang serius ni dik. Umur bukan makin muda, anak dara kalau umur 25tahun dah kira andartu tau. Ni adik dah lebih dah ni.." sambung abang lagi. Sabar jelah. Pekakkan telinga je.

" Tak kisah lah andartu ke andalusia ke. Hati adik belum terbuka lagi nak kahwin bagai. Abang ni, cakap adik je yang abang tu bila lagi nak kahwin?" balasku balik. Abang tersenyum je.

" Abang lelaki, tak apa kahwin lambat. Selagi adik tak kahwin abang tak kahwin tau.." kata abang.

" Oh !! Ni nak adik kahwin maknanya abang yang nak kahwin lah kan..kan..kan.."

" Mana ada. Abang calon pun tak ada dik.."

" Ha..!! Tau tak apa. Kira kita ni sama je okey..!! "

" Iyalah kan. Hahaha. Mana tahu sekali sanding ke, hahaahaa. Jimat!!!" Gelak besar abang.

" Amboiiii... sukanya.. Tak payah pening Mak Long nak urus majlis, kan abang..." kami pun gelak sama.

Lama dah tak gelak besar macam ini. Seronok pula rasa. Kami terus berborak menempuh kenderaan yang mula agak banyak di jalanraya. Tak perasaan pula, sudah hampir waktu lunch. Tapi tak apa, abang yang memandu. Aku jadi boss. Kalau harapkan aku memandu waktu macam ni. Memang tak lah. Tak kuasa nak layan kesesakan lalulintas.

Sanggup lagi aku makan kat cafe atau pun duduk je office makan biskut cicah air nescafe panas. Fuh!! Sedappp...!
Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs